Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Thursday, 29 March 2012

first and last.

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Wednesday, 28 March 2012

beside you :')



Selagi nyawa dikandung badan, saya akan sentiasa dibelakang awak (means sebelah awak) :) insyaAllah. Just kuatkan semangat awak, dengar je apa yang orang lain katakan. If ia menyakitkan hati awak, just pekakkan telinga sahaja. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Saya tahu awak kuat.Tekanan atau tension tue biasa la dalam hidup tapi itu semua mematangkan kita. Betul tak? Banyakan bersabar. Mintak petunjuk Allah, Dia akan sentiasa menolong kita. InsyaAllah. Berdoa untuk mintak ketenangan daripadaNya. Setiap manusia diuji dengan bermacam-macam dugaan kerana Allah rindu sangat dengan rayuan dia.

 Kuat ye? :) saya kan ada (^___^)
Senyum kerana sedikit demi sedikit ia dapat megurangkan kedukaan kita.

Mood hari ni, aku nak kemas semua barang-barang aku. Esok dah Khamis, lusa dah Jumaat. Sabtu malam aku bertolak la, pukul 12 tengah malam. Pagi Ahad tue sampai la Putrajaya Sentral. InsyaAllah pukul 10 pagi daftar la aku sebagai pelajar Inspen semester 5 :)

Tuesday, 27 March 2012

a million smile for me^^




+




Negeri kelahiran plus negeri dibesarkan. Mana satu yang paling aku ingat? Ofcourse la negeri dibesarkan. Ya, Johor Darul Takzim menyimpan begitu banyak kenangan :) Manis, pahit, masam, kelat semua ada. Negeri yang bagi aku, negeri yang sedang membangun. Okeyy la..Mewah hidup. |Huhuhu|

Kedah Darul Aman. Lagu bola dia best. |hahaha| Cuba korang dengar -.-
Merupakan negeri kelahiran aku tapi tak sempat lagi umurku mencecah setahun, ibu telah mengikut abah menetap di sebuah bandar, bandar yang bagi aku =.= okeyy la. Allhamdulillah. Bandar Kluang :)
1992 sehingga 2011 aku tinggal kat sana, seronok!! Bila abah cakap nak balik kampong, aku dan adik-adik punya la suka,, yelah berjalan jauh kan. Siapa tak suka.

Sekarang ni bila ditanya siapa nak balik Kluang, angkat tangan? |Hahaha| Ibu aku pun angkat tangan sekali tau. Tapi abah.. |Hihihi| Jangan diharap la,, Darah Negeri dia tue tak pernah hilang. Sebab tue lograt yang selalu keluar dibibir tak pernah kurang pekatnya.

P/S : pejam celik pejam celik tinggal kurang lagi lima hari aku nak balik Inspen. Hoyehh. Hoyehhh. Nak jumpa kawan-kawan. Nak jumpa pensyarah-pensyarah. Mesti best kan. Kalau la ex senior saya yang tersayang tue ada lagi, mesti lagi best kan? Boleh tolong bawak kan beg baju-baju yang berat ni :p

.SEKIAN.

Sunday, 25 March 2012

Sunday 06.40 p.m



First novel yang aku beli dengan duit belanja sekolah aku sendiri -.-
Mesti la seronok bila kita kumpul duit dan hasilnya kita nampak. Seronok kan?
Tapi novel ni bukan dalam pegangan aku dah. Mana perginya pun aku tak tahu.
Bagi orang pinjam. Orang tak pulang-pulang. So, padan muka aku ^^__
Tapi aku tahu, novel ni masih pada dia, ohh penjual coolblog kat KP~ huhuhu
Aku nak balik la,, kau nak simpan buat kenangan ke novel aku tue?
Kau simpan gambar aku buat kenangan cukup la :)
Huhhh bukan dia dengar pun kalau aku menjerit.
Lagi satu bukan dia baca pun blog aku ni.

.MEMBAZIR JE.

Saturday, 24 March 2012

sims please ~lalalala

Assalammualaikum you, you and you :)
Yup, sims. Game ni la yang aku duk tengah giler sekarang ni -.-
Tapi aku mula main agak ketinggalan la jugak. Orang semua main dah dapat score tinggi-tinggi, yang aku baru mula main. Aku mula bergiat aktif dalam sims ni lepas final exam semester tiga dan sampai la sekarang. Aku tak pasti la untuk menghentikan kegiatan ini atau tidak setelah masuk semester lima nanti. |hoho| lalai woo main benda alah ni. |serius| so, jangan biarkan diri anda terjebak dengan kegiatan ini :p




Aku biasala kan, main sims sampai dua sims,, |hahaha| Satu lagi sims aku rembat KA punya, Yelah dia bukan main pun |hihihi| Lagipun, aku kan tamak. Tapi alhamdulillah,aku boleh urus kedua-dua sim tue.. =.= Lama jugak aku berusaha untuk membesarkan kedua-dua rumah ni, tapi aku punya rumah sims lagi besar la dari rumah sims KA |hahaha| Yang kat atas tue rumah sims aku :)




Yang ni pulak rumah sims KA. Oleh sebab perempuan yang urus sims ni, tengok! sims tue lelaki tapi rumahnya ala-ala perempuan kan?! Caya la |hahaha| Aku dah cuba dah buat rumah tue macam rumah lelaki tapi inila hasilnya. Aku tak tahu |hoho| Tapi sims ni memang ngada-ngada. Menyampah!! Okeyy la nak cerita pasal sims je. Daaa.. Assalammualaikum. Oh yee peminat setia, take care ya!! :) sebulan lagi. InsyaAllah.

Thursday, 22 March 2012

without U, i'm.... :')

Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah "

Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ”
...
Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ”

Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita "


*Copy paste from Facebook. Jum-jum kita kongsi sama-sama :)

Aku alpa, aku lupa. Aku terlalu bahagia dengan keduniaan. Akhirat macam mana weh?! takkan kosong je?

be strong +++


Assalammualaikum semua :) Senyumla, kan comel tue...
Tengok aku? Hati didalam sedih tapi boleh je senyum.. |kikikiki| Alah, Allah baru uji sikit tak kan dah nak nangis? :) |aku la tue, bukan aku cakap orang lain| walau macam mana pun, aku kena kuat. Kan3? -.-
Anis Khalilah Bt Abdul Rani, kau kena kuat. Sejak bila pulak jadi sensetif ni? Come on la, sikit je Allah cuit hati kau tue :)

Selama ini bukan main aku nasihat si Ainis Salwani tue |huhuhu| bersemangat! Yelah, mananya tak bersemangat, aku tak suka la tengok kawan-kawan aku sedih :') Hal perasaan jangan main-main tau. Apa-apa pun biarkan kawan-kawan aku bahagia, orang yang aku sayang tue bahagia dulu dan kemudiannya kebahagiaan aku itu akan menyusul.Alhamdulillah. Anis yang dulu memang degil giler. Hati kental. Orang buat apa pun, dia buat bodoh je. |hahahaha| macam tue la. Tapi sekarang, sensetif pulak. Apa ke hal pulak ni?! aiseman! Anis kuat!! Jangan nak nangis-nangis, tak lama lagi nak tinggal abah ibu adik-adik semua. jangan la nak sedih-sedih kan? =.=

Tengok aku pujuk hati? pandai tak? |kahkahkah| Malam tadi kan sedih tak dapat tolong abah :( Dalam pukul 11 mlalam tue, adik aku panggil dia cakap abah panggil aku~ Aku pun pergi kat abah, dalam kesayupan malam tue aku dengar abah membebel "tidur apa tah, awal lagi" :) sebenarnya aku dah tertidur dah lepas magrib tue |hoho| Bila malam, memang la susah aku nak lelapkan mata balik. Rupanya abah nak mintak tolong aku masukkan kaSperSky dalam laptop kesayangannya itu. Sebenarnya aku pun tak tahu. |hahahaha| tapi aku try je la. Abah aku try dari petang tue kot tapi still merah dan tak hijau-hijau. Lepas tue line berukband kat sini pulak, alahaiii ciput. So, memang la lembab. Lembab giler. Puas jugak aku cari-cari. Fikir-fikir macam mana nak buat. Yelah, aku punya laptop pun, orang lain yang tolong masukkan kaSperSky ni. Mesti orang lain tengah gelakkan aku kan, benda senang macam tue pun tak boleh buat. |hahaha| Tapi sumpah, aku tak reti. Tue yang terkilan sangat tak tolong abah tue. Sorry abah :')

Sepanjang aku cuti semester ni, duit memang kering la, jangan risau aku seorang yang cermat. |hahaha| duit yang ada hanya untuk topup dan selebihnya untuk isi minyak skuter aku tue :) Tapi skuter tue, nak bawak ke mana kan? Siapa yang nak naik, isi la kan. Aku dah berbudi korang kena berbahasa la kan :p Oleh itu, aku malas nak menyusahkan siapa-siapa, aku duduk diam-diam je la kat rumah. Nak mintak ibu duit, ibu bukan banyak duit sangat. Satu hari tue, macam mana tah boleh terkeluar dari mulut aku "nak topup pun tak de duit" tak lama lepas tue, ibu hulur Rm10. |hoho| aku macam teragak-agak nak amik. Pastu ibu cakap, isi minyak skuter sekali. Aku angguk je la. Haiiyaa, kecian ibu. Tengok, betapa besarnya pengorbanan ibu. Hulur jugak duit kat anak dia ni. Abah ibu, Anis sayang sangat-sangat. Kejayaan itu akan ku hadiahkan buat beliau-beliau. Dari tadika, UPSR, PMR, SPM sehingga la INSPEN ni, semua kejayaan hanya untuk mereka. InsyaAllah. Anis tak kan kecewakan ibu dan abah. Mudah-mudahan kejayaan itu sentiasa dan mudah mendampingi Anis. InsyaAllah. Iloveyou abah ibu :) Anis tak nak nangis-nangis lagi :') ia bukan disebabkan orang lain tapi disebabkan oleh diri Anis sendiri.

Sekian. Assalammualaikum. Kepada peminat setia itu, semoga awak dan keluarga sihat-sihat sahaja dan sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah. Jaga solat, jaga diri, jaga ibu ayah, jaga adik-adik dengan sebaik-baiknya kerana mereka semua adalah anugerahNya yang tak ternilai. Kehilangan mereka tiada galang gantinya.

Wednesday, 21 March 2012

l.a.s.t.m.i.s.s.i.o.n.


Assalammualaikum kawan-kawan. Smile always walau terpaksa :)
Allhamdullilah. Tak sabar rasanya hati nak sambung belajar <3 Semangat kah?! |hahaha| ke semangat nak jumpa junior? |hoho| Bagi aku pikiaq sat :) Apa-apa pun semua aku rindu. InsyaAllah. Harap semua berjalan dengan lancar. No main-main dah Anis!! Dah la semester last subjek ntah apa-apa. Macam susah je |stop| Jangan fikir macam tue. Nanti otak dah set. Tak boleh buat apa dah. |Fine|. Subjek senang. InsyaAllah. ^.^

last semester ~> SPHT-07
~* REAL ESTATE AGENCY AND MARKETING PRACTICE
~* PRINCIPLES OF TOWN AND COUNTRY PLANNING
~* BUILDING MAINTENANCE
~* LAND ECONOMICS
~* PRINCIPLES OF ACCOUNTING
~* CO-CURRICULUM

*aku p copy kat wall akak aku. |kahkahkah| sorry akak sayang, malas nak taip balik =.=

So, nampak tak subjek apa tue? aku sendiri pun tak tahu. Nanti 1 April 2012 aku beramah mesra la ea dengan semua subjek tue. |hahaha| InsyaAllah. Serasinya kami. Result semester 4 macam mana? InsyaAllah berjaya. Doakan aku ye. Bukan untuk aku sahaja tapi untuk semua kawan-kawan aku. Dah belajar sama-sama. Makan sama-sama. Buat tutorial sama-sama. Buat assignment sama-sama. Ofcourse la kami nak naik pentas dan konvo sama-sama. InsyaAllah :) Doakan tau?! thank you very much kawan ( ^____^ )



The best subject |kikikiki| insyaAllah. Best!!! Hati didalam gentar der :p
Okeyy la.. nak main sim. Game tue mana boleh tinggal. Assalammualaikum. Sekian. Awak, jangan merajuk lama-lama, nanti tak comel. Pastu siapa nak kawan dengan saya?! :)

Monday, 19 March 2012

" Now, I'm a senior "


Macam kelakar je aku baca tajuk kat atas tue. Aku nak jadi senior? Terasa macam nak tergelak pun ada. |haha| Mungkin tak bersedia lagi kot :) Macam mimpi ngeri pulak. |hoho| Tak best pun la jadi orang besar-besar. Better jadi orang kecik-kecik je. Jadi junior lagi best. Dapat manja-manja dengan senior. |hoho| Itula yang aku lalui bersama senior aku dulu. Dia baik sangat-sangat. Dan mudah-mudahan bakal junior yang akan satu bilik dengan aku pun akan sebaik Maisarah. Ya, Maisarah!! :)

Dah lama aku tak dengar cerita gadis kecil molek itu.. :) Dah kahwin kot. |harharhar| Apa-apa pun semoga dia sihat dan dalam khabar baik la. Amin. Last, jadi senior tak best!! Ya, yang arif saya menekankan lagi hujah saya bahawa kehidupan seorang junior lagi best dari kehidupan seorang senior!! :p
Sekian.

Saturday, 17 March 2012

It's ok :)

Assalammualaikumm :)
Ye, saya dah kembali. Alhamdulillah. Malam ni Raja Lawak akhir so pemenangnya, orang kluang. Huhu. Alhamdulillah la kan. Sebenarnya, aku tak tahu pun salah satu finalis tue dari kluang, KA la cerita semua ni. Huhu. Oleh itu, tadi aku tengok la Raja Lawak akhir tue. Uhmmmm, lawak dieorang bagi aku, boleh la. Memang berbakat.Orang cakap, muka tue boleh la buat duit. InsyaAllah :)

Tengah-tengah syok tengok Raja Lawak tiba-tiba aku teringat kisah silam. Haha. Dulu, time-time macam ni, tahun lepas la kan. Tengah panas dengan Maharaja Lawak. Benda ni lagi seronok. Tengok dengan kawan-kawan kan. Memang riuh rendah la. Sebagai pelajar yang masih menuntut, aku mana boleh tengok secara siaran langsung... so, download je la.. :) 'bak pendrive...'

Aku selalu tengok Maharaja Lawak dengan KA la... Malam-malam tue kan, ada la kerja kami. Tengok-tengok lesap dari bilik. Haha. Kadang-kadang bosan jugak kan, mengadap buku je. Kadang-kadang nak release tension jugak lepas test. Itu aku la, tak tahu pulak orang lain.

So, aku pun tengok la Maharaja Lawak tue dengan KA, dengan selambernya aku gelak-gelak. Tak de maknanya aku nak cover-cover :P itu la aku sebenar. Layan Maharaja Lawak sampai larut malam, Pastu nak masuk bilik penakut. Dan itu jugak perangai sebenar aku.. Hoho. Seronok Oooo.. Sekarang ni tak de partner nak melayan Maharaja Lawak dah. So, duduk diam-diam je la..



Sudah la, nak tidur. Bagi sesiapa yang dah tidur mesti dah jauh bermimpi. Kan3. Awak, Khairil Azmi Bin Hussin,, still ingatkah lagi gambar di atas? Saya tahu kenangan yang dilalui bersama bukan mudah untuk dilupakan. Okeyyy la, masa untuk tidur. Sekian. Assalammualaikum. Selamat malam.

Monday, 12 March 2012

~me and you :')



Dunia Facebook dan Dunia blogging ni akan dihentikan buat sementara waktu. Minda dan jiwa semakin kacau. Aku makin serabot. Ya Allah, kuatkan aku. Tenangkan hati hambaMu ini. Semoga Allah memberi petunjuk buat aku. Doakan aku ye kawan-kawan. Terima kasih.

Kepada mr dan mrs sim aku kat facebook tue, sorry ye sayang. Nanti aku akan kendali korang balik semula. Buat sementara waktu ni, korang main la untuk diri sendiri. Nampak tak, aku ni gler game betul. Jangan risau ada orang akan jaga korang. Tak kira la sim or blog ni, ada orang jaga. Aku dah amanahkan dah sampai angin dia. sorry ye. 'Suatu hari nanti awak akan faham'

Tak ada apa-apa dah yang aku nak tulis, just 'antara aku dan kau' jaga diri elok-elok. Nanti bila dah ok, aku akan kembali. Satu lagi, terima kasih kepada pembaca semua. Buat kawan-kawan aku, wani, eha, intan, kak iecha, moon dan yang lain-lain, kita jumpa 1/4/2012 ni k.. Aku dah malas nak bukak facebook tue. Laman mukabuka. Bosannnn la. Bosan tahu tak =.= aku benci!! Dan awak pembaca yang paling setia, terima kasih banyak-banyak. Senyummmmm!!! :)

love is blind ^ ^

Selamat malam semua ^^ aku tak nak tidur lagi. |hahaha| bolehkah?! Apa-apa pun assalammualaikum semua.


 'Heii budak ni dia nak diet-diet pulak, makan tak nak' bebel Puan Maizurah di dapur. Bebelan ibunya memang didengari oleh anak gadis, Maisarah. Maisarah tersenyum. Dibiar sahaja bebelan ibunya itu. Matanya makin tertumpu di skrin laptop. Sesekali dia tersenyum membaca sesuatu di skrin.
'Budak ni dia buat tak tahu je apa kita cakap. Kang kena gastrik baru tahu sakitnya.' bebel si ibu tidak terhenti di situ. Maisarah masih membatukan diri di situ. Setengah jam kemudian, dia gagahi diri untuk ke dapur. Perlahan-lahan tangannya mengambil pinggan.
'Nasi goreng adik aku buat, best jugak ni.' hatinya berdetik sambil tersenyum. Suapan demi suapan ke mulutnya. Awas, dia ingatkan dirinya untuk mengambil nasi goreng tersebut dengan kuantiti yang sedikit sahaja. Baru dinamakan diet. Seleranya makin berkurang.~

Mana tidaknya, otaknya masih berfikir tentang si dia yang jauh di mata. Kebelakangan ni, bercakaran sahaja di antara mereka. Apa yang tidak kena, dia sendiri pun tak tahu. Dua tiga hari baik, gerenti hari keempat bergaduh balik. Macam cerita dalam novel la pulak kan. Nak kata macam cerita hindustan, tak mungkin la. 
Selepas makan, terus dibiarkan badannya menghenyak tilam bercadar biru itu. Mana tidaknya badan tue tak naik, lepas makan boleh pulak dia baring-baring. Apalah punya anak dara. Tangannya pantas mengambil alat keluli disisi. Diamati mesej si dia, mesej yang mereka bertengkar petang tadi. Kadang-kadang bergaduh sebab tak faham apa maksud yang cuba disampaikan oleh mereka-mereka sahaja. Bila salah seorang tak faham. Angin la kan. Darah muda katakan. Dua-dua ego. Dua-dua nak menang. Tapi Maisarah ni, memang degil. Susah nak cakap. Dari kecil, degil dia tak hilang-hilang. Sampaila ke couple. Tak tahu la, apa cara yang digunakan oleh pasangannya itu untuk mengurangkan degil gadis pujaannya. Wait and see.~


Satu jam, dua jam dan tiga jam dia menunggu mesej daripada Faiqal, masih terus menunggu. Hatinya tidak sabar, pantas jarinya menaip sesuatu pada skrin alat keluli. Hatinya bergetar. Cuak.
'Saya masih perlukan awak. Fullstop.' empat patah perkataan dan ia membawa makna yang cukup besar bagi maisarah.
'Kalau dia still marahkan aku, mesti dia tak kan reply mesej aku.' bisik hati gadis itu. Maisarah sudah faham sangat dengan perangai Faiqal. Beberapa minit selepas itu, tiba-tiba alat kelulinya berbunyi menandakan mesej baru masuk. Di skrin tertera gambar Faiqal kacak berkemeja. Maisarah tersenyum.
'Alhamdulillah. tapi saya perlukan awak sebab awak la pelengkap hidup saya. Amin. Saya sayangkan awak.' Terharu melanda jiwa si gadis. Apa lagi la yang dia mahukan daripada teruna itu? Apa lagila yang dia tak puas hati? Kebingungan melanda diri.




Dia cuba memujuk jarinya untuk terus membalas mesej buah hatinya,
'Awak, saya tak sesempurna perempuan yang awak mahukan. Saya tak mampu nak bahagiakan awak tapi saya cuba untuk bahagiakan awak selagi Allah bersama saya dan Dia terus memberikan petunjuk yang terbaik buat saya. InsyaAllah. Awak, saya cintakan awak kerana Allah. Terima kasih sebab mengubah segala-galanya untuk kita sama-sama ke jalanNya. Selagi nyawa saya dikandung badan, nama awak akan terus tertulis dihati saya.InsyaAllah tidak akan berubah. Apa-apa yang saya merapu, anggapla itu hanya lakonan di pentas yang saya buat sendiri. Kesemua apa yang saya merapu tue, tak pernah untuk saya lakukan terhadap awak. Tidak pernah sekali-kali. Saya mintak maaf bebanyak. Apa-apa yang berlaku selepas ini kita berserah sahaja kepada Allah. Tapi dalam masa yang sama kita berusaha untuk memperbaiki diri masing-masing.' Panjang dan bermakna mesej yang ditaip oleh maisarah. Hatinya dipanah dengan rasa menyesal. Tergamak dia melakukan itu semua terhadap orang yang dicintainya. Ego benar hatinya.~

Sekian. Lagi banyak aku tulis, kang lagi banyak aku merapu kang. So, selamat malam. Dah nyenyak kan kamu tidur KA?! |hahaha| Dah la kenyang makan nasi beriani. Alhamdulillah. Esok kerja rajin-rajin ye :) Assalammualaikummm..

Sunday, 11 March 2012

Kerachut Beach~

Assalammualaikummm~ :) cuaca dilaporkan mendung sahaja disini. So, adik-adik dilarang keluar rumah dikhuatiri hujan yang lebat melanda di negeri ini. Sekian. Iklan daripada penaja. =.= |hehe|
Sebenarnya aku dah janji kan dengan korang yang aku nak cerita tentang Kerachut Beach yang aku pergi awal bulan hari tue. |huhu| sorry, lama korang menunggu. Ya, aku tak kan lupanya :)



Diikutkan pelan awal, lepas praktikal ni ingatkan nak pergi lagi Kerachut Beach ni tapi tak de rezeki pulak nak pergi dengan kawan-kawan. Yelah. Masa tak de la. Tak pelah, nanti cuti mid semester, jejak la tue di bumi Penang lagi. InsyaAllah. Lagipun, dah ada orang nak tolong bawakan. Ada siapa-siapa lagi nak ikut? |hahhahaha| sila-sila. Daftarkan nama anda.



Di sini jugak, aku ada amik gambar buat tatapan kawan-kawan terutamanya untuk wani, eha dan akak tersayang. Aku pun tak pasti dia sendiri dah pergi belum. Entah. Tak pe, nanti aku tanya dia :) peace!! Pantai Kerachut ni boleh la untuk siapa-siapa yang suka benda-benda yang mencabar. Jom la. Tapi untuk kawan-kawan aku yang tak berapa ganas sangat tue, ok la pantai kerachut ni untuk dieorang :P alah, selembut-lembut intan tue pun boleh je.. Dia jalan dan terus berjalan dengan akar pokok berlingkar-lingkar dalam hutan tue, akhirnya sampai jugak pantai.




Walau tiga puluh minit, huhhh lambat lagi kot. Kan aku cakap aku tertipu :P Aku ingat jalan ke pantai kerachut tue senang je sekali jalannya macam ni. ishhhh! sumpah nak pergi lagi ! Kalau nak pergi naik bot pun boleh. So, tak la keluar peluh sangat-sangat tapi bagi mereka yang ingin melihat kehijauan alam semulajadi better jalan kaki ke sana :) Ayuhhh. 




Pertemuan antara air masin dan air tawar. SubhanaAllah. Kuasa Allah. Cer teka mana lagi tumpat? Bagi mereka-mereka yang dah pergi, dia dah boleh bayangkan dengan sendirinya dah. Kan3?? |hehehe|




Nak balik, better naik bot.. Nanti boleh tengok buaya.. |hahaha| Nanti boleh tengok air. ~jakun. Naik bot pun mempunyai risiko yang tinggi jugakk. Sekarang ombak tengah mengganas tau tapi tak la seganas tsunami. InsyaAllah. Jauhkan bencana itu berulang kembali. Amin.




Nampak tak batu tue macam kepala buaya? |huhu| Tadi orang cakap tak nak percaya :p  yang penting, itu hanya hakisan air masin ye, geografi,, aku rindu kau !! okey la sampai disini sahaja. Nanti kita-kita sambung lagi. Daaa... Assalammualaikumm. Walau hati sakit, ukirkan bibir anda untuk tersenyum :)

Saturday, 10 March 2012

Cameron or Genting?!

Hai awak-awak :)
Cameron or Genting? |huhu| Cameron je la k? sempat amik gambar time jalan kat Cameron jek. Lagipun just lalu je genting dan cameron highland tue, bukan pergi bercuti pun :) Lain kali la kalau nak pergi bercuti. Tunggu poket abah dan ibu penuh :P |bukan poket aku| aku tak kerja lagi.




Time ni pun aku ikut family aku pergi majlis perkahwinan. Adik kawan abah aku yang kahwin. Ia terletak di negeri pahang darul makmur. Dekat felda sertik. Aku ingat-ingat lupa la, lagipun dah lama dah pergi,, tiga minggu lepas. Maybe. Tidur rumah dieorang satu malam. Rumah kenduri kan, tidur pun dah tak nyenyak, tak macam kita tidur dekat rumah kita sendiri. Sangat-sangat lain. Dieorang busy memasak. Busy berborak. Hurmmm,, tak pe aku boleh terima keadaan macam tue :)




Tapi ada benda yang aku tak boleh terima. Akibat jalan memang bengkang bengkok umpama ular kena palu, biasa la jalan pantai timur ni. Aku redha. Adik aku pening, so bermula la aktiviti muntah ni. Dia memang pantang kalau jalan macam tue. Asal jalan macam ular kena palu je, mula la dia pening. Aku fobia bila berkeadaan macam tue. Aku pun pening jugak tapi aku mampu bertahan. Tak pelah, adik aku kecik lagi. So, budak kecik mana la kuat dengan benda ni semua. Oleh itu, asal beli barang je time tue pastikan plastik tersimpan rapi didalam kereta :) Yelah, banyak kot kegunaannya. Itu baru pergi pahang belum lagi pergi kelantan. Adik ohh adik. Kamu memang menguji kakak-kakakmu ini. Tapi kakakmu yang sulung ni dah surrender dulu :p

Tapi seronok la dapat jalan-jalan kat pahang. Dulu time duduk kluang, abah balik lalu mersing. Tak pun lalu segamat. Ni bila dah duduk sungai petani, nak ke pahang tue makan masa la jugak, abah lalu tapah tak pun terus ke simpang pulai je. Sebab tue dalam perjalanan jumpa cameron highland la genting highland la. Apa-apa pun terima kasih abah. Terima kasih ibu. Tak sabar nak balik Inspen ~ tetibe |hahaha|


Budak comot. Budak comot. Budak comot. :p Awak tahu tak saya tak sabar nak balik Inspen. Nanti boleh jalan-jalan kat kluang. |hahhaaa| Budak comot tunggu k.. Mudah-mudahan jejak lagi la kaki saya di bumi johor tue ye. Amin. Assalammualaikum.

~up and down~

Assalammualaikum geng -.- Hari ni hujan. Yes! Yes! Yes! |haha| tetibe~ ala, sebenarnya memang kat sini selalu hujan. Almaklumla perubahan monsoon. Ni aku suka ni |geografi| Time form6 dulu, urmmm bekas ye, tak habis pun amik form6 dulu, aku lebih rela amik geografi berbanding sejarah. Sebab apa? sebab aku lagi suka alam sekitar berbanding sejarah. Sejarah adalah fakta dan ia tak boleh berubah tapi geografi, alam.. Alam sentiasa berubah-ubah. Lagi pun geografi boleh auta. Pendapat aku la kan. |haha| Satu lagi, aku pening belajar sejarah. Banyak kena hafal. Maybe aku dah muak mengadap sejarah dari form1 hingga form5. Cukup. Bagi nafas baru untukku mengenali geografi :) Tak ramai kawan-kawan aku amik geografi, dieorang lebih cenderung untuk memilih sejarah.




Hari ni aku ikut family ke majlis kahwin anak tok su. Maybe itu panggilan yang patut aku panggil. |huhu| Majlis tue just dia buat kat rumah je. Macam biasa, rumah kampung, memang meriah la kan. Sampai je rumah kenduri, hujan turun. Lebat la jugak Hampehh. Tak pe, rezeki kan. Allah merahmati majlis tersebut :) alhamdulillah.Makanan alhamdullilah. Boleh la dimakan. Yang pentingnya aku nak tengok pengantinnya, anak tok su. Anak dia perempuan. Waa,, tema sama colour dengan baju kurung aku pakai la. Kelabu. Cantik jugak colour tue. Tapi kesian dekat pengantin, hujan kan. Mungkin dieorang tak selesa. Cobaan. |huhu| Apa-apa pun tahniah la, semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. ~kenduri kahwin saya jangan lupa datang pulak ek~ insyaAllah.

Dalam perjalanan tue, banyak jugak aku tengok majlis perkahwinan kat rumah tepi-tepi jalan tue. Macam-macam tema. Merah la. Pink la. Biru la. Kelabu la. Tak kesah la warna apa pun janji dieorang bahagia. Aku just cuci mata je. Pilih warna apa yang cantik. Wah, dah ada perancangan ke? |tue,, no comment| Bagi kakak aku lepas dulu. :P |No More| < ----- Mati aku kalau dia baca. |hoho| Tak pelah, semoga jodoh akak cepat ditemukan. |Amin| :)


Okeyla, sampai disini sahaja untuk kali ini,, :) Nanti aku tulis lagi ye. Untuk peminat setia itu,, mengidam ketam ye? |huhu| insyaAllah, ada rezeki awak, dapat la tue makan. Semoga anda sentiasa dipelihara olehNya. Amin.

Thursday, 8 March 2012

catch a grenade for you ^^__


Tengah-tengah sakit ni pun, hati ni still panas je tau.. Walau hujan tengah turun. Boleh dikatakan lebat la jugak.('',) Makin dibiar makin menjadi-jadi pulak budak kecik ni tau. Kang cakap pakai lepas je kang menangis pulak. Aku pun tak tahu nak handle budak ni macam mana. Dia pulak sesedap rasa cakap orang itu ini, aik? macam tak sedar dia tue pun manusia biasa. Manusia ohh manusia. Tolong la sedar. Baru puji sikit. 'you handsome la' [bukan aku yang puji, malah tak kan pernah sesekali!] Dah kembang. Dah meninggi diri. Dah bongkak. Semakin hari budak ni aku tengok makin menjadi-jadi. Please la sekali lagi, tolong jaga perasaan orang lain. Tak nak jaga hati atau perasaan aku tak pe |fine| Aku tak terhegeh-hegeh pun. Sikit pun tak. Tapi orang lain. Cuba kau fikir. Ada otak. Fikir bukan kau menghamburkan segala amarah kau kat orang lain. |Faham| Macam ni nak jadi pelajar contoh untuk group ni? Forget it. Sini kau sini budak kecik balik semula ke dunia realiti. Tahu nak marah orang jek! Aku ni sabar je tau, aku diam je tengok perangai kau tue budak kecik.

Sorry blog kerana aku terpaksa lepaskan semua ni :') sorry KA sebab terpaksa dengar ni semua pagi-pagi buta. |hehe| Apa-apa pun terima kasih kerana memahami ini semua :) mangkuk ayun tue kalau buat perangai lagi, siapla ^^__

Wednesday, 7 March 2012

Finally =.=

Assalammualaikum kamu-kamu (:
Semakin hari, aku tak tahu dah nak tulis apa? Malas nak fikir. |huhu| Dah lama kot otak ni tak guna untuk study. Tak tahu la naik semester lima nanti macam mana. Dengan subjek account lagi, perancang bandar lagi. Eiii, serabot kepala otak aku ni. Senior-senior ni cakap semester lima ni payah dia macam semester dua. Aiiyooo,,  semester dua tue zaman kejatuhan aku tahu tak. Dekan aku tak dapat pun. |malu| Orang lain punya agak aku dapat dekan lagi, padahal aku tak dapat pun. Aku tak dapat dekan time semester dua. Fullstop. Jangan nak tanya lagi.. Buat-buat muka tak percaya pulak tue. Dah la, malas nak cerita tentang ni. |tutup|

Apa-apa pun, alhamdulillah. Assignment aku atau report aku sepanjang semester empat ni selesai disiapkan dengan bantuan-bantuan mereka. Bukan aku buat sesorang k. Kalau aku buat sesorang, tak siap la jawabnya. |hoho| Semiggu selepas naik semester lima, report ni akan dihantar kepada penyelia masing-masing. Ada satu benda lagi aku tak buat, aku tak email lagi draf terakhir aku kat penyelia aku. |huhu| Agak-agak dia ingat lagi tak?


Ya, ini la hasilnya sepanjang tiga bulan setengah. Settle kedua-duanya. |Assignment dan Buku Log| Tiada apa yang perlu diluahkan dan digambarkan ketika ini hanya bersyukur tidak terhingga kepadaNya. Sekarang ini tiba la masa untuk aku berehat-rehat. |hoho| Tentang perubahan pada Pendahuluan dan Kesimpulan tue, nanti-nanti la fikir ye Encik KA :) Yang penting, semuanya dah siap.

Semalam jugak aku pergi derma darah. Nasib nurse tue teror. Cari urat sekejap dah jumpa tapi "halusnya urat dia" |hahaha| membuatkan wanita itu sedikit berhati-hati ketika inject di lenganku. Takpe, Anis kuat kan? Pujuk hatiku. Yelah. Sakit. Tipu la kalau aku cakap tak sakit. Dah la jarum tue dia pegang. So, nampak tak dia tekan jarum tue supaya senang jarum tue nak hisap darah aku.. |senyum je la Anis|

Okeyla, malas nak merapu banyak-banyak. Nanti tah apa-apa yang keluar. Nanti orang yang baca yang naik tension. |huhu| Kepada peminat setia tue, jangan selalu main hujan, tahu la kat sana asyik hujan je :P jaga diri elok-elok. Dan semoga berada dalam NUR pencipta. Amin. Assalammualaikum :)

Sunday, 4 March 2012

yeay!!! i get it

Assammualaikum :)
Kepada calon-calon stpm mesti tengah berdebar giler kan? Relax la. Apa-apa pun korang kena terima dengan hati yang terbuka apa keputusan yang bakal korang dapat nanti. InsyaAllah semua berjaya. Just sekarang ni berdoa sahaja mudah-mudahan Allah beri ketabahan dan kecekalan time korang pergi amik result tue. Aku doakan korang berjaya. Aku tahu, Pra U tue susah tapi jika bersulamkan usaha yang gigih dan ditambah dengan doa InsyaAllah semuanya mudah. Aku pernah alami zaman Pra U tue tapi rezeki aku bukan di situ,, tapi empat bulan tue memang bermakna bagi aku.. So, terpaksa aku melangkah meninggalkan dunia form6 atau Pra U. Alhamdulillah, akhirnya aku di sini. Kawan-kawan,, good luck. Aku tahu korang dah buat yang paling-paling terbaik. |Tahniah|


"Malam ni nak tulis tajuk ape ek wak?"
"Tulis la kisah sirah anbiya' "
Aku mendengus. Otak ligat berfikir. Dia ingat bakal zaujah |insyaAllah| dia ni pandai sangat ke tentang kisah-kisah tue semua. Tapi tak salah kan mencuba? InsyaAllah suatu hari ini. :)



Siapa kenal tiket kat atas tue? |hahaha| |Knapa senyum-senyum?| Kenangan OOoo bukan senang nak lupuskan semua itu. Susah. Sangat-sangat susah :) Yang paling mahal tandatangan tue tau :P Berapa kali try nak tiru tandatangan tue tapi setakat ini, belum berjaya lagi la. Kepada tuan punya tandatangan, |sorry| hahaha. Nanti saya try tiru tandatangan itu lagi :P


Okey la peminat setia yang suke curi-curi masuk then baca blog nih, Thank you very much ya. Tiket bas saya simpan then tiket wayang? Ada simpan tak? Resit beli coolblog ke ada simpan tak? |hahaha| Jap-jap beli coolblog ada resit ke? Sekali lagi, |hahaha| saya dah lupa. Semoga kamu sentiasa dilindungi Allah dan dipayungi dengan rahmat Allah. :) Terima kasih juga kepada kawan-kawan.

Friday, 2 March 2012

love story let’s make a history [:



Kepada Bakal Zaujiku,,
Aku tak pinta hartamu
Aku tak lihat paras rupamu
Aku tak cerewet dengan pendidikanmu
Hanya keimanan kepadaNya memadai untuk mengubah segalanya.
Percayalah.

Dengan keimanan, harta untuk dibawa ke Akhirat akan ditambah
Dengan Keimanan, rupa paras akan berseri-seri di sana kelak
Dengan keimanan, hati mudah menerima segala ilmu
Cinta dunia perlulah di kejar?
Cinta padaNya cinta paling agung.

Oleh itu, bakal Zaujiku,,
Ayuh dapatkan cintaNya dahulu sebelum cinta kita diraih
Marilah kita dapatkan keredhaanNya dahulu
Mudah-mudahan cinta kita diredhai.
Ayuhhhh!! Bangkit!!!
Kita bangkit dari dunia yang penuh kelalaian!!
Tinggalkan iblis sang durjana yang tidak pernah mengalah mengacau anak cucu cicit Adam
Sama-sama kita meminta petunjuk daripadaNya
Semoga kita tetap bersama membina kebahagiaan di dunia dan di akhirat. |insyaAllah|



Assalammualaikum bakal zaujiku |insyaAllah| semoga anda berada dalam keberkatan dan rahmat Allah. Ku kirimkan salam rindu dalam doaku. Mudah-mudahan Dia lagi tahu rinduku buatmu. Lastly :

 "Jαngαn cintαkαn orαng yαng tidαk cintαkαn ALLAH kerαnα jikα merekα boleh tinggαlkαn ALLAH, merekα jugα boleh tinggαlkαn kitα". ~Imαm Syαfie~
Sekian :)

Thursday, 1 March 2012

never say never :]

Assalammualaikum :) senyum seindah suria yang membawa cahaya. So, senyum la.. Tak rugi pun kawan-kawan sekalian. :)



Bangga aku seketika apabila diri ini pernah berpraktikal dibawah jabatan di atas. |syukur| JPPH = Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. JPPH ni banyak cawangannya, aku berpraktikal di cawangan Sungai Petani. Ishhh berapa kali aku nak bagitahu. Berkali-kali dah kan aku bagitahu? ^^ Sepanjang tiga bulan setengah belajar kat sini, aku tak tipu... Aku tak bodek... Seriously seronok gler. Staff-staff kat sini tak pernah nak berkira langsung. Kadang-kadang aku yang naik segan. Bila dah segan, kena marah pulak! |haha| Pastu macam mana? Cer bagi aku idea sikit.

Allhamdulillah. banyak benda yang aku belajar di sini bukan setakat pembelajaran tentang penilaian tetapi budi bahasa yang dilontarkan oleh staff-staff di sini. Bak kata PD a.k.a Pegawai Penilai,, ' yang baik itu ambil la dan bawak balik, yang tak baik tue tinggal la kat sini. ' Thank you very much to all's staff JPPH Sungai Petani. Jasamu tetap akan dikenang. Ilmu memang bawa ke mati la kan.. =,=

Sebelum bermulanya praktikal di tempat asing tue, memang la hati aku ni cuak. Macam-macam bermain difikiran. 'Ishhh makcik-makcik ni macam mana ek?' Pakcik-pakcik ni ok tak?' Rasa tak otak aku time tue dah macam rojak? |hoho| Tapi alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Semuanya bantu aku untuk aku gapai pointer yang terbaik untuk semester ini. Mudah-mudahan kan.

Dua minggu sebelum berakhirnya latihan industri ini, satu acara sudah giat dilakukan oleh staff-staff kat sini. Korang nak tahu apa dia? Dieorang dah mula belanja aku dan Intan makan. Mungkin tanda terima kasih. Dimana destinasi ditujui? |Chicken Rice Shop| |PizzaHut| |McD| |Radix| macam-mcam lagi la. Satu tempat lagi aku pergi makan dengan pegawai-pegawai a.k.a penyelia aku sendiri, Apatah nama tempat makan tue tapi memang best :) 'Order je ape u all nak. Jangan malu-malu' hahaha.

Isnin bertarikh 27 Februari 2012 berakhirla segalanya. :) Itu yang aku tunggu-tunggu kan selama ini. |haha| Hari terakhir untuk penyelia check balik report aku, check balik buku log aku dan tandatangan. Itu paling penting. Patutnya 23 Februari 2012, aku akhirkan segalanya. Akibat report pun tak selesai lagi, aku  kena datang la hari isnin tue. Bagi settle semua. (^___^) Tarikh keramat ni jugak aku kena buat ucapan. staff-staff ada buat sedikit majlis ringkas untuk aku dan Intan. Ada makan-makan. Cuak gler. Nak cakap depan PD dan semua. Mula la satu badan menggeletar |kantoi suda| Dengan khidmat yang diberikan selama tiga bulan setengah itu membuahkan hasil, aku dapat sijil, hadiah daripada PD, hadiah daripada JPPH dan hadiah daripada staff. Terima kasih untuk semuanya. Dengan ilmu yang dicurahkan oleh kalian pun dah cukup memadai warga JPPH Sungai Petani :)
 
**** kak izan dan cik fa.. markah lebih sikit nah**** hahaha
**** lagi satu terima kasih selalu belanja makan dan ilmu yang diberikan****
**** kak yanie,, terima kasih bawak p jalan-jalan kat penang dan belanja macam-macam :)****
**** wan a.k.a. en hanif terima kasih,, selalu belikan nasi lemak time pagi dan petang pulak bawak cucuq cempedak, cucuq kucai dan cekodok****
**** cik nab and kak syikin terima kasih sebab menceriakan hari-hari kami selama berada  di situ |PizzaHut| ****
Sekian :) 
Asssalamualaikum peminat setia yang suke curi-curi masuk. Senyum la. Kan sedekah tue. :) Dengar cakap Allah. Dengar cakap ibu dan dengar cakap ayah. Maka berbahagialah kamu. |insyaAllah|
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png