Monday, 29 February 2016

New Chapter



Assalammualaikum dan hai hai semua :) Alhamdulillah. Harap semua sihat sihat la ye, InsyaAllah. Baru lepas lunch ni, mengantuknya la. Tapi ku gagahkan juga untuk update entry baru ni |hihihi| Okey, harini dengan rasminya aku umumkan bahawanya sekali lagi aku di tempatkan di Uitm Seri Iskandar, Perak untuk mengikut program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah (Kepujian) Alhamdulillah. So di sini cita cita aku. Dan inilah dia kos yang aku nak. Terima kasih Allah. Alhamdulillah (^_____^)


Disebabkan aku masuk untuk penerapan Uitm, so ada pengecualian kredit subjek di Uitm nih. Ni semua kena selesai pada minggu ni jugak. Mungkin ada penerangan dari pensyarah tentang ini. Tadi selesaikan pendaftran, buat kad matrik semua. Syukur selesai. Syukur jugak sebab tempat dah kenal, memang senanglah kerja. Tak ada macam rusa masuk kampung. Aku di tempatkan di kelas 3A untuk semester 3 ni. Jodoh panjang untuk dapat kelas A lagi. Dulu masa diploma, kelas A sokmo. Tak nak dah tukar kelas B atau C :/


Kegembiraan ditambah dengan ex classmate time diploma dulu pun semua satu kelas. Seronok sebab dah kenal walau yang sambung dekat seri iskandar nih seciput sahaja. First tu sedih jugak sebab ramai sambung degree di shah alam tapi tak apa, mereka mereka yang ada di sini akan cipta kegembiraan baru. InsyaAllah. Good luck kawan kawan kat shah alam dan kami di sini - seri iskandar :')


Kad matrik untuk dua tahun sepanjang di uitm :D

Ni nak cerita sikit tentang aktiviti semalam. Bukan apa, nak cerita sebab semalam p tengok wayang, cerita munafik. Serius. Best gila! |huhuhu| Semalam sampai uitm dekat pukul 10 pagi. Encik abah dan puan ibu bertolak balik kat 10.30 lebih lebih jugak, Okey la tu berborak lebih kurang dan tolong angkat barang semua. Dah selesai baru balik. Lepastu encik abah nak amik kawan di stesen bas seri iskandar. Lepas family balik baru aku dan kawan kawan naik fakulti untuk daftar, sekali staff tu bagitahu daftar hari isnin. Daftar kolej, roomate settle semua dah hari sabtu ritu. Syukur untuk sambung study kali ini Allah permudahkan semuanya. Ya semuanya. Moga moga Allah redha. Moga moga berkati. InsyaAllah (*______^)


Tentang cerita yang tengah hot kat panggung yang tengah meletup macam pop corn ni. Memang tak rugi walaupun habis RM12. Jalan cerita menarik. Cerita penuh kejutan, Berdebar debar jantung aku macam nak jumpa encik tunang. |wakakaka| Tapi itu la, berkawan dengan syaitan, musnahla hidup. Syaitan tu musuh manusia tahu tak. Dia akan bawak anak cucu Adam ke neraka bersama sama dia. Dia tak suka anak cucu Adam duduk senang lenang di syurga. Sebab tu dia terus menggoda macam dia goda Adam dalam cerita tu. Adam was was dalam keimanan kepada Allah selepas kematian isterinya. Syukur, last tu. Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Besar. Itu sahaja yang terdetik di hati aku. SubhanaAllah. Allah selamatkan Adam dari syaitan dan aku tak jangka pulak yang jahat orang tua tu. Suka suka hati aku kata nabilah huda |hahaha| Aishhh. Bijak pengarah nih. Tahniah . . . 5/5 bintang (^____________^)




Okeyla, cukup sampai di sini dulu. InsyaAllah. Nanti aku update pulak. Jaga diri. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu. Jaga hubungan dengan orang sekeliling dan doakan kejayaan aku serta kawan kawan di sini. Ya di sini! Terima kasih :D

Sunday, 28 February 2016

Cookiess ^^



Assalammualaikum dan haiii :) Haritu memang niat di hati nak try buat famos amos nih. Jadi ke tak jadi aku buat, tengok dalam gambar |hahaha| Bau dah macam betul famos amos tapi bila makan, adoiii manisnya laa. Kalau buat biskut ni selalu, dapat kencing manis aku muda muda macam nih. Mana tak nya, satu cawan gula halus, satu cawan gula perang.. Lepastu coklat lagi. Kalau lepas nih nak buat lagi, kena kurangkan sukatan gula gula penyebab kencing manis tu. Takut nanti kat jamban banyak pulak semut (^_____^)!"


Bagi aku, jadi la tu famos amos aku tu. Rangup! aku harap, orang yang try biskut tu tak baling ke dinding la ye. Aku jamin dinding tu tak kan pecah atau retak kalau korang baling ke dinding pun. Lagipun maklang dah pesan jangan letak tepung bebanyak. So macam beringat ingat la jugak. First aku bakar, dia kembang, lepastu aku letak dekat dekat pulak tu biskut atas tudung periuk. Bila kembang, dia bercantum di antara satu sama lain dan sudahnya aku tengok macam lempeng je biskut aku ni. dan akhirnya aku baling kat ayam! ayam pun makan femes amos. Berebut rebut tau. ^^


Try bakar kali kedua |hahahaha| Suhu oven terlalu tinggi. Aku tak perasan suhu dia kat 200 darjah celcius. Makcik buat kerja, macam tu la. Jadinya rentung biskut aku. Sudahnya tong sampah jadi mangsa dan kali ketiga aku bakar, baru jadi. So aku nak kongsi la sikit resepi famos amos yang aku amik kat facebook nih. Senang je, kalau rajin, try buat. Sedap pun sedap. Apa yang diperlukan untuk buat biskut femes nih? . . .


Bahan bahannya :

1 cawan butter 
1 1/2 cwn tepung gandum 
1/2 cwn tepung jagung 
1 s/k soda bicarbonat 
1 cawan gula halus 
1 cawan gula perang 
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus) 
12 oz. chocolate chips (eryne gune brand Hershey)
1/2 s/k garam 
9 oz. chocolate Cadbury (parut) 
2 biji telur 
1 s/k baking powder 
1 1/2 cawan chopped nuts (eryne gune walnut, almond & hazel) 
1 s/k vanilla


Cara caranya

1. Pukul butter dan gula hingga gebu. (sampai ia jadi warna putih)
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat serta tepung jagung.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, serta gula perang sebatikan semua bahan dan gaul rata. 
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci. 
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius


Selamat mencubaaa. Bubyeee (^_______*)

Saturday, 27 February 2016

Menang lagi! ^^



Assalammualaikum dan haiii :) Entry hari ni rasa nak menaip sambil berjoget joget |hahaha| Alhamdulillah. Dapat hadiah utama untuk First Giveaway By Nadia Syamimi |weeeee| Syukur sekali lagi. Hadiah tshirt set couple. Malam sebelum ni kemas kemas baju untuk sambung belajar, tshirt yang lama lama banyak, kali ni nak p perak tak beli tshirt baru pun. Rupanya Allah nak hadiahkan baju baru (^________^)


Tadi dah whatsapp penganjur dan settle :) tshirt tu boleh design sendiri tapi aku tengok design tu pun cantik hape. " Together Since 2011 " Tapi yang aku punya aku amik saiz l dan encik tunang punya aku amik saiz m. Tak payah la nak pakai ketat ketat tunjuk body ketoi ketoi bagai. Haku bagi seketoi kang :D


Alhamdulillah, Terima kasih blogger Nadia Syamimi :) Sayang you ketat ketat! |hihihi| Btw ni jugak 1st time aku menang hadiah utama. Alhamdulillah, rezeki kan. Lepasni dah sambung belajar, tak janji la boleh aktif join giveaway lagi ke tak. Kalau lepas ni aku tak aktif, mohon follower jangan lari ye T.T


InsyaAllah, aku try untuk blogwalking dan join segmen, giveaway bagai walaupun sekejap dan sikit je. InsyaAllah, aku try support uolls kalau tak busy. Okey laa, cukup dulu sampai di sini okey. Sebelum terlupa, Iolls menang jugak Giveaway MBO Cinema Voucher. Alhamdulillah. Terima kasih kepada blogger Alia Farhan Said :D


2nd Mini Giveaway by Tashira

KLIK SINI

2nd Mini Giveaway by tashira. InsyaAllah mana tahu ada rezeki korang kat sini. Jom ramai ramai join. Jom ramai ramai support. Sebelas orang pemenang dicari. Kalau sesiapa nak join untuk sponsor pun boleh. Jom! Tarikh berlangsung 26 Februari 2016 sehingga 20 March 2016. Good luck dan selamat bersegmen ;)

SegmenBloglists azlindaalin.com Mac 2016

KLIK SINI

Jom join Segmen Bloglists azlindaalin.com Mac 2016 :)

Sepuluh blogger dicari untuk dimasukkan di dalam bloglist beliau. 

Tarikh tutup adalah pada 1 Mac 2016.

 Selamat Bersegmen semua!

SEGMEN BLOGLIST VITAMINWAWA MARCH-MAY 2016

KLIK SINI


Moh ler reramai kita join Segmen Bloglist Vitaminwawa March - May 2016. Sepuluh blogger yang bertuah akan dipilih untuk di masukkan di dalam bloglist penganjur. Jom kita support. Ohh yeee, Tarikh tamat 5 March 2016 hokey. Good Luck Dan Selamat Bersegmen!

GIVEAWAY POSKAD BRAUNSCHWEIG!

KLIK SINI DEH!


Asslammualaikum dan hai. Esok nak balik Perak dah. Alaaa. Sedih :( Okey, cukupla nak berdrama tu |hihihi| Harini nak join Giveaway Poskad Braunschweig, fail anis eja nama tempat ni. |hahaha| Menurut penganjur, katanya Brauncshweig ni merupakan satu bandar yang indah, so I google sebab I suke tempat indah indah nih :) SubhanaAllah. Cantik! Tak caya google image. Kite yang tengok kat google pun cantik, lagi orang yang study kat sana. Betul tak pengenjur? Btw belajar rajin rajin dan selamat maju jaya! Okey dah membebel :D


Penganjur nak mintak belanja sikit kata kata kata hikmah. Okey, Anis try ;)

" Usaha itu tangga kejayaan! "

" Menimba ilmu itu susah, Cari ilmu lagi susah. kadangkala sampai bila ketika kita hampir berputus asa. Menimba ilmu kadangkala membuat kita kekurangan duit, tidak cukup masa, makan pun rasa tawar tapi percayalah, selagi kita bergantung kepada Allah, selagi kita ingat encik abah dan puan ibu, selagi kita kuat berusaha . . . Allah akan bantu kita. Allah akan menjayakan kehidupan kita di dalam pelajaran mahupun di dunia dan di akhirat. Sekian "

Puan ibu selalu pesan : " banyak mana kita usaha, banyak tu la kejayaan yang kita dapat. "


*** Amik mood sebab nak sambung belajar balik. Moga moga Allah restu. Moga moga Allah berkati perjalanan hidup kita. Khas buat penganjur jugak yang tengah study tu. Lagi lagi kat tempat orang. Take Care!^^


Tadi google, terjumpa nih. Comelnya laaa ^^  Ni Happy Rizzi House. Bangunan office ni telah direka oleh Rizzi di Braunscweig, Germany pada tahun 2001. Arkiteknya pun, kreatif betul! :D

Thursday, 25 February 2016

February Diary




Assalammualaikum dan hai readers :) Alhamdulillah. Selesai jugak siapkan minit mesyuarat dan surat jemputan untuk mesyuarat kampung ni. Encik abah yang pegang jawatan setiausaha, aku yang kena buat kerja bagai. Nasib badan la nakkk! |hahaha| Eh. Bukan merungut, cuma cerita je. Btw dah biasa dah tolong encik abah dalam bab bab menaip ni. Cuma leceh sikit la sebab encik abah ni jenis cerewet jugak. kalau A, A sampai ke sudah walaupun aku bangkang B, C, D, E, F, G Eh, cukup. Sat g sampai Z aku taip |heee|


Tiga hari lagi nak balik Perak, ini bermakna semakin hampir tamat dah percutian honeymoon aku di home sweet home nih. Alaaaa :( Nih yang tak syok nih. Tak ada dah la masa nak membongkang, masa nak rehat rehat |hihihi| Tak apa, demi kejayaan.. Akan ku gagahi jua. Cewahhh! InsyaAllah. Kuat! Bersemangat! Semangat pun sebab nak jumpa roomates dan juniors. Tak sabarnya nak borak borak sampai lewat malam, makan makan sampai lewat malam. Tengok movie sama sama. Kau cerita kau. Aku cerita aku. |hahaha| Aku rasa ni bukan nak p belajar ni, tapi ni nak p sebab nak bersuka ria (^_____^)"! okey insaf. Ingat tujuan utama balik.


Semuanya tak sabar. InsyaAllah. Ahad nih sampai la kite kat perak tu ye. Untuk sesi penyerahan dokumen, masa aku adalah dari pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Haaa.. Ada jugak kena malam. Tak tahula memang betul masa tu atau pihak atasan salah tulis |huuu| Tapi macam mustahil la kan salah tulis. Btw good luck kepada sesiapa yang kena serah segala dokumen time malam |hahaha| Untuk ijazah ni, korang tahu aku tak dapat duduk kolej, stress makk fikir nak buat macam mana. Senior bagi cadangan buat rayuan, hantar surat semua la kan. so aku ikut je la. Alhamdulillah, Allah permudahkan ex classmates time diploma dulu ajak duduk sekali kat kolej, Sewa untuk kolej RM210 untuk satu semester. Roomates aku ada tiga orang. Roomates tu pun bakal classmates jugak. InsyaAllah. Alah, kawan time diploma dulu (*_______^)


Untuk kemasukkan universiti kali ini, banyak jugak aku kena urus sundiri sebab dah besar kan. Tak macam diploma dulu. Encik abah buat semua. Rasanya 100% |hihihi| Untuk kali ini, dokomen yang dikehendaki untuk cop pengesahan still encik abah yang buat, aku cuma sediakan dan encik abah jugak turut menyemak segala dokumen yang diperlukan sebab takut salah la tu, aku kan jenis buat kerja sambil berangan. Untung kan badan encik abah tolong? |heee| Alhamdulillah. Mana taknya, aku ni jenis sekali ketuk baru buat. Ketuk baru buat! |hahaha| :D


Medical checkup dah selesai minggu lepas, kena RM80. Hah! Pokai. Redha je laa. Boleh je nak buat kat hospital tapi ramai orang. Mesti kena tunggu lama. Kalau di hospital, bayaran yang dikenakan adalah RM25 sahaja tapi kesabaran untuk menunggu tu kena kuat. kalau tak nak tunggu lama, datang awal sikit hospital tu. Kadang tak jangka jugak, 7.30 pagi pun dah ramai tunggu tau. Ntahlaaa. No comment tentang hospital (*______*)


Bila dah settle bab dokumen semua, rasanya harini baru nak kemas kemas baju kot. Tu pun tengokla kalau ada mood. Kalau tak, aku sumbat sumbat je nanti |heee| Lepastu, niat di hati rasa macam nak buat biskut famos amos untuk bawak balik u nanti. Aishhh banyak plak plan aku. Bukan apa, teringin nak makan. Resepi tu pun aku amik dekat facebook je. Dulu ingat lagi time jalan jalan dengan encik tunang di Alamanda, Putrajaya terbau bau kot biskut famos amos bila lalu tepi kedai biskut. Tak rasa pun nak beli sebab dalam kepala dah cakap mesti mahal. So amik bau je la. Lalu dua tiga kali tepi kedai tu |hahaha| Tak senonoh perangai ^^


Doakan aku untuk kembali ke dunia seorang mahasiswi. Doakan aku cekal, tabah dan gigih mengharungi semuanya. Lepasni bermula kehidupan buat assignment last minutes. study last minutes. Aku harap, tak la perangai aku macam tu. Kalau nak jadi pelajar cemerlang, jangan buat perangai macam tu sebab ia akan makan diri sendiri jugak. Percayalah cakap aku. Kau akan stress! (@_____@)


Okeyla, Selamat maju jaya untuk semua! Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu dan jaga hubungan dengan orang sekelililng. Haaa.. Pensyarah atau cikgu, hormati mereka sebab mereka yang bagi kita ilmu. Kalau duk melawan, macam mana ilmu nak berkat? Fikir fikirkan. Asslammualaikmu :)

Wednesday, 24 February 2016

Wordless Wednesday #4




Angin membuaikan rasa rindu

Tapi tak seperti yang selalu

Dan kali ini ku biar berlalu rasaku

Jadi kau


Jagalah kau hati

Takut kan patah hati

Dan kali ini ku biar rasa

Jadi kau hati hati


Cuba teka lirik lagu apa?

<3  <3

Salah!

Sesi Mengenali Ahli Blogger

Ukhuwah itu indah :)


Assalammualaikum dan haii :) Pertama sekali terima kasih kepada blogger Nurnbla sebab nak kenal dengan akak :D Sweet jee. Okey, sekarang ni kena jawab soalan la kan. So jom kita kenal kenal okey. Kiteee okey je  (^_________^)


Impian untuk blog?

Blog ini ditulis pun sebab nak kongsi rasa. Nak kongsi ilmu dan nak kongsi kenangan. Sebab semuanya diceritakan dalam ni. Tapi tak la semua |hihihi| Tak harap apa apa pun untuk blog ni tapi kalau jadi femes pun, best jugak tu |hahaha| Tapi impian utama tu adalah untuk simpan kenangan dalam ni dan disamping nak kenal dengan blogger blogger. Kadang dengan sepotong comment kat bawah tu buat kita sesama kita menjadi rapat ;)


Biodata sikit. Sikit je okey ;P

Nama diberi Anis Khalilah. Masih belajar dan anak sulung kepada encik abah dan puan ibu. Kakak kepada tiga orang adik iaitu Anis Masturah, Anis Zulaikha dan Anis Mohamad Syauqi. Lahir pada bulan Januari iaitu 16 Januari 92. Tahun monyet hokey! ^^ Tua dah kiteee |heee| Tapi tak pe, tua tua lagi menawan |hahaha| Okey dah. Semoga perhubungan kita di antara blogger ni bersemi dan kukuh dalam satu hubungan kerana Allah. InsyaAllah (*______^)


Untuk kenal dengan lebih rapat, insyaAllah . . .

No telefon : Nanti akak email okey ;)


Facebook

 Instagram

 Twitter

Email : annyss_annyssa@yahoo.com


 Tarikh Tutup : Akhir tahun 2016.

Nak kenal dengan Kak Nuruleaida Daud :)

Segmen : Review Blog dan Free Gift By Yanie

KLIK SINI

Tamat pada bila bila masa sahaja. So masih ada kesempatan, jom kita support Segmen : Review Blog Free Gift By Yanie nih. Ada dua syarat mudah yang perlu diikuti.. Satu follow dua blog beliau dan follow instagram. Itu saja. Mudah! Good Luck!

Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA

KLIK SINI UNTUK JOIN

Jom reramai join!

Tarikh berlangsung : 22-02-2016 sehingga 29-02-2016

Good Luck! ^^

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016



Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Monday, 22 February 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Februari 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 29 Februari 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Penerapan UiTM



Assalammualaikum dan hai :) Semua sedia maklum kan 5 Februari 2016 haritu result untuk sambung ijazah bagi penerapan diploma, asasi undang undang dan lepasan stpm telah diumumkan. Tak silap aku la tarikh tu. Lupa suda. Hari pengumuman tu aku kat kelantan, laptop apa aku tak bawak. Nak cek pakai handphone, line slow giler. So memang aku tak boleh klik "terima" la walaupun aku setuju. Last last mintak tolong encik tunang. Nasib badan ler (^_______^)


Alhamdulillah. Apa yang diidamkan sekarang dah dalam genggaman cuma kena kuatkan usaha dan rajin je. Study still tempat yang sama, so nak kata jemu dengan tempat lama.. Memang jemu. Habistu? Nak tukar shah alam? Tidokla kite sebab nanti encik abah susah nak p amik barang barang kitee setiap cuti semester. Tak kesahla, disebabkan ramai sambung di shah alam, nanti kitee ke sana la melawat anda semua |hahaha| :D


Pujuk hati, dua tahun je pun dekat perak. Lepastu pergi la kerja mana mana yang kau suka. Pergila jumpa kawan kawan kau balik. Time tu puan ibu dan encik abah dah tak kesah dah sebab tak angkut dah barang kau ke hulu dan ke hilir (^______-)


Kepada sesiapa yang dapat sambung degree tu good luck okey! Tak kesah pun kat mana tempat belajar, selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Jangan risau kau pasti akan berjaya. Apa apa pun, niat kerana Allah. Lastly, doakan kejayaan aku jugak! 28 Februari 2016 ni nak p daftar dah untuk ke semester/part 3 bagi sesi 2015/2016. Assammualaikum (*_______*)


*** Hai bumi perak, aku berbesar hati bertemu kau balik!

Pencarian Bloglist 2016

KLIK!

Jom join Pencarian Bloglist 2016 by Hanah :) Komen akak tentang blog adik, blog adik simple dan comel :) Nak bagi tips pun bukan pandai sangat pun kitee nih |hahaha| Btw letak setitik warna terang, insyaAllah bertambah menarik :D

Tag : Satu

Giveaway Sugarscarf by zeeralily

KLIK SINI

SYARAT PENYERTAAN

1) Mestilah follow blog ini telebih dulu

2) Follow Instagram @zeeralily cari gambar ini dan tag rakan anda

3) Like Facebook :

 

4) Buat 1 entry bertajuk 'Giveaway Sugarscarf by zeeralily'

5) Copy banner diatas & back link pada entry ini

6) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini

7) Lastly, tinggalkan link penyertaan pada comment entry ini



HADIAH UTAMA

Sugarscarf Lana Basic Premium Shawl - Lana Ash Pink
Hope By Sugarscarf - Hope Kate Ribbon Red



SAGUHATI
Skin Care Product 

Bagi berlaku adil, Pemenang akan dipilih secara Top Referral & Lucky Draw

Wish u all the best!

Segmen Bloglist NrlSyazwana

SINI DAN SINI


Tag : A B C

Tarikh tutup 24 Februari 2016

Good luck!

Sekian!

Giveaway 2.0

KLIK SINI

Jom join kawan kawan sekalian. Penyertaan selepas 11.59 malam pada 29 Februari 2016 tidak dikira. Good luck! 

#First Giveaway by Shazhoniee

KLIK SINI


Jom join #First Giveaway by Shazhoniee, yang bestnya hadiah yang ditawarkan blogger tu |hihihi| Sesiapa yang tak join lagi tu, bolehla join! Tarikh tutup 1 March 2016

Segmen Blogwalking | Cik Nurul

KLIK SINI

Jom join. Nanti boleh berblogwalking dan bersegmen sama sama :) Segmen ini berlangsung sehingga akhir bulan Februari 2016. Kepada yang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist blogger. Okey, good luck!

REZLLENE GIVEAWAY BY DYLLAREZAN

KLIK SINI

Mari la join sebab segala syarat syarat yang perlu diikuti adalah sangat sangat mudah. Rugi kot kalau tak join :) Tarikh tutup adalah pada 5 March 2016 (Sabtu) pukul 11.59 malam.

First Giveaway By Nadia Syamimi

KLIK SINI


Tarikh tamat penyertaan adalah pada 27 Februari 2016. So ada masa lagi untuk join. Jom Join reramai. InsyAallah, Kalau ada rezeki boleh menang hadiah yang best tu :)

GIVEAWAY MBO CINEMA VOUCHER

wewit hampa semua....
Kali ni untuk menghargai pembaca2 budiman Vanilla Freak ni makjem dengan berbesaq hati dan berbesaq badan nak bagi hampa MBO CINEMA VOUCHER.....


KLIK SINI






Untuk pengetahuan hampa semua..voucher ni bukan terhad untuk tiket wayang ja tau...
hampa boleh gak guna untuk beli pop corn ayaq bagai tau...
mak jem nak bagi voucher ni untuk EMPAT PEMBACA MAKJEM YANG BERTUAH!!!
Means setiap dari hampa akan dapat 1 voucher tau.

Dan yang PALING PENTINGGGGGGHAMPA KENA PASTIKAN AREA TEMPAT HAMPA ADA LA MBO CINEMA...

SYARAT PENYERTAAN:

1. MESTILAH WARGANEGARA MALAYSIA
2. FOLLOW BLOG NI.
3. LIKE PAGE BLOG NI 
4. FOLLOW IG MAK JEM : ALIAFARHAN
5. LIKE PAGE PROJEK BLOGGER UTARA 
6. FOLLOW IG PROJEKBLOGGERUTARA
7. COPY N PASTE ENTRY ni dekat blog korang.
8. KOMEN N MASUKKAN LINK entry korang kat sini ya.

***TARIKH TUTUP PENYERTAAN 24/2/16***


GOOD LUCK HAMPA SEMUAAAAA.....

GOOD LUCK UNTUK HAMPA SEMUA NAAA

Giveaway : Special Reward Header atau Logo By Stanzaku

KLIK SINI

Jom join, mana tahu boleh menang. Boleh tukar header dan logo blog |heee| Apa lagi, mai la ramai ramai kita join. Tarikh tutup akan di beritahu kelak. Mari mari kita support blogger stanzaku.com dan selamat maju jaya 

FEB - MAC GIVEAWAY!

KLIK SINI

Jom join memandangakan blogger Nadratul Syazwana ingin mencari 34 orang pemenang. Fuyoo. Moga moga ada rezeki di sini. InsyaAllah. Selamat bersegmen dan good luck semua. Tarikh tutup adalah pada 15 March 2016. Lambat lagi.. Sempat sesiapa yang nak join tu :D

Giveaway February Daebak by Aku Bukan Innocent

بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ


(klik banner kalau nak join)


Giveaway February Daebak dibawakan oleh Aku Bukan Innocent selaku penganjur dan  Radhia Razali, Aienie Nka, Yun SingEintan NurfuzieAbam Kie, Ct Roxalynna NH, Keju Penyet dan Mohd Noor Shawal sebagai penaja giveaway ini.

!!TARIKH PENTING!!
Dilancarkan : 8 Februari 2016 Jam 12 Tengah Malam
Tamat : 27 Februari 2016 Jam 10 Malam
Pengumuman Pemenang : akan diumumkan kemudian

First Mini GiveAway MasitaEyta Mencari Followers Yang ke 150 & 10 New Bloglistkl

KLIK SINI

Tujuan utama segmen ini dibuat adalah untuk mencapai target 150 orang followers dan 10 orang blogger akan dimasukkan di dalam bloglist selama tiga bulan. Apa lagi? Jom join! Kita support reramai blloger MasitaEyta untuk mencapai 150 follower. Good luck!

Tarikh tamat penyertaan : 31 March 2016

segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2016

KLIK SINI


" Mohon kawan2 kasi ayu kata2 semangat utk ayu kembali memandu kereta ayu..dan kata2 semangat utk ayu teruskan hidup..terima kasih semua.. "

Assalammualaikum Ayu :) Semangat itu milik Allah. Mohon kepada Allah untuk terus kuatkan semangat Ayu. Percayakan pada diri sendiri dan move on, mesti bersemangat kembali untuk memandu kereta. InsyaAllah. Fikir yang baik baik sahaja untuk diri sendiri okey ;) Dan apa apa yang berlaku dalam kehidupan, kita kena teruskan kehidupan, senjata utama umat islam adalah doa. Doa :D InsyaAllah, akan bahagia hidup dan Allah akan permudahkan segalanya. Good Luck.

Korang, jom join sekali segmen Bloglist Istimewa Ayu Insyirah Tahun 2016. Jom reramai join. Good luck! 

Chocodina Giveaway by Mastura Aziz


TEKAN BANNER UNTUK TURUT SERTAI

PEMILIHAN PEMENANG BERDASARKAN CABUTAN BERTUAH OLEH MAS SENDIRI

GIVEAWAY INI BERMULA PADA 10/2/2016 DAN TAMAT PADA 27/2/2016 (12 TENGAH MALAM)* Penyertaan tidak diterima selepas tarikh tamat

TAWARAN HADIAH :
 CHOCODINA CRISPY SEORANG PEMENANG (Ada 12 jenis perisa.boleh pilih nak perisa apa)
TOPUP RM 5 UNTUK 2 ORANG PEMENANG.

LETS JOIN US

NAK KLIK SINI PUN BOLEH!

Sunday, 21 February 2016

[GIVEAWAY] : GIVEAWAY EPHYRA 2016 BY NAOMIE LICOUZ

KLIK SINI
Jom join ramai ramai GIVEAWAY EPHYRA 2016 BY NAOMIE LICOUZ... . Tak rugi pun, lagi untung ada la kan. Syarat syarat penyertaan pun mudah untuk di ikuti. So good luck dan selamat bersegmen semua!
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)