Wednesday, 19 October 2011

kARYa...

C
uaca pada hari ini nampaknya lebih cerah di ufuk barat. Di sini, Universiti Putra Malaysia cuaca lebih mendung dan matahari kelihatan malu-malu untuk muncul dari kumpulan-kumpulan awan yang berarak. Di dalam asrama mahasiswi kelihatan seseorang pelajar yang masih berbaring di atas katilnya. Matanya tertacap pada alat keluli, kelihatannya seperti membaca sesuatu dan menaip sesuatu. Wajahnya kelihatan murung akhirnya dia meletak kembali alat keluli tersebut di atas katil dan menuju ke bilik air.
“mana mamat ni? Tak nak reply mesej aku ke?” jerit batinnya. Perlahan-lahan dia memulas kepala paip untuk menyucikan diri. Kepalanya berserabut sejak masuk ke semester empat ini. Kadang-kadang terfikir juga untuk berhenti sahaja pembelajarannya. Niatnya untuk belajar bersungguh-sungguh semakin pudar. Semangatnya semakin hilang bagai air yang mengalir keluar dari paip di hadapannya.
“aku tak kuat bila dia tak de!!!” perlahan-lahan air matanya merembas keluar. Jarinya yang lembut terus meraba-raba air mata yang mengalir ke pipi mulus itu. Batinnya terus memberontak keras. Akhirnya hatinya yang keras berjaya juga ditawan oleh seorang lelaki, butir-butir mutiara dari matanya terus mengalir deras. Kini baru dia terasa betapa dia betul-betul menyayangi lelaki itu. Dulu, kata-kata perpisahan sering di minta walaupun bukan acap kali dan lelaki itu masih boleh bersabar dan sehingga kini, kesabaran itu semakin pudar dan hilang. Akhirnya gadis itu duduk dan menekupkan kedua-dua lututnya serta menangis sepuas-puasnya. Laju air matanya sama seperti laju air yang menjirus badannya. Mukanya yang putih bersih menjadi kemerah-merahan akibat tangisan  manakala matanya bengkak setelah selesai mandi. Dibiarkan sahaja dengan wajah itu. Nampak sangat jiwanya begitu sengsara dan terseksa. Akhirnya dia melangkah keluar dari asrama mahasiswi untuk ke kelas. Hari ini dia akan bertemu pensyarah yang digelar ‘lelaki melayu terakhir’ itu lagi. Itu adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan kepada pensyarah itu kerana pendidik itu cukup pakej untuk digelar sedemikian rupa. ‘Primary Crop Production’. Itulah subjek kelas dia hari ini.
“ahhhhhhh!!!!kembalikan mood aku Ya Allah!!!” dia menggenggam kuat tangannya mencari sebuah kekuatan. Berbekalkan semangat daripada ibu dan ayah di kampung akhirnya perlahan-lahan dia mengambil nota apa yang di ucapkan oleh pensyarahnya, Encik Raqib. Sedang dia mendengar dan menyalin nota tiba-tiba
“Nur Faqiah Fatnin.” Nama penuhnya disebut oleh Encik Raqib. Pantas dia menoleh ke arah lelaki itu. Matanya tidak berkelip. Jantungnya berdegup pantas. Jarang sungguh disoal.
“That’s your name right?” mata masih tertacap. Faqiah mengangguk perlahan.
“okey-okey, what you understand about crop production system?” Tanya pensyarah itu perlahan, matanya masih memandang Faqiah. Faqiah terus menyelak-nyelak notanya perlahan.
“close your note!” kata Encik Raqib tapi kedengaran agak kuat. Pantas tangan Faqiah menutup notanya. Tangannya kelihatan menggigil. Hati Encik tersenyum. Lawak dia melihat gelagat anak didiknya.
“last week, I was finished explain about that right? That is simple, but you cannot answer it. Why??” Tanya lelaki itu bertubi-tubi. Faqiah atau Fatnin terus berdiam diri. Dia hendak jawab tetapi banyak pulak lelaki itu bercakap dan bertanya,akhirnya
“Of the seven crops listed, six are annual crops that must be replanted each year (only hay crops would be left in place from year to year). The process of cultivating crops typically begins with tillage of the soil. Although tillage can serve a number of functions within a crop production system, the most fundamental function is to create conditions that will ensure good contact between seed and soil at the time of seed planting and the ready availability of water to the seed during germination. The degree to which the soil is disturbed by tillage prior to seed planting provides a means of categorizing crop production within a range of tillage systems. These systems range from no-tillage in which there is not soil disturbance in a field except during the process of planting a crop to conventional tillage in which multiple tillage operations can extend over many months and take place before, during, and after planting. Crop production systems that involve pre-plant tillage but maintain residues from a previous crop on the soil surface are referred to as conservation tillage practices. Can I continue to explain about benefit of system?” tanya Faqiah, puas hatinya setelah berjaya menerangkan satu persatu tentang apa ditanya tadi. Akhirnya dia berjaya. Encik Raqib di hadapannya terpaku melihat reaksi gadis kecil molek itu. Tidah sangka berani juga.
“sir!” ujar Faqiah lagi sambil memandang lelaki di hadapanya. Encik Raqib terkejut pantas menggeleng terus berlalu. Nur Faqiah Fatnin tersenyum puas. Hatinya kembali tenang. Segala masalah yang menyesakkan kepalanya semakin berkurang.
“Faqiah, you must be strong..” satu suara yang seakan-akan dibawa angin. Tiba-tiba kepalanya mengangguk perlahan..........
Ia akan bersambung...InsYaAllah... sebenarnya dah lama aku tinggalkan ni semua,,dulu...rajin jugak aku menulis tapi sekarang macam dah malas...tapi insyaAllah,,selagi ada idea yang mencurah2,aku akn terus berkarya...

DEBUNGA KASIH tajuk diberi yang menceritakan pengalaman bingkisan hidup Nur Faqiah Fatnin mengharungi liku-liku sebuah kehidupan pada mulanya dia menganggap ia begitu mudah apabila mereka yang tersayang turut bersama memimpin selangkah demi selangkah untuk dia bertapak di alam fana ini...tapi,,dalam sekelip mata mereka yang tersayang itu pergi tanpa meninggalkan sebarang kata putus...



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)