Saturday, 23 March 2013

Bandaraya Ipoh!


Assalammualaikum. Update blog semakin hari semakin pendek dan simple. Sorry sangat-sangat. Semalam 22/03/2013. Sampai jugak diri ini di bandaraya ipoh. Pergi dengan dua buah kereta. Alhamdulillah. Ade pemandu arah yang baik hati. Sanggup tolong kita orang. Yelah. Kita orang tak fimiliar sangat dengan bandar ipoh tu. Ada pemandu arah pun still sesat lagi. Biasala pemandu arah lelaki. Memang berdesup je la memandu kereta tu, kita perempuan. Perempuan kan lebih berhati.hati. (^_____^)

Tujuan utama ke ipoh adalah untuk mengambil salinan surat perjanjian ptptn. Biasala budak baik kan, tak alert langsung time ptptn datang uitm untuk edarkan salinan tu. So, bila tak ambik salinan tu time ptptn datang, tu yang kena pergi ipoh. Ya Allah. Jalan punya la sesak. Tension je. Last-last driver kena tukar. Kalau lelaki bawak kereta memang champion la kan? Cilok mencilok dah jadi makanan diorang dah.  (-..o)

Lepas settle dengan ptptn dekat bangunan utc, kita orang pun pergi makan dekat hentian bas gopeng. Berborak-borak semua, lepas solat magrib kita orang gerak. Yang perempuan berbaju kurung dari pagi lepas kelas tu sampai ke malam. Memang best la kan. Nak tengok gambar diorang? Jom!


Sorang je yang sempat tukar baju. Yang lain semua tak nak tukar baju termasukla aku sendiri. Dua tiga helai baju kena tukar. Malasla. Lagipun bukan rajin sangat nak membasuhnya pun. Kalau berbaju kurung kan lebih ayu.. Kan? Terserlah kesopanan tu. Okey. Gambar seterusya! Jom!


Sebenarnya classmates lelaki yang pergi 4 orang. Sorang dah turun dekat hentian bas gopeng. Dia khabar nak balik rumah kat taiping. So tinggal la 3 orang ni. Sorang daripada mereka orang ipoh. Memang teror la dengan jalan kat ipoh ni. ~Yang berbaju orange tu. Zoom la kalu nampak, Jom scroll ke bawah lagi. (^______^) 

Dua sahabat ni pantang nampak kamera.

Katanya nak hilangkan stress. Layan aje la. Siap bersila lagi.
Okey la. Konklusinya, Sewa kereta ni banyak sangat keluar duit. Sebab tu aku jarang nak keluar dari uitm ni. Rasa macam buang duit je. Tapi kalau dah terdesak, terpaksala kan. Redha. Tapi tak kesahla. Ada tujuan keluar ni, bukan sengaja suka-suka. Jaga diri. Jaga solat. Jaga akhlak. Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)