Saturday, 1 October 2016

Hye October! ^^



Assalammualaikum dan haiii semua ^^ Sihat ke? Harap semua sihat la ye. Maaf sebab biarkan blog macam tu je. Maaf ye cik blog, bukan tak sudi tapi banyak benda yang lagi penting dari awak |hewhewhew| Untuk semester ni, tuan awak ni kena lagi kuat usaha sebab semester ni lagi susah T.T So kena slow sikit untuk blog, tapi jangan risau giveaway dan segmen, I still support uolls. InsyaAllah :)


Harini, satu oktober dua ribu enam belas.. Ohh no, aku semakin tua. Tahun depan.. Bulan satu, satu lagi angka umurku berganjak. Allahhu. Masa terlalu pantas berlalu tanpa aku sedari. Bila fikir tentang umur boleh stress.. So malas nak fikir |hahaha| Okay, bulan oktober.. Hari lahir masturah aka my sister. Hai oktober, adakah kau akan bawa cerita gembira buat kami sekeluarga? Okay, maklong to be.. InsyaAllah ^^


Still waiting lahirnya seketul budak kecik! |hihihi|


Apa lagi menarik untuk oktober nih? Okay my bff also akan melahirkan baby nya.. InsyaAllah. Semoga selamat semuanya. Chaiyokkk. Yang terlebih menarik, of course lah tentang study aku ni.. Minggu depan full sebab ada talk dengan trip. Yuhuuu. tak sabarnya.. Pergi mana? Jeng jeng jeng. Nanti aku bagitahu okay ^^


Harapan untuk bulan ni, semoga Allah permudahkan segalanya. Tak kisahlah apa apa pun, dalam kehidupan ke, study dan sebagainya.. InsyaAllah. Oktober penuh dengan debaran. Eh. Berdebar bukan sebab nak nikahla. Jangan macam macam ea :|


Okay lah, cukuplah tu bebelan daripada anis.. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu. Jangan lupa jaga hubungan dengan orang sekeliling. InsyaAllah akan selamat hidup kita dunia akhirat. Amin. Assalammualaikum :D

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)