Assalammualaikum semua. Selamat hari raya :) Alhamdulillah. Dah hari raya ke berapa ek? Aku sendiri dah lupa. Maklumlah, hari raya ke empat dah kena balik perak. So malas lah nak fikir tentang raya ni. Rayaku tahun ini adalah bersama assignment yang tiada kesudahan. |hahaha| Tak apalah, dah itu takdirnya.. Nak buat macam mana kan? So, alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusanku. Tekanan diberikan hanya seketika. Hadiah dariNya membuatku tersenyum untuk selama-lamanya. Syukur :')
Minggu ni dua test dijalankan.. Building technology dan Islamic Thought And Civilization. Mudah-mudahan ia membuatku tersenyum lagi. InsyaAllah. Doakan ye. Minggu depan, ada test jugak. Di antaranya economic, valuation dan law. |Hohoho| selamat menjawab dan selamat maju jaya anis. InsyaAllah. Sekuat mana usaha aku, sebanyak itulah result yang bakal aku dapat. Allah itu maha adil. Okey kawan-kawan, tolong maafkan segala salah dan silap aku. 22 Sept ni bermula lah final exam aku. Sekejap je kan masa? Terasa macam dia kejar-kejar je aku ni. Aku pulak lari macam dah tak cukup tanah. Huhh. Inilah kehidupan. Jangan pernah mengeluh. Kuatkan semangat tu. Semua ni kerana Allah, ibu dan abah tersayang. InsyaAllah :D
- yang kat atas tu just kata-kata aluan je |ahaks|
Selamat hari lahir. selamat hari lahir. selamat hari lahir khairil azmi bin hussin.
Semoga menjadi mujahid yang soleh. Tetap agama dan makin bertambah amalan dunia dan akhirat.
Jaga akhlak, moga-moga Allah sentiasa pandang. Orang tak pandang tak apa. Itu tak penting.
Jadi anak terbaik untuk ibu dan ayah. Dan 'be the best' untuk adik-adik.
Ikhlaskan untuk semuanya.
Mudah-mudahan kehidupan anda dalam ketenangan Allah dan Para Malaikat. InsyaAllah (".)
Okey lah. Nanti aku update lagi. InsyaAllah. Lepas ni mungkin aku akan busy dengan final exam pulak. Tak habis-habis dengan sibuk kan? |huhuhu| Tak apalah. Nanti dan kerja, mesti rindu pulak dengan kehidupan seorang pelajar. Di kesempatan ini jugak, aku mohon agar korang doakan kesihatan ibu dan abah serta adik-adik aku. Semoga mereka semua berada dalam kesihatan dan keadaan yang baik. Mohon sangat-sangat. Terima kasih kerana mendoakan mereka. Semoga Allah akan balas kebaikan korang semua. InsyaAllah. Jaga diri. Jaga solat. Jaga akhlak. Jangan lupa tau. Assalammualaikum :)
No comments:
Post a Comment