Thursday 24 October 2013

lapan ringgit punya pasal!


Tak pasal-pasal hari ni kena tolak rm8 untuk internet. Dahla  bukan untuk dua puluh empat jam. Tapi sampai pukul 11.59 malam ni je. Ya Allah. Stress aku dengan digi ni. Tak pasal-pasal lapan ringgit melayang. Nak amik kesempatan agaknya. Baru nak budget-budget kredit T-T
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
- Tak apelah. Redhakan.

Sunday 13 October 2013

flight mode -.-


Tahan. Tahan dan tahan. Sekarang setitis dua titis boleh dikira lagi. Mungkin suatu ketika nanti titisan itu tidak akan boleh dikira lagi.

Aku boleh! Ahh. Itu semua palsu semata-mata. Tipu. Saja nak sedapkan hati.

Abah seakan mengerti semua ni. " Jom p kutip nyok kat kebun." Aku tersengih.

Bila keluar, hati dan akal tidak terlalu memikirkan apa yang telah terjadi.

Aku akur.

Tiba malam.

Apabila mata sukar untuk dilelapkan tiba-tiba terdengar sayu suara adikku berzikir.

Tenang.

Allah hadirkan ketenangan untukku melalui dia.

Allah hadiahkanku dengan sebuah dugaan tetapi dalam  masa yang sama

Dia hulurkan bantuan untukku mengharungi dan meniti dugaan tersebut

Tapi

Aku tidak pernah memahaminya atau dalam erti lain

Aku tidak pernah mensyukurinya.

Keampunan dariMu amat aku dambakan.

Sekian.

Saturday 12 October 2013

antara hati dan minda :')


Tadi bukan main banyak benda aku nak taip tapi sekarang dah hilang.
Malasnya nak fikir-fikir macam nak jawab exam pulak.
Stress~
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kuatkah aku untuk setuju dan lakukan semua ni?
Aku sendiri masih menimbang hati dan minda
Sama ada boleh atau tidak?

Kadang aku tewas
Lantas mengatakan

TIDAK

Aku tidak boleh melakukan itu secara drastik.
Aku tidak boleh berubah secara tiba-tiba
Aku harap kau faham

Jangan pernah bermain dengan hati
Kerana

Hati

Hati ini bukan mudah untuk merelakan semua ini.
Aku ibarat bagai dipaksa untuk melakukan semua ni.
Aku tidak tahu siapa mangsa siapa pemangsa

Yang aku tahu, aku kena jugak buat semua ni
Walaupun bukan atas kerelaan aku sendiri.

" Andai ini semua baik untuk saya, awak dan agama kita. Saya redha. "

" Lillahita'ala "

Friday 11 October 2013

hitam atau putih. tamat.


Assalammualaikum semua. Alhamdulillah. Selesai semuanya. Dah dua hari aku kat rumah. Final exam? |Hohoho| Hanya gelak besar. Entahlah. Doalah mudah-mudahan aku dan kawan-kawan yang lain memperolehi keputusan yang cemerlang. InsyaAllah. Setakat mana kita usaha, sebanyak itulah Allah akan beri. Fair. Tapi andai kata rezeki tidak menyebelahi aku.. Aku akan terima. Ada la tu kesalahan yang aku buat dan orang tak maafkan lagi. Sebab tu jadi effect pada exam aku. Mungkin. Fikir positif (^____^)

Bila fikir balik tentang exam.. Risau pun ada. Ntah apa-apa je lah yang aku jawab. |Huhuhu| Sengaja tulis banyak-banyak tapi tak tahu betul atau tidak. Okey. Kita tunggu result. Semoga Allah permudahkan. Ibu cakap, doalah banyak-banyak. Dah usahakan? Ibu Khairil cakap, solat hajat banyak-banyak. Anis boleh. InsyaAllah. |hahaha| ~ Teringat pulak ntah bila punya nasihat. Tak silap aku semester akhir time kat inspen dulu. Lama dah kan? Still kuat di ingatan :)

25 Nov 2013 bermula semester baru. Baru semester tiga. Semoga membuka lembaran baru bagi aku. Mematangkan aku dalam kehidupan dan membuka mata aku secelik-celiknya. Jangan takut untuk menghadapi kenyataan di hadapan. Jangan gembeng sangatlah :p ~ Kata-kata memang berapi-api dan berkobar-kobar tapi korang tak tahu kan hakikat yang sebenar? Korang tak kan pernah tahu (^____-)

Okey lah kot setakat ini. Semoga aku lebih tenang di rumah ini. Wajah ibu abah dan adik-adik dah depan mata, terubat segala-galanya. Mungkin tak lah gembang sangat macam kat perak. Sebabnya bila aku teringat, akan keluar semua wajah orang yang aku sayang di minda. Stress kot. Kalau nak gembeng pun kat rumah ni, sikit-sikit je lah kot. :')

Yang penting aku kena kuat. Kuat. Kuat macam lion. Dan garang macam lion. |hahaha|

Jaga diri. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu abah. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. InsyaAllah. Hidup anda semua akan diredhai dan dirahmati. Assalammualaikum. 

" Sekuat mana pun kita. Suatu hari nanti kita akan rebah dan tersungkur juga menyembah bumi. "

Tuesday 1 October 2013

..... (".).....

Andai sekarang ini kau tengah mempersiapkan diri untuk menjadi zauj ku
Mencari ilmu Allah yang tiada kesudahan


Aku
Aku
Aku
Aku turut sama mempersiapkan diri untuk menjadi zaujahmu
Suatu hari nanti


Ilmu agama juga adalah sangat-sangat penting
untuk aku menjadi pendampingmu
InsyaAllah


Sabar dan tunggu
Ini adalah rahsia Allah <3
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)