Capture by Encik Abah |
Assalammualaikum. Hi teman teman. Sihat? Moga sihat hendaknya la. Aku ni sebenarnya duk pening kepala tapi sebab niat nak update blog, so kena gagahi jugakla. Sebab sat g asyik tangguh.. Memang lepastu tak update dah la |hahaha| Pening kepala sebab tengok hanfon banyak sangat kot, lagi satu siang tadi. Panas oii! :|
Gambar kat atas macam gambar khemah? Ha. Ya! Khemah majlis kawen iolls aritu. Tapi taknak cerita lagi tentang kemeriahan majlis tu sebenarnya |hahaha| Boleh tak kata gitu? Tak pelah, tentang majlis kawen.. InsyaAllah, lepasni aku update okay! ^^
Alhamdulillah, majlis meriah.. Ramai orang datang. Kawan kawan. Pensyarah. Kawan kawan puan ibu & Encik abah. Jiran jiran. Orang kampung. Alhamdulillah sekali lagi. Goodies licin. Makanan habis sebab malam tu aku keluar, balik tu.. tengok ikan siakap 3 rasa yang makan beradap aku simpan bawah tudung saji dah tak ada :D
Tapi masih ada rezeki lagi buat seorang anis nih, puan ibu simpankan ayam goreng rempah untuk aku. Serius, memang favorite. Alah, macam tak kenal hati seorang ibu macam mana kan? Thanks ibu! ^^
|hahaha| Disebalik kegembiraan yang baru dikecapi setelah bergelar suami isteri. Alhamdulillah, disatukan juga sejak kenal tujuh tahun yang lepas. Syukur. Itu saja perkataan yang dilafazkan setelah sah hubungan halal ditermetrai. Tapi cerah tak sampai ke petang pun, hujan di tengahari. Tapi itu la, memang time majlis dalam pukul 2 lebih tu hujan. Tapi okay la sebab ramai dah datang :)
23 November 2018
Alhamdulillah. Lepas isyak tu rombongan dan family pihak lelaki dah touchdown sg petani. Jauh oiii, dari kluang. Gerak pagi tu. Tu la, dalam hati ni tak henti doa.. Moga Allah permudahkan urusan.. Selamatkan perjalanan mereka pergi dan balik. Bukan apa, perjalanan jauh. Tapi bila dah sampai, syukur sangat. Bila tah nak cerita yang sepatutnya? Asyik cerita benda tak sepatutnya ja?! |huhu| Macam ni, 22 november tu bakal suami aku (sekarang dah jadi suami la kan) dia mengadu susah nak bernafas lepas cuci bilik air. Ntah berkerak lagu mana la bilik air sampai sesak nafas lepas cuci tu 0.0
Aku macam suruh dia rehat je la, nebes ke hapa tak tahu la laki haku nih. Dia sibuk berkemas sebab lepas kawen kan nak duduk dengan dia. Tu excited agaknya cuci bilik air |hikhik| Banyakan minum air masak, itu je la aku pesan Lepastu, pagi sebelum bertolak tu pun dia ngadu lagi penat angkat beg baju dia. Susah nak bernafas la kan. Terfikir jugak, apahal ek? tapi disebabkan otak loaded dengan benda esok nak akad nikah.. Lusa nak majlis. So lupa macam dibawa angin je...
24 November 2018
Hari terakhir aku bergelar tunang orang |hahaha| Lepas asar nak akad nikah dah ^^ Pagi tu, tak ingat suami aku call ke whatsapp nak pinjam kereta untuk ke hospital. Adik dia demam. Lepastu parents dia mintak dia cek sekali. Sesak nafas teruk sangat. Kalau nebes pun, tak kan la sampai macam tu sekali. So, ingat memang tak nak jumpa sampai time akad nikah tu. Sekali, sis is terpaksa. Pagi tu suami datang amik baju untuk majlis dan amik kereta. Balik dari hospital, suami amik aku kat rumah dan aku kena hantar suami dan adik adiknya ke homestay. Kereta aku kena bawak balik sebab nak p akad nikah petang sat ni, aku nak guna. Doctor kata suami aku tak ada apa apa. Jantung okay, semua okay. Mungkin nebes sebab memikir kot. So aku pun lega la sikit. Tapi. Masih ada tapi, dia berjalan sikit.. penat dan bernafas macam baru lepas lari. Aku pelik!
25 November 2018
Alhamdulillah. Sah isteri kepada suamiku ;) Balik akad nikah semalam, nampak dia penat sangat. Yes. Memang badan nampak kurus sampai kawan kawan inspen tengok dia terkejut. Aku nampak dia biasa sebab dia selalu hantar gambar kan. Parents aku especially puan ibu, memang nampak dia kurus |huuu| Lepas akad nikah, rombongan lelaki datang rumah sebab ada makan makan. Aku tengok suami aku tak makan pun. Dia banyak minum air tapi air sejuk! Tanya jugak dia, kenapa tak makan? Dia kata tak selera. Alamak aiii! Dah selamat pun, tak kan la memikir lagi?
Nak bergambar kena masuk bilik sebab aku tak ada pelamin. Memang tak nak pelamin. fullstop! Dalam bilik, biasa la hias bunga bagai.. Panas lagi. Buat dia makin sesak nafas! Fuhhh!! Serius, tak tahu nak buat apa? 1st tu bagi dia minum air suam.. Then lumur minyak panas kat dada dia. Jantung dia memang laju. Macam baru lepas lari. Padahal duduk dalam bilik je kot. Tak kan nebes ngan iolls pulak?! Pastu aku pasang kipas kuat kuat. Tengok tengok dia terlena. Maghrib tu, dia nak ke surau. Dia kata dah okay. Tup tup berapa minit lepastu tengok dia balik. Sesak nafas datang balik. Nak solat pun payah oiii. Dia macam tak boleh buat pergerakan. Bila bergerak mesti penat. walaupun berwuduk. Pelik!
Risau untuk hari esoknya, 25 November! Pagi esoknya, aku hantar dia balik homestay. Sebab baju dia semua kat sana.. Dan dia nak siap semua kat sana. Aku siap kat rumah je sebab mak andam mai rumah. senang weh! Tepat pukul 12 tengahari rombongan lelaki sampai. Suami aku kata panas pakai baju camni dengan dia sesak nafas. Serius kesian weh tapi kena hadap jugak. Aku doa moga dia tak pengsan jee |huuu| Nasibla nak jalan ke rumah aku tu dekat. Pengantin jalan punya laju sampai tertinggal sedara mara kat belakang. Aku tanya dia, kenapa nak laju laju? Dia kata nak cepat sampai .. Nak duduk!
Cuaca tak la panas sangat tapi sebab dia tak sihat, memang nampak dia tak larat. Masuk je rumah, rehat sekejap lepastu photographer nak amik gambar. Guna bilik tidur tu lagi. Dahla panas. Sesak. Aku duk risau ke suami aku. Asyik tanya okay ke tak? Lepas amik gambar, aku suruh dia rehat kat ruang tamu rumah. Bukak kipas kuat kuat lagi. Bagi hilang sesak nafas.
Bila dah rehat, dia okay sikit.. Time nak makan beradap tu sedih. Aku lapar weh tapi disebabkan jadi camni. Hati aku jadi tak syok. Setiap apa aku makan semua rasa tawar. Aku susah hati. Siapa minta majlis kawen jadi macam ni kan? Aku teringin siakap 3 rasa tu tapi aku tak tahu kenapa aku tak cuit pun ikan tu. Aku makan ayam seketul pun tak habis. Lagipun, suami aku pun tak selera nak makan. bila dia tak selera. Tak kan la, aku beria nak makan kan? Of course la jadi tak selera sama. Tapi disebabkan hari bahagia aku, sis sentiasa senyum je. Yang penting majlis berjalan selancarnya.
Suami aku makan juga sikit sebagai alas perut dan air sejuk aku dah larang dia minum. Just mineral water allowed. Kawan kawan yang datang nak bergambar, okay je kami bangun dan bergambar. Bila tak berjalan sangat, suami aku pun okay sikit. Time tu, disebabkan dia tak sihat sangat.. Tak la dia ke hulu ke hilir macam pengantin lelaki lain. Aku je kot pergi kat pensyarah dan kawan kawan time majlis.
Aku bersyukur sangat sebab majlis aku berjaya dengan sumbangan tenaga encik abah & puan ibu, sedara mara, kawan kawan dan semua la jiran tertangga walaupun pengantin lelaki kurang sihat. Keseluruhannya aku happy sebab aku terpilih untuk Allah uji dalam bahagia yang Dia janjikan. Syukur sangat suami sis tak pengsan sampai ke petang tu. Dalam 3 lebih dia dah lucut sampin dia dah.. Dia kata panas. Ntah tengkolok tang mana.. Keris tang mana.. Sis is redha :|
Btw, thanks encik suami sebab kuat semangat bertahan sampai habis majlis. iloveyou!
Malam tu, tak sempat basuh periok macam fasha sandha aihh. Lepas maghrib terus gerak p klinik.. Nak buat check up. Thanks family sebab memahami kerisauan hati ini. Tak berbunyi apa pun sebab tak sempat langsung tolong kemas rumah! Cuma tolong bawak kain alas meja p dobi ja. Yes. Tolong tu sahaja. Bila p klinik tu, sengaja parking jauh.. Sebab nak bagi suami penat dan sesak nafas. Sampai klinik memang penat la. Doctor cek memang semua okay. Oksigen pun okay. Tapi dia buat surat takut suami ada masalah lain. Refer hospital terus.
Pergi emergency lagi. Kali ni doctor amik darah. Sis pengantin. Kenapa sekarang sis dekat hospital?! Ya Allah, aku perasan ada jugak orang jeling jeling inai di jari aku. Buat tak tahu je laa. Tunggu lama jugak suami aku kat dalam. Sebab dia tengah tunggu result darah. Jam dah pukul 11 lebih. Dulu pernah aku cakap kat puan ibu.. "ibu, dah malam malam dekat emergency ni.. Anis takut sangat. Sebab macam macam kes akan refer sini dulu." Dan malam tu, benda aku tak nak.. Memang aku kena hadap. Sampai terlena lena kat kerusi tu |huhu| Tak lama lepastu suami aku keluar, dia kata nak balik.. balik la dulu. Dia kena tunggu result darah. Aku nak drive? Balik? Aku bayang dah kat jalan straight cari gali tu... Gelap, sunyi. Memang idok la aku nak balik. Dengan sat g nak keluar parking terhegeh hegeh. Aku rela tunggu result darah dia. Lepastu berapa minit, suami keluar balik.. Dia kata Doctor bagi balik.. Esok datang amik result darah.
Alhamdulillah. Home sweet home! ^^
26 November 2018
Tak datang amik result darah pun sebab busy dan tak larat. Bila badan penat rasa nak rehat saja. Harini jugakla tolong encik abah dan puan ibu mendobi alas meja. Suami tolong jugak kutip sampah tapi tak bersungguh sangat sebab cepat penat. Akhirnya dia masuk bilik, tidur.
27 November 2018
Harini terjawablah semua! Kenapa sesak nafas sampai nak solat pun susah. Tapi bila tanggungjawab seorang hamba. Kena jugak buat. Wajib. Dekat hospital, suami ajak masuk bilik doctor sekali dengar penerangan dari doctor. First sekali, doctor ucap.. Selamat pengantin baru. Sempat lagi suami aku membawang dalam tu ye. Pastu doctor tu bagitahu yang buah pinggang suami aku rosak. Bahasa doctor pun, terkejut aku.. nak kena buang ke apa?
Rosak tu maksudnya tak sihat. Sebab asid banyak dalam badan. Sistem perkumuhan dia pun ada masalah tau. Asid dah terlebih lebih dari orang yang normal. Lepastu, hati pun effect sikit. Bahasa doctor. Dia kata hati pun ada rosak sikit. Tak kesah la doctor, nak guna bahasa macam mana pun. Sekarang macam mana? Suami kena warded dalam 2 minggu kata doctor. Masuk air dan masuk antibiotic seminggu. Memang time tu muka sis dah pasrah. Sebelum amik result darah pun dah rasa.. Kalau kena warded, redha je laa. Sekurang kurangnya suami haku dapat rasa duduk hospital sultan abdul halim camna. Ye dok?
Dah settle doctor bagi penerangan, nurse cucuk untuk masukkan air. Suami rehat di kecemasan tu lagi la. Ada kerusi. Aku still teman dalam tu. Kalau kena halau, baru aku keluar |hahaha| Tapi syukur, guard.. Nurse tak halau pun. Mesti tahu kami pengantin baru! |hahaha| Maghrib tu aku pergi solat, Lepas solat, pergi tempat suami balik.. Sekali orang sebelah cakap, suami dah naik wad.
Tak sukanya hospital! Sebab aku seorang yang penakut. Ni nak kena naik lif sorang sorang untuk ke wad suami. Nak tak nak aku terpaksa :||
PENGORBANAN.
Aku selamat naik wad suami dan jumpa suami. Alhamdulillah. Isi borang untuk teman pesakit. Tapi malam tu kena balik la kan.. Sebab tak ada baju pun nak stay kat hospital. Aku pun tak ada baju.. dengan tak mandi lagi. Tak makan lagi. Dalam pukul 10 malam tu family aku datang amik aku dan kereta. Aku balik tidur kat rumah dan suami stay di hospital. Berpisah buat sementara waktu. Bermula esoknya, tak sangka kami honeymoon di hospital |hahaha|
Tak sangka benda yang aku tak suka. Benda yang aku tak nak. Kena tang batang hidung betul betul. |hahaha| 2 minggu lagi majlis belah lelaki pulak oii. Tak kan majlis di kluang pengantin tak dak!
Aku stop kat sini dulu la ye. InsyaAllah, nanti aku sambung tentang Honeymoon : Hospital II pulak ye. Sebab memang panjang pun nak cerita. Saja aku update di sini supaya kenangan ni boleh diingat sampai bila bila. Boleh cerita kat anak anak cucu cucu |hihihi|
Nanti kita jumpa lagi. Tataaa. Assalammualaikum.
Allah.. dugaan sungguh ye Anis.. Ujian dalam bahagia nie..
ReplyDeleteAah kak sha. Takpe laa.. Redha je. Hee
Delete