Di TAG oleh Blogger Khairul Nisya |
Assalammualaikum semua dan haiii :) Lima benda paling dibenci. Btw thanks Khairul Nisya sebab tag kiteee :) |heeee| Alhamdulillah, lepasni nak tag lagi lima orang. Maafla ye sesiapa yang kena tag tu |hahaha| Saja nak berkongsi pendapat apa yang korang tak suka. Nak tahu jugak kan. Kepada sesiapa yang baca entry ni pun, dijemput jugak untuk join la ye :)
SATU : Curang
Perkataan ni paling gila aku benci sebab aku dah terkena. Allahu. Sakit sangat sangat tahu tak. Sakit apa? Sakit hati. Ntahlah. Aku dah redha semuanya. Setahun dua tiga empat lima tahun bukan senang nak lupa semua tu. Lagi lagi aku tak ada salah apa sampai dia buat aku macam tu. Mungkin takdir. Ahhh! Biarkan ia berlalu. Yang penting, Allah akan beri yang terbaikk selepas dia. Ya. Aku akui. Terbaikkk! Alhamdulillah.
DUA : Tipu
Mula mula tipu, lepastu curang. Dua benda ni paling menyakitkan |hahahha| Rasanya boleh jadi gila bila fikirkan. Mula mula tipu, lepastu mencuri. Haaa. Benda ni pun selalu terjadi. So aku benci sangat. Aku tak pernah tipu kau. Kenapa kau tipu aku? Tak fair langsung. Aku tak pernah tipu kau sebab aku tak sampai hati. Kau? Tak pernah rasa kan apa yang aku rasa? Ahhh. penipuu semuanya!
TIGA : Ular
Sebab apa aku benci ular? Sebab ular tu menggelikan aku. Aku benci. Aku tengok ular tu bersisik. Geli. Meremang bulu roma aku. Tokwan cerita ular masuk reban ayam, aku dah tergedik gedik geli sebab aku dah bayang dah ular sawa seberat 6kg yang telah diceritakan. Siap imaginasi ular warna apa, makan anak ayam ke tak |hahaha|
EMPAT : Banyak Songeh
Tahu tak banyak songeh tu apa? Banyak songeh tu macam banyak la cikadak dia |hahaha| - Banyak perangai dia. Aku cakap A, dia nak B. Aku mintak C dia bagi D dan bagi alasan yang tak munasabah langsung. Yang penting, orang yang banyak songeh ni, asyik aku je nak dengar cakap dia. cakap orang lain dia tak nak pakai langsung. Dahla buat perangai macam macam. Kadang kadang aku ikutkan je tapi keikhlasan tu tak ada. Fine.
LIMA : Ego
Encik tunang kata ego aku tinggi, aku degil. Mula mula memang aku tak terima langsung tapi sekarang aku dah terima. Manusia mana ada sempurna. Kena fahamla kan. Tapi mungkin ada lagi orang ego tinggi dari aku. Dah terang terang salah, tapi tetap nak menang ke dia. Habis, aku nak buat apa? Biar la dia pergi bersama egonya |hahaha| Orang ego tinggi ni tak ke mana. Percayala. Dia akan jatuh jugak. Bila aku tengok atau jumpa orang ego tinggi ni, aku perhati je dia. Nak tengok sampai bila dia boleh bertahan. Dalam hati bencinya la dengan perangai orang macam tu.
ENAM : Okey, cukup la tu. Nak lima je kan? |hahaha| Sekarang masa nak tag blogger lain. Sedia ye uolls.. .. Mangsa yang bertuah :
salam. jemput join sini ye :)
ReplyDeletehttp://iniblogke.blogspot.my/2016/02/iniblogke-mac16-bloglist.html#.VtZGMfl96M8
Alhamdulillah. Join dah.. ^^
ReplyDelete