Tuesday, 9 February 2016

Yes. One month!




Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan anak anak kucing yang sangat comel dalam keluarga ni. Tiga ekor je pun tapi rasa macam sepuluh ekor sebab aktif sangat. Stress aku. 9 Januari 2016 mereka mereka dilahirkan berbidankan aku. Aku tengok sendiri kot. Hilang geli aku sebab aku kesian kat si ibu kucing. Aku tolong tengok je pun, aku tak sentuh pun anak kucing ketika dilahirkan sebab ibu dia boleh buat semua. So biarkan je la :)


Bila tarikh bertemu 9 Februari 2016, maka anak anak kucing ni dah berusia satu bulan. Yeayyy! Lepas ni makin galak la explore satu rumah, bawah almari, belakang almari, bawah meja. mana mana je yang mereka suka. Meh nak throwback balik time cikk, ibu kucing ni nak beranak. Cikk tak banyak songeh. Dia tak miow tak apa pun. Cuma malam tu dia nak tidur sebelah aku. Dia nak aku usap usap perut dia, kepala dia. Malam tu aku dah rasa lain macam dah sebab aku tengok dia macam tengah mengeran. Cepat cepat aku sedia kotak. Dalam kotak tu siap alaskan surat khabar dan kain. Rasa macam dah selesa |huhuhu| Dalam pukul lima pagi, aku letak cikk dalam kotak. Nampaknya dia tak sibuk nak kleuar dari kotak. Tak macam sebelum ni. Firasat aku makin benar, mungkin dia dah nak beranak ;)


Dalam pukul 6.30, cikk berjaya melahirkan mona. Anak dia yang sulung. Lepas tu dalam pukul 7.10, boy pulak keluar dan pukul 8.15 sepet pulak lahir. Alhamdulillah. Tiga ekor. Dua jantan dan satu betina. Cikk memang nampak penat sebab ni first time dia melahirkan. Walau baru first time, aku tengok tak kekok langsung dia membersihkan anak anak dia. Allah maha berkuasa kan. Setiap penciptaanNya pasti ada kebaikannya. Allahhu :') Nama nama anak kucing ni, puan ibu yang letak. Ya. Semua sekali sebab tuan yang tukang sambut kelahiran ni pun blur tak tahu nak letak nama apa |hahaha| Seminggu lepas tu baru aku boleh detect jantina anak anak kucing. Lepastu sepupu aku pulak cek jantina, takut mak bidan terjun ni tersalah menjantinakan anak anak kucing :D



































Serius, memang susah nak ambil gambar mereka mereka  ni sebab mereka mereka tahu nak jalan je. Bukan reti duduk diam. Tak caya, tengokla gambar, tak nampak mereka mereka duduk statik kan? tak ada kan? |hahaha| Sabar je la banyak banyak time photo shoot nih. Photo shoot you. Tak boleh blah |hahaha| Okey la, cukup sampai sini dulu :D


Semoga membesar dengan sihatnya okey! InsyaAllah.

4 comments:

  1. ala cutenya kittens.. biasa baby je masuk studio utk shooting skrg kittens pun shooting gmbar bby jgk..untung ler tuan syg..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)