Sunday 12 May 2019

Tips Menghias Rumah Sewa



Assalammualaikum dan haii semua :) Harini, alhamdulillah.. Dapat update entri simple dan harap dapat membantu. Tips menghias rumah ni aku lebih kepada menyusun frame atau gambar tau. Bukan sofa ke, carpet ke, meja makan atau lain lain. Lagipun tips ni untuk mereka yang masih pening pening macam mana nak susun frame bila first time menyewa rumah atau baru lepas kawen. Haa.. Gitu. Bukan apa, bila baru lepas kawen ni, of course la nak nampak rumah ceria dan tersusun je walaupun perabot masih kurang.

Untuk tips ni, jangan risau sebab aku guna semua benda bajet dan murah. Lepas kawen haritu, memang aku dan suami asyik berulang je ke DIY dan kedai ECO |hahaha| Rumah sewa ni, memang suami dah sewa dua tahun yang dulu cuma dia tak siap apa pun.. Biasa la time bujang. Memang rumaha sewa jadi rumah sewa bujang laa.

Untuk pengetahu korang, rumah sewa aku dah ada 2 sofa, meja makan dan peti ais. Lepas kawen, suami aku cuma tambah set bilik tidur, set dapur.. Segala rak bagai. Tv memang suami dah ada. Boleh la buat tengok time bosan bosan. Itu je la kot. Nama pun baru kawen, memang rumah nampak kosong |hee|

Okay, jom kita start. Antara tips menghias rumah sewa adalah :

1. Harga murah dan berpatutan
Serius, semua barang yang aku beli tak ada pun beli dekat shopping mall. Semua beli di DIY dan ECO. Termasuklah langsir ruang tamu, langsir dapur dan 2 bilik tidur. Harga memang tak cecah RM50 pun untuk satu bahagian tu la. Aku pilih langsir bawah RM50. Rumah pun menyewa, tak payah dulu la nak langsir tebal macam istana tu. Carpet untuk ruang tamu pun aku beli di Sakan. Harga dalam RM60-RM70. Gebu pun Gebu.

Untuk rak pinggan dan meja letak dapur gas, aku beli di shopee je. Shopee kan banyak barang murah. InsyaAllah tahan lama. Orang kata, dalam berbelanja kenalah bijak memilih. Bukan kedekut ke apa tapi sebab lepas kawen, bajet limited.. So kat situ kenalah berjimat cermat :D

2. Susunan hiasan biar nampak tersusun dan kemas
Haa, benda nih memang aku minat sangat sangat. Sebab aku suka susun atur frame ke.. Perabot ke. Sebab perabot masih kurang, so kat sini boleh la aku tunjuk sikit susun atur frame atau hiasan dinding kat istana kecik aku ni kan. Just simple tapi nampak nice. Aku susun nak nampak penuh dinding tapi tak la nampak crowded. Sat g ngan aku aku pun pening |hahaha|

Bahagian ruang tamu

Susunan frame di ruang tamu. Ni aku pakai letak je memandangkan dah ada paku yang ditinggalkan tuan rumah. Cuma tang jam dan frame bertulisan family tu aku paku sendiri. Kenapa letak cermin? Rumah sempit, bila letak cermin.. Nampak ruang luas |haha| First tu yang kat frame bertulisan family tu nak letak cermin hiasan berbentuk love tau. Takpe, korang order je kat shopee. aku tak order sebab asyik bertangguh je nak beli last last pergi kedai ECO je beli frame |huuu| Frame tulisan jawi sebelah kiri dan jam tu hadiah kawen haritu. Thanks korang ^^

Ruang tangga

Yang ni pun memang dah ada paku cuma pemilihan frame menegak dan melintang tu je laa. Actually frame ni pun beli kat kedai ECO. Murah ja uolls. Korang pandai susun, insyaAllah, cantik je rumah uolls (^_____^)

Ruang makan

Yang ni ruang makan. Yang ni ada meja je.. Kerusi tak ada |hahaha| Okay fokus pada susunan frame dan size. Memang simple je frame nye tapi nampak sedap mata memandang. aku banyak pilih frame yang warna yang lebih menonjol sebab dinding aku warna putih.. So nak bagi naik.. Amik la frame yang warna lebih menonjol. Untuk ruang makan, cari la yang sesuai macam gambar makanan ke kan. Baru cun! Hiasan nih aku cari di DIY dan kedai ECO jugak. Aku memang minat wall border, walaupun orang kata fesyen lama tapi sebabkan nak naikkan seri rumah tu, aku plan dengan suami untuk letak pada separuh dinding.


Ruang bilik

Haa. Yang ni master bedroom, susunan frame.. Aku buat macam ni pulak. Masih mengekalkan konsep sama macam kat ruang tamu. Wall border memang tak dilupakan |hahaha| Frame panjang dan hiasan love tu beli di kedai ECO dan jam DIY. Murah je. Jam tu pun bawah RM10. Letak bateri, maka hiduplah dia |heee| Bilik ni memang full set bilik tidur.. Ni pun beli time harga promosi. Tilam + katil + meja solek + alamari baju bawah RM1500 sahaja. Sebab kami bernasib baik kilang buat promosi dekat je dengan rumah. memang tak fikir panjang, beli je la kan. Kalau korang, nak ikut susunan frame tu.. Silakan. Nanti ukurlah dulu sebelum paku.

Ruang bilik tetamu

Bilik ni hiasan dia simple je sebab tetamu jarang jarang datang |hahaha| 3 frame ni semua aku cari di kedai ECO. Atas frame LOVE tu kan, nanti korang letak la jam. Nice sikit kan. Rasa melengkapi bila ada jam disetiap bilik walaupun tak ada tetamu selalu datang. Bilik ni juga aku guna untuk gosok baju, so memang perlu la jam. Tapi nanti la aku beli jam |hahaha| Korang kalau nak ikut susun atur ni, atas tu letak jam okay. Cantik sikit ^^

3. Pemilihan warna
Kalau dinding korang warna cerah, better cari hiasan warna yang terang untuk lebih nampak menonjol. Kalau dinding warna terang, jangan p hentam hiasan warna terang jugak. Memang tenggelam la cerita dia. Korang kena pandai main warna. Orang sekarang kebanyakan pakai wallpaper kan? why not korang guna je wallpaper dari cat dinding. Tapi hati hati dengan pemilihan warna tau. Takut nampak ruang jadi crowded.

4. Ruang
Kalau ruang rumah korang kecik, jangan penuhi ruang dengan perabot. Memang berlanggar punggung la raya nanti. Perabot tu nanti korang fikir bila dah duduk rumah sendiri. Mesti lagi besar kan rumah. Rumah sewa nih, korang just bentang carpet je.. Nanti orang datang beraya, duduk bawah |hahaha| Nak ada kerusi boleh je tapi kurangkan. Macam rumah aku, ada sofa dua sahaja. So nanti siapa nak duduk kat kerusi kena 'ozomm' dulu

5. Serba sederhana
Last sekali, ni paling penting.. Korang membeli dan menghias rumah sewa korang ikut bajet la. jangan terlebih bajet semata mata nak cantikan rumah. Lepastu nak makan nanti, jenuh memikir. Biasalah baru kawen kan. Orang yang dah kawen, mesti pernah rasa. |hehehe| Nak cantikan rumah sikit sikit pun boleh.. Bulan ni, beli frame macam ni, bulan depan beli wall border. Rasa ringan sikit. Berjimat cermat amalan mulia uolls!

Okay lah, moga tips ni bermanfaat untuk mereka yang baru menyewa rumah. Ini versi aku yang lebih sukakan simple. Kalau korang ada nak tambah tambah design dan susunan pun okay.

Assalammualaikum. 

Saturday 11 May 2019

Honeymoon : Hospital II



Assalammualaikum. Hi semua. Selesai terawih semua, jom la kita mengadap blog pulak. Sambung balik pengalaman tentang hospital haritu. Kalau dibiarkan terus, memang jadi blog tinggal pulak la nih |hahaha| Okay lah, malas nak intro bebanyak.. Kemalasan menyelubungi diri |Huuu| So aku sambung terus je laa.. Haritu sampai 27 November 2018 kan? Haa.. sesiapa yang tak tahu cerita hujung pangkal nih... Boleh klik Honeymoon : Hospital I. InsyaAllah, anda akan faham cerita sebenar ^^

28 November 2018
Pagi ni family dah hantar dah ke hospital. Actually banyak jugak la barang aku bawak.. pakaian suami dan aku. Tapi baju encik suami tak la banyak sebab dia pakai baju hospital |hahaha| Cuma bawak baju dia nak balik nanti je laa. Lepastu ada bawak makanan sikit dan air mineral. Rasa macam masuk asrama pulak. Sampai hospital, tak boleh masuk pulak dah sebab ada dokter tengah cek pesakit. Sampai pukul 10 lebih baru boleh masuk. Tu laa, kalau aku tahu.. datang lambat je tadi.

Masuk wad tu, terus tanya encik suami.. Dokter ada cek ke? Dia kata ada tapi tak la lama.. Tapi biasa la kan, pesakit ramai dalam tu. Aku ni baru first time jaga pesakit, so macam kekok sikit la.. Katil suami pulak duduk tengah tengah. Sebelah kiri abang, melayu dan sakit buah pinggang tapi berjalan merata sebab sihat. Sebelah kanan uncle india. Uncle ni sakit jantung. Abang yang sakit buah pinggang tu bagitahu, kalau sakit macam suami aku ni.. Kemungkinan hampir 2 minggu lebih juga kena duduk hospital. Aku? Tarik nafas dalam dalam.....

29 November 2018
Kehidupan macam biasa di hospital. Aku dah boleh sesuaikan diri. Bangun pagi solat subuh 6.30 pagi.. Luar wad dah kecoh kecoh dengan nurse. Kalau malam tu, nak tidur.. Pukul 11 malam aku dah siap pergi toilet dan lepastu aku tak keluar dah dari wad. aku tak guna pun toilet pesakit.. aku guna toilet luar wad. Benda benda pelik.. Semua aku tak fikir sebab aku tahu tak ada siapa nak teman aku |hahaha|

Encik suami semakin pulih. Alhamdulillah. Tak ingat dah berapa botol air kena drip masuk. Sebab bila habis je air, nurse bawak botol air baru. Pagi dalam pukul 4 tu, dokter dah masuk ambil darah. Mula hari pertama tu, tarik langsir keliling katil.. tidur atas katil pesakit sekali dengan pesakit kat sebelah kau |hahaha| Bila dengar bunyi kasut masuk bilik tu.. terus terjun katil duduk kat kerusi. Encik suami marah juga duk main terjun terjun tu. Yelah, kitanya malu dan takut kat nurse |huhuhu| Lepastu masuk hari kedua kat hospital, dokter datang ambil darah ke.. tukar botol air ke, aku duduk senyap senyap atas katil sebab tak larat la nak terjun katil je (^___0)

30 November 2018
Family kedua dua belah pihak memang tiap hari call dan tanya khabar. Alhamdulillah. Ada jugak yang bagi semangat. Actually tak sedih pun, tak pe lah.. Enjoy duduk hospital. Bukan senang nak dapat pengalaman kan. lagipun, encik suami pun bukan teruk pun. Dekat hospital, hari kedua tu.. Encik suami dah ke hulu ke hilir bawak botol drip air kat tangan sampai ke kantin. Kami cari makan. Tengah hari ke petang ke, family aku datang bawak nasik.. Pastu hari last duduk hospital sultan abdul halim nih, maktam dengan cik sepupu datang bawak sup daging! So tak ada masa nak sedih. Aku enjoy. Dekat situ dapat jugak kenal encik suami dengan lebih dekat. Alhamdulillah, dengan pengalaman yang susah nak dapat nih.

Harini juga, aku dah tak guna toilet kat luar wad. Encik suami ajak guna bilik air dalam wad je. Mandi semua kat dalam. Cuma nak solat, aku kena keluar wad. Tak jauh pun.. Guard pua ada area situ. Tapi kan bila dengar... "wad depan nih baru je ada sorang makcik meninggal" Aku pun .... Dia mula main dah fiksyen shasha dalam otak. Lepastu wad yang encik suami duduk ni pun ada sorang pakcik ni meninggal.. Dia sesak nafas. Malam sebelum tidur tu memang tengok juga pakcik ni sebab katil dia dekat dengan bilik air. Memang nampak dah teruk. Tak sangka pulak, tengah malam tu dia meninggal. Bila tahu dia meninggal, memang terbayang bayang la kan.

Nurse bagitahu harini encik suami kena pindah hospital lama. |hahaha| Aku rasa tak sedap hati dah sebab aku dah bayang macam macam kat hospital lama tu. Nak tak nak.. Kena pergi juga la.. Suami naik ambulance dan aku call my hero dan heroin mai amik. Itu lah, kasih ibu bawak ke syurga dan kasihnya ayah sepanjang masa. Memang ada makanan untuk aku dan suami! tak pernah lupa :')

Sampai hospital lama, dah petang dan waktu melawat. aku tengok sekeliling. Seram weh. Dahlah satu blok je dia guna. sebelah tu penjara. aku tak boleh fikir macam mana malam ni aku nak tidur. Semua lama... Bangunan lama.. Kipas lama.. Bilik air fesyen lama. Tidakkkkkkkkk!

Habis waktu melawat abah ajak balik sebab suruh mandi semua. Ibu kata orang sihat kena jaga kesihatan juga.. nanti khairil sakit, hang pulak tumbang! |hahaha| aku minta izin suami untuk balik.. InsyAllah, lepas maghrib datang hospital seram ni semula.

1 Disember 2018
Lepas maghrib datang hospital balik. Adoii la, dua tiga kali fikir nak menapak berjalan naik tangga oiii. Memang ada guard tapi guard kat bawah. aku minta abah teman jugak. aku tak boleh, lagi lagi aku terpandang troli hat tolak mayat tu. Memang la kot dia guna tolak pesakit bukan mayat tapi dalam cerita seram aku tengok, memang dia guna troli tu!! Aku ada dengar orang basuh basuh tapi tak tahu kat mana makanya aku husnuzon baik baik ja laa... aku ni kadang nak marah kat diri sendiri  jugak sebab aku suka tenung wad wad yang kosong dan semua tingkap terbukak. Tapi waktu siang je laa berani tengok. Memang la kan, wad tinggal.. macam tu laa. Sebab sekeliling wad suami.. blok sebelah, kosong je dan itu la pemandangan yang tiap hari mata nih tengok.

Suami duduk wad atas dan wad bawah untuk pesakit batuk kering. Mulanya aku tak tahu tau.. Slamber je aku masuk. sekali pakcik pakcik ni bagitahu.. Lepastu aku tak masuk dah. Actually hospital lama ni untuk pesakit yang dah stabil. suami ni dokter nak pantau dan masukkan antibiotik je.. Dia okay, boleh dah keluar ^^

Time ni juga suami dah semakin sihat. Boleh dah berjalan luar wad.. Ambik udara segar dan boleh dah solat berjemaah bersama. Alhamdulillah ^___^

2 Disember 2018
Sifat takut tu memang ada dalam diri. Mungkin sebab sekeliling dan wad tu jugak kot. Wad dia bersih tapi tak tahu laa.. Rasa macam seram. Kami di wad tu macam biasa, layan movie sampai malam. Pakcik makcik dalam tu memang dah tidur awal |hahaha| Katil suami hujung sekali dekat tingkap. Memang malam.. Suami tidur belah tingkap la kan. Malam tu tiba tiba rasa panas. Allah! Elektrik tak ada.. Hospital ni pakai generator tau. Ada dengar orang cuba hidupkan generator semula tapi tak berjaya. Time tu dah 2 pagi. Panasnya Allah saja yang tahu. Nyamuk memang tak payah cakap laa. Dan dan pulak time tu suami kalut nak p buang air. aku ni dahla penakut.. Nak p jamban pulak dah.... Sudahnya memang aku teman suluh guna torchlight phone. Dugaan apakah ini!

3 Disember 2019
Aku serik wehhh duduk hospital nih. Aku taknak lagi kena malam ni pulak. Aku rasa macam.. Harini jugak aku nak balik. Please. Aku tak nak bergelap lagi. Setiap kali dokter datang cek suami.. Aku pandang muka dokter dengan penuh harapan supaya dia bagi balik |hahaha| Aku memang serik. serik sangat sangat duduk hospital tu walaupun aku tak jumpa apa apa. Syukur sangat! Tapi sado nya nurse nurse yang bertugas kat hispital tu kan?! Tahniah cik/puan misi serta dokter bertugas.

Alhamdulillah. rasa nak melompat kalah pesakit kan.. Suami dibenarkan balik harini. Thanks juga ex officemates yang datang borak borak. Lepas jugak meroyan teringat ingat ke generator mati malam tu |hahaha| Dorang ni memang rajin datang borak borak.. Dia tahu kakak dorang ni bosan kat hospital. Thanks korang! Dah macam family. Sentiasa bagi support. kadang datang bergosip. kadang tu nak  mngusik |hahaha|

Lambat juga la nak tunggu dokter buat surat untuk balik. Dokter bagi balik tu pagi... siap surat semua kat maghrib jugak.. First tu siap bawak sufyan dan humairah nak sambut papa long balik tapi dah nak dekat maghrib, kena hantar balik juga laa.. bawak baby kan. Hospital lama pulak tu. Tak kesah lah surat lambat pun, janji generator mati malam nih, aku dah tak ada kat wad tu. 

Settle surat semua, terus bayar bil di hospital baru, hospital sultan abdul halim. Alhamdulillah. Malam tu Zulaikha dan Syauqi mai amik. Syukur sangat sebab dapat adik adik tak pernah berkira. Sebab tu la, buat apa aku nak cipta sebuah kesedihan?

Syukur di atas dugaan sebab aku tahu di hujung cerita pasti ada manisnya ^^

Ibu abah jangan sedih sebab Allah tahu anak ibu abah ni kuat!

Thanks bagi anis kawen! |hahaha|

Isnin keluar hospital. Selasa jalan jalan ke pantai merdeka sat. Khamis terus gerak balik kluang, johor sebab sabtu dah majlis resepsi belah suami.

Allah. cantik sungguh percaturan masaMu ya Allah!

Nanti kita ketemu lagi ya. Assalmmualaikum ^^
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)