Monday, 20 February 2017

Hadiah GIVEAWAY dah sampai!! ^^



Assalammualaikum dan haiii! ^^ Alhamdulillah! Souvenir dari Korea dah sampai. Suka sangat sebab comel. Geram. Rasa macam nak gigit je |hahaha| Aku dapat empat benda tau. Terima kasih blogger Ana Suhana. -

1ST GIVEAWAY BY BAJETCIPUTSELEREBESAR

Semoga Allah akan memudahkan sis sekeluarga untuk travel lagi, nanti boleh bawak balik lagi souvenir yang comel comel |hihihi| Okay la, nak kabo tu je dengan uolls. Assalammualaikum! :)

Sunday, 19 February 2017

Wedding cake inspiration by Abuyat Sakoora



Assalammualaikum dan haiii haiii semua! ^^ Harini nak update tentang apa ek? KEK?! Actually dah lama dah nak review homemade cakes by Abuyat Sakoora ni. Siapa Abuyat Sakoora? Hah! Mai chek perkenalkan siapa beliau? Okay Abuyat Sakoora ni adalah homemake baker yang bagi Anis, fuhhh meletop! Kek yang dihasilkan oleh Abuyat Sakoora memang terbaikkk! Sebab apa Anis puji? Sebabnyeee Anis dah cuba dah haritu. Masturah order kek tersebut sempena birthday Anis dan Zulaikha. Memang puas hati :D

Selain itu, bagi Anis.. Sis ni buat kek memang puas hati la. Kau nak macam mana? Nak letak cartoon? Gambar sendiri? Bunga banyak banyak? Haa, Sis nih boleh buat. Selain kreatif, Anis geram je tengok kek yang dihasilkan beliau sebab cantik sangat especially kek kahwen! |hohoho| Uhmmm, macam dah ada perancangan je nak tempah kat sini untuk wedding dan hantaran. Okay okay, jom Anis belanja gambar kek birthday dulu hasil jari jemari Abuyat Sakoora (^______^)
































Macam mana? Cantik dan nampak menyelerakan tak? So kepada orang Kedah terutamanya area Sungai Petani, lembah bujang boleh la usha usha Abuyat Sakoora kat facebook ye ;) Kek pilihan Masturah haritu adalah yang no 6. Bila balik dari ambil kek tu Anis saja nak tengok kek tersebut, Alangkah terkejutnya terus rasa terharu sebab kek memang cantik dan tinggi |hahaha| So jakun sekejap :p Selalunya dapat kek macam biasa je kat kedai tu. Btw thanks Anis Masturah. I love you so much!!! Malam tu, bila suap je kek ke dalam mulut, serius kek ni lembut. Lupa bagitahu, masturah order kek perisa strawberry, tu pun request by me |huhuhu| :P

Actually sis ni  boleh je nak buat kek berinci inci yang uolls request |hahaha| Okay okay, gurau je. Ada ukuran dia okay. Sekejap lagi Anis bagitahu. Dan Anis akan beritahu kek apa yang boleh request sebab yang Masturah order ni fresh cream cake. Sekarang ni tengah teruja tengok kek kek yang cantik. So uolls dah ready ke untuk tengok kek wedding yang bertingkat tingkat pulak? Iolls dah tak sabar nak payung uolls ni |hahaha| :D









































Mesti teruja kan sesiapa yang tengah survey kek untuk majlis perkahwinan, pertunangan, anniversary mahupun harijadi. So sesiapa yang berada dalam negeri Kedah boleh la try order dengan sis ni. Bila anda rasa kek beliau, anda tak akan menyesal dan akan repeat order. Sebab ramai yang repeat order dan Abuyat Sakoora sendiri mempunyai pelanggan tetap kerana kesedapan kek yang dihasilkan oleh beliau. Anda bila lagi untuk mencubanya?! ^^

Tajuk entry kami saja bagi gempak wedding cake bagai, padahal sis ni boleh ja buat kek untuk apa apa majlis pun. Nak makan saja saja pun boleh. Order ja. Nak order? Boleh usha detail kat bawah nih okay :)

 Facebook : Abuyat Sakoora

 Instagram : abuyatsakoora

 Whatsapp : 013 - 4823464 

Okay, kek span untuk chocolate, vanilla dan strawberry yang berukuran 6 inci, 8 inci, 10 inci dan 12 inci starting harga RM38 sehingga RM110. Lepastu ada lagi premium kek (Chocolate indulgence) dan ukuran dia macam tadi dari 6 inci sehingga 12 inci. harga starting RM78 sehingga RM245. Then, harga ni untuk deco yang biasa biasa  fresh cream je tau. Harga akan ditambah bergantung pada deco. Kalau berminat dan nak tahu lebih detail, whatsapp je sis ni okay... Dan kalau nak tengok lagi kek yang cantik cantik, boleh usha facebook atau instagram beliau. Ni pun, Anis just ambil sebahagian je gambar kek dari facebook beliau (^_____-)

Okay la, sekian sahaja review kali ini |hahaha| Jaga solat, jaga hubungan dengan Allah.. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu serta jaga hubungan dengan orang sekeliling. Sebelum terlupa, tahniah diucapkan kepada semua student degree uitm, result baru keluar semalam kan? Alhamdulillah. Selamat malam. Assalammualaikum ^^

 Sumber diambil daripada facebook Abuyat Sakoora

Tuesday, 14 February 2017

Giveaway by FatinDiana

KLIK SINI


Untuk join, klik banner sahaja. Jom ramai ramai join untuk memeriahkan lagi. Good luck! ^^

GIVEAWAY PRE-LOVED BUKU 2017

KLIK SINI


Jom reramai join memandangkan syarat syarat yang cukup mudah untuk memenangi buku pre loved ni. Di samping itu, ia akan dapat memeriahkan giveaway ini lagi. Sekali lagi, jomla join!! ^^

Saya nak memang buku (saya tak kisah penganjur nak bagi buku apa pun ^^) kerana saya minat sangat buku dan saya minat sangat membaca. Apa apa sahaja saya akan baca janji ia tidak membosankan. Btw membaca jambatan ilmu :) Buku yang selalu orang beri ini, ikhlas dari hati nurani dan dijadikan sebagai hadiah amat barakah untuk dibaca tau. Alhamdulillah. 

Good luck dan akan tamat pada 4 March 2017 ^^

GIVE AWAY POCKET CHIA SEED

KLIK SINI

Jom reramai join !!!  Bermula 1 Februari 2017 sehingga 14 Februari 2017. Good luck! ^^

Thursday, 9 February 2017

Perjalanan sebagai seorang Blogger

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalammualaikum dan haiii semua. Ermmm.. Satu segmen yang menarik untuk di join. Alhamdulillah, Allah beri sedikit kekuatan untuk menaip lagi pada hari ini. Kalau hobi malas tu datang, memang tak boleh nak kata apa la kan |hahaha| Actually, baru siap hantar email berkaitan proposal fyp untuk semester depan yang tak beberapa hari lagi akan berkunjung tiba  T.T

Lepas selesai hantar email kepada Dr pensyarah, blogwalking sat dan terjumpa ni. Menarik! So jom join, pada sesiapa yang belum join tu, mari la join reramai. InsyaAllah, kita akan bertambah kawan kawan di sini. Tamat pada 13 Februari ni tau uolls ^^

Ada syarat yang diminta oleh penganjur dan syarat yang diminta amatlah tersangat mudah dan anis sendiri tak ada idea nak taip apa tentang diri ini |hahaha| Perjalanan sebagai seorang blogger? .... Kena cari balik entry sebelum nih yang berkaitan dengan sejarah blog antara aku dan kau (^______^)

Siapa saya?

Nama sebenar, Anis Khalilah dan masih belajar :) Anis start blogging sejak bulan ogos 2011, Time tu Anis berumur 19 tahun dan sekarang, alhamdulillah dah 25 tahun. Ketika mula mula menceburi bidang ini, of course ayat tunggang terbalik dan rasanya macam benda mengarut je yang Anis taip. Tapi entry mengarut tu still wujud sampai sekarang |hahaha| Biarla, mungkin ia akan jadi memori terindah dalam hidup Anis. (*____*)

Sejarah saya?

Actually, time bermula blogging tu, Anis tak follow sesiapa dan tak ada orang pun follow Anis, kiranya blog ni adalah diary rahsia hidup Anis dan penghujung tahun 2015, Anis bubarkan semuanya dan mula follow blogger lain dan semakin hari follower Anis semakin bertambah. Ketika itu Anis semakin aktif dengan dunia blog dan boleh dikatakan setiap segmen, giveaway semua Anis join :D

Apa yang menarik?

Alhamdulillah, rezeki semakin murah dengan dunia blog dengan pelbagai hadian yang menarik daripada para blogger dan review berbayar dari company dan individual.Tapi kiteee ni tak la sehebat blogger terkenal buat review. Anis masih belajar dalam dunia blog ni. Tapi terima kasih kepada mereka yang beri Anis peluang ^^

Siapa pula antara aku dan kau?

Blog antara aku dan kau ini memang spontan dapat tapi url still nama Anis, akhalilah.blogspot.com  Di dalam antara aku dan kau ni, banyak kenangan yang dicoretkan di sini dan bagi Anis, hidup Anis bermula di sini. Anis bangkit dari jatuh dan alhamdulillah, antara aku dan kau berdiri kukuh sekuat semangat yang ada sekarang. Alhamdulillah. Kau tu masih ada bersama aku sehingga sekarang. Harapan Anis, semoga blog ini juga akan memberi manfaat bukan sahaja kepada Anis sendiri malahan orang lain juga. InsyAllah (-.0)

Harapan saya?

Perjalanan seorang blogger yang bernama Anis Khalilah tidak seindah mimpi yang selalu didambakan. Ececece :p Syukur mesti kena ada. InsyaAllah, akan mudah perjalanan hidup kita semua. Okayla, Anis dah mengantuk. Selamat malam dan Assalammualaikum!

*** Anis nak tag blogger Fieyqa Adelova sebab melalui blog beliau juga, maka tercipta blog ini. Serius, Anis memang suka dengan gaya bahasa yang beliau guna, 

*** Dan Anis nak juga tag blogger Beeha Azman dan blogger MellyaCrayola

Good Luck!! ^^

Wednesday, 8 February 2017

Rezeki permulaan 2017 ^^

Assalammualaikum dan haiii semua ^^ Alhamdulillah, tadi cek giveaway yang join haritu.. Giveaway yang bila cuti semester je, terus join. Syukur aku terpilih untuk menerima hadiah special dari Korea. |hahaha| Tak dapat pergi Korea pun tak apa, dapat ole ole dari sana pun dah okay kan. Thanks blogger Ana Suhana (^_________^) ---- Jom singgah blog sis ana suhana, click je gambar yang mana awaa suke (^_______0)

74!


Yes! 74 ^^
Actually nak update tentang ni je. Yelah tengok blog macam sendu je |huhuhu| Okay la, sesiapa yang ada join 1st GA by BAJETciputseleraBESAR by blogger Ana Suhana bolehla cek, mana tahu terselit rezeki di situ ke.. Cek jangan tak cek. Selamat malam. Assalammualaikum! ^^

Saturday, 4 February 2017

GIVEAWAY : HAPPY BIRTHDAY AIREEN! BY ELSAALICIOUS & SPONSORS

KLIK BANNER UNTUK JOIN

SENARAI HADIAH YANG MENARIK DARIPADA ELSA & PARA SPONSOR UNTUK ANDA MENANGI!

Nature Republic Essence x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

Bloglist selama 3 bulan x 5 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang

Review Blog & Bloglist selama 2 bulan x 2 pemenang

5. Junzie
Topup RM 30 x 2 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang

7. Sarah
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

8. Syaz
Topup RM 5 x 2 pemenang

9. Liyana
Review Blog & Igshop (jika ada, sponsor akan review igshop anda di instagram beliau) x 3 pemenang

Topup RM 10 x 2 pemenang

11. Farrah
Topup RM 5 x 2 pemenang

Bantal Burung Hantu x 1 pemenang
Topup RM 5 x 1 pemenang

Topup RM 5 x 2 pemenang
Bloglist selama 2 bulan x 5 pemenang

Tunai RM 10 x 2 pemenang

Tunai RM 10 x 2 pemenang

Dreamcatchers x 2 pemenang

17. HADIAH MISTERI DARI ELSA x 1 PEMENANG

Jika penyertaan kurang daripada bilangan seperti yang dicari, kemungkinan seorang pemenang boleh menang banyak hadiah. Siapa tahu kan hehe. AYUH PAKAT RAMAI RAMAI UNTUK JOIN! KLIK BANNER
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)