Wednesday 30 March 2016

Wordless Wednesday #8



Aku kena belajar betul betul. Kena! Wajib! Wajib!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Usaha itu tangga kejayaan. Semoga Allah redha perjuangan aku ni. Allahu :')

Tuesday 29 March 2016

PENCARIAN BLOGLIST BLOG TENGKUBUTANG.COM 2016

KLIK SINI


Jom join! 15 orang blogger yang bertuah akan dimasukkan dalan bloglist beliau. Syarat syarat pun mudah! Selamat bersegmen dan good luck! ^^

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY


MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY


[by Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd]


Bersempena Musim Mencandat Sotong 2016 dan Tahun Melawat Kelantan 2016 , Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (Peneraju Pakej Kelantan Tours) ADA menganjurkan Give away melalui Blog www.nazlee.com . Tujuan adalah untuk memperkenalkan kepada umum berkenaan pakej-pakej pelancongan yang disediakan oleh Xceltravel seperti di laman web rasmi mereka   xcelltravel.com 


Salah satu daripada pakej-pakej yang ingin diperkenalkan adalah PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 (KELANTAN) . Jika korang yang berminat 'candat' boleh lah turun mencandat sotong, jika tak dapat turun mencandat tahun ini, kita semua berpeluang menyarung t-shirt mencandat sotong khas daripada penaja (gambar di bawah). Peluang mudah menang dengan cara menyertai MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY ; bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016






Terdapat 10 helai t-shirt tersebut untuk dimenangi (10 pemenang) dengan mengikut syarat-syarat  mudah seperti berikut :

1) FOLLOW PAGE FACEBOOK Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.facebook.com/xcelltravel/)
2) FOLLOW INSTAGRAM Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.instagram.com/xcelltravelofficial/)
3) Buat 1 Entri blog
4) Penyertaan terbuka untuk Blogger Malaysia .
5) Tempoh GA bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016



Ok, selamat bergiveaway !


Giveaway by Xechalogy

KLIK SINI



Hai semua! Jom join Giveaway by Xechalogy. Hadiah best jugak, novel wuuuu :D Blogger ni mencari dua pemenang. So, jom join! Selamat bersegmen dan selamat maju jaya! ^^





           Blog Aida Daud
           Beeha Azman

FIRST GIVEAWAY BY MISS OREN

KLIK SINI



Assalammualaikum semua :) |Hahaha|. Menyempat lagi aku join giveaway kan? Padahal tajuk nak present esok pun  tak cari lagi. Minggu lepas dah cari tapi kena rejected |Hoho| Redha je la. Malam ni aku cari pulak :D So jom join 1st Giveaway by Misss oren. Tarikh tutup giveaway ni bila bila masa je okey. Cepat cepat join. Mana tahu anda bertuah. InsyaAllah. Good luck dan selamat bersegmen semua! ^^




SAYA SAYANG MAMA SAYA!!!! - Okey, sehabis kuat dah kiteee jerit! hahaa ^^

Thursday 24 March 2016

Journey #5

Dinner pre graduated



Assalammualaikum dan hai hai semua! ^^ sihat ke? Harap semua sihat la ye. InsyaAllah. Actually nak kenang balik je kenangan dulu dulu |hahaha| Gambar pun mintak dengan miss aina kiteee. Nasib dia simpan, So malam ni aku nak payung je gambar banyak banyak. Jangan muntah pulak ye |hihihi|


Time ni, time diploma. Zaman muda dulu dulu. Banyak jugakla buat aktiviti bersama sama kawan satu kelas. Pergi mandi sungai sama sama, sambut birthday sama sama, attend dinner sama sama, bukak puasa sama sama. Bestla. Tiga tahun, mana boleh lupa macam tu je. Memang tak akan lupa. Memang la bila duduk satu kelas, bergaduh je tapi bila semua dah terpisah. Lima huruf tu pasti akan hadir dalam diri memasing. Jangan tipu lah. R.I.N.D.U


Serius, kelas degree tak sama dengan kelas diploma dulu. Kawan kawan pun tak sama T.T Kelas degree, mereka lebih fokus. No main main lagi. Kadang kadang takut. Seriusnya kau! Aku nak kelas lama aku yang dulu. Kawan kawan yang dulu. Come back! T.T 


Mungkin sekarang ni aku kena belajar untuk lebih serius dalam pelajaran. Matang dan fokus. Tapi tak tipu, kawan kawan sekarang lebih serius dalam pelajaran. Mungkin, dorang dah ada target apa di hadapan mereka. Dalam masa yang sama, thanks gengs sebab ajar aku untuk lebih berani untuk ke hadapan dan mempercayai aku.


Tapi. Aku still ingat adik adik aku time diploma T.T sebab semua macam adik bongsu aku |hahaha| Manja macam apa |hahaha| Padahal beza dua tahun je pun. Nak assignment, semua kak anis. Mintak yang kitee tengah buat pulak tu. Melampau. Tapi, itu semua kenangan. Ya. Kenangan. Kenangan kita boleh kenang tapi  kenangan tu tak akan kembali dah kepada kita. So baring, tengok langit. Kenanglah.... ^^



.
.
.



.
.
.



.
.
.



.
.
.



.
.
.



.
.
.



.
.
.



*** Kepada kawan kawan kelas lama, teruskan cita cita anda walau di mana anda berada sekarang. Kuatkan semangat!

*** Kepada kawan kawan kelas baru, aku masih dalam proses dan masih belajar untuk menerima korang semua. Perkenalan dan penerimaan itu perlu mengambil masa. Bukan mudah nak accept semua. Tapi aku cuba. Tapi aku enjoy satu kelas dengan korang!^^

Giveaway By Semanis Anggur

Assalamualaikum….

Atas permintaan rakan fa ni cik puan Semanis Anggur. Dengan lafas Bis'milahhirahmannirahim, fa melancarkan GA dari Semanis Anggur bermula hari ini. GA ni bertujuan mencari like dan follower yang ke 250..Harap korang sudi undi. Jommmm join GA !! #250


Hadiah :
Topup RM10 X 2 pemenang
Bloglist(May) Greenfarra X 5 blog
Bloglist(May) Semanis Anggur X 5 blog
BLOG REVIEW di Greenfarra X 2blog
BLOG REVIEW di Semanis Anggur X 2blog
*2 hadiah misteri kepada 2 pemenang misteri #250

Date : 24 Mac – 15 April 2016

KLIK BANNER UNTUK JOIN....

Wednesday 23 March 2016

Wordless Wednesday #7



Dua minggu lagi nak cuti mid sem! Yeayyyy! |hahaha| Satu assignment pun tak mula lagi. Okey, insaf sekejap T.T Banyak case study kena cari area kuala lumpur. Untuk subjek investment, kena cari office building yang floor area dia 100,000 sq feet. Okey, sekian terima kasih!

.
.
.

Nantila fikir pulak.

.
.
.

Harini dah mula buat latihan untuk value strata building macam office building dan apartment. Semuanya bangunan tinggi tinggi. Rasanya, macam susah je. Ntahla nakk. Makk pun tak tahu nak cakap apa, cuma kena usaha lebih sikit la untuk dua tahun nih.

.
.
.

Tak harap pun untuk dapat dekan setiap semester, jauh sekali anc. Ingat macam diploma ke? Cuma berharap, akan dapat ilmu dan kejayaan itu lebih sikit dari diploma |hahaha|

.
.
.

Tak faham sudah. Bubyeeee (^______^)

5 Soalan Dari Ucing Versi 2


http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/03/5-soalan-dari-ucing-versi-2.html

Hi Blogger.Segmen Soalan Dari Ucing Versi 2 kembali.Jawab Lima Soalan dari Ucing ,Ada Berani .? Follow Blog Ucing atau Google +.Copy Code yang Tersedia di Bawah .Buat tajuk "5 Soalan Dari Ucing Versi 2" dan Publish . Tinggalkan Post Anda di Ruangan Komen  Di Sini.Tag Rakan Anda untuk Sama-sama menjawab 5 Soalan Dari Ucing Pastikan Dia Tahu..Segmen Tamat 25-3-2016.(^x^) miau..miau...

1) Ayam Berkokok ..Hari mau...? 

 Jawapan Anda...... Siang

2) Kucing Jadi Harimau,Harimau jadi Kerbau,Kerbau Jadi Lembu,Manusia Jadi...?

Jawapan Anda...... Hairan

3) Kucing Jadi Ayam,Harimau jadi Ayam,Kerbau jadi Ayam,Ayam jadi...?

Jawapan Anda...... Banyak

4) Seekor kancil mencari Makanan di Hutan lalu ternampak Makanan dan satu ekor Harimau.kancil makan makanan tersebut tanpa takut mengapa .?

 Jawapan Anda......Harimau tu dah mati

5) Sepasukan Orang Gila main Bola di Pesawat.Oleh kerana terlalu Bising co-pilot pun Marah."Hey..! kalau Nak Main Bola keluar.!".Lalu Orang Gila itu pun keluar .(Maklum lah Orang gila).Soalan nya Siapa kah yang terselamat dalam Pasukan tersebut.?

Jawapan Anda...... Co-pilot dan orang gila. Kedua dua selamat sebab pesawat tu tak terbang pun lagi.

*Segmen Ini adalah Segmen Blogwalking Ceria Bahagia Betul atau Salah Tidak Menjadi Masalah yang Penting Anda Berani menjawab...Ada Berani..?

Tag : Beehaazman

Abam Kie's First Giveaway


Sila klik banner di atas jika mahu join

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur kepada Allah kerana Abam Kie berjaya menganjurkan giveaway buat julung kalinya. Jutaan terima kasih kepada barisan rakan blogger yang sudi menaja giveaway ini.

Berikut adalah senarai hadiah yang bakal menanti para pemenang bertuah:

1. Top up RM10 X 1 pemenang oleh PeRdU cINta
2. Hijab pin dan Viscose Printed Wide Shawl X 1 pemenang oleh Aksara Biru
3. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Najwa Zahid
4. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Ayuni Rafilah
5. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Julia Jamaludin
6. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Mommy Irra
7. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Ina Zalina
8. Top up RM20 X 1 pemenang oleh Miss Fifi
9. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Cik Nor
10. Buku resepi X 2 pemenang oleh Abam Kie

Kawan2 nak join? Ikut je langkah2 di bawah ini satu-persatu:

1. Follow blog Abam Kie dan penaja2 berikut. Ini wajib dipatuhi, OK?


2. Add Google+ berikut jika anda ada profil Google+. Kira macam sunat la...

https://plus.google.com/117034001954441190127
https://plus.google.com/114654336399855954680
https://plus.google.com/115462385884702570492
https://www.google.com/+AyuniRafilah
https://plus.google.com/103791964943177272009
http://google.com/+irrayyandotcom
https://plus.google.com/u/0/103153723284562892818
https://plus.google.com/105160168417987334249
https://www.google.com/+AbeKie

3. Letakkan link www.irrayyan.com di dalam bloglist anda sehingga tamat giveway ini.

4. Buat entri bertajuk "Abam Kie's First Giveaway"

5. Letak banner di atas di dalam entri GA anda dan backlinkkan ke blog ini. Atau kalau nak lebih mudah cuma copy and paste html code di bawah ini.

6. Publish your entry and leave your GA link in the comment form below.

7. Done!

P.S. Syarat2 tu nampak macam banyak tapi sila buat sikit2. Lama2 siap la tu. Terima kasih diatas kesabaran anda.......

Monday 21 March 2016

BLOGWALKING BY CORETANKU

KLIK SINI

Jom join ramai ramai. Berlangsung dari 18 March 2016 sehingga 31 March 2016. Good luck dan selamat bersegmen!

Sunday 20 March 2016

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih


*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , Tasha Aqisha , Miszrockers , Seindah Cerita DYatie Putery Memory , Pemburu Pelangi , Yanie Yusuf , Bahejabela , Rayyan Kata , Farah Dafri , dan Munirah Moon.

.
.
.

Alhamdulillah. Selesai ikut semua syarat. Moga moga ada rezeki di sini. InsyaAllah. So korang, jom join! ^^

Madu Kelulut Teratak Anis ^^




Assalammualaikum dan Haiii! Mai nak promote sikit business encik abah ni |hahaha| Actually encik abah dah lama dah berkecimpung dalam perniagaan madu kelulut nih. Beliau pergi kursus dan beliau proses madu kelulut tersebut dan botolkan sendiri. Btw madu kelulut nih banyak sangat khasiatnya tau. Kadang muka aku berjerawat, aku lumur je madu tersebut kat muda. Best (^________^)


Siapa nak meningkatkan metabolisme badan? Siapa nak menambahkan tenaga batin? Siapa nak menjaga kecantikkan luar dan dalam? Terbaikkkk untuk wanita yang baru lepas bersalin dan hebat dalam merawati pelbagai penyakit serta kecederaan dalaman. Semuanya dengan izin Allah.. Kiteee hanya ikhtiar.


So apa lagi, jom cuba madu kelulut asli yang diproses oleh encik abah kitee sendiri. Sebotol hanya RM50 sahaja termasuk postage tau uolls. Iolls bagi harga kasih sayang.. Gerenti sampai dengan selamatnya. InsyaAllah. Madu kelulut baru siap dibotolkan ni haaa.. Still fresh tau. Btw madu kelulut adalah sangat sangat berkhasiat dan seroiusly paklong kitee, mengidap kencing manis selalu repeat order 3botol sekali. Hasilnya adalah sangat memberansangkan. Alhamdulillah! ^^






. Sebotol Rm50 termasuk postage
. Sebotol Rm50 termasuk postage
. Sebotol Rm50 termasuk posage





PM atau WHATSAPP 0134883190
PM atau WHATSAPP 0134883190
PM atau WHATSAPP 0134883190



*** Kalau mai amik sendiri kat rumah, Area sungai petani, kedah.. harga hanya RM30 sahaja sebotol. Lai lai lai.. Cepat. Cepat. Sementara stok masih ada ^^

Segmen Cek Ungu

*update : tarikh tutup pada 23rd March 2016*



KLIK SINI



As'salam semua. Nahh jom join segmen Cek Ungu.

Steps dia :

1. Follow Cek Ungu.

2. Mention dekat comment post ni "Join Segmen and dah follow" . (jgn lupa link blog segment u ols)

3. Tagg 3 org kawan2 blogger korang yang lain dlm post ni. Tak kesah apa cara and bg tahu dorg nnt yg dorg dah diTag.

4. Jawab soalan bawah ni dgn tepat.

(a) Warna kegemaran Cek Ungu
(b) Bulan dan tahun Cek Ungu kawen

5. Copy paste je semua benda alah ni and tepek dkt blog korang k.

Tu je. mudah kan?

HADIAH MENARIK

LIMA orang blogger bertuah boleh tebus hadiah berupa :

1. FRIDGE MAGNET LIMITED EDITION. Boleh letak nama korang seringkas and sepadat yg mungkin. (Click sini utk sample hadiah)

2. BLOG u ols akan di tepek kt blog cek ungu ni selama tiba next segmen cek ungu yg akan datang.

Lets join bebeh!


JAWAPAN : 

(a) Warna kegemaran Cek Ungu : Ungu
(b) Bulan dan tahun Cek Ungu kawen : 9 Disember 2011 (Nikah) dan 10 Disember 2011 (Bersanding)

segmen: saya sayang blog saya

KLIK SINI


Saya memang sayang blog saya nih. Dah maacam nyawa dah sebab selalu luah di sini.Blog ni jugak akan ditengok balik ibarat macam diary la pada hari tua nanti. Cewahhh! Time dah tua nanti, tak larat dah nak menaip. Mampu membaca je la :D


Jom ramai ramai join. Tamat pada 31 Mac 2016 okey!

BG-2 ERNA: Bloglist-walking April-Mei 2016

KLIK SINI


Jom ramai ramai join. Hadiah adalah sangat sangat menarik. Tak percaya, tengok SINI Macam mana? Best kan? Jom kita memeriahkan segmen yang dianjurkan oleh blogger ini. Diucapkan selamat maju jaya dan selamat bersegmen. Sebelum terlupa, segmen ini akan tamat pada 25 Mac 2016, 12.30 tengah hari.

Beauty Stuff Giveaway by Sally Samsaiman

KLIK SINI





Kenapa Sally perlu berikan barangan SimplySiti @ Natural Republic kepada saya?



Sebab apa? Sebab saya nak try jugak SimplySiti @ Natural Republic untuk kulit wajah saya. Lagipun, kedua dua produk ni saya tak pernah try lagi. Mana tahu lepas pakai ni, wajah boleh jadi lagi kebabommm. Meletup! |hahaha|



So Korang, jom join segmen yang dianjurkan oleh Sally ni, mana tahu ada rezeki korang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Good luck dan selamat bersegmen. Tarikh tutup 26 March 2016. Pukul 8 pm.

Saturday 19 March 2016

Segmen Blogwalking + Bloglist #3

بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ


(klik banner kalau nak join)



So tunggu apa lagi? Jom join dan kita support blogger Shawal nih. Tarikh tutup 29 March 2016 okey. Selamat bersegmen semua :)

Thursday 17 March 2016

Journey #4

our degree life. alhamdulillah


Assalammualaukum semua dan haiii. Long time not see.. Kan? |hahaha| Serius dah start busy. Kena fikir itu ini. Biasala dah tiga minggu kan belajar. So nak buat itu ini. Blog still bukak tapi bukak macam tu je la, blogwalking kejap, satu blog dua.. Lepastu logout. So petang ni, lepas balik kelas.. Amik mood sikit untuk update. Malam ni nak settle tutorial property management pulak untuk present esok :)


Semalam, 16 Mac 2016. Happy birthday roomates ^^ Alhamdulillah. Belajar pandai pandai okey. Tak ada surprise apa pun nak  buat. Last last dia sendiri belanja diri dia kek batik |hahaha| Okey la tu kan, hadiah untuk diri sendiri. Semalam hari rabu, kelas macam biasa. Start kelas elc 650 pukul 8 pagi dan ada present sikit tentang money tu penting ke tak dalam hidup. Actually lecturer buat sebab nak improve language dan tanamkan sikap yakin diri bila berhadapan dengan orang ramai -.0


Pukul 10 pagi kelas ctu 555 terpaksa dibatalkan sebab kita orang attend talk tentang building maintenance oleh sr faiyaz ahmad maruf. Alhamdulillah, kat sini dapat jugak input tapi rasa macam terkilan jugak sebab tak tanya tentang soalan assignment padahal time tu memang masa yang sesuai. Ntahla tak terfikir langsung sampaila tadi subjek property management, lecturer tanya kenapa tak tanya apa apa soalan yang berkaitan dengan assignment kat speaker semalam? :/


Talk tu bermula pukul 10.30 pagi dan habis dekat pukul 1 petang jugak. Alhamdulillah, lunch tu dapat nasi free |hahahaha| Seronok. Dapat nasi tomato. Alhamdulillah. Sedap! Perut lapar, semua sedap. Petang tu pukul 3, kelas res 511, investment. Slow slow la lecture sebab petang kan, mengantuk sikit. Nasib boleh move on. Pukul 5 petang tu habis kelas dan habis cerita untuk semalam. Nak cerita tentang harini, harini pun kelas satu je, res 518, property management. So harini banyak rehat sebelum ke kelas petang tu :D


Okey la kot untuk kali ini, nanti kitee update lagi okey. Assalammualaikum! ^^



*** Kepada blogger yang jemput join segmen, insyaAllah kitee akan join cuti hujung minggu ni okey. Iolls dah bookmark tau. So uolls jangan risau okey ;)

Saturday 12 March 2016

Journey #3

Inila jurnal. Jangan terkejut sangat. Tak terhabis aku baca ^^


Assalammualaikum semua dan haiii! Sekejap je masa, rupanya dah tiga minggu aku kat bumi perak. Alhamdulillah. Tak sabar nak tunggu april sebab boleh balik |hohoho| Aishhh rindu kedah! Rindu family, rindu semuanya la! Harini makan nasi dengan begedil. Alaaa.. Rindu johor! Rasanya macam rindu orang johor |hahahaha| Motif sangat!^^


Harini lepas zohor tu terus gerak ke dewan makan indera sakti, buat apa pergi dewan makan? Tak kan cuci basikal pulak kan? Of course la p isi perut. Alhamdulillah, lepastu terus gerak ke cc untuk fotostat nota property management. Okey, esok amik.Then terus gerak ke perpustakaan. Rajin kan makk? |hahaha| Actually tak ada buat apa kat bilik, Kang duduk senyap senyap, gerenti makk tertidur. So better pergi library je ^^


Kat sana gigih aku dan ain cari jurnal. First cari tak jumpa lepastu baru jumpa. Rupanya banyak betul jurnal kat library tu. Aku je tak sedar kewujudannya. Banyak jugak aku jumpa jurnal tadi contohnya macam management town. asian property, the valuer, real estate review, building dan estate gazette. Aku baru jumpa yang ni, tadi terlupa tengok jurnal yang ain amik. Kalau tak, boleh list dalam ni :)


Setakat ni, tak habis pun lagi aku baca jurnal tersebut, esok sambung balik kot membacanya. Tajuk untuk research pun tak jumpa lagi. Ntahlaaa nakk. Hari selasa Dr nak dah tajuk. Jap g aku bagi tajuk sendiri kang |hahaha| Jumaat haritu kelas resarch methodology, Dr tanya apa problem yang dihadapi time practical haritu. Aku pun fikir la punya fikir. Gigih tahu tak nak ingat apa problem aku hadapi time buat kes cukai pintu haritu (^______^)


Dan jeng jeng jeng.. Aku dapat dah. Problem aku adalah time lawat periksa property susah nak ukur rumah yang berkunci. Biasala alor setar, owner kebanyakanya bekerja. So rumah berkunci. Di sini dah ada problem, apa solution nya? Problem adalah susah nak masuk rumah terutama bagi owner yang berkerja. Bila susah nak masuk rumah, pakai anggar je la ukuran dari luar. Kalau cukai pintu tinggi, jangan marah |hihihi| Tapi dari segi anggaran pun, bukan hentam je okey, ada skill dia hokey! :/


Okey, dah ada problem kan? Solution kita kena kaji.. Macam mana? So kena kaji dan kaji dan terus kaji. Itu la dinamakan research. Haa yang kena buat untuk projek akhir ni. Okey, good luck untuk aku! Selamat maju jaya untuk kawan kawan yang lain. Untuk semester tiga ni, kita belajar yang ni dulu ; -


i. Problem statement - apa problem kajian kita? contoh macam gaji sikit walaupun dah bekerja.

ii. Objektif kajian - bila gaji sikit, apa kita akan buat? objektif kita apa? Nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.

iii. Literature review - ni berkaitan dengan bahan. Cari bahan.. Jurnal ke, internet ke. newspaper tak digalakkan sangat.

iv. methodology - ni berkaitan dengan kaedah yang perlu diaplikasikan. Contoh, nak belajar.. Apa diperlukan? Note. Study group dan lain lain lagi.


Ini adalah contoh lain tentang langkah langkah untuk buat research. Nanti buat research kena ikut bidang la ye, Jangan pulak buat research problem tentang gaji sikit pulak. Tak pasal pasal kena pelangkung dengan lecturer |hihihi| Lepas methology, ada lagi langkah langkah lain tu. Kita akan belajar time semester 4, 5 dan 6. Tunguuu ^^


Okeyla. tunggu entry seterusnya okey. Jaga diri. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan puan ibu dan encik abah. Dan jangan lupa jaga hubungan dengan orang sekeliling. Till the end. Assalammualaikum (^_________^)



perpustakaan uitm perak

Segmen Bloglist Kataubaid.com Mac 2016

KLIK SINI

Blog Kataubaid.com sedang mencari 5 blog untuk di senaraikan dalam Bloglist Mac dan April 2016 . Untuk menyertai segmen bloglist kataubaid.com , boleh ikut cara-caranya seperti di bawah :

1. Follow Blog kataubaid.com
2. Like page -- > kataubaid .
3. Copy Coding di bawah ini dan pastekan di blog anda dan publish.
4. Pastekan Url entri anda di ruangan komen .
5. Selesai.

5 blog akan di pilih untuk menjadi bloglist kataubaid.com untuk bulan Mac dan April 2016 . Tarikh penyertaan bermula dari 10 Mac -12 Mac 2016 sahaja . Semoga dengan adanya blog korang dalam bloglist kataubaid.com dapat membantu menambah traffic blog anda setiap hari .

Jemput join ya !

sekian.

GIVEAWAY by RosNordin

KLIK SINI


Okey, jom ramai ramai join. Giveaway by RosNordin ini diadakan selama 20 hari bermula 11 march 2016 sehingga 31 march 2016. 11 hadiah diberikan kepada blogger yang bertuah dan 1 hadiah daripadanya akan diberikan kepada penyumbang tertinggi traffic blogger RosNordin. 1 hadiah ini adalah misteri. Uhmmm Macam best je |hahaha| Jom serang blog penganjur! So good luck dan selamat bersegmen :D

Friday 11 March 2016

GIVEAWAY DAN SAMPLE PERCUMA

KLIK SINI UNTUK JOIN


Haiii. Harini nak join GIVEAWAY DAN SAMPLE PERCUMA yang dianjurkan oleh blogger Iris Myra. So tunggu apa lagi? Moh la ramai ramai kitee pegi serang |hihihi| Tarikh tutup adalah pada 29 March 2016. Panjang lagi kan masa? So jangan lupa untuk join hokey! Hadiah siap boleh survey lagi. Best! Moga ada rezeki kitee la hendaknya ye. InsyaAllah (^______^)


Sebelum bertemu sungai itulah muara
Terdapatnya kampung  yang tenang lagi sentosa
Selamat hari lahir buat sis iris myra
Semoga panjang umur dan cantik sentiasa


Jika ditanya apakah pilihan hati
Pastinya baju atau barang mandian menjadi jawapannya
Terima kasih pada puan baik hati
Moga bertambah luas rezekinya


p/s : Suka suka hati buat pantun. Maaf hokey! 

Thursday 10 March 2016

Journey #2



Assalammualaikum dan haiii :) 

Baru sambung degree, semester tiga ni sudah didedahkan dengan cara buat projek untuk tahun akhir nanti. Jom gelak beramai ramai. Ready ke tak ready ke, kena buat jugak |hahaha| Aku sendiri pun tak tahu perasaan aku macam mana tapi seriously takut. Apa benda aku nak research? Benda ni kena kaji dulu baru boleh buat. Prof kata, student degree kena banyak duduk kat library. Study journal semua. Mindset pun dah tak boleh macam student diploma. So aku pandang ain, ain pandang aku. Lepastu berhuhuhu la kami (^________^)


So dekat seni Dr ada senaraikan bidang bidang untuk buat research. Diantaranya adalah :

  1. Valuation
  2. Real Estate Agency
  3. Property Management
  4. Facilities Management
  5. Real Estate Economics
  6. Property Development
  7. Land Law
  8. Land Policy
  9. Real Estate Planning
  10. Property Marketing
  11. Building Maintenance
  12. Property Market


Semuanya ada dua belas bidang yang dibenarkan untuk buat research bagi kos aku iaitu pengurusan hartanah. Ada dua bidang yang aku dah selected. Macam best je bidang tu tapi tak tahu kalau betul betul nak submit proposal, aku tukar bidang lain pulak. Aishhh. Tak boleh jangka aku ni ^^


Tak apa la, bagi aku study dulu tentang bidang bidang ni. Nanti dah dapat bidang untuk research, aku share okey. Tu pun kalau interesting dan aku faham untuk explain |hahaha| Okey. Jumpa lagi! Bubyeeeee (^______^)

Wednesday 9 March 2016

Blogwalking Segment by kasihjuju.com


Syarat-syarat penyertaan:

1/ Sila follow blog saya ye.
2/ Like fanpage saya -->
3/ Buat entri bertajuk " Blogwalking Segment by kasihjuju.com "
4/ Copy banner segmen dan link kan semula ke entri ini.
5/ Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.


Segmen akan berlangsung selama seminggu sahaja. Cepat-cepat join okeh. Banyak kebaikkan kalau korang join segmen macam ni. Antaranya, korang dapat kenal dengan rakan-rakan blog yang lain, boleh tengok design blog diorang yang cun-melecun dan yang paling penting dapat tingkatkan follower blog.

Dan yang paling best, penganjur segmen akan pilih 5 blog bertuah untuk dimasukkan dalam senarai bloglist special yang akan penganjur segmen create lepas habis segmen ni. Pemilihan akan dibuat berdasarkan top refferal dan juga menggunakan kaedah random.org.

Wordless Wednesday #6


Kecewa.

.
.

Apa ubat kecewa?

.
.

Redha.

.
.

Kembali kepada Allah.

.
.

Sekian.

Segmen Blogwalking By Seindahcerita

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ 

Syarat-syarat Penyertaan
  1. Sila Follow Blog SEINDAHCERITA
  2. Sila Like Page SEINDAHCERITA  
  3. Sila Follow Twitter @nieylanadia
  4. Sila Follow Instagram @nieylanadia
  5. Buat entri bertajuk " Segmen Blogwalking By Seindahcerita "
  6. Copy banner segmen dan link kan semula ke entri ini. 
  7. Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.

    atau
  8.  Copy je semua code yang ade dekat ruangan kotak di bawah ni dan paste kan di HTML, dan publish. Senang kan.. :)

Bonus!
  • Sempena bulan Birthday Nieyl bulan nie, nieyl akan pilih 5 Blog yang bertuah melalui perkhidmatan random.org untuk menjadi bloglist nieyl :)

Tuesday 8 March 2016

Blogwalking Segment by RedBellas

KLIK SINI

Jom ramai ramai join. Boleh tambah kenalan kan? Boleh tambah follower. Itu yang kiteee nak. Lepastu boleh jadi famous! |hahaha| Okeyla, tak salah kitee support blogger Farida Badaruddin nih :) Jom ler ramai ramai. Selamat bersegmen dan good luck! :D

Monday 7 March 2016

Tuah giveaway #1

first giveaway by nadia syamimi



Alhamdulillah! Yeayyy! Set couple tshirt in the house. Masih panas lagi tau macam baru keluar dari oven |hahaha| Ni mintak tolong zulaikha amik gambar sebab aku sekarang kan kat perak. Hadiah giveaway ni sampai kat kedah. Terima kasih banyak banyak kepada blogger Nadia Syamimi sebab pilih Anis sebagai pemenang utama. Syukur sangat. Tshirt ni pun cantik tau. I love it.

.
.


Dan satu lagi

.
.
.


GA header blog, logo atau cover photo fb by stanzaku


Comel tak cover photo fb baru aku? |hahaha| Cepat cakap comel ^^ Alhamdulillah. Dapat tukar cover baru. Terima kasih blogger Khamsi Abdullah. Anis amat menghargai segala hadiah yang diberikan. Syukur sangat :) So korang, kalau rajin, follow la blogger blogger yang baik hati ni ^^

Sunday 6 March 2016

Wani & Wadi [2016]

moga moga bahagia sehingga ke syurga Allah :)

Assalammualaikum dan haiii uolls :) Hari ni cuti lagi dan tak ada kelas! Yeayyy! Bestnyeeee! So harini nak update entry yang dah berlapuk sebulan yang lepas. Bukan apa, malas nak taip panjang panjang. sebab tu asyik peram je entry nih. Disebabkan harini cuti lagi, mai aku update sikit tentang majlis perkahwinan bff aku nih [wani & wadi] yang berlangsung pada bulan februari haritu. Raya cina. Meriah beb! Seriously dan pengantin comel! Btw selamat pengantin baru buat wani dan wadi. Alahai, macam pelik pulak panggil wani. Selalu aku panggil ainis. Aku tahu apa dalam kepala otak korang? Ye. Nama aku dengan ainis ni lebih kurang je. I'm anis and she is ainis (^_______^)


Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan selancarnya. Syukur. Demi bff nih, aku dengan intan sanggup datang ke kelantan untuk jadi bridemaids ainis. Cewahhh |hahahaha| Rasanya tak ada la bridemaids sangat pun. Saja suka suka, Lagipun kat kelantan ni pun ramai kawan kawan tinggal dekat sini. Eha pun duduk sini. Syafa, suhaila, suhaniza dan ain. Tapi sayangnya aku tak dapat jumpa ain dan suhaila. Nak buat macam mana, rezeki tak menyebelahi kan :( Sebab ramai kawan kawan dekat sini, nak jalan jalan kat sini senangla |hahaha| btw thanks kepada semua kawan kawan yang sangat caring time bercuti di kelantan haritu. Sayang dan rindu korang! InsyaAllah. Nanti kita jumpa lagi. Actually rindu dengan anak syafa yang comel + bijak tu! Geram!! (^_______*)


Berbalik kembali kepada majlis ainis haritu, aku bertolak dari sungai petani ke kota bharu hari ahad pagi tu dan majlis hari selasa. So sampai maghrib tu, eha dan suami tercinta mai amik aku dan intan kat stesen bus. Bila eha sebut dekat tesco ke? Aku macam blur blur, padahal sebelum ni aku dah pernah pergi kot |hahaha| Nasibla nakk dapat kawan macam nih! Last last eha suruh amik gambar sekeliling. Lepas eha amik tu, terus ke tesco, kan tesco dah dekat, eha beli barang sikit. Sampai rumah, eha masak mee goreng. Alhamdulillah. Kenyang dan sedap! Malam tu eha ajak ke wakaf che yeh. Bolehla cuci mata. Serius, memang aku cuci mata je, tak beli apa pun. Intan ada jugak beli baju untuk fifi. Aku? Tak ada apa pun untuk encik tunang. Sorry. Tak rasa tertarik pun kat tshirt tu |hohoho| 


Keesokkan harinya breakfast nasi goreng best dari faiz's wife aka eha la tu, my bff. Lepas breakfast tu, sue datang amik untuk ke rumah ainis di kok lanas. Kebetulan dia nak ke majlis perkahwinan, so satu jalan je la. Sesampai je rumah ainis, bukan main berborak, tak ingat dunia. Aishhh. Macam macam cerita uolls. Biasala lama tak jumpa. Rindu semuanya. Petang tu, settle gubah hantaran ainis dan ainis sibuk dengan berinai. So aku dan intan la bertungkus lumus gubah hantaran. Rasanya time tu la nak bermanja dan nak mengenakan intan sebab intan sambung degree di shah alam. Sedihh :( Intan dan alia try pujuk untuk sambung di shah alam. Bukan sekali tapi berkali kali tapi aku berdegil. Aku tak nak hati yang semakin sembuh ni luka kembali. Itu je. Aku tak nak bila aku ke sana, satu persatu kenangan dulu terungkai kembali dan mungkin ia akan menggangu aku. So biarkan aku di sini, terus melangkah tanpa dibayangi kenangan dulu. Kalau la kan, aku diberi peluang untuk kembali pada masa dulu, aku tak nak kembali pun sebab aku tak nak sakit lagi :')


Hari yang dinantikan, majlis ainis dan suami tercinta. Aku tengok pelamin dorang, rare gila. Nanti korang scroll gambar kat bawah ni okey. Aku rasa, ni baru first time aku tengok pelamin macam nih |hahaha| Tak tahu kalau korang pernah tengok pelamin lagi rare dari ni. Lauk pun best, orang kelantan pun okey, tak sombong lagi lagi family ainis :) umi dan papa serta adik adiknya. Umi siap bekalkan makanan lagi balik tu, best! Time majlis, tak dapat jumpa umi dengan papa lama pun sebab ikut pengantin p outdoor dekat tasik dan ktm gua musang. Ohhh yeay! Gambar aku dan intan bersama pengantin.. Mesti akan buat ainis ingat kita orang sampai bila bila sebab gambar kita orang ada jugak menyelit dalam album pengantin |hehehe| Kalau ainis bagi gambar tu, nanti aku share ye dalam ni. InsyaAllah (^________^)


Lepas outdoor, aku balik ke kota bharu dan stay rumah syafa. Alhamdulillah. Malam tu, borak panjang jugak dengan syafa. Macam macam cerita. Bestnyeeeee. Aku kenal syafa dua semester je tapi rasa macam dah lama kenal. Mungkin sebab dia caring sangat kot dan sifat tak kesah tapi jangan amik  kesempatan okey dengan kebaikan dia. Kau pijak kepala dia, dia henyak kepala kau balik |hahahaha| Esok paginya ready untuk balik ke sungai petani kembali. Alhamdulillah. Allah permudahkan segalanya. Last tu, dapat jumpa sue, peluk cium semua sebelum dia gerak ke bandar kota bharu. Alhamdulillah. Syukur semoga ukhuwah yang terjalin ini kekal sampai bila bila. InsyaAllah <3


zoom kerusi raja sehari, rare tak? haha



time ni outdoor di ktm gua musang



siap makeup pengantin



dari kiri : intan. eha. ainis. anis



pengantin malu kot. huu



kami. bridemaids! yeayy!



tengok suhu? Rasanya macam malas je nak mandi pagi tu. Time ni cuaca kat kelantan memang sejuk. Tak payah p cameron :P


Kata kata akhir, selamat berhujung minggu semua. Jaga diri. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu. Dan jangan pernah lupa jaga hubungan dengan orang sekeliling okey. Bereh. Assalammualaikum. Jumpa lagi di entry seterusnya :)
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)