Saturday 23 March 2013

Bandaraya Ipoh!


Assalammualaikum. Update blog semakin hari semakin pendek dan simple. Sorry sangat-sangat. Semalam 22/03/2013. Sampai jugak diri ini di bandaraya ipoh. Pergi dengan dua buah kereta. Alhamdulillah. Ade pemandu arah yang baik hati. Sanggup tolong kita orang. Yelah. Kita orang tak fimiliar sangat dengan bandar ipoh tu. Ada pemandu arah pun still sesat lagi. Biasala pemandu arah lelaki. Memang berdesup je la memandu kereta tu, kita perempuan. Perempuan kan lebih berhati.hati. (^_____^)

Tujuan utama ke ipoh adalah untuk mengambil salinan surat perjanjian ptptn. Biasala budak baik kan, tak alert langsung time ptptn datang uitm untuk edarkan salinan tu. So, bila tak ambik salinan tu time ptptn datang, tu yang kena pergi ipoh. Ya Allah. Jalan punya la sesak. Tension je. Last-last driver kena tukar. Kalau lelaki bawak kereta memang champion la kan? Cilok mencilok dah jadi makanan diorang dah.  (-..o)

Lepas settle dengan ptptn dekat bangunan utc, kita orang pun pergi makan dekat hentian bas gopeng. Berborak-borak semua, lepas solat magrib kita orang gerak. Yang perempuan berbaju kurung dari pagi lepas kelas tu sampai ke malam. Memang best la kan. Nak tengok gambar diorang? Jom!


Sorang je yang sempat tukar baju. Yang lain semua tak nak tukar baju termasukla aku sendiri. Dua tiga helai baju kena tukar. Malasla. Lagipun bukan rajin sangat nak membasuhnya pun. Kalau berbaju kurung kan lebih ayu.. Kan? Terserlah kesopanan tu. Okey. Gambar seterusya! Jom!


Sebenarnya classmates lelaki yang pergi 4 orang. Sorang dah turun dekat hentian bas gopeng. Dia khabar nak balik rumah kat taiping. So tinggal la 3 orang ni. Sorang daripada mereka orang ipoh. Memang teror la dengan jalan kat ipoh ni. ~Yang berbaju orange tu. Zoom la kalu nampak, Jom scroll ke bawah lagi. (^______^) 

Dua sahabat ni pantang nampak kamera.

Katanya nak hilangkan stress. Layan aje la. Siap bersila lagi.
Okey la. Konklusinya, Sewa kereta ni banyak sangat keluar duit. Sebab tu aku jarang nak keluar dari uitm ni. Rasa macam buang duit je. Tapi kalau dah terdesak, terpaksala kan. Redha. Tapi tak kesahla. Ada tujuan keluar ni, bukan sengaja suka-suka. Jaga diri. Jaga solat. Jaga akhlak. Assalammualaikum.

Friday 15 March 2013

JPA Splash III


Assalammualaikum semua (^___^) 
Maaflah kerana makin menyepi. Biasa la busy memanjang. Kalah perdana menteri kan? |hohoho| Cuba bayangkan test, kuiz, toturial tiba-tiba dengan camping lagi. Hadoii. Memang penat giler la ceritanya kan. Okey, siap sedia dengan kekuatan mental dan fizikal je la. Lagi satu, time management memang-memang dituntut kali ini. If time management serabut. Bye. Bye aje la. Memang tak mampu buat semua ni :)

Firstly JPA Splash. Alhamdulillah selesai sudah penyeksaan ini. |hehehe| Sebenarnya ini adalah anjuran Uitm Perak Civil Defence. Kiranya macam aktiviti tahunan la. Aktiviti ni memang memenatkan tambah pulak disiplin yang ketat. Rasa macam nak nangis je |hahaha| tipu je :p Serius, siapa bercita-cita nak jadi tentera lepaskan aktiviti macam ni dulu. Sebabnya bila dah lepas aktiviti macam ni, insyaAllah makin mudahlah mental dan fizikal akan terima benda yang lebih teruk lagi. 

Para Komander :)

Siapa sedia untuk berjuang :D


Saya sayang tempurung saya :)



Berakit. Sungai Perak.


Baris. Baris. Baris.


water confident

Kami!! Group lima!

Siap sedia nak turun ke dalam air.


:)

Intan mengelamun sorang-sorang :p


Ainis kat tengah-tengah tu. Itu je yang paling penting :)


Mari memasak. Cer cari saya!
Sebenarnya, just nak tunjuk gambar je. |huhuhu| Gambar dapat menceritakan segalanya. Hakikatnya, sekarang ni dalam otak tak ada idea apa-apa untuk diceritakan. Sorry. Lastly, rugi bagi sesiapa yang tak join tu. Korang tak jumpa abang jajahan (gajah) Korang tak jumpa Puma (sila rujuk sendiri, binatang ni ada kat jenama puma tu) Korang tak jumpa tali pinggang (ular) dan korang tak jumpa binatang yang berekor pendek. |hahaha| Jakun sekejap -.- Pengalaman night walk melalui Banjaran Titiwangsa tu memang menggerunkankan. Asyik berdebar je. Hutan tebal, dalam kepala asyik terbayang maybank (harimau). Yang tak boleh lupa, setelah penat berjalan, jumpalah Empangan Chenderoh, Empangan pertama di Asia dan empangan pertama di Malaysia. Teruja sangat. Sepanjang night walk, banyak jugakla jumpa sesuatu yang buat aku teruja. Contohnya, dalan hutan tu ada batu besar yang setinggi pokok kelapa, memang tinggi la. Lepas tu ada jumpa pokok besar dan batang dia macam celoreng baju tentera. SubhanaAllah. Kuasa Allah kan? :D

Aku ada cerita tentang ni semua kat ibu tapi ibu mintak aku cerita lagi time balik rumah nanti. Ibu cakap, abah jeles bila ibu je dengar cerita aku. |hahaha| Abah demam. Okey abah, semoga cepat sembuh ye. Anakmu sentiasa mendoakan kesihatan abah. Bukan abah sahaja malahan ibu dan adik-adik jugak :) sambung balik cerita tadi.. Sepanjang night walk, kaki dan badan aku asyik gatal je. Rupanya en pacat lebih bijak menguasai darahku. So aku biarkan sahaja sebab en pacat hisap darah kotor. Yang paling teruk kat kaki la. Still ada kesan sampai sekarang. Ntahla.

Finally, jaga diri. Jaga solat. Jaga akhlak. Jaga hubungan denganNya. Jaga hubungan dengan ibu bapa dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Asslammualaikum. 


Friday 1 March 2013

~ aku okey-okey sahaja (^___^)

Bakal zauj mesti dapat cari bakal zaujah dia walaupun keadaan gambar macam ni :P

Assalammualaikum. Alhamdulillah. Bersua jugak kita pada malam ini. Sedikit ruang dan masa, mungkin bermanfaat untuk aku update something yang menyeronokkan dalam kehidupan seharian aku. Alhamdulillah. Syukur dengan segala nikmat yang Allah beri padaku. Syukur yang tak terhingga dengan kasih sayangNya. Kasih sayang ibu abah, adik-adik dan kasih sayang dari orang sekeliling. Alhamdulillah <3

Kehidupan aku di sini semakin hari semakin sibuk. Yes! Aku dah nak final exam. Semoga Allah permudahkan segalanya buat aku dan kawan-kawan. Amin. Aku naik tension dengan test, kadang nak makan pun dah tak ada selera. Baguskan? Boleh kurus! |hohoho| Yelah, bukan senang nak score markah tinggi. Yang penting, setelah usaha aku tawakal kepada Allah. Usaha dah. Biarlah Allah yang menentukan segalanya. Fullstop <3 <3

Akibat daripada kelas land survey (ukur tanah) kulit aku pun dah naik gelap. Ya Allah. Itu satu lagi hal. Ntahla, tak tahu dah nak buat macam mana. Cuba bayang, kat padang tu dari pukul 9 pagi hingga pukul 3 petang semata-mata nak ukur tanah yang empat penjuru tu. |hehehe| memang berbelang la kulit muka aku, kat tangan pun sama. Lepas ni, kelas land survey setiap hari selasa dari pukul 2 hingga pukul 5 petang. best giler kan. Apa-apa pun, aku kena jugak berkorban <3 <3 <3

Theodolite
Aku guna theodolite ni la untuk mengukur.Salah bearing, memang salah la kan kiraan. Hampeh je. Ulang buat balik dari section 2. Aku student estate management memang tak sehandal student science goemetic la untuk bab-bab mengukur ni. Itu yang banyak je buat salah. Itu yang dari pagi hingga petang berjemur je kat tengah padang tapi ni semua adalah pengalaman. Sebenarnya ia sangat-sangat best. |hahaha| Kelas aku tak hanya dalam dewan atau bilik kuliah sahaja tetapi luar dewan atau bilik juga adalah kelas aku contohnya, padang tu la :D lagipun, aku ni bukan seorang yang suka memerap dalam bilik, so bila ada land survey, memang enjoy la. Rasa bebas. Bersuka ria kat tengah-tengah padang tu. Macam berkelah pulak rasanya <3 <3 <3 <3

Best pulak ada ramai adik-adik dalam kelas tu tak kira lelaki atau perempuan. Mereka semua adalah kegembiraan ku di sini. Biasala budak-budak, memang manja lebih sikit la. Aku pun jenis tak kesah. Layan aje la. Yang penting, ini semua adalah kenikmatan dan anugerah Allah yang tidak ternilai bagiku. Aku amat-amat mensyukurinya. Alhamdulillah <3 <3 <3 <3 <3

Rasa muda pulak :D
Okey la. Cukupla ea? Dah terubat dah kan kerinduan. Nanti. InsyaAllah. Aku akan update lagi ye. Selamat malam. Jaga diri. Jaga solat. Jaga akhlak. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu bapa dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. InsyaAllah. Pasti beroleh ketenangan. Assalammualaikum (^____^)

Kau Pasti Bangga Memiliki Ku :)



Tahukah kau wahai bakal suamiku,

Allah itu sangat mencintai diri ini dengan mengurniai kamu disisi?

Disini aku sedang belajar untuk menjadi dewasa dan siap untuk mendampingimu kelak.
Walaupun resah dan putus asa kadangkala menguasai diri tetapi kau singkap semuanya dengan kelembutanmu dan nasihatmu. 

Kadangkala jua aku tertanya kenapa Allah selalu menguji aku tepat pada hati ini? Kini ku tahu jawapannya.
Allah jua tahu dimana tempat paling tepat agar aku sentiasa mengingatiNya dan sekaligus kembali mencintaiNya.

Ujian demi ujian, dugaan demi dugaan membuatkan aku lebih teguh dan kuat, yang akan membuatkan kau pasti bangga memilikiku suatu hari kelak. Ya. Kau pasti bangga memiliki ku suatu hari nanti.

Aku yakin Allah juga mencintaimu sebagaimana Dia mencintai diriku, aku yakin Allah sedang melatih dirimu menjadi seorang mujahid yang teguh dan kuat yang pasti akan membuatkan aku jua merasa bangga memilikimu suatu hari nanti insyaallah :)


Detik ini pun aku berasa bangga dengan kekuatan akhlakmu, solatmu dan keimananmu. Semoga kau terus bernaung di bawah petunjukNya. Apa yang aku harapkan, pimpinlah aku ke syurga Allah yang kita dambakan selama ini. InsyaAllah (^____^)
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)