Wednesday, 26 October 2011

meniti sebuah kejayaan

Ya Allah,,
Berdebarnya terasa
Takut turut menyelubungi
Apakah keputusan semester 3 ini???

Dekan lagi atau tidak
Ya Allah,,
Adakah usahaku kali ini betul-betul berbaloi??
Tidak tentu arah dibuatnya

Setelah dihitung dicatu dibahagi didarab nama-nama mereka
Seramai 13 orang melepasi 3.50 keatas
Ramai yang boleh perolehi kedudukan itu
Tapi aku??

Ia masih menjadi rahsia Allah
Hari selasa penghitung segala-galanya
Penantian satu penyeksaan
Hari ini,,,ia masih dalam persoalan

2 orang 4.00...lelaki,,,
Hebatnya mereka....
Aku target...mungkin Syafiq atau saifullah atau Hasmaliza
Dan
Semestinya Aloy setia berdiri di puncak
Tapi aku???di kedudukan mana??

Risau
Takut
Gementar
Bersediakah aku untuk mengetahui segalanya???
adoi
Seksanya
Ditambah pula dengan clue-clue nama penerima dekan diberitahu
Terasa mahu bakar laman sosial itu



Wednesday, 19 October 2011

aku, aku dan aku

PAGI INI,
MATAHARI MALU-MALU UNTUK BERSINAR,
AWAN MALAS-MALAS UNTUK BERARAK
KERANA MEREKA MASIH BERFIKIR-FIKIR UNTUK MENCARI ARAH TUJUAN
BAGI MENERANGI DAN MEMAYUNGI BUMI
BEGITU JUGA HATIKU YANG MASIH TERCARI-CARI SEBUAH KEKUATAN
UNTUK MENJADI DIRI KU KEMBALI
TAPI
KEKUATAN ITU MASIH BERSAMA INSAN ITU
SEMANGATKU MASIH TERSEMAT DI JIWANYA
KEMBALIKAN SEMULA IA KEPADA KU
UNTUK KU BINA SEMULA HIDUPKU
USAH ENGKAU SEKSA LAGI HIDUPKU DENGAN PEMERGIANMU
PEMERGIAN YANG PENUH TRAGIS
PEMERGIAN TANPA SEBARANG KATA PUTUS
PEMERGIAN TANPA KERELAAN AKU
BUATMU KASIH,
MUNGKIN SUATU HARI NANTI AKAN KU TEMUI PENGGANTIMU
MUNGKIN, DIA JAUH BERBEZA DENGAN DIRIMU
INI MEMBUATKAN DIRIKU SUKAR UNTUK MENERIMA DIA
KERANA KASIHMU MASIH BERSISA DALAM HATIKU
PERKATAAN BENCI SENTIASA BERMAIN-MAIN DIBIBIRKU TAPI
KINI BARU KU SEDARI BAHAWA ADA SEDIKIT RUANG BUATMU                    
KU TERSERAHKAN HATI INI BUAT PENCIPTA
ITU YANG TERBAIK DAN YANG TERNIKMAT   
KINI…
PENGGANTIMU TELAH KU TEMUI
ALLAH MAHA ADIL,,ALLAH MAHA PENYAYANG
DIA TIDAK AKAN MENBIARKANKU TERUS MENERUS MENUNGGUMU
AKU BERSYUKUR KERANA PEMBERIANNYA INI SATU HADIAH YANG PALING BESAR DAN TERNIKMAT
KASIH SAYANG KU BUATNYA,,HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU
OLEH ITU,,KURNIAAN INI,,AKAN KU JAGA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA
AGAR PERPISAHAN KEDUA KALINYA TIDAK AKAN BERULANG LAGI
SAKIT HATI INI TIDAK DIRASAI LAGI
PEDIH HATI INI TIDAK KURASA LAGI
AIR MATA INI TIDAK MENITIS LAGI KERANA MENGENANG KISAH YANG TIDAK KESAMPAIAN
SEMUANYA AKAN KU SERAHKAN KEPADA DIA YANG MENEMUKAN KAMI
JIKA TERCIPTA LAGI SEBUAH PERPISAHAN
KUATKAN AKU DAN DIA YA ALLAH
KAMI HANYA MERANCANG
YANG MENENTUKAN HANYALAH KAU  
KAMI HANYA MAHUKAN YANG TERBAIK DALAM PERHUBUNGAN INI                                                             

kARYa...

C
uaca pada hari ini nampaknya lebih cerah di ufuk barat. Di sini, Universiti Putra Malaysia cuaca lebih mendung dan matahari kelihatan malu-malu untuk muncul dari kumpulan-kumpulan awan yang berarak. Di dalam asrama mahasiswi kelihatan seseorang pelajar yang masih berbaring di atas katilnya. Matanya tertacap pada alat keluli, kelihatannya seperti membaca sesuatu dan menaip sesuatu. Wajahnya kelihatan murung akhirnya dia meletak kembali alat keluli tersebut di atas katil dan menuju ke bilik air.
“mana mamat ni? Tak nak reply mesej aku ke?” jerit batinnya. Perlahan-lahan dia memulas kepala paip untuk menyucikan diri. Kepalanya berserabut sejak masuk ke semester empat ini. Kadang-kadang terfikir juga untuk berhenti sahaja pembelajarannya. Niatnya untuk belajar bersungguh-sungguh semakin pudar. Semangatnya semakin hilang bagai air yang mengalir keluar dari paip di hadapannya.
“aku tak kuat bila dia tak de!!!” perlahan-lahan air matanya merembas keluar. Jarinya yang lembut terus meraba-raba air mata yang mengalir ke pipi mulus itu. Batinnya terus memberontak keras. Akhirnya hatinya yang keras berjaya juga ditawan oleh seorang lelaki, butir-butir mutiara dari matanya terus mengalir deras. Kini baru dia terasa betapa dia betul-betul menyayangi lelaki itu. Dulu, kata-kata perpisahan sering di minta walaupun bukan acap kali dan lelaki itu masih boleh bersabar dan sehingga kini, kesabaran itu semakin pudar dan hilang. Akhirnya gadis itu duduk dan menekupkan kedua-dua lututnya serta menangis sepuas-puasnya. Laju air matanya sama seperti laju air yang menjirus badannya. Mukanya yang putih bersih menjadi kemerah-merahan akibat tangisan  manakala matanya bengkak setelah selesai mandi. Dibiarkan sahaja dengan wajah itu. Nampak sangat jiwanya begitu sengsara dan terseksa. Akhirnya dia melangkah keluar dari asrama mahasiswi untuk ke kelas. Hari ini dia akan bertemu pensyarah yang digelar ‘lelaki melayu terakhir’ itu lagi. Itu adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan kepada pensyarah itu kerana pendidik itu cukup pakej untuk digelar sedemikian rupa. ‘Primary Crop Production’. Itulah subjek kelas dia hari ini.
“ahhhhhhh!!!!kembalikan mood aku Ya Allah!!!” dia menggenggam kuat tangannya mencari sebuah kekuatan. Berbekalkan semangat daripada ibu dan ayah di kampung akhirnya perlahan-lahan dia mengambil nota apa yang di ucapkan oleh pensyarahnya, Encik Raqib. Sedang dia mendengar dan menyalin nota tiba-tiba
“Nur Faqiah Fatnin.” Nama penuhnya disebut oleh Encik Raqib. Pantas dia menoleh ke arah lelaki itu. Matanya tidak berkelip. Jantungnya berdegup pantas. Jarang sungguh disoal.
“That’s your name right?” mata masih tertacap. Faqiah mengangguk perlahan.
“okey-okey, what you understand about crop production system?” Tanya pensyarah itu perlahan, matanya masih memandang Faqiah. Faqiah terus menyelak-nyelak notanya perlahan.
“close your note!” kata Encik Raqib tapi kedengaran agak kuat. Pantas tangan Faqiah menutup notanya. Tangannya kelihatan menggigil. Hati Encik tersenyum. Lawak dia melihat gelagat anak didiknya.
“last week, I was finished explain about that right? That is simple, but you cannot answer it. Why??” Tanya lelaki itu bertubi-tubi. Faqiah atau Fatnin terus berdiam diri. Dia hendak jawab tetapi banyak pulak lelaki itu bercakap dan bertanya,akhirnya
“Of the seven crops listed, six are annual crops that must be replanted each year (only hay crops would be left in place from year to year). The process of cultivating crops typically begins with tillage of the soil. Although tillage can serve a number of functions within a crop production system, the most fundamental function is to create conditions that will ensure good contact between seed and soil at the time of seed planting and the ready availability of water to the seed during germination. The degree to which the soil is disturbed by tillage prior to seed planting provides a means of categorizing crop production within a range of tillage systems. These systems range from no-tillage in which there is not soil disturbance in a field except during the process of planting a crop to conventional tillage in which multiple tillage operations can extend over many months and take place before, during, and after planting. Crop production systems that involve pre-plant tillage but maintain residues from a previous crop on the soil surface are referred to as conservation tillage practices. Can I continue to explain about benefit of system?” tanya Faqiah, puas hatinya setelah berjaya menerangkan satu persatu tentang apa ditanya tadi. Akhirnya dia berjaya. Encik Raqib di hadapannya terpaku melihat reaksi gadis kecil molek itu. Tidah sangka berani juga.
“sir!” ujar Faqiah lagi sambil memandang lelaki di hadapanya. Encik Raqib terkejut pantas menggeleng terus berlalu. Nur Faqiah Fatnin tersenyum puas. Hatinya kembali tenang. Segala masalah yang menyesakkan kepalanya semakin berkurang.
“Faqiah, you must be strong..” satu suara yang seakan-akan dibawa angin. Tiba-tiba kepalanya mengangguk perlahan..........
Ia akan bersambung...InsYaAllah... sebenarnya dah lama aku tinggalkan ni semua,,dulu...rajin jugak aku menulis tapi sekarang macam dah malas...tapi insyaAllah,,selagi ada idea yang mencurah2,aku akn terus berkarya...

DEBUNGA KASIH tajuk diberi yang menceritakan pengalaman bingkisan hidup Nur Faqiah Fatnin mengharungi liku-liku sebuah kehidupan pada mulanya dia menganggap ia begitu mudah apabila mereka yang tersayang turut bersama memimpin selangkah demi selangkah untuk dia bertapak di alam fana ini...tapi,,dalam sekelip mata mereka yang tersayang itu pergi tanpa meninggalkan sebarang kata putus...



Wednesday, 12 October 2011

Kasih Sayang itu hak ALLAH...

Salam ukhuwah......




Mudah-mudahan cinta ini direhdai olehNYA,,
Bukan cinta dari hawa nafsu semata-mata,,
Bukan cinta kerana harta,,
Bukan cinta kerana paras rupa,,
Biarlah cinta keranaNya...
Aku mohon....
Semoga bertemu dan berpisah keranaNYA,,
Ingatkanlah aku dengan segala batasan yang Kau cipta itu,,
Mudah-mudahan aku tidak terus alpa di atas pentas duniawi ini,,
peringatkan aku....
Di atas segala balasan yang bakal aku hadapi,,
jika.....
Aku mengingkari.........
Mu Ya ALLAH...



Cintakan Allah,,
Cintakan Rasulullah,,
Itu yang paling utama..........

mY saYang.......

Who my Sayang????
Mesti tertanya-tanya kan siapa orangnya???
My sayang itu adalah abah aku sendiri.....huhu,,,
Tiba-tiba teringat abah pulak???
Abah tengah buat apa ek sekarang??
Dah makan ke?
Dah balik kerja ke?
Kot2 tengah tidur...huhu,,itu yang paling tepat.....


Abah???
Garang ke??
Aku menjawab...Tidak...
Abah seorang yang cepat mesra...
Abah cepat faham dengan situasi yang dialami oleh anak-anaknya...
Senang cerita...Beliau mudah memahami anak-anaknya...
Sehingga kini aku masih merasai gurauan daripada abah....
Yelah,,kadang-kadang malu juga....kita dah besar kan...
Tapi xkesah laa....=)
My daddy is the best person in the world

"didoakan smuga lulus dgn cemerlang.amin"
From ABAH
"ye,,anis akan terus belajar untuk mendapatkan kecermelangan yang hakiki itu abah." 

"To him,I am still his little girl and I would not change this for anything in the world!!!"
I Love You ABAH!!!

me and study 3

Assalammuaikum.....
Hari ini,,,12 okt 2011....tamat sudah final exam aku...harap itu yang terbaik,,,,
3 matapelajaran,,,

PROPERTY TAXATION
PENGAJIAN MALAYSIA
ENGLISH 3

Betul2 mengujiku....alhamdullilah...aku menghabiskan peperiksaan itu dengan sehabis baik...
Cuma English tadi....keyakinan ku terhadapnya tidak kuat...rasa banyak dan banyak je salah...huu
Harap2 tidak la kan....pape pun Anis sayang,,,
BE THE BEST AMONG THE BEST DEAR...Kamu boleh..=)
InsyaAllah dekan didalam genggamanmu just berdoa dan bertawakal sahaja.....mudah-mudahan...
Aku tidah berharap dekan itu tapi.......kalau dapat ia merupakan hadiah buat abah dan ibuku...tidak lupa juga buat dia yang tersayang....yang tidak pernah jemu memberi semangat....terima kasih banyak2...


ha,,soal fasilitator Majlis Jalinan Mesra untuk junior...aku tidak tahu terpilih atau tidak....sebab 15 orang sahaja terpilih....terpilih alhamdulliah...=)
Tidak terpilih pun,,nak buat camna???tidak ada rezeki...maybe ada lagi calon yang terbaik.....
Pape hal pun,,i love lah INSPEN....
Satu hari tue aku tengah syok2 study tiba2 aku terpandang bangunan yang megah berdiri itu,,lantas mulutku menutur laju bait demi bait lirik lagu yang sering dinyanyikan setiap kali perhimpunan pelajar diadakan...

Inspen merintis revolusi,,
Hadirmu menabur bakti,,
Arena hartanah globalisasi,,
Unggul di pentas duniawi...


bangunan inilah yang menjadi kebanggaanku sekaligus menaikkan semangatku untuk terus menapak selangkah demi selangkah ke gerbang kejayaan...

Kami menjunjung pengorbananmu,,
Kami hargai curahan ilmu,,
Kami berikrar terus berbakti,,
Membentuk masa hadapan yang berinovasi...

Kepada mereka-mereka yang berjaya mendapatkan dekan semester 2 hari tue,,tahniah diucapkan...setinggi-tinggi tahniah.......Yang tidak berjaya,,,cuba lagi...peluang untuk berjaya masih terbuka luas...

wasalam.....
gud luck!!!!
Semester 4,,,tunggu aku!!




Saturday, 1 October 2011

me and study 2

Salam.......
Hari ni hari Sabtu bertarikh 1/10/2011...
Sebenarnya tidak ada apa yang ku ingin coretkan di sini tapi....lupakan saja
8 hari la,,,aku akan bertemu Mr Examination........Doakan aku semoga time jawab tue...idea mencurah2 datang,,
Tetapi dalam masa yang sama,,usaha turut diiringi....Bukan sekadar dengan doa sahaja...
Hari Rabu ni ada kelas dengan En Hamran selama 6 jam dan kelas Pn Sha 2 jam....duduk la aku dalam dewan kuliah 1 itu membeku dan terus membeku,,sejuk kot dalam 2...
Aku harap pada hari itu aku sudah bersedia serba sedikit tentang 2 subjek penting itu..
Orang cakap susah nak dapatkan dekan semester ni,,sebab subjek sedikit...Ntah ek,,aku sendiri pun xtahu tapi insyaAllah,akan ku tebus dekan yang aku xdapat semester 2 hari tue...=)...doakan aku ye...
Apa lagi yang ingin ku tulis ni?any idea?adoi mak aiii.......
Ha,,tentang test taxation...huhu,,ntah ape2 aku jawab...keyakinan umpama di bawa angin lalu..
Soalan depan2,,confident je jawab......masuk soalan ke 4,5,6,7...hampehhhh!!!
Berserah saja Anis.......=)
Yang penting final.........
Assignment,,,test,,presentation,,kuiz,,oral test....settle..
Tunggu final je ni...10/10/11-12/10/11
Tentang kehidupan aku plak dengan si dia???huhu
Allhamdullilah..
He is the best for me forever and ever,,,,insyaAllah..=)
Uhhmm......Dah termasuk about my life plak...
k lah,,sampai di sini saja....






Kejayaan itu setiap insan pasti memilikinya.....Tetapi untuk mendapatkannya bukan mudah...
Bertitik tolak dari itu,,kita perlu bersusah payah dahulu....
Dan dengan pastinya kita akan dapat merasai kemanisan itu....
Kemanisan itu adalah kemanisan hakiki bukan kemanisan daripada kepura-puraaan yang kau wujudkan sendiri..
Usaha dari titik peluh sendiri lebih berboloi berbanding usaha yang boleh menjatuhkan orang lain..
Tidak kira menjatuhkan orang dari segi terangan atau secara sembunyi....
............................assalammualaikum..............................
p/s: ala,,KA ni...tdo lg....=)
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)