Assalammualaikum :)
Semoga kalian sihat-sihat belaka. Amin. Walau macam mana pun cuaca di sini hujan sahaja. Thailand dah banjir. Semoga dijauhkan bencana alam di negeri ini. Amin. Mudah-mudahan.
Cantik tak model terbaru aku? |hahahaha| Baru di import dari Siam :p Okey la. Nak tahu tak dia siapa? Anyway, dialah peneman aku ketika zaman form6 dulu. Tapi form6 aku tak lama pun. Aku dapat panggilan dari Inspen. So dengan berat hati terpaksalah aku meninggalkan dunia form6 buat selama-lamanya :')
First aku perkenalkan dia dulu okey. Nama dia Nur Farhana. Sekarang menuntut di UTHM dalam Bachelor of Real Estate Management. Bakal Prop Man aka Property Manager. Amin. Tak sangka dia pilih kos yang lebih kurang macam aku tau. Aku macam terharu jugak. Aku ingat dia tak pernah ambik tahu aku belajar kos apa di Inspen. Terima Kasih kawan kerana still ambil berat tentang diri ini <3
Semalam dia call aku, aku pun macam teragak-agak nak angkat. Yelah nombor aku tak kenal. Berapa minit lepas tue aku angkat. Pehh, dia cakap lograt Kedah. Terkejut aku =.=" Setahu aku, aku tak ada kawan kat sini melainkan Intan dan Ira tak pun mek Baling tue. . Sarah. Itu je la. Mustahil diorang nak call aku pepagi.
Dia tanya aku, aku kenal dia tak? Sumpah! aku tak kenal. |huhuhu| FARHANA la!!! Aku ketawa. Miss you so much!!
Time syok-syok berborak, masa ni la hanfon aku nak habis beteri. Huhhh!! So terpaksalah charge then call Fana balik. Lama jugak sambung berborak. Best. Best. Best. Dia cerita tentang kehidupan dia di UTHM. Bestnya. Pasni nak ada degree dah. Tahniah Fana :D Dia cerita tentang permohonan UPU hari tue, dia cakap dia banyak mohon pendidikan tetapi bukan rezeki dia bukan di bidang itu. Nak buat macam mana kan?
Tetapi, seronok je bila dengar suara dia. Perangai dari dulu hingga sekarang tak pernah berubah. Manja je lebih. Maybe adik bongsu kepada abang dan kakak-kakaknya. Cer cakap dia cantik. Dia cun. Dia comel. Hurmm,, kembang semangkuk. Sebab tue aku malas nak puji dia depan-depan tapi aku akui dia memang cantik. Hati pun baik. Dia ni jenis tak kedekut.Seriously. Zaman form6 dengan dia memang the best la. Kawan paling rapat dalam kelas, dia la. Exam ke. Ujian ke kita orang mesti berlawan siapa dapat markah paling tinggi.
Apa-apa pun, semoga berjaya Farhana. Belajar rajin-rajin. Jangan memain je :p Aku akan sentiasa mengingati kau walaupun kita semakin jauh. Dia adalah salah satu kawan terbaik di dunia ni. Syukur. Terima kasih Allah kerana mengurniakan kasih sayang dan persahabatan ini. Semoga ia akan tersimpul mati. Amin.
To Nabilah Nordin.. Aku juga merinduimu :)
Assalammualaikum. Jaga diri okey? (^.-) Jaga akhlak okey? (^.-) Banyakan ingat Allah. InsyaAllah, kehidupan akan sentiasa dirahmati dan diredhaiNya (^_______^)