Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Wednesday, 19 October 2011

aku, aku dan aku

PAGI INI,
MATAHARI MALU-MALU UNTUK BERSINAR,
AWAN MALAS-MALAS UNTUK BERARAK
KERANA MEREKA MASIH BERFIKIR-FIKIR UNTUK MENCARI ARAH TUJUAN
BAGI MENERANGI DAN MEMAYUNGI BUMI
BEGITU JUGA HATIKU YANG MASIH TERCARI-CARI SEBUAH KEKUATAN
UNTUK MENJADI DIRI KU KEMBALI
TAPI
KEKUATAN ITU MASIH BERSAMA INSAN ITU
SEMANGATKU MASIH TERSEMAT DI JIWANYA
KEMBALIKAN SEMULA IA KEPADA KU
UNTUK KU BINA SEMULA HIDUPKU
USAH ENGKAU SEKSA LAGI HIDUPKU DENGAN PEMERGIANMU
PEMERGIAN YANG PENUH TRAGIS
PEMERGIAN TANPA SEBARANG KATA PUTUS
PEMERGIAN TANPA KERELAAN AKU
BUATMU KASIH,
MUNGKIN SUATU HARI NANTI AKAN KU TEMUI PENGGANTIMU
MUNGKIN, DIA JAUH BERBEZA DENGAN DIRIMU
INI MEMBUATKAN DIRIKU SUKAR UNTUK MENERIMA DIA
KERANA KASIHMU MASIH BERSISA DALAM HATIKU
PERKATAAN BENCI SENTIASA BERMAIN-MAIN DIBIBIRKU TAPI
KINI BARU KU SEDARI BAHAWA ADA SEDIKIT RUANG BUATMU                    
KU TERSERAHKAN HATI INI BUAT PENCIPTA
ITU YANG TERBAIK DAN YANG TERNIKMAT   
KINI…
PENGGANTIMU TELAH KU TEMUI
ALLAH MAHA ADIL,,ALLAH MAHA PENYAYANG
DIA TIDAK AKAN MENBIARKANKU TERUS MENERUS MENUNGGUMU
AKU BERSYUKUR KERANA PEMBERIANNYA INI SATU HADIAH YANG PALING BESAR DAN TERNIKMAT
KASIH SAYANG KU BUATNYA,,HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU
OLEH ITU,,KURNIAAN INI,,AKAN KU JAGA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA
AGAR PERPISAHAN KEDUA KALINYA TIDAK AKAN BERULANG LAGI
SAKIT HATI INI TIDAK DIRASAI LAGI
PEDIH HATI INI TIDAK KURASA LAGI
AIR MATA INI TIDAK MENITIS LAGI KERANA MENGENANG KISAH YANG TIDAK KESAMPAIAN
SEMUANYA AKAN KU SERAHKAN KEPADA DIA YANG MENEMUKAN KAMI
JIKA TERCIPTA LAGI SEBUAH PERPISAHAN
KUATKAN AKU DAN DIA YA ALLAH
KAMI HANYA MERANCANG
YANG MENENTUKAN HANYALAH KAU  
KAMI HANYA MAHUKAN YANG TERBAIK DALAM PERHUBUNGAN INI                                                             

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png