Friday, 23 June 2017

Kad raya + Duit raya by blogger Shida ^^

Tadaaaaa kad raya bersama duit raya :D

Assalammualaikum dan haiii semua. Esok tinggal lagi sehari untuk ramadhan melabuhkan tirainya. Harap dapat berjumpa lagi ramadhan tahun depan. InsyaAllah ^^

Alhamdulillah, semalam sampai jugak kad raya pertama anis bersama duit raya. Lambat betul abang posmen.. Padahal blogger shida dah pos dari minggu lepas lagi. Risau jugak kak shida bila kad beliau tak sampai sampai. So semalam anis sampai je rumah.. Kad raya pun sampai |hihihi|

Terima kasih diucapkan kepada blogger shida. kad dan duit raya cantikkk sangat. rezeki lebih tahun ni. Alhamdulillah.

# tahun ni memang tak sempat nak join giveaway untuk dapatkan kad raya berbanding tahun lepas.. So kad raya dari blogger shida je yang ada. Lepastu giveaway abam kie pun tak sempat join. Sorry sangat sangat. Anis busy.. Jarang mengadap blog. Yelah, assignment kena hantar.. Thesis lagi.. Memang busy. Sorry ye T.T

Thursday, 22 June 2017

Giveaway Raya by Mrs Pip

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalammualaikum dan haiiii. Jom join giveaway by Mrs Pip sebelum tamat pada 24 June 2017 nih! Syarat yang sangat mudah untuk diikut dan salah satu syarat yang perlu dipenuhi adalah, 

Kongsikan pengalaman terindah di bulan puasa yang pernah saya lalui..........


Bila orang tanya tentang pengalaman, mesti jem sekejap |hahaha| Tak tahu nak cerita apa? Terindah kah? Sat gi pi cerita yang orang lain rasa pengalaman tu suam suam kuku ja. Padahal bukan terindah sangat pun |hahaha|

Okay okay. serius serius :D

Actually pengalaman yang paling terindah sekali time bulan puasa yang tak akan anis lupa sampai bila bila.... Ketika bersama orang yang kita paling sayang masih hidup ;')

Sofiah Binti Abid.

Insan ini telah pergi mengadap Ilahi dua tahun yang lepas ketika bulan ramadhan. Allahu. Kiranya hari last puasa dah.. Beliau meninggalkan kami semua. Time tu, anis memang tak rasa apa apa... Puan ibu kejut anis dari tidur pagi tu dan beritahu... Tok dah tak ada. Anis hanya rasa bingung. Betulkah?!

Rasa tak ada apa apa tu hilang apabila anis lihat jasad tok yang sudah dikapankan diangkat keluar dari rumah. Yes. Ketika itu, baru anis rasa... "Ya, tok aku dah tak ada."

Biarkan kesedihan itu berlalu.......

Anis nak cerita tentang tok yang sporting gila. Puan ibu cakap tok garang tapi bagi anis.. Tok okay je tapi mungkin dengan cucu. So tak la garang sangat berbanding dengan anak anak sendiri. Dulu Anis tinggal kat Johor, so balik kampung time puasa dah hujung hujung... So tok pun excited la untuk menyambut kepulangan kami sekeluarga. Tok tak lupa untuk sediakan roti canai yang memang favorite kami sekeluarga bila balik berbuka puasa dan beraya di kampung. Serius. Roti canai tok memang terbaikkk. Lembut. Itu memang tak boleh lupa.

Buat pengetahuan semua, ketupat palas anis pandai buat tu pun hasil kesabaran tok. Tok ajar step by step time bulan puasa. Tabah betul tok ajar anis. Yelah, orang tangan keras memang payah la nak adopt benda yang kena lemah lembut je buatnya. Terima kasih atas kesabaran tok :)

Memang tak boleh lupa segala kenangan terindah bersama tok. Kena marah pun kenangan terindah tau sebab kenangan tu tak kan berulang balik dah... Masa tu dah berlalu. Actually, rindunya saat itu.  

Kini ramadhan kembali lagi dan semakin menuju ke penghujung dan peristiwa tu kembali segar dalam ingatan.

Semoga roh tok sentiasa berada dalam limpahan rahmat Allah. Kami pun akan ke sana kelak :')

Wednesday, 14 June 2017

Percutian Menarikkk Di Pullman Kuching ! ^^

Pullman Hotel, Kuching

Assalammualaikum dan haiiii semua! ^^ Harini ingat nak cerita sikit tentang Kuching. Sebab apa Kuching? Sebab next year nak holiday kat sini. InsyaAllah, jika Allah beri rezeki lebih. So sekarang nak survey dan menggoogle sikit la tentang Kuching ni. Macam mana dengan tempat penginapan? Tempat makan mana yang best? Makanan apa yang patut dicuba sini? Macam-macam aihhh dalam kepala ni. Untuk memudahkan perancangan ni, memang kena buat persediaan la kan.. Sebab tak familiar dengan tempat ni lagi, maklumlah.. Baru first time kan nak jejak kaki ke Kuching ni. 

Google dan google, terjumpalah hotel best ni.. Nampak cantik dan begitu executive sekali uolls. Alang alang nak bercuti, better cari hotel yang selesa kan, biar puas hati. Ada satu hotel yang telah di short list kan.. Antaranya Pullman Hotel, Kuching. Serius, tengok feedback semua.. Memang terbaikkk! Pilihan memang tepat!

Hotel ini terletak di tengah-tengah Bandar Kuching. Di sini katanya boleh enjoy dan lihat pemandangan dan panaroma bandaraya Kuching dan sungai yang sangat awesome. Sesiapa yang memang ada hobi macam ni, bolehlah try Pullman Hotel ni. Bila tengok panorama yang cantikk dan awesome ni, insyaAllah.. Hilang stress yang terbeban kat kepala tu. Serius weh!

Hotel ini mempunyai 389 buah bilik yang sangat luas. Banyak dan luas kan? Memang sesuai untuk pengunjung apabila musim cuti sekolah bermula. Yang bestnya, konsep  yang diketengahkan adalah contemporary. Tambahan pula, hotel ini berdekatan dengan Kuching International Airport dimana  jaraknya hanya lah kira-kira 11km . So bila sampai je kat arrival hall nanti, ambil teksi terus ke Pullman Kuching. Mudahkan? Pullman Hotel memang memudakan pengunjung okay. Tak tipu.

Bila lihat review pelanggan yang pernah ke sana pun  rata-rata bagi feedback yang positive gitu. Service pekerja di sana tip-top, ada wifi, swimming pool bersih dan banyak facilities yang disediakan yang akan membuatkan pengunjung semua gembira dan puas hati. Bagi membuktikan apa saya cakap betul atau tidak? Tunggu apa lagi.. Jomlah book Pullman Kuching Hotel on traveloka dengan segera. Kat website or apps ni, harga lebih murah dan berbaloi!! Harga berbaloi dan murahhh lagi, siapa tak nak kan? So anda akan lihat dan nilai sendiri apa yang saya perkatakan tadi.
Bab makanan pulakk, di sana nanti.. Makanan yang boleh cuba adalah makanan seafood di Top Spot Seafood Centre Kuching. Dari Pullman Hotel boleh jalan kaki ke sana sebab tersangat dekat. Lebih kurang 0.1 km. Tak payah jalan jauh-jauh untuk dapat makanan sedap, Top Spot Seafood kan hado!  Ramai yang puji Top Spot Seafood adalah the best seafood in town. Memang wajib pergi dinner di sana la kan. Satu menu yang perlu cuba ialah ketam masak telur masin. Adussssss terliur la pulak. Rasa nak terbang ke sana je sekarang. Terover pulakkk.. |hahaha|. 

Top Spot Seafood

Selain itu, tempat yang nak terjah adalah di Teh Tarik Cafeteria. Kata orang, kedai ini tersangat lah ramai orang. Kena bertabah sekiranya nak rasa pisang goreng cheese dan mee kolok yang superb sedap di sana. Kalau ibu mengandung, terpaksa la tunggu sampai dapat. Yelah, pembawakan budak punya pasal tu.. Sampai terbang ke Kuching.

Tapi.kalau malas nak cari makanan kat luar, di Pullman Hotel pun ada restoren. Antaranya ialah Restoren Puzzle. Di sini menu dan masakan lebih kepada international  cuisine dan  focus pada asian cuisine. Di buka pada setiap hari dari pukul 6.00 petang  hingga 11.00 malam. Selain itu, ada juga Cafe Chat. Dapat lepak sini memang best sebabnyaa anda akan dapat menikmati panorama city views. Sesuai untuk santai sambil menikmati pelbagai jenis coffee, tea, fresh juices dan snack yang sihat dan homemade ice cream. Open every day, stat from 8.00 pagi hingga 10.00 malam. 

Cafe Chat

Terdapat juga Restoren Nu Er Hong. Di sini kita boleh menikmati masakan ala cina modern sambil menikmati view Bandar Kuching yang awesome. Waktu operasi bagi lunch hour adalah 11.30 pagi  hingga 2.30 petang manakala dinner hour pada 6.00 petang hingga 10.30 malam.

Settle bab makan!! Pergi sana takkan lah nak stay hotel saja kan. Tempat- tempat menarik yang wajib pergi adalah Sarawak Culture Village. Bak kata orang, sekiranya anda datang Sarawak tapi tak pergi ke Sarawak Culture Village ni memang  tak sah la. |hihihi|. Di situ lah tempat khas untuk kita mengetahui tentang rumah-rumah Sarawak dan adat-adat orang Sarawak. Yang best ada pertunjukkan khas untuk setiap jenis kaum mereka sekali tau. So anda dapat belajar dan dapat mengetahui lebih luas tentang kaum di Sarawak ni. Ilmu tu. Hahh. Ilmu penting tau ^^

Sarawak Culture village

Bagi yang nak pergi Sarawak sekejap-sekejap je ni.. Rasanya dapat pergi Kuching Civic Centre pun dah memadai kot. Naik menara ni kita dah boleh menikmati pemandangan 360 darjah bandar Kuching dan kawasan kelilingnya. Dengan hanya RM2 kita sudah boleh lihat dari jauh Gunung Serapi, Gunung Sabtubung dan bebrapa gunung di Kalimantan. Seronok kan? Lagi seronok andai dapat bawak anak-anak ke sekali.

Kuching Civic Centre

Langkawi dibanggakan dengan replica Helang. Di Kuching tak kurang hebatnya, Kuching boleh bangga dengan  Tugu Kuching. Haaaaa…Kena ambil gambar tau kat sana nanti untuk membuktikan diri tu pernah datang ke sana!! Yeayyy!!

Tugu Kuhcing

Aktiviti terakhir before balik semenanjung semestinya shopping!!! Apa lagi hobi yang paling best bagi kaum Hawa kan? First sekali, singgah kat Kuching Waterfront untuk beli cenderahati atau ole-ole buat keluarga terchintaa dan kawan-kawan kesayangan. Di sini, ada banyak kedai-kedai kraftangan menarik seperti hasil tembikar, tikar mengkuang, hiasan dalam rumah dan macam- macamlah.

Kuching Waterfront

Hmmm.. Tak sabar rasanya nak terbang ke sana. Harap-harap semua perancangan berjalan lancar la… Duit tabung pun haraplah cukup. InsyaAllah. Sesampai sana nanti, Bolehla kiteee share gambar. Update status dan semua la!! Tunggu tau Kuching. Dan uolls pun tunggu tau gambar iolls dari Kuching, Khas buat anda semua. Assalammualaikum dan daaaaa ^_______^

Monday, 12 June 2017

Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Jun 2017, iaitu tepat jam 4.30 petang sehingga hari esok, 4.30 petang 13 Jun 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Giveaway Annivesary Dan Duit Raya

KLIK SINI


Jom join! Hadiah best dan boleh blogwalking anti. Semoga ada rezeki di sini. InsyaAllah ^^ Happy anniversary buat sis ekin dan suami serta selamat ulangtahun buat abah sis ekin... Semoga kalian semua sentiasa berada dalam rahmat Allah. Amin. Selamat bergiveaway dan good luck. Akan tamat pada 29 Jun 2017

Giveaway Duit Raya RM100 By Elsaalicious & Sponsors

KLIK SINI


Assalammualaikum dan haiii semua. 17 Ramadhan dah harini kan? Sekejap je masa berlalu. Kurang separuh bulan dah untuk berhari raya. Baju raya dah beli ke? Jangan lambat beli, kang habis pulak saiz tu |hahaha| Sukacita untuk berpesan sikit... "Bersederhanalah dalam membuat persediaan berhari raya tu.. Ada duit lebih, sedekah pada orang yang lebih memerlukan. Jangan membazir." Pesanan ikhlas daripada Anis Khalilah ^^


Nampak banner kat atas beserta tajuk yang begitu menarik hati serta sanubari sekali? So petang ni, Anis nak join dan support Blogger Shaidatul Aireen untuk giveaway beliau kali ni. Hadiah duit rayaaaa!! Best :D So tunggu apa lagi, jom ramai ramai join, 10 Pemenang dicari!  Giveaway ni akan tamat pada 25 Jun 2017.

Ada lagi syarat yang perlu dipenuhi. " Ceritakan secara ringkas pengalaman seronok dan nakal anda masa zaman kumpul duit raya dulu."


Sebenarnya, nak kata kecik kecik dulu nakal time kutip duit raya.. Tak la sangat, sebab nakal bukan sebab duit raya tapi nakal sebab benda lagi. pengalaman seronok time kutip duit raya tu, tak ada la sangat sebab jarang kutip duit raya. Dulu raya, tiap tiap tahun balik kampung. Sepupu pulak, raya kedua ketiga baru balik rumah tok.. So feel nak kutip duit raya dah ke laut. Kesian tak ada kawan kan? Tapi kalau nak kutip duit raya jugak, cara kedua.. Kan family pergi raya rumah saudara mara.. So wajib ikut. Yang best nya raya rumah saudara mara nih, yang berusia sikit mesti dapat duit raya lebih |hahaha| Yang ni seronok bila bab kutip duit raya :D Boleh la tunjuk berlagak sikit kat adik adik. Yelah, kita dapat duit raya lebih ^______^


Bab nakal, tak ada la sangat time hari raya tapi malam raya, ada satu cerita ni. Nak tahu? Sebab terlebih nakal la, tak pasal pasal atas kelopak mata adik Anis bertanda. Yelah, happy esok nak raya :D Malam itu, puan ibu sibuk buat ketupat palas.. Kami time tu dua beradik sibukla tolong.. Tolong apa? Tolong menyibukk. Ketupat palas, bila nak rebus tu kena gunting hujung dia.. So Anis tukang gunting dan adik tukang pegang. Adik ni memang dia angkat ketupat tu tinggi, paras dahi dia la ketinggian ketupat tu.. So Anis nak gunting, Serius, Anis angkat gunting betul betul paras mata dia. Then gunting hujung ketupat. Bukan gunting hujung ketupat je dengan kelopak mata adik Anis gunting. Ya Allah, suka sangat la tu, tu macam macam jadi. Terus adik menjerit! Anis lepas terus gunting tu sebab terkejut. Nasibla, Anis tergunting sikit je tapi still ada tanda sampai ke hari ni |hahaha| Bila tengok dia, tengok tanda kat atas kelopak mata tu.. Gerenti teringat kejadian di malam raya... Tahun...  Anis dah lupa tapi umur Anis baru 4 atau 5 tahun, macam tu la.


Hiraukan saja tanda atas kelopak mata. Takut tak laku? Tak apa. Adik Anis dah kahwin dan dah ada anak pun. Alhamdulillah, laku. |Hahahaa| Kalau tak, mesti Anis menyesal sebab terbuat tanda kat atas kelopak mata dia |hohoho| Alhamdulillah juga sebab Allah sebaik baik penyelamat. Nasib tergunting atas kelopak mata.. Cuba kalau tergunting kat mata. Serius, menyesal seumur hidup. Anis memang nakal dulu. Bukan Anis sorang je nakal, adik pun nakal sebab kalau sorang nakal... Tak kan jadi apa apa kan? Orang kata, nakal time budak budak best sebab lebih adventure ~ ke nak sedapkan hati je. Lepas tergunting tu, terus encik abah bawak ke klinik dan esoknya... Hari raya macam biasa. Anis pun mintak maaf kat encik abah dan puan ibu serta kat adik. Janji tak nakal lagi. Lepas mintakk maaf... Nakal balikkk! |hahahha| Lumrah seorang anak kecil. 


Jom kongsikan cerita raya anda pula. kami nak masak untuk berbuka ni.. Daaaaa. Selamat berbuka dan selamat bergiveaway! Good luck! ^^


Instagram: anis_khalilah

Facebook: Anis Khalilah

Email: annyss_annyssa@yahoo.com

Tuesday, 6 June 2017

GIVEAWAY BY MAKBAPAKKAUHIJAU

KLIK UNTUK JOIN


Jom ramai ramai join dan support. Tamat pada 20 Jun 2017. Good luck! ^^

Rezeki bulan Ramadhan

Alhamdulillah. Jom serang blog kak shida


Assalammualaikum. Tadi bukak bukak blog, terperanjat plus terharu tengok ni. Syukur sangat. Dapat kad raya dan menang duit raya pulak. Join segmen blogger Shida haritu. Tak sangka jugak boleh menang. Rezeki ramadhan kan. Semoga semakin bertambah rezeki kak shida sekeluarga. InsyaAllah. So, jom la ronda ronda blog blogger shida kita ni ^^

Sunday, 4 June 2017

GIVEAWAY POSKAD ANIMASI AIDILFITRI BY BONDE ZAIDALIFAH

KLIK SINI

Semoga ada rezeki nak dapat kad ni. InsyaAllah. So, korang apa tunggu lagi? Jom join jugak ^^ Tamat pada 5 Jun 2017 - 12.- tgh. Good luck ! ^^

Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani

KLIK SINI

Selamat berpuasa semua. Harini dah ramadhan yang ke sembilan. Sekejap je kan? So duduk saja saja cuti cuti ni, jom support kak sha? Kita join " Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani " Tamat pada 7 Jun 2017. Good luck! ^^
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)