Thursday, 29 August 2013

The Prestigious Night

Assalammualaikum semua. Malam ni aku nak kongsi sikit la tentang dinner fakulti aku tadi. Alhamdulillah berjalan dengan selancarnya. Dinner ni student part three yang handle. Buat kat hotel you. Gojess tak? |hahaha| Okey. Gambar kat atas ni adalah budak-budak kelas aku. Comel tak adik-adik aku? Mestilah comel kan? Menu untuk dinner pun best. Alhamdulillah. Tak sia-sia  bayar rm30. 1st kena bayar rm40. Pehh mahal. Siapalah yang mampu je? Dahlah duit banyak keluar semester ni. Memang tak la kan aku nak pergi dinner. Lepas tu, agaknya tak dapat sambutan, dorang turunkan harga kepada rm30. |huhuhu| Tu pun aku tak nak pergi jugak tapi dah kena paksa. Relakan aje lah (-.-)" ~Stress

Nasib baik tema tak pelik-pelik. So aku adalah baju kurung tu ha. Lantaklah baju biasa-biasa je.  Aku dah malas nak fikir. Mana tak nya.. Satu minggu sampai dua dinner. Satu lagi dinner untuk kolej. Tema dia 'Rawang Ria Raya.' Balun je la pakai baju raya. Dinner malam tu hanya sentuhan solekan  di wajah oleh dua orang roomates aku ni. Aku tengok muka kat cermin pun nampak janggal. Biasalah orang jarang make up. O.0

Untuk dinner malam ni, sentuhan pada wajah dan selendang. Kali ni lagi janggal aku tengok muka kat cermin. Dah lain bebenor dah. Ini aku tengok sendiri, cer orang lain tengok. Memang dorang akan terpegun sekejap la. Betul ke aniskhalilah ni? Dah macam opera cina dah aku tengok. Sentuhan kali ini dari tiga orang roomates aku iaitu ema, puteri dan saidatul. Habis dorang kerjakan aku kali ini (-.0)

Puas aku makan kali ini. Alhamdulillah. Makanan pun terlebih cukup. Seronok la jugak. Dahlah kot kali ini, aku kena tidur dulu sebab esok aku ada trip ke Melaka. Ya. Melaka Kota Bersejarah. Pergi sana dengan tiga buah bas. InsyaAllah. Doakan kami selamat pergi dan balik ke destinasi kami tujui ye? Amin. Okey lah awak-awak. Jaga diri. Jaga solat. Jaga akhalak. Rindunya kat ibu dan abah serta adik-adik :')

Monday, 26 August 2013

26.08.2013

Terjumpa pulak dengan senior inspen. Kak atin and kak alia :)
 
Alhamdulillah :)

Alhamdulillah untuk permulaan semester ini tidak sia-sia dengan usahaku. Usaha yang Allah buahkan hasil untuk lebih kuat aku berjalan dalam bidang pengurusan hartanah. Syukur sekali lagi. Pointer? Sikit je dan biasa-biasa je. Syukur kepada Allah itu nombor satu okey. Doakan aku supaya lebih cemerlang selepas-selepas ini. Doakan aku supaya lebih kuat menimba ilmu Allah ini. Doakan aku supaya jauhkan aku sifat berputus asa. Terima kasih kawan-kawan. Kejayaan ini bukan milik aku tetapi milik Allah.

To ibu abah ; Terima kasih ibu. Terima kasih abah. Di atas doa dan restu kalian berdua. Dalam setiap doa. Dalam setiap solat. Terima kasih sekali lagi. Abah ibu, maafkan segalanya ye salah dan silap anakmu ini. Diri ini mengakui memang banyak menyusahkan ibu dan abah. Tapi. Tapi dan tapi hati ini sudah terniat untuk membahagiakan menggembirakan ibu dan abah dulu. InsyaAllah. Ya Allah. Tolong jaga ibu dan abah serta adik-adik ku jika suatu hari nanti aku tak termampu lagi :')

To awak ; Terima kasih juga di atas doa dan semangat yang diberikan. Saya tidak akan melupakannya sampai bila-bila. InsyaAllah :')

Walau saja-saja. Sebenarnya ada motif.

Bird's eye view of the beauty of Harbour Bridge on Observatory Hill, Sydney
Adam Aryan tersenyum melihat isterinya yang tekun memakan aiskrim. "Macam sedap sangat je." Bisiknya di dalam hati. "Apa abang tengok saya macam tu? Nak ke? Tak cukup ke aiskrim kat tangan abang tu? Kalau tak cukup, saya nak p beli lagi." Pantas dia mengangkat punggungnya. Laju lengan ditarik lembut oleh sang suami. Kening Hawa Insyirah berkerut. Akhirnya sepasang mata mereka bertaut. Adam Aryan mengukir senyuman dan dibalas oleh bidadari hatinya. "Kenapa sayang bawak abang ke sini?" Akhirnya persoalan yang paling susah baginya terlerai juga. "Sebab saya sayangkan abang!" Ringkas Hawa Insyirah menjawab sambil tersengih. Terserlah barisan gigi yang teratur dan cantik miliknya. Berdebar dan bergetar jantung lelaki di hadapannya. "Itu je?!" Tanya Adam Aryan sepatah. "Yup!" Jawab isteri. Pendek dan ringkas. Geram pulak Adam Aryan dengan tingkah laku isterinya. Leka dengan aiskrim perisa coklat dan ditambah sedikit dengan perisa vanillanya itu. Isterinya bagai bertahun-tahun tidak pernah memakan aiskrim. Pantas tangan lelakinya merampas aiskrim ditangan Hawa Insyirah. Wanita itu sedikit menjerit. Terkejut mungkin. "Awak ni spoil betul la, saya baru nak menikmati. Lagipun baru nak release tension ni. Relax la wak" Tangan cuba untuk mendapatkan kembali aiskrim milikinya. "Err.. Ni untuk Muhammad Khairi Amsyar. Awak lupa ke kat dia? Saya bawak balik saki baki aiskrim ni untuk dia ye? " Adam Aryan tersenyum nakal. Ada sahaja benda yang mahu diusiknya. "Huhh. Ala awak ni, dia kan kecik lagi. Dia tak makan aiskrim Tak berkhasiat. Ibu dia je yang makan ni. Bak la balik aiskrim saya." Dengusnya geram. Terasa bagai nak cubit pula bila melihat lelaki itu asyik tersenyum.

"Lagi satu zaujahku tercinta.. Yang awak nak release tension ni nak buat apa? Awak dah sebulan kot habis exam. Graduated dah pun. Banyakla cantik muka awak tu nak release tension sebab exam." Adam Aryan mencebik bibirnya. Tangan Hawa Insyirah sudah terangkat. Nak saja dia debik tengah belakang suaminya.  Dia cuba bawak bersabar. Akhirnya dia tersengih. Lawak pulak melihat gelagat suaminya. Ibu muda itu berfikir sejenak untuk membalas kata-kata jejaka kacak di hadapannya. "Aikk. Saya memang banyak cantik pun. Tapi awak yang berterus terang dulu kan? saya cantik selama-lamanya kan?'' Matanya terus memandang suami. "Perasan la awak!" Adam Aryan ketawa. Ada gurau di hujung kata-katanya. Air muka pada wajah isterinya sudah bertukar. "Ya sayang, awak cantik selama-lamanya. Dan hanya untuk saya." Matanya tidak berkelip memandang Hawa Insyirah. "Romantiknya!" Jerit Hawa Insyirah pantas merampas aiskrim yang hampir cair di tangan suaminya sambil ketawa. "Aduhh. Awak ni.. Spoil betul lah." Tiba-tiba tawa Hawa Insyirah terhenti. Mata memandang Adam Aryan.

Tanganya memegang erat tangan Adam Aryan. Sebenarnya, saya ajak awak ke sini sebab saya nak kenang balik kenangan kita bersama. Kenangan kita lima tahun yang lalu. Sebelum kehadiran Muhammad Khairi Amsyar dan sebelum kita diijab kalbulkan. Dah jauh kita melangkah bersama-sama kan?" kepalanya dilentukkan di bahu Adam Aryan. Tangan Adam Aryan erat merangkul pinggang Hawa Insyirah. Mindanya dibawa ke dalam ceritera cinta isterinya. "Awak." Panggil Hawa Insyirah perlahan. "Ya sayang." Jawab suaminya perlahan. "Terima kasih kerana sanggup tunggu saya masa saya belajar dulu." Ada getar dihujunng bicaranya. Adam Aryan sudah tidak keruan. "Ala sayang, janganla menangis. Tak bestla macam ni." Hawa Insyirah tersenyum. "Mana ada." Jawabnya pendek. "Awak dari dulu kalau menangis.. Bukan nak mengaku. Dalam telefon boleh la tipu saya. Sekarang, tak boleh tipu. Dahla. Cerita pasal lain la." Adam Aryan dah mula membebel.

"Izinkan saya untuk meneruskan apa yang terbuku di hati saya ye awak. Maaf." Isterinya masih berdegil. Suami disebelah hanya mampu menuruti. "Terima kasih juga kerana sudi teman saya sambung belajar di sini, sudi berkorban untuk cita-cita saya di sini walaupun ketika itu kita rushing giler lepas majlis perkahwinan kita. Tapi tak sia-sia kan kita rushing. Allah permudahkan kehidupan kita di negara orang. Dulu saya ingat lagi, awak bagitahu saya yang awak tak nak teman saya ke sini. Sedih giler awak tahu tak. Saya jugak nak berterima kasih kat awak kerana.. Err. Tunggu sampai rumah nanti la ye." Hawa Insyirah tersenyum. Air mata kelihatan bertakung di tubir matanya. Adam Aryan memandang isterinya dengan pandangan kasih sayang yang tidak terhingga. Terharu dengan pengakuan isterinya. "Walau ke mana awak pergi sayang.. Saya tetap ikut awak. Saya wajib di sisi awak. Saya wajib lindungi awak. Terima kasih juga untuk segalanya." Perlahan bicara jejaka tinggi lampai itu. Mata Hawa Insyirah leka pula memandang air di hadapannya. "Terima kasih juga dengan kehadiran Muhammad Khairi Amsyar sebagai peneman saya ketika awak mencari rezeki. So tak lah saya bosan sangat." Bisik hatinya perlahan. Inilah ucapan terima kasih yang bakal Hawa Insyirah ucapkan kepada suaminya setiba di rumah nanti. Melihat wajah comel cahaya mata sulung mereka membuat dia tenang kembali  lagi-lagi saat serabut ketika belajar dahulu. Mereka berdua juga tidak menjangka bakal menimang cahaya mata secepat mungkin. Allah memberi, mereka berdua terima dengan hati yang terbuka walaupun ketika itu Hawa Insyirah terlalu sibuk dengan pengajiannya. Dengan sokongan suami di sisi, Alhamdulillah. Walau sarat dengan kandungan, dia kuat untuk meneruskan pengajian. Yelah, masak, kemas rumah semuanya encik zauj yang tolong buat. Memang seronok la kan. Terasa macam tiap-tiap tahun nak mengandung je :)

Hawa Insyirah cuba mengalihkan minda dan topik yang bermain-main di fikirannya. ''Mesti kita akan rindu kan tempat ni? Sebab tu saya ajak awak ke sini. Lagipun, esok kita nak balik Malaysia dah. Mesti tak sempat dah nak lepak-lepak kat sini." Bicara Hawa Insyirah. "Nanti ada masa, kita ke sini lagi. InsyaAllah." Balas suamianya. "Betul ni? Ha.. Saya nak buat pHd dekat sini lah. Boleh?" Satu idea terpancul keluar dari minda sang isteri. Adam Aryan terus menggelengkan kepalanya. "Awak ni sayang.. Tak penat ke study?" Hawa Insyirah hanya tersenyum. Ilmu sampai bila-bila tak akan habis..

Saturday, 17 August 2013

.tahunlepaspunyacerita.


Kenapa peta dunia?

Sudah lama berlalu. Hampir menjangkau setahun
Tapi
Ia masih tersemat dan terlekat kukuh di hati.
Aku tersenyum sendiri.
Ahhh. Budak hingusan. Apa saja yang aku fikir ketika itu?
Inginkan keseronokkan sahaja.

Ke mana kawan-kawan lain?
Mungkin di uws, sdyney?
Mungkin di qut, australia?
Mungkin di jphh? Dah kerja katakan.
Mungkin di private sector.
Atau di uitm?
Semoga korang semua berjaya dalam bidang masing-masing.
InsyaAllah.

Tadi terjumpa pulak ni,
Jangan gelak. Walau dah lama berlalu
Ia tersimpan beribu kenangan kita.
Ia kita <3
Tahniah kawan-kawan. Semoga berjaya.

Click atau tidak. Terpulang. Tapi itulah kenangan aku dan kawan-kawan. Assalammualaikum (",)

http://www.inspen.gov.my/inspen/v2/?p=11150

# Kerana kaki ini perlu jauh lagi untuk melangkah. Ia tidak akan terhenti di sini :)

Thursday, 15 August 2013

selamatharilahir.


Assalammualaikum semua. Selamat hari raya :) Alhamdulillah. Dah hari raya ke berapa ek? Aku sendiri dah lupa. Maklumlah, hari raya ke empat dah kena balik perak. So malas lah nak fikir tentang raya ni. Rayaku tahun ini adalah bersama assignment yang tiada kesudahan. |hahaha| Tak apalah, dah itu takdirnya.. Nak buat macam mana kan? So, alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusanku. Tekanan diberikan hanya seketika. Hadiah dariNya membuatku tersenyum untuk selama-lamanya. Syukur :')

Minggu ni dua test dijalankan.. Building technology dan Islamic Thought And Civilization. Mudah-mudahan ia membuatku tersenyum lagi. InsyaAllah. Doakan ye. Minggu depan, ada test jugak. Di antaranya economic, valuation dan law. |Hohoho| selamat menjawab dan selamat maju jaya anis. InsyaAllah. Sekuat mana usaha aku, sebanyak itulah result yang bakal aku dapat. Allah itu maha adil. Okey kawan-kawan, tolong maafkan segala salah dan silap aku. 22 Sept ni bermula lah final exam aku. Sekejap je kan masa? Terasa macam dia kejar-kejar je aku ni. Aku pulak lari macam dah tak cukup tanah. Huhh. Inilah kehidupan. Jangan pernah mengeluh. Kuatkan semangat tu. Semua ni kerana Allah, ibu dan abah tersayang. InsyaAllah :D

Sebenarnya, entry ditaip adalah untuk... 
- yang kat atas tu just kata-kata aluan je |ahaks|

Selamat hari lahir. selamat hari lahir. selamat hari lahir khairil azmi bin hussin.
Semoga menjadi mujahid yang soleh. Tetap agama dan makin bertambah amalan dunia dan akhirat.
Jaga akhlak, moga-moga Allah sentiasa pandang. Orang tak pandang tak apa. Itu tak penting.
Jadi anak terbaik untuk ibu dan ayah. Dan 'be the best' untuk adik-adik.
Ikhlaskan untuk semuanya.
Mudah-mudahan kehidupan anda dalam ketenangan Allah dan Para Malaikat. InsyaAllah (".)

Okey lah. Nanti aku update lagi. InsyaAllah. Lepas ni mungkin aku akan busy dengan final exam pulak. Tak habis-habis dengan sibuk kan? |huhuhu| Tak apalah. Nanti dan kerja, mesti rindu pulak dengan kehidupan seorang pelajar. Di kesempatan ini jugak, aku mohon agar korang doakan kesihatan ibu dan abah serta adik-adik aku. Semoga mereka semua berada dalam kesihatan dan keadaan yang baik. Mohon sangat-sangat. Terima kasih kerana mendoakan mereka. Semoga Allah akan balas kebaikan korang semua. InsyaAllah. Jaga diri. Jaga solat. Jaga akhlak. Jangan lupa tau. Assalammualaikum :)
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)