Monday, 12 December 2011

Masa Untuk Mempratikkannya,,,AYUHHH,,Anis!!!

Assalammualaikum,,,(",)

Bagaimana dengan kehidupan seharian ku kini???
HUHU...sangat-sangat baik,,Alhamdulillah..Cuma kerinduan kepada negeri itu semakin mencengkam di jiwa...cehhh,,
Tidak mengapa,,sedang menghitung hari untuk menjejak kaki kembali ke negeri itu,,
Latihan Industriku berjalan dengan lancar,, staff-staff di sini banyak membantuku,,
cuma....
Aku terpaksa berulang alik dari rumah ke tempat latihan industriku yang jauh dan memakan masa yang lama,,
Tekanan kot bagi aku...huhu
Tapi,,
 aku kena belajar juga hidup susah...
tidak semestinya hidup hendak senang sahaja,,,,
Come on lah Anis,,,
You can do it,,,Gambateh!!!
Latihan Indusri tiga bulan setengah je...tidak lama pun... 
so,,
Bergembira la anda,,,
Sekian sahaja coretan saya buat kali ini...
wassalam...(",)









Saturday, 19 November 2011

fasi oh fasi

salam satu malaysia semua....,,,

Ohhh???Fasi oh fasi....Ya,aku terpilih dalam kalangan 15 orang itu...Alhamdullilah.
Dapat juga aku merasai pengalaman yang bagi aku bukan senang untuk merasainya....
8 orang perempuan dan 7 orang lelaki yang bertuah itu....Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
Ya,aku merasai tanggungjawab terhadap adik-adik kami...Kami sudah lakukan yang terbaik..:)
Walaupun sudah 3 minggu berlalu Minggu Jalinan Mesra itu, kenangan itu masih berlegar-legar di minda ku ini
Sukar dilupakan,,memang memang sukar dilupakan....
Start malam sebelum MJM berlangsung,kami 15 orang fasi telah diberi taklimat untuk memudahkan dan melicinkan perjalanan MJM kelak.
Aku diberi tugas di kolej kediaman siswi..Ini kerana bagi memudahkan para siswi mengetahui bilik masing-masing..Tugas ini aku berganding bersama kakak tersayang...Ya,,dia banyak membantu aku.
Serius aku katakan....Memenatkan,,,dengan melayan karenah ibu bapa para siswi yang bertanya itu ini... Kira tidak senag duduk la...Maybe dengan cara itu berat badan ku baleh dikurangkan...hahaha
Tapi,,first sebelum menjalankan tugas,aku balik bilik landing-landing dulu...huhu
Selesai hari pertama,,Hari kedua,ketiga menyusul.....
Bagi aku untuk hari seterusnya tidak la penat sangat sebab kami 15 orang ni bertugas bergilir-gilir,,
Cuma yang penatnya,,mengajar junior koir,choral speaking dan teater....
Kadang-kadang sampai ke malam....Tapi kami tidak la denda dieorang macam kami kena dengan fasi senior dulu...
Manjakan la junior....xlari ke mana dieorang....nanti nak jumpa dieorang jugak..
Huhhh,,bila kawan-kawan tanya handsome tak junior????aku hanya tergelak....Tipu la kata semua xhandsome,,,
Ada mata, ada hidung, ada telinga, mulut....perfect...
Handsome la tue kn???hohoho
Korang tengok la nanti sendirinye pun.....hehehe
Hari yang dinanti-nantikan.........Majlis Penutup MJM,,,
Huhhh,,video kami...fasi....tidak dapat ditayang buat adik-adik kami....
Laptop buat hal!!!!Tension aku....
Untuk persediaan media........bagi aku xperfect sebab ada berlaku perkara yang tidak di ingini...



Tapi bila sudah selesai semuanya,,,ku panjatkan syukur.......
Selesai sudah tugasku kami sebagai FASILITATOR MJM 2011/2012
Kami berjaya buat yang terbaik....Itu sudah cukup untuk kami membantu pihak INSPEN dan buat mereka tersenyum bangga..
Sekian
Terima Kasih




Wednesday, 9 November 2011

YES!!!

Assalammualaikum...(,")

Akhirnya kan....kejayaan itu milik aku...ya,,milik aku...
Aku janji kejayaan itu akan ku hadiahkan buat ibu dan abah tidak lupa juga buat dia....pendorong semangatku,,,
Pendorong semangatku itu benar-benar yakin dengan kebolehan aku tapi bagi aku.....Tidak pernah yakin dengan kebolehan diri sendiri....
pape pn,,
Thank you very much...ibu, abah dan awak...=)
Bersyukur sangat kepada Allah,,,Alhamdullilah....Dekan itu aku dapat rebut balik....
Walaupun bagi aku kejayaan itu tidak cemerlang semester 1,,,,
Tapi,,
Ku panjatkan kesyukuran buatMu Pencipta....
Alhamdullilah,,,penat lelah usahaku...Kau terima...
Segala solat, doaku Kau makbulkan...
Syukurku bersujud,,,



Gud luck untuk semester 4 dan 5,,,
Mudah-mudahan kejayaanku lebih terserlah,,,
Aminnnnn....
Apa lagi yang ku harapkan melainkan kejayaanku sendiri...
Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan,,
Semoga kalian turut berjaya...=)
Aminnnnn......
Wassalam...



AKVSKA,,,,,,,

Wednesday, 26 October 2011

meniti sebuah kejayaan

Ya Allah,,
Berdebarnya terasa
Takut turut menyelubungi
Apakah keputusan semester 3 ini???

Dekan lagi atau tidak
Ya Allah,,
Adakah usahaku kali ini betul-betul berbaloi??
Tidak tentu arah dibuatnya

Setelah dihitung dicatu dibahagi didarab nama-nama mereka
Seramai 13 orang melepasi 3.50 keatas
Ramai yang boleh perolehi kedudukan itu
Tapi aku??

Ia masih menjadi rahsia Allah
Hari selasa penghitung segala-galanya
Penantian satu penyeksaan
Hari ini,,,ia masih dalam persoalan

2 orang 4.00...lelaki,,,
Hebatnya mereka....
Aku target...mungkin Syafiq atau saifullah atau Hasmaliza
Dan
Semestinya Aloy setia berdiri di puncak
Tapi aku???di kedudukan mana??

Risau
Takut
Gementar
Bersediakah aku untuk mengetahui segalanya???
adoi
Seksanya
Ditambah pula dengan clue-clue nama penerima dekan diberitahu
Terasa mahu bakar laman sosial itu



Wednesday, 19 October 2011

aku, aku dan aku

PAGI INI,
MATAHARI MALU-MALU UNTUK BERSINAR,
AWAN MALAS-MALAS UNTUK BERARAK
KERANA MEREKA MASIH BERFIKIR-FIKIR UNTUK MENCARI ARAH TUJUAN
BAGI MENERANGI DAN MEMAYUNGI BUMI
BEGITU JUGA HATIKU YANG MASIH TERCARI-CARI SEBUAH KEKUATAN
UNTUK MENJADI DIRI KU KEMBALI
TAPI
KEKUATAN ITU MASIH BERSAMA INSAN ITU
SEMANGATKU MASIH TERSEMAT DI JIWANYA
KEMBALIKAN SEMULA IA KEPADA KU
UNTUK KU BINA SEMULA HIDUPKU
USAH ENGKAU SEKSA LAGI HIDUPKU DENGAN PEMERGIANMU
PEMERGIAN YANG PENUH TRAGIS
PEMERGIAN TANPA SEBARANG KATA PUTUS
PEMERGIAN TANPA KERELAAN AKU
BUATMU KASIH,
MUNGKIN SUATU HARI NANTI AKAN KU TEMUI PENGGANTIMU
MUNGKIN, DIA JAUH BERBEZA DENGAN DIRIMU
INI MEMBUATKAN DIRIKU SUKAR UNTUK MENERIMA DIA
KERANA KASIHMU MASIH BERSISA DALAM HATIKU
PERKATAAN BENCI SENTIASA BERMAIN-MAIN DIBIBIRKU TAPI
KINI BARU KU SEDARI BAHAWA ADA SEDIKIT RUANG BUATMU                    
KU TERSERAHKAN HATI INI BUAT PENCIPTA
ITU YANG TERBAIK DAN YANG TERNIKMAT   
KINI…
PENGGANTIMU TELAH KU TEMUI
ALLAH MAHA ADIL,,ALLAH MAHA PENYAYANG
DIA TIDAK AKAN MENBIARKANKU TERUS MENERUS MENUNGGUMU
AKU BERSYUKUR KERANA PEMBERIANNYA INI SATU HADIAH YANG PALING BESAR DAN TERNIKMAT
KASIH SAYANG KU BUATNYA,,HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU
OLEH ITU,,KURNIAAN INI,,AKAN KU JAGA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA
AGAR PERPISAHAN KEDUA KALINYA TIDAK AKAN BERULANG LAGI
SAKIT HATI INI TIDAK DIRASAI LAGI
PEDIH HATI INI TIDAK KURASA LAGI
AIR MATA INI TIDAK MENITIS LAGI KERANA MENGENANG KISAH YANG TIDAK KESAMPAIAN
SEMUANYA AKAN KU SERAHKAN KEPADA DIA YANG MENEMUKAN KAMI
JIKA TERCIPTA LAGI SEBUAH PERPISAHAN
KUATKAN AKU DAN DIA YA ALLAH
KAMI HANYA MERANCANG
YANG MENENTUKAN HANYALAH KAU  
KAMI HANYA MAHUKAN YANG TERBAIK DALAM PERHUBUNGAN INI                                                             

kARYa...

C
uaca pada hari ini nampaknya lebih cerah di ufuk barat. Di sini, Universiti Putra Malaysia cuaca lebih mendung dan matahari kelihatan malu-malu untuk muncul dari kumpulan-kumpulan awan yang berarak. Di dalam asrama mahasiswi kelihatan seseorang pelajar yang masih berbaring di atas katilnya. Matanya tertacap pada alat keluli, kelihatannya seperti membaca sesuatu dan menaip sesuatu. Wajahnya kelihatan murung akhirnya dia meletak kembali alat keluli tersebut di atas katil dan menuju ke bilik air.
“mana mamat ni? Tak nak reply mesej aku ke?” jerit batinnya. Perlahan-lahan dia memulas kepala paip untuk menyucikan diri. Kepalanya berserabut sejak masuk ke semester empat ini. Kadang-kadang terfikir juga untuk berhenti sahaja pembelajarannya. Niatnya untuk belajar bersungguh-sungguh semakin pudar. Semangatnya semakin hilang bagai air yang mengalir keluar dari paip di hadapannya.
“aku tak kuat bila dia tak de!!!” perlahan-lahan air matanya merembas keluar. Jarinya yang lembut terus meraba-raba air mata yang mengalir ke pipi mulus itu. Batinnya terus memberontak keras. Akhirnya hatinya yang keras berjaya juga ditawan oleh seorang lelaki, butir-butir mutiara dari matanya terus mengalir deras. Kini baru dia terasa betapa dia betul-betul menyayangi lelaki itu. Dulu, kata-kata perpisahan sering di minta walaupun bukan acap kali dan lelaki itu masih boleh bersabar dan sehingga kini, kesabaran itu semakin pudar dan hilang. Akhirnya gadis itu duduk dan menekupkan kedua-dua lututnya serta menangis sepuas-puasnya. Laju air matanya sama seperti laju air yang menjirus badannya. Mukanya yang putih bersih menjadi kemerah-merahan akibat tangisan  manakala matanya bengkak setelah selesai mandi. Dibiarkan sahaja dengan wajah itu. Nampak sangat jiwanya begitu sengsara dan terseksa. Akhirnya dia melangkah keluar dari asrama mahasiswi untuk ke kelas. Hari ini dia akan bertemu pensyarah yang digelar ‘lelaki melayu terakhir’ itu lagi. Itu adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan kepada pensyarah itu kerana pendidik itu cukup pakej untuk digelar sedemikian rupa. ‘Primary Crop Production’. Itulah subjek kelas dia hari ini.
“ahhhhhhh!!!!kembalikan mood aku Ya Allah!!!” dia menggenggam kuat tangannya mencari sebuah kekuatan. Berbekalkan semangat daripada ibu dan ayah di kampung akhirnya perlahan-lahan dia mengambil nota apa yang di ucapkan oleh pensyarahnya, Encik Raqib. Sedang dia mendengar dan menyalin nota tiba-tiba
“Nur Faqiah Fatnin.” Nama penuhnya disebut oleh Encik Raqib. Pantas dia menoleh ke arah lelaki itu. Matanya tidak berkelip. Jantungnya berdegup pantas. Jarang sungguh disoal.
“That’s your name right?” mata masih tertacap. Faqiah mengangguk perlahan.
“okey-okey, what you understand about crop production system?” Tanya pensyarah itu perlahan, matanya masih memandang Faqiah. Faqiah terus menyelak-nyelak notanya perlahan.
“close your note!” kata Encik Raqib tapi kedengaran agak kuat. Pantas tangan Faqiah menutup notanya. Tangannya kelihatan menggigil. Hati Encik tersenyum. Lawak dia melihat gelagat anak didiknya.
“last week, I was finished explain about that right? That is simple, but you cannot answer it. Why??” Tanya lelaki itu bertubi-tubi. Faqiah atau Fatnin terus berdiam diri. Dia hendak jawab tetapi banyak pulak lelaki itu bercakap dan bertanya,akhirnya
“Of the seven crops listed, six are annual crops that must be replanted each year (only hay crops would be left in place from year to year). The process of cultivating crops typically begins with tillage of the soil. Although tillage can serve a number of functions within a crop production system, the most fundamental function is to create conditions that will ensure good contact between seed and soil at the time of seed planting and the ready availability of water to the seed during germination. The degree to which the soil is disturbed by tillage prior to seed planting provides a means of categorizing crop production within a range of tillage systems. These systems range from no-tillage in which there is not soil disturbance in a field except during the process of planting a crop to conventional tillage in which multiple tillage operations can extend over many months and take place before, during, and after planting. Crop production systems that involve pre-plant tillage but maintain residues from a previous crop on the soil surface are referred to as conservation tillage practices. Can I continue to explain about benefit of system?” tanya Faqiah, puas hatinya setelah berjaya menerangkan satu persatu tentang apa ditanya tadi. Akhirnya dia berjaya. Encik Raqib di hadapannya terpaku melihat reaksi gadis kecil molek itu. Tidah sangka berani juga.
“sir!” ujar Faqiah lagi sambil memandang lelaki di hadapanya. Encik Raqib terkejut pantas menggeleng terus berlalu. Nur Faqiah Fatnin tersenyum puas. Hatinya kembali tenang. Segala masalah yang menyesakkan kepalanya semakin berkurang.
“Faqiah, you must be strong..” satu suara yang seakan-akan dibawa angin. Tiba-tiba kepalanya mengangguk perlahan..........
Ia akan bersambung...InsYaAllah... sebenarnya dah lama aku tinggalkan ni semua,,dulu...rajin jugak aku menulis tapi sekarang macam dah malas...tapi insyaAllah,,selagi ada idea yang mencurah2,aku akn terus berkarya...

DEBUNGA KASIH tajuk diberi yang menceritakan pengalaman bingkisan hidup Nur Faqiah Fatnin mengharungi liku-liku sebuah kehidupan pada mulanya dia menganggap ia begitu mudah apabila mereka yang tersayang turut bersama memimpin selangkah demi selangkah untuk dia bertapak di alam fana ini...tapi,,dalam sekelip mata mereka yang tersayang itu pergi tanpa meninggalkan sebarang kata putus...



Wednesday, 12 October 2011

Kasih Sayang itu hak ALLAH...

Salam ukhuwah......




Mudah-mudahan cinta ini direhdai olehNYA,,
Bukan cinta dari hawa nafsu semata-mata,,
Bukan cinta kerana harta,,
Bukan cinta kerana paras rupa,,
Biarlah cinta keranaNya...
Aku mohon....
Semoga bertemu dan berpisah keranaNYA,,
Ingatkanlah aku dengan segala batasan yang Kau cipta itu,,
Mudah-mudahan aku tidak terus alpa di atas pentas duniawi ini,,
peringatkan aku....
Di atas segala balasan yang bakal aku hadapi,,
jika.....
Aku mengingkari.........
Mu Ya ALLAH...



Cintakan Allah,,
Cintakan Rasulullah,,
Itu yang paling utama..........

mY saYang.......

Who my Sayang????
Mesti tertanya-tanya kan siapa orangnya???
My sayang itu adalah abah aku sendiri.....huhu,,,
Tiba-tiba teringat abah pulak???
Abah tengah buat apa ek sekarang??
Dah makan ke?
Dah balik kerja ke?
Kot2 tengah tidur...huhu,,itu yang paling tepat.....


Abah???
Garang ke??
Aku menjawab...Tidak...
Abah seorang yang cepat mesra...
Abah cepat faham dengan situasi yang dialami oleh anak-anaknya...
Senang cerita...Beliau mudah memahami anak-anaknya...
Sehingga kini aku masih merasai gurauan daripada abah....
Yelah,,kadang-kadang malu juga....kita dah besar kan...
Tapi xkesah laa....=)
My daddy is the best person in the world

"didoakan smuga lulus dgn cemerlang.amin"
From ABAH
"ye,,anis akan terus belajar untuk mendapatkan kecermelangan yang hakiki itu abah." 

"To him,I am still his little girl and I would not change this for anything in the world!!!"
I Love You ABAH!!!

me and study 3

Assalammuaikum.....
Hari ini,,,12 okt 2011....tamat sudah final exam aku...harap itu yang terbaik,,,,
3 matapelajaran,,,

PROPERTY TAXATION
PENGAJIAN MALAYSIA
ENGLISH 3

Betul2 mengujiku....alhamdullilah...aku menghabiskan peperiksaan itu dengan sehabis baik...
Cuma English tadi....keyakinan ku terhadapnya tidak kuat...rasa banyak dan banyak je salah...huu
Harap2 tidak la kan....pape pun Anis sayang,,,
BE THE BEST AMONG THE BEST DEAR...Kamu boleh..=)
InsyaAllah dekan didalam genggamanmu just berdoa dan bertawakal sahaja.....mudah-mudahan...
Aku tidah berharap dekan itu tapi.......kalau dapat ia merupakan hadiah buat abah dan ibuku...tidak lupa juga buat dia yang tersayang....yang tidak pernah jemu memberi semangat....terima kasih banyak2...


ha,,soal fasilitator Majlis Jalinan Mesra untuk junior...aku tidak tahu terpilih atau tidak....sebab 15 orang sahaja terpilih....terpilih alhamdulliah...=)
Tidak terpilih pun,,nak buat camna???tidak ada rezeki...maybe ada lagi calon yang terbaik.....
Pape hal pun,,i love lah INSPEN....
Satu hari tue aku tengah syok2 study tiba2 aku terpandang bangunan yang megah berdiri itu,,lantas mulutku menutur laju bait demi bait lirik lagu yang sering dinyanyikan setiap kali perhimpunan pelajar diadakan...

Inspen merintis revolusi,,
Hadirmu menabur bakti,,
Arena hartanah globalisasi,,
Unggul di pentas duniawi...


bangunan inilah yang menjadi kebanggaanku sekaligus menaikkan semangatku untuk terus menapak selangkah demi selangkah ke gerbang kejayaan...

Kami menjunjung pengorbananmu,,
Kami hargai curahan ilmu,,
Kami berikrar terus berbakti,,
Membentuk masa hadapan yang berinovasi...

Kepada mereka-mereka yang berjaya mendapatkan dekan semester 2 hari tue,,tahniah diucapkan...setinggi-tinggi tahniah.......Yang tidak berjaya,,,cuba lagi...peluang untuk berjaya masih terbuka luas...

wasalam.....
gud luck!!!!
Semester 4,,,tunggu aku!!




Saturday, 1 October 2011

me and study 2

Salam.......
Hari ni hari Sabtu bertarikh 1/10/2011...
Sebenarnya tidak ada apa yang ku ingin coretkan di sini tapi....lupakan saja
8 hari la,,,aku akan bertemu Mr Examination........Doakan aku semoga time jawab tue...idea mencurah2 datang,,
Tetapi dalam masa yang sama,,usaha turut diiringi....Bukan sekadar dengan doa sahaja...
Hari Rabu ni ada kelas dengan En Hamran selama 6 jam dan kelas Pn Sha 2 jam....duduk la aku dalam dewan kuliah 1 itu membeku dan terus membeku,,sejuk kot dalam 2...
Aku harap pada hari itu aku sudah bersedia serba sedikit tentang 2 subjek penting itu..
Orang cakap susah nak dapatkan dekan semester ni,,sebab subjek sedikit...Ntah ek,,aku sendiri pun xtahu tapi insyaAllah,akan ku tebus dekan yang aku xdapat semester 2 hari tue...=)...doakan aku ye...
Apa lagi yang ingin ku tulis ni?any idea?adoi mak aiii.......
Ha,,tentang test taxation...huhu,,ntah ape2 aku jawab...keyakinan umpama di bawa angin lalu..
Soalan depan2,,confident je jawab......masuk soalan ke 4,5,6,7...hampehhhh!!!
Berserah saja Anis.......=)
Yang penting final.........
Assignment,,,test,,presentation,,kuiz,,oral test....settle..
Tunggu final je ni...10/10/11-12/10/11
Tentang kehidupan aku plak dengan si dia???huhu
Allhamdullilah..
He is the best for me forever and ever,,,,insyaAllah..=)
Uhhmm......Dah termasuk about my life plak...
k lah,,sampai di sini saja....






Kejayaan itu setiap insan pasti memilikinya.....Tetapi untuk mendapatkannya bukan mudah...
Bertitik tolak dari itu,,kita perlu bersusah payah dahulu....
Dan dengan pastinya kita akan dapat merasai kemanisan itu....
Kemanisan itu adalah kemanisan hakiki bukan kemanisan daripada kepura-puraaan yang kau wujudkan sendiri..
Usaha dari titik peluh sendiri lebih berboloi berbanding usaha yang boleh menjatuhkan orang lain..
Tidak kira menjatuhkan orang dari segi terangan atau secara sembunyi....
............................assalammualaikum..............................
p/s: ala,,KA ni...tdo lg....=)

Thursday, 29 September 2011

me and study...=)

salam...




Bagaimana kamu anis dengan study????ok?
setakat ni ok....tapi frust gler dengan taxation...tapi,,,hati ni selalu menidakkan result yang aku dapat itu...
Kenapa ek???macam xpuas hati....insyaAllah,,,itu bukan result aku...hehe...tapi kalau itu sudah tertulis result aku...aku akan terimanya dengan hati terbuka....maybe Allah hendak uji kekuatan aku...who know's?
Test taxation yang kedua akan berlangsung pada hari jumaat...good luck to you Anis and to all my friend especially SPHT student...=)

RATING
REAL PROPERTY GAIN TAX
INCOME TAX..
bersiap sedia la dengan killer topics tue...
Selagi ada usaha,,,selagi itu kita boleh berjaya...
Amboi2 kamu Anis,,pandai bermadah...padahal satu apa xstudy lagi..
STOP IT!!!...hehe
Dalam kesibukkan dengan test, assgnment, kelas ganti....hati aku tidak sabar untuk pulang ke rumah...xsabar rasanya nak cuti...yang penting otak aku dah kat rumah kot..hoho
2 minggu lagi untuk menjelangnya final exam..........persediaan awal harus dilakukan agar ku tidak kecundang di medan peperangan...
Peluru tambahan telah diberi oleh oleh mereka2 yang lebih pakar supaya aku bersedia untuk melawan semua musuhku....
TUNGGU aku...

taxation
pengajian malaysia
english

Akan ku perangi kau habis-habisan...=)

JADUAL SEPANJANG SEMESTER 3

STUDY LEAVE :
3/10/11-7/10/11

FINAL EXAM :
10/10/11-12/10/11

TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI :
13/10/11

CUTI SEMETER :
14/10/11-20/11/11

LATIHAN INDUSTRI :
21/11/11

RESULT SEMESTER 3 :
31/10/11

FACILITATOR MJM SESI 2011/2012
31/10/11-3/11/11

Ada tugasan yang lebih penting untuk bersama-sama bakal juniorku...huhu
Tahniah kepada mereka yang berjaya itu....
ok la time to sleep.....
my KA pun dah tidur.....selamat malam...

salam..




Friday, 16 September 2011

Kau Cipta Kasih

Buat dia Khairil Azmi Bin Hussin,,,semoga kamu happy2 saat ini...=)
Kebahagiaan mu adalah satu kegembiraan bagi aku...seriously..
'If I Hate You,,Why Until Now I Still Love You' hehe
Ungkapan ini sering ku ucapkan kepadamu...yang pasti,aku buntu untuk menjawab persoalan mengapa aku sering mengungkapkan ayat ini buat mu...
Yang pentingkan...Aku mahu minta maaf atas segalanya...
         "mengenali mu satu kebetulan..
           mencintai mu satu anugerah.."
Untuk meninggalkan mu satu kekejaman yang tidak mungkin aku lakukan...
InsyaAllah...itu janjiku,,,


ini semua kenangan kami time study sama2 dulu,,
sekarang,,dia sudah menamatkan pembelajarannya pun...
ok KA kita tunggu 22 Nov k...tahniah atas kejayaanmu...
Hasil pembelajaran awak selama 5 semester berbaloi juga....
Tahniah setinggi-tinggi tahniah....=)
Selamat menggunakan Dewan Jubli yang serba merah itu untuk hari bersejarah kamu....
Hari tue kamu ada tanya apa yang akan ku pesan ketika dirimu konvo nanti...
"Aku nak kamu doakan aku dapat juga konvo macam mu time kamu menerima segulung sijil itu.."
Mudah2an Allah pekenankan...InsyaAllah...=)



Harapan,,,
Harap inilah pengakhirannya.........
Happy Ending,,,
Derita yang pernah aku dan kau lalui,,
menjadi sejarah yang paling pahit...
InsyaAllah,,tidak akan ku ulangi sejarah itu....
Segala rajukmu,,akan ku cuba melayan...
kerana aku ada kamu...=)
Terima Kasih Kamu....

Saturday, 10 September 2011

Hati

JIka dia Jodohku....kekaLkanlaH kami...
Jika dia bukan Jodohku,,luputkanlah dia Dari ingatan dan Hatiku..
Akan Ku terima dengan hati yang terbuka..
Akan ku terima sebagai mana aku teriMa perpisahan antara Aku dengan insaN sebelumnya..
InsYaAllah...walaupun ia paHit untuk ku telan,,
sePanjang hari ini,,serius...semangat aku betul2 Lemah...
apa Aku fikir???dia, dia dan Dia????
Mungkin....
Facebook,,,,,,
mungkin juga ia membuatkan hati aku betul2 sakit,,
kadang-kadang aku Xfaham dengan hati ku senDiri,
Cemburu telampau ke,,,
kalau perlu..akan ku lenyapkan Laman sosial itu dari Hidupku..
kerana ia juga pernah menjadi masalahku dulu..
jika laman itu menjadi dia gembira,,aku redha..
biar aku undur diri dari laman itu..
gemar melayan???
maybe itu sikapnya....
sikap itu membuatkan aku betul2 sakit...
sakit sangat2.....
Bagaimana aku nak ubati hati ini?
itu menjadi persoalan di dalam kotak pemikiran ku ini..
serius,,aku sendiri jarang melayan kawan2 blainan jantina ni lebih2 tapi dia???
sebenarnya,,aku hormat dia...hormat tapi.....ini dia balas..
memang la niat bukan curang tapi ia sedikit demi sedikit menbawa ke lembah kecurangan...
itu yang paling aku takut..
sEkali aku terkena...sampai bila2 ia menjadi peringatan bagi ku
Dia sayang aku,,,aku pun sayang dia...
itu je Yang aku nak dia tahu...
Kehilangan dia merupakan satu mimpi ngeri...
Penat la,,,mengenali,menyelami dan berkongsi hati ini...
Kalau boleh,,harap ini yang terakhir...
Aku tahu, kemahuan kau turut sama mengangguk menyetujui aku kan...

ini sahaja yang dapat ku coretkan............
KA/AK..:'(

Thursday, 8 September 2011

Akhirnya..........:'(

BrothersDoa Perpisahan 

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu


Buat kawan-kawanku yang tersingkir,,tabah dan cekalkan la hatimu...mungkin,,ada yang terbaik lagi Allah akan beri kepadamu semua,,,aku akan doakan yang terbaik untuk korang semua...
aku tahu korang punya perasaan,,,itu la sebab aku malas nak berjumpa dengan korang,,better aku duduk senyap2 dulu dalam bilik...InsyaAllah...Hari Perpisahan nanti pasti aku jumpa korang..
T'ingat time camp kat sungai pisang hari 2....memang best gler dengan korang,,,semangat kita bersama memang kuat...itulah pihak pengurusan puji batch kita...korang tahu sebab apa???sebab tali kerjasama kita semua memang kuat...=)
9 orang pergi,,memang sakit la bagiku....aku tak tahu apa yang aku fikir sekarang ni....macam blur2 je...pas sorang2 aku tengok menangis,,,
butir2 nasihat yang selalu keluar dari mulutku juga terkaku di situ...aku tak tahu kenapa jadi macam 2...mungkin terkejut dengan salam perpisahan ini...
MEREKA.....

 Tinggal kenangan,,,,,,,,
:'(     Kuatkan kami yang masih bertapak di sini untuk terus melangkah tanpa mereka semua...


Kerana dia sahabat,,aku masih bertapak di sini..

Aku tak tahu nak tulis apa lagi tapi thank you very much di atas sharing, caring anda semua...aku amat menghargainya...walaupun kita tidak la serapat mana tapi...mesti ada tercalit kenangan kita bersama...
kat sini gak aku ada pic kita orang sambut besday En iz...atau Izwan Izzuddin Syah,,td ada satu je permintaan beliau,,beliau nak potong kek bersama-sama mereka yang tersingkir...

time ini,,air mata ku tidak dapat di tahan lagi...aku tak tahu kenapa aku selemah ini???
pape pun kt sini tercalit juga sebuah memori yang tak mungkin aku,,bukan aku tapi kami lupa.....
tidak sangka,,,rupa-rupanya kejutan kami buat En Iz menjadi....
Sebelom majlis ini bermula,,,En Iz mengimamkan kami ketika solat isyak..ia tetap menjadi memori...susah sekarang nak cari pensyarah seperti beliau...=)

 so swetttt......=)
 kami dalam kenangan.................
malam besday En Iz....aku??simple je...hahaha

 En Iz time ni,,,huhu...die malu....org suap2 die...
SELAMAT HARI LAHIR YANG K'29 EN IZWAN IZZUDDIN SYAH,,,SEMOGA PANJANG UMUR DAN DI MURAHKAN REZEKI SELALU...=)
Assalammualaikum...
selamat malam....

Minal Aidil Wal Faizin

Hari ini hari kelapan raya Aidilfitri,,alhamdullah aku masih diberi peluang untuk bernafas di dunia ini…
so,,pada kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada :
  • Keluarga tercinta,,,abah, ibu, adik2, tok, wan , pak lang, mak lang, pak su, mak su, pak teh, mak teh dan kaum2 yang sewaktu denganye…huhu
  • Buat dia yang tersayang……..Selamat Hari Raya Maaf Zahir…Batin xpayah k..hahaha…Semoga kamu gembira bersama-sama keluarga tercinta pada hari lebaran nanti…
  • Dan tidak lupe juga buat kawan2  tersayang…Ainis Salwani, Siti Norfatihah dan Intan Shafinaz….xsabar nak jumpe korang…kita raye same2 k…=)
  • Lastly…jangan lupe….Selamat menyambut Hari Kebangsaan..tapi dh 8 hari berlalu dah,,xpe2 semangat itu masih ada...=)
Sebenarnya kan,,aku tulis ni dah lama just xpost je sebab...maklum lah kat kampung time 2...line ciput je,,geram betul aku...so,aku tangguh la dlu,,,ari ni bru ada masa untuk semua itu....
 cuba teka biskut apa 2???
ha,,time susun ni la kena tegur dek mak cik 2..."aiii...siap b'love2 lg..." time 2...gler malu aku...ha3
 ni paling best...aku buat biskut ni cm pro je....hahaha,,,gulung je pun...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.....MAAF ZAHIR DAN BATIN,,
 Me with Khaisara...ye ke nama dia???hahaha...ntah,,,aku panggil dia sara je...pape pn,,dia la peneman aku masa kat rumah hari 2...
Aku dan adik2....yang paling penting aku paling tembam...adoiiii!!!!
 ibu...........I love You...=) IBU,,Mintak ampun,,mintak maaf... :'(
 ni Izzati,,Nurul Izzati..nakal bukan main...
 =)
dua2 ni anak sepupu aku...
k lah...salam,,kita akan berjumpa di lain hari k...

Friday, 26 August 2011

Negeri Jelapang Padi.....

Assalammualaikum semua...=)
Aku dh dua ari di kampung....suasana memang best jika dibandingkan di bandar,,,walau cmne pn...hujan kerap turun di sini..yg xsyoknye...berair je halaman rumah..sungguh xseronok...nk pasang pelita lg la...hampehhh je...so,kampung ni ade baiknye dan ade yg xbaiknye..tapikan,aku sangat teruja bila balik kampung ni..xtau la knape...mybe,ramai saudara mara kot...
korang nak tengok x pic kawasan kampung aku???saje buat tatapan...
ni la rumah tok n wan aku...rumah dieorang di hujung kampung,,paling hujung la tapi xde la hulu sangat,,belakang rumah tue ade sawah padi..kecik2 dulu...memang seronok la main..pengalaman kena gigit dek pacat 2...huhu,,memang ade...walau cmne pn,,seronok jadi bdk2 kampung...=)
sebab munasabah aku sayang sangat negeri jelapang padi ni agaknye la kn...aku dilahirkan di negeri ni..itu yang dekat je ati aku pada negeri ni..tapi bakal2 tuttt tue...insyaAllah bkn orang negeri ni la...huhu.tergatal suda...ok,,kta smbg tgk pic lg k....


pohon bunga tok aku ni...rajin beno die menjaganye kn
Nampak x telaga pusaka tok aku 2???hehe....bahaya oiii time ujan2 cmni..klu jatuh dalam tue,,xtimbul2 dah.... dari pandangan ni...kita still boleh nampak GUNUNG KINABALU JERAI...Ala,gunung yang menjadi kebanggaan negeri Kedah tue...=) 
Hujan, hujan,dan hujan...sekarang ni hujan lagi tau....harap xbanjir la.....kesian orang,,dah dekat nak raye ni....
  1. sudah lah...memang banyak lagi aku nak tulis ni,,tapi tue la...mase xde...
  2. nanti ade mase aku sambung lagi k..
  3. daaa....
  4. salam
Sungai Petani, Kedah Darul Aman..=)
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png