Wednesday 30 November 2016

KOLEKSI BAJU DOROTHY PERKINS



Assammualaikum dan haiii semua.

Hari ini Anis mahu berkongsi sedikit tentang Koleksi Baju Dorothy Perkins. Jenama Dorothy Perkins ini sudah terkenal dari dahulu kala lagi, atau korang tak pernah tahu? Kalau tak pernah tahu, apa kata korang google untuk tahu koleksi terbaru yang cun melecun ni. Jangan terlepas pulak. Kepada mereka sentiasa up to date dengan design Dorothy Perkins ni pun, apa lagi cari la koleksi terbaru.



Kepada mereka yang selalu menginginkan gaya persis model terkenal yang sentiasa berani mengenakan pakaian yang menarik . . .

Kepada mereka yang selalu menginginkan diri tampak simple tetapi elegan setiap hari . . .

Kepada mereka yang ingin menambah koleksi baju wanita terkini pada musim ini . . .

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pakaian wanita terkini di Dorothy Perkins Malaysia. Anis jamin, puan puan, cik cik tidak akan rasa ia nya membazir kerana kualitinya terbaikkkk dan harganya sangat berpatutan dengan jenama yang dibawa terkenal dipelosok dunia.




Sekali lagi Anis tekankan bahawa jenama hebat Dorothy Perkins ini sudah lama bertapak dan amat dikenali. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mereka semakin berani mengorak langkah dalam industri fesyen dan berdiri sama gah bersama jenama hebat yang lain. Usaha keras mereka untuk menaikkan lagi jenama hebat ini dengan membuat promosi ternyata tidak sia sia kerana Dorothy Perkins semakin galak menjadi buah mulut sang peminat.

So di sini, Anis juga ingin memperkenalkan serba sedikit koleksi baju Dorothy Perkins pada musim ini yang semakin mendapat perhatian ramai. Sambutannya sangat memberangsangkan. Jenama ini juga memberi peluang kepada anda untuk tampil cantik dan menawan pada bila bila masa sahaja. Yang paling Anis suka, wanita muslimah pun boleh bergaya dengan Dorothy Perkins tau dengan hanya bijak memilih pakaian yang memenuhi syariat. Sebagai contoh, pilihan maxi dress, blouse lengan panjang, cardigan labuh dan banyak lagi. 

Anda mempunyai banyak pilihan untuk cantik. Pilihan di bawah adalah yang paling menarik dengan kombinasi warna yang simple tetapi nampak stylo gitu. Padanan seluar bersama blouse, scarf dan boots serta spek hitam uolls. Percayalah, anda akan nampak WoW!



Lebih sukakan simple dan sweet?
Jangan risau Dorothy Perkins boleh membantu dengan padanan baju top kosong dengan sepasang seluar bercorak, jam tangan dan sepasang kasut tumit tinggi.. Padanan yang menarik. Anda akan kelihatan lebih bergaya dan anggun. Percayalah cakap sis ya ^^

Pilihan Dorothy Perkins di tangan anda.

Saturday 19 November 2016

Minyak Herba Asma Mujarab [Review]



Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! ^^

Tengok tajuk di atas, dah tahu kan apa yang Anis ingin cuba sampaikan pada malam ni. Orait. Minyak Herba Asma Mujarab. Memang sangat mujarab terutamanya untuk bayi. InsyaAllah, ia akan serasi bersama bayi anda. Jangan risau, minyak ini selamat dan halal untuk digunakan kerana ramuannya adalah berasal dari akar kayu :)

Minyak Herba Asma Mujarab digunakan untuk meredakan :-

1. Asma
2. Batuk Berkahak
3. Lendir kahak yang banyak
4. Sengal sengal otot
5. Kegatalan gigitan nyamuk atau serangga.

Selain baik untuk bayi, ia juga sesuai untuk digunakan oleh semua lapisan umur, tak kira tua atau muda. Apa yang menarik tentang minyak ini adalah ia diproses secara HOMEMADE sejak 40 tahun yang lalu oleh seorang pakcik dari sebuah kampung dan menggunakan ramuan rahsia warisan turun temuran. Memang original lah kalau minyak macam ni kan.

Disebabkan Minyak Herba Asma Mujarab ini semakin meningkat permintaan daripada orang ramai, maka ada pihak tertentu yang cuba untuk mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan. Oleh itu, di sini juga saya ingin berkongsi cara untuk mengenal pasti sama ada Minyak Herba Asma Mujarab ini original atau fake.

INI BUKAN PRODUK KAMI
Okay, pertama sekali.. JANGAN TERPEDAYA apabila ada penjual mengatakan bahawa produk ini ditukar labeling atau packaging baru. Labeling dan packaging lama kami masih gunakan. Cuba tengok betul betul antara labeling atau packaging baru dan lama. Ada beza kan? Bila kita guna minyak yang fake ni, antara bezanya kita dapat lihat ia lebih cair dan jernih, berbau seperti asap rokok dan kurang berangin. Selain itu, penipu ini juga menjual produk di laman sosial dan memberi pelanggan gambar produk yang original, apabila pelanggan menerima produk tersebut, terlihat labeling berbeza dari gambar yang diberikan oleh penjual sebelum ini dan mereka yang tidak bertanggungjawab ini mengatakan bahawa produk tersebut telah bertukar labeling dan packaging. Berhati hati okay, mungkin anda telah ditipu.

FAKE

Keduanya, Hologram meditag KKM palsu. Mereka yang tidak bertanggungjawab cuba untuk menipu dan cuba untuk mengaburi mata pelanggan. So berhati hati. Check.. Double check betul betul. Andai anda terkena, anda sendiri yang rugi kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab.


FAKE

Ketiganya, kami menggunakan produk ini dengan nama MINYAK HERBA ASMA MUJARAB bukan PATI HERBA ASMA. So kepada pembeli, tolong alert ye. Semoga anda tidak tergolong dalam orang yang mudah ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab ini. InsyaAllah. Pada permulaan, 200 ribu hologram berjaya ditampal pada Minyak Herba Asma Mujarab yang original oleh pakcik ini dan habis dalam masa satu bulan. Tetapi anda perlu berhati hati kerana mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan berusaha untuk membuat hologram yang seakan akan sama seperti original dari semasa ke semasa.


JANGAN MUDAH TERTIPU DAN TERPEDAYA

Minyak Herba Asma Mujarab adalah ramuan rahsia turun temurun. Ia tidak pernah bertukar label. Produk ini didaftarkan dibawah syarikat Enterprise (SSM) dan berniaga secara online dan offline. Minyak Herba Asma Mujarab tidak pernah berdaftar di bawah Minyak Herba Asma Mujarab Sdn.Bhd. Sila hati hati. Jika nama lain, bermakna itu produk dari syarikat lain. Harap anda hati hati. 

CARA UNTUK PASTIKAN YANG ASLI

27k Minyak Herba Asma Mujarab berjaya dipasarkan bersama hologram dalam masa 2 minggu dan kami telah menempah 100k lagi hologram berkualiti tinggi berserta QR Code bagi menambah baik bagi memudahkan pelanggan mengenali produk yang original atau palsu.

ORIGINAL

ORIGINAL

Sila scan QR Code dengan menggunakan smartphone anda dan setiap produk mempunyai siri yang berbeza.

Ramai pengguna telah berjaya menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab ini dan terbukti keberkesannanya. Di sini Anis ingin berkongsi serba sedikit tentang testimoni produk ini :-








Jika mempunyai pertanyaan atau keraguan, anda boleh menghubungi : -

HQ En Hafis 013 4806778 (Bahagian Pemasaran)
atau
Puan Nurul : 017 6239935 (Produk Owner)
atau
Pengedar pengedar sah Minyak Herba Asma Mujarab
atau
atau


HARGA :-

RM39 SEBOTOL + RM10 (Untuk Penghantaran)



PASTIKAN ORI, BARU BELI!

Friday 18 November 2016

PROGRAM DIET HCG - DR MALINDA



Assalammualaikum dan haiii semua :) Harap semua sihat la hendaknya.. InsyaAllah. Seperti yang kita tahu, kesihatan badan adalah sesuatu yang termahal bagi kita. Sekarang ni masih muda, memanglah semua nampak sihat tetapi masa akan datang, kita tak tahu apa prestasi tubuh badan kita ni.. Macam mana? Makin membesar ke, makin mengecil ke, sihat atau tak.. Kita tak tahu. Oleh itu, bermula sekaranglah kita perlu menjaga tubuh badan kita kerana tubuh badan merupakan satu aset yang berharga, kalau rosak.. Memang tak boleh buat apa dah. Siapa sokong? Angkat tangan! ^^


Hari ini, Anis nak review sikit tentang PROGRAM DIET HCG oleh DR MALINDA. Apa itu? Macam mana tu? Tak faham? Harga macam mana? Selamat kah? Untuk siapa? Wanita hamil selamat ke jika ingin mencuba? Banyak sungguh pertanyaan kan? Okay, mari sini Anis jawab satu satu ye. Kalau Anis tak dapat jawab, kita ada Dr. |heehe| Boleh je tanya Dr Malinda sendiri. Okay? :D


Sebelum tu, jom kita mengenali siapa Dr Malinda.
Dr Malinda Mohd Ali adalah Pakar Penuaan Sihat dan Obesiti dari Future Wellness Sdn Bhd, Health and Training Consultancy. Beliau merupakan seorang doktor perubatan yang mempunyai 15 tahun pengalaman dan merupakan seorang coach lebih 4 tahun di dalam program HCG serta membantu lebih 300 orang client untuk mencapai berat idaman. Selain itu, beliau juga seorang speaker lebih 1000 jam ceramah dan seminar anjuran swasta dan kerajaan. Satu lagi yang lebih menarik tentang Dr Malinda ni juga merupakan panel jemputan di dalam segmen Penuaan Sihat di Wanita hari ini (TV3) dan Nasi Lemak Kopi O (TV9) Serta merupakan penulis artikel kesihatan di dalam Majalah i-Sihat.



So sekarang ni baru boleh rungkaikan lebih mendalam apa itu PROGRAM DIET HCG oleh DR MALINDA. Okay, program ini adalah program kurus bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan. Obesiti di dalam perkataan  mudahnya. Bila badan dah semakin membesar, lemak di sana sini.. Anis nasihatkan buatlah sesuatu supaya tiada penyakit lain turut mengundang. So jalan penyelesaian sertailah PROGRAM DIET HCG - Jom Kurus!! Anda akan dipantau sendiri oleh Dr Malinda. So jangan risau okay!

Apa itu HCG? - Human Chorionic Gonadothrophin. Ia merupakan hormon yang dihasilkan dalam badan manusia dan juga hormon ini akan menjadi tinggi kepada wanita hamil. HCG akan membantu perkembangan bayi yang sihat dan membantu hypothalamus merangsang mengeluarkan lemak lemak tersimpan untuk digunakan sebagai sumber tenaga. Ia juga berfungsi sekiranya tubuh berada dalam kebuluran dengan menggunakan lemak tersimpan sebagai sumber pembakaran tenaga - 1,500 sehingga 4,000 kelori sehari sebagai tenaga.

Rawatan HCG untuk obesiti ini telah dimulakan oleh Dr Simeons merupakan seorang doktor British. HCG memainkan peranan yang penting untuk mengurangkan lemak melalui tindakan kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hypothalamus. Stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yang mengandungi banyak lemak trans, gula dan bahan pengawet boleh menyebabkan kerosakan hypothalamus. Kerana itulah, banyak lemak terkumpul di perut, peha dan lengan.

Bagaimanakah program ini boleh membantu? Okay, semua manual dan menu permakanan akan disediakan. Jangan risau. menu makanan untuk program diet ni adalah sangat sedap, kita sendiri je yang tak pernah try.. Asyik cakap, burger lagi sedap, kfc lagi sedap.. Walhal itu semua akan mengundang penyakit. Allahu. Program ini adalah seperti DETOX program, diet yang diambil adalah diet yang sihat tanpa gula serta mempunyai karbohidrat yang sihat, rendah lemak. Makanan segera dan terproses adalah dilarang sama sekali. Program ini juga adalah untuk membersihkan sel sel badan dan bukan hanya untuk kurus sahaja tau. Wow! two in one.


Adakah saya akan lapar sepanjang program ini? - Percayalah, anda akan berasa kurang lapar kerana HCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber tenaga  dan ia memberikan 1,500 sehingga 4,000 kelori sehari sebagai tenaga. Selain itu, anda akan dibekalkan dengan supplement sebagai nutrisi tambahan.


Berapa berat badan saya boleh turun? - 0.5kg sehari, bergantung kepada individu tetapi biasanya antara 6-8kg dengan penurunan 1-2 saiz baju dengan mengambil masa selama 23 hari sahaja! dan boleh disambungkan ke cycle kedua selama 46 hari dan penuruan sebanyak 15-20kg!! Lepas berat badan semakin menurun, jangan risau berat badan anda tidak akan naik mendadak setelah tamat program ini kerana program ini juga membantu untuk mengimbangi keseimbangan metabolism badan, Cuma pokoknya, mestilah kena patuh dan akur dengan program ini. BONUS!


Kebaikan lain menyertai program ini : -

1. Selain penurunan lemak di dalam badan, ia juga membaiki tahap kesihatan keseluruhannya.      Gula dan tekanan darah semakin stabil, kolestrol semakin menurun, tiada kebab kebas lagi.
2. Mendapat kualiti tidur yang lebih baik.
3. Tona kulit menjadi lebih sekata dan cantik
4. TIADA lagi FOOD CRAVING dan NAFSU MAKAN yang hodoh.
5. Emosi menjadi lebih stabil dan baik.
6. Jerawat semakin berkurang.
7. Sakit kepala dan allergic semakin berkurang
8. Meningkatkan kesuburan untuk hamil.


Sekali lagi, jangan risau.. Program ini selamat dan Dr Malinda mempunyai kepakaran tersendiri untuk mereka yang betul betul bernekad untuk kurus, sihat dan cantik. Anis nak kongsikan testimoni mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan..


Puan Farah - Klik






Puan Suriya


Harga Pakej HCG :

 Pakej 23 hari - RM1580

Pakej HCG dan Supplements - RM1980

Pakej HCG 46 hari - RM2980




JOM DAFTAR SEKARANG!!!!!!!!

UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT - 

Whatsapp - 0175084430

ATAU

Email - drmalinda@gmail.com

ATAU





REVOLUSI BARU DALAM RAWATAN OBESITI
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)