Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Sunday, 30 December 2012

They and me.

Assalammualaikum. Hujan je kan? Kat sini.. Perak Darul Ridzuan. Tetapi Kedah Darul Aman, tak hujan pun. Cuaca. Alhamdulillah. Bila sampai sini, then hujan. Baru aku teringat, payung aku tak beli lagi. |hahaha| Ahh.. forget it. Lantak lah! Basah dalam kehujanan lagi la aku lepas ni. Hadoii :-/

Aku sebenarnya penat. Apa kata korang tengok-tengok aje gambar-gambar ni. Lepas tu korang buat cerita sendiri :D |hohoho|

Let's go!

my roomates

Saidatul dan Ema :)


Ema dan Puteri




Inilah kami :D



Weeee :)


Last pic. Budak ni selalu perasan comel ! :p
Budak kat atas ni selalu kenakan aku. Dia dapat kesan aku ni seorang yang penakut. So memang sukala dia perkena aku time aku ke toilet. Ok fine! Tapi walau macam mana pun, dorang-dorang semua ni lah  kegembiraan aku di sini. Alhamdulillah :)

Okey, gambar-gambar ni di ambik time hari Jumaat bersamaan.. Ntah. Aku lupa. |huhuhu| kfc ni ema yang belanja. Best gler. Rezeki kot. Alhamdulillah (''.)

Sebenarnya, berblog ketika ini memang. Memang not in mood. Kesihatan pun macam tak mengizinkan. Dari dua tiga hari lepas kot. Kenapa pun tak tahu =.=

Sampai di sini sahaja cerita kali ini. Assalammualaikum. Jaga diri. Jaga solat. Jaga hubungan denganNya pasti ketenangan diperoleh olehmu. InsyaAllah.

Tuesday, 25 December 2012

Nukilan buatmu bangunan kelabu.



.Institut Penilaian Negara. Fullstop.
Apa yang aku pendam.
Apa yang aku simpan.
Aku nak lepaskan.
Aku amat merindui tempat itu.
Suasana itu. Keriuhan itu.
Kegamatan suara-suara penghuninya.
Gelak ketawa mereka.
Ya. Aku amat merindui mereka.

Apa yang tinggal kini.
Hanyalah secebis kenangan yang dilalui bersama.
Dengan kuantiti penghuni yang sedikit.
Membuatkan hubungan kami ibarat adik-beradik.
Susah payah. Susah senang dilalui bersama.
Ya Allah. Terima kasih di atas hubungan yang terjalin ini.

Syukurku hanya untukMu kerana telah menganugerahkan segalanya.
Kegembiraan bersama mereka.
Kedukaan bersama mereka.
Kawan-kawan sekalian,
Andai masa itu akan kembali menemui kita.
Aku berjanji tidak mempersiakan ini semua
Tapi.
Tapi.
Tapi.

Untuk kembali bersama seperti dahulu.
Amat. Amat. Amat tidak masuk akal.
Kita semakin jauh dan jauh.
Itu yang dapat aku rasakan ketika ini.
Keluhan semakin berat meniti di bibir.
Hati semakin sayu.
Sebak

Adat manusia. Sikap manusia.
Yang tidak pernah menghargainya.
Tak tipu. Tak bohong.
Sikap aku turut serupa itu.
"Alah, inspen tak ada itu."
"Alah, inspen tak ada ini."
"Inspen tak boleh buat itu."
"Inspen tak boleh buat ini."
"Tak best."
Rupanya, sesungguhnya
Tempat itu yang paling terbaik.
Aku sedar, aku yang tak pernah menghargainya.
Selama ini.

Inspen.
Semoga anda terus maju dan megah berdiri untuk membangunkan anak bangsa.
Dalam bidang hartanah yang semakin menjadi buah mulut orang.
Cekal. Tabah. Gigih buat tenaga pengajar yang tidak jemu mendidik.
Terima kasih kerana memperkenalkan bidang yang boleh menjadi kaya di dunia ini.

Group inspen di laman muka buku itu.
Pengubat rindu.
Laju tangan scroll ke bawah.
Semakin banyak kenangan dijumpai.
Hati kembali sebak.

Aku amat-amat bangga menjadi warga inspen.
Walaupun tak sampai dua tahun.
spht07100011.
aniskhalilahbtabdulrani.
institutpenilaiannegara.
Sekian.

Saturday, 22 December 2012

.Ia bukan lagi satu pengakhiran.

Assalammualaikum. Apa khabar? Ada sihat? Sorry la, aku dah makin busy sekarang ni. Lama dah aku tak update blog ni, sejak lepas konvo hari tu. Kan? Korang nak tahu kenapa? Sebabnya lepas konvo tue aku terus balik uitm. Laptop pun aku tak bawak. Dengan assignment kena hantar sebelum cuti seminggu ni. Masak! Memang masak la, nasib baik group assignment je, so aku pinjam je la notebook salah seorang ahli kumpulan. Notebook pun notebook la =.='

Dah. Dah. Dah. Tak nak la cerita pasal assignment. Tak best pun. |Hihihi| Sebenarnya banyak sangat nak cerita tapi sabar. Sabar. Kali ni aku nak cerita tentang hari konvokesyen aku hari tu. Berapa haribulan ek? Aku sendiri pun dah lupa. Okey abaikan sahaja tentang tarikh itu. Yang penting itu adalah tarikh yang paling-paling gembira bagi diriku. Alhamdulillah (^_____^)

Before Convo :)



 Sebelum melangkah kaki ke dewan jubli inspen yang serba merah itu, sempat lagi kami berempat amik gambar. Siap awal-awal then amik gambar. Yelah, lepas ni entah bila nak jumpa lagi kan? Alhamdulillah. Rupanya intan dan ainis jugak dapat uitm. Makin bertambah la kegembiraan aku kan. Just eha seorang tak ada rezeki lagi tapi insyaAllah eha, 'anis tunggu eha dekat uitm sri iskandar okey' (-.0)

Untuk majlis konvokesyen kali ini anugerah ketua pengarah penilaian spht, aloy yang dapat. Dia duduk sebelah aku je kot sepanjang majlis berlangsung. Jeles je tengok dia dapat anugerah banyak-banyak. |hahaha| Asyik-asyik dia naik pentas. Asyik-asyik dia naik pentas. Moral of the story 'belajarla pandai-pandai ye. Nanti mesti dapat banyak anugerah!' ^.^

me with en abah and pn ibu

Tahniah buat aloy dan alia yang mewakili spht dan spgt. Mereka adalah menerima anugerah ketua pengarah penilaian. Tidak lupa juga buat rakan-rakan yang lain tahniah okey sebab korang dapat menamatkan pengajian ini dengan jayanya. Ehem-ehem aku ada janji dengan korang kan tentang dua anugerah yang aku dapat. Okey. Alhamdulillah. Anugerah 1st, biasa la anugerah semua orang dapat. Sijil tamat belajar la kan. Anugerah 2nd yang aku dapat adalah :
        "Anugerah ini diberikan kepada graduan yang berjaya mengekalkan pencapaian purata jumlah mata    nilai himpunan (CPA) 3.5 dan lebih, bagi semua semester pengajian dan mempunyai sahsiah yang baik."|okey copy paste dari buku konvo :p|
Alhamdulillah. Anugerah Pengarah Inspen (^____^)

my family without masturah
Jelas terpancar kegembiraan di wajah en abah dan pn ibu. Aku puas sangat kerana telah membuatkan mereka bahagia, gembira dan bangga dengan diriku. Syukur. Entah. Apa tah aku rasa time berjalan masuk ke dalam dewan dengan diiringi bunyi gamelan. Bangga ke? Gementar ke? Aku sendiri pun confius |hehehe| Kat depan dewan ada dua skrin besar yang sentiasa mengawal langkah graduan. Tiba-tiba rasa malu pulak kalau muka aku masuk dalam skrin tu. |hahaha| Okey. Okey semua graduan sila control ayu dan macho anda. Yang penting. S.E.N.Y.U.M. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar tanpa aku buat malu kat atas pentas tu. Step by step aku buat sehabis baik time terima anugerah (-.o)

Now, uitm saya akan buat terbaik untuk awak pulak. InsyaAllah. Walau macam mana pun, inspen tetap di hati. Wink. Wink. Terima kasih buat semua warga inspen. Jasa kalian semua tak akan dilupakan. Dekat uitm ni aku dapat ramai kawan, eh silap.. adik-adik okey. Kawan inspen pun ramai dekat sini. Bersyukur sangat. Kiranya jumpa jugak yang orang aku kenal. Bulan empat ni, habis sudah satu semester. Cepatla. Cepatla nak habis belajar. Pulak dah. |hahaha| perjalanan aku jauh lagi, insyaAllah. Master tunggu aku. (^.*)

Ada lagi dua cerita aku nak kabo kat korang tentang minggu destini siswa dan batu gajah tapi nanti dulu la. ye. Aku free-free nanti, aku update la k. |huhuhu| Sekarang dah penat dah mengadap laptop je. Nak mengadap tv pulak. Selamat berhujung minggu semua. Jaga solat. Jaga akhlak. Jaga diri. Jangan  sampai terputus hubungan dengan yang kat atas sana kerana Dia segala-galanya bagi kita semua. Assalammualaikum :)
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png