Friday 21 October 2016

Review : Aku, Dia dan Pinky Promise



Let's start :)

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua ^^ Actually, harini baru sempat nak review balik novel yang dihadiahi oleh seorang blogger. Siapa? Blogger Cik Hani. Yes. Beliaulah, Terima kasih. Btw aku dapat dua hadiah.. Satu lagi dapat baggy tshirt.. Alhamdulillah, rezeki awal tahun time tu. So sekarang ni, dah nak dekat hujung tahun baru berkesempatan untuk review.. |hahaha| Tapi novel tu, lepas dapat je, memang terus baca. Sekarang ni pun, ingat ingat lupa kisah dalam tu.. So terpaksalah bukak novel online dan baca sikit sinopsisnya. Jangan marah |hohoho|


Novel ni berkisah tentang flashback zaman persekolahan antara hero, heroin dan hero kedua |hahaha| Cerita ini diantara Siti Saleha, Azri Amri @ Ray dan Daniel.. Actually ada lagi la watak tambahan tapi watak yang aku list kan adalah watak utama. Btw aku tak nak cerita satu persatu tapi nak review sekali lalu je.. Kalau korang rajin, try la bace novel online.. InsyaAllah.. Lebih puas hati. Kalau nak lagi puas hati.. Sila beli novel Aku, Dia dan Pinky Promise by Anna Lee. Bagi aku la kan, cerita ni best sebab dia mengingatkan kembali atau bawak aku kembali ke zaman sekolah. Cerita ini bermula apabila siti saleha berangan angan untuk pulang ke masa lampau sebab dia macam tak puas hati dengan apa yang di kecapi sekarang. Sekarang umurnya 33 tahun tapi masih tidak kahwin lagi kerana tunangnya, daniel seringkali menangguhkan perkahwinan. Daniel merupakan seorang model. Model bagi siti saleha tidak menjamin kehidupan pada masa hadapan.


So apa yang dia mahu apabila pulang kembali pada usia 17 tahun? Pertama sekali dia mahu menukar course dari sains ke sastera, keduanya dia nak daniel, tunangnya belajar sehabis baik sebab dia tak nak tunangnya menjadi model pada masa depannya, ketiga, dia nak berbaik dengan cikgu Hazam yang sekarang ni dah jadi abang iparnya.. Tak sangka, angan angannya menjadi kenyataan. dia dapat kembali pada usia 17 tahun dan dia dapat menukar course kepada sastera. Dia ditempatkan di kelas hujung dan bertemu dengan Azri. Siapa azri? Orang yang minat saleha dari tingkatan satu lagi. Disebabkan nak bagi saleha nampak kewujudannya, dia selalu cari pasal dengan saleha. Orang kata teknik ngurat azri ni tak la secara straight to the point sangat. Disebabkan kelas yang dihuni saleha ni kelas hujung, so memang ramailah samseng dan termeterailah satu pinky promise bahawa azri akan menjadi guardian angel saleha bagi menjaga keselamatannya. Dan cinta mereka bersatu tanpa pengetahuan orang lain serta azri berjanji akan meminang saleha 16 tahun akan datang.


Cinta azri memang unik, sejak dari tingkatan satu dia minat saleha.. Now saleha satu kelas dengan dia. Azri ni memang pandai melukis, so dia selalu lukis wajah saleha dan rakan rakan saleha. Azri ni juga akan selalu utus surat setiap kali hari lahir saleha. Tapi saleha tak tahu pun siapa yang bagi surat tersebut sebab surat tersebut tanpa nama. Dalam novel ni, ada juga perbualan antara azri dan saleha tentang surat yang saleha dapat tanpa nama.. Saleha cuba tanya siapa yang bagi surat tersebut tapi azri cuba mengendahkan pertanyaan tersebut. Dan di sini juga ada menceritakan saleha mengajak azri untuk ke sekolah daniel untuk berjumpa daniel. Bila orang sukakan kita dan kita ajak dia bawak kita jumpa bakalnya tunang kita.. Apa dia rasa? Itulah yang azri rasa.


Sehingga la spm tu, azri kemalangan dan menyebabkan buta.. Emaknya sendiri mengumukan bahawa dia dah mati.. Aku pun tak tahu kenapa azri pilih untuk umum macam tu? Mungkin dia malu kot. Tak lama lepastu pun saleha kemalangan dan dia pun tak ingat langsung tentang hubungannya dengan azri. Ini adalah kemalangan pertama. Kemalangan kedua yang menyebabkan dia koma dan dalam koma tu kenangan bersama azri mengimbau kembali. Cinta mereka memang unik. Sekali lagi aku tekankan UNIK. Walaupun azri tu buta, dia boleh kenal saleha tu tanpa melihat. Saleha pun walaupun dah terima khabar berita bahawa azri tu dah mati tapi kenapa bila bersama ray, dia rasa dia bersama azri |hahahaha| Cinta memang hebat. Actually, lepas azri buta, memang dia tukar nama kepada ray. Tapi saleha tak kenal pun itu adalah azri walaupun dorang tu bekerja bersama.


Time saleha dalam koma, boleh dikatakan ray ni selalu jugak datang melawat membuatkan daniel cemburu. Tarikh pernikahan mereka semakin hampir tetapi saleha semakin jauh. Yes, kerana cinta azri dan kerana pinky promise yang telah ditemeterai. 16 tahun menunggu, azri masih tidak datang meminangnya. Dulu azri pernah bagitahu bahawa andai 16 tahun tu dia tak datang meminang, bermakna dia dah tak ada di dunia. Time ni, memang sedih.. Rasa macam "Eh, tak kan hero mati kot?" Dan alhamdulillah, ending nya pastinya menggembirakan.. Saleha dan Azri @ Ray kahwin jugak dan daniel terpaksa meredhakan takdir yang telah tercipta. Cinta ini adalah milik mereka berdua dulu, kini dan selamanya walaupun time tu saleha yakin sangat bahawa daniel adalah jodohnya tapi dia lupa bahawa ray adalah pelengkap hidupnya. 


Allah sebaik baik perancang. Macam gitu jugaklah hidup kita ni. Kita rasa, dia tu adalah yang terbaik buat kita tanpa kita sedari rupanya ada lagi yang lebih baik. Oleh itu, berpegang pada Allah., Redha sahaja dengan takdir Allah. Sesungguhnya Allah pegang hati kita :')


Kita manusia boleh mengikat janji tapi Allah yang lebih berkuasa.


Sekian.



*** Aku bagi 4 bintang untuk novel ni. Actually kawan aku pun ada baca novel ni dan dia jugak puji melambung. Bravo pengarang! Novel yang cukup rasa. ^^

13 comments:

  1. Replies
    1. Yes, Sangat menarik... Akak boleh try baca novelnya ^^

      Delete
  2. Emm teringat cerita zaman sekolah dlu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Cerita ni memang akan mengingatkan kisah zaman sekolah..

      Delete
  3. Uishh hebat sungguh cerita ni.. dari sinopsis pon dah tahu cerita ni best..

    ReplyDelete
  4. Ray memang buta sampai bila2 atau dia akan dapat melihat semula ye?

    ReplyDelete
  5. Ygvaq bingungkan gantung je pasal daniel cakap dia ad hubungan, penasaran la saya hubungan macem ape sampai2 buat sal sngt dan abang daniel pun sampai cakap mungkin sal dah ingat sapa daniel sebenrnya? Ke spe la inisial F tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tau cita tu... Saya baru tgk episod akhir dia td pg.. di tv 2... Mmg best tau... Tp, Daniel ada perempuan lain kan...
      Mula² fikir MCM mana ni.. Sal nak ke tinggalkan cinta dia dan kahwin dgn Daniel... Rupanya jodoh ray dan sal bersama...
      Ada x buku novel ni online

      Delete
    2. Tapi kan... Siapa lah perempuan F tu

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)