Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Wednesday, 12 November 2014

short update!


Assalammualaikun dan salam sejahtera buat semua :) |haha| Lama sangat dah aku tak update blog.. Padahal dah sebulan lebih kat rumah ni ha. Bukan apa, rasa macam dah malas nak menaip |hoho| Btw update kali ni lebih pendek.. Saja nak berkongsi je apa yang aku dapat dengan korang. Tak ada niat pun nak riak, berlagak, sombong dan semua-semua la. Maaf okey andai korang rasa tak selesa. Tapi rasanya, ada je orang yang ikut perkembangan aku!|hahaha| Kan kan kan? Baik mengaku, Kepada mereka yang selalu support aku, terima kasih banyak-banyak :')

Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

Terima kasih Allah. Terima kasih ibu dan abah serta adik adik. Terima kasih encik tunang. Terima kasih pensyarah. Terima kasih kawan-kawan AP1154A. Terima kasih kepada semua. Alhamdulillah. Tanpa doa kalian semua, kekuatan semangat dan tunjuk ajar, diri ini takkan berada di sini dan berdiri di tahap ini.

Untuk ibu abah, adik adik dan encik tunang, kekuatan semangat yang diberikan menguatkan semula langkah untuk menapak. Terima kasih atas doa kalian. 

Para pensyarah, terima kasih untuk segalanya. Maaf andai pening kepada untuk menanda kertas jawapan itu dan terima kasih kerana bagi markah bonus. Mungkin!

Kawan-kawan, terima kasih atas sokongan dan doa kalian. Sama-sama bangun dan sama jatuh. Sama-sama ketawa. Sama-sama menangis.

Allah adalah sebaik-baik perancang. Syukurla. Allah akan beri sesuatu yang sama dengan usaha kita. Jangan pernah melupakan Allah kerana Allah tak pernah melupakan kita :') Terima kasih Allah kerana menguatkan hati ini untuk terus bersemangat menempuh segala dugaan dan cabaran yang berada di hadapan walaupun kadang kala mulut ni mengeluarkan kata-kata keluhan. Allahu.

Alhamdulillah Syukur!










DEAN LIST AGAIN!
(3.71) 
syukur sebab Allah naikkan pointer. Terima kasih atas doa kalian. wish me luck for next semester okey!
assalammualaikum.
jangan tinggal solat ;)

p/s : Pada mereka yang berjaya, tahniah diucapkan. Pada mereka yang kurang berjaya, next sem usaha lebih lagi. InsyaAllah kita semua akan berjaya. Yakini Allah! Allah akan tolong kita :)
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png