Tuesday, 24 December 2013

strategi lautan biru kebangsaan 8

misi MDAB

Assalammualaikum semua. Maaflah sebab lambat post entry kali ni tapi aku tak salah kan? |huhuhu| Aku dah cakap kan.. Aku tak janji. So tak apalah kan? Biasalah orang bila dah balik rumah, tak kan nak on9 je memanjang. Semalam bas aku |bila masa pulak en abah belikan bas untuk aku?| Okey, semalam bas yang aku naik sepatutnya bertolak pukul9.30 pagi. So dalam pukul9 pagi tu aku dan kawan-kawan siap-siaplah tunggu teksi untuk ke station bus. Tiba-tiba dapat call daripada pemandu teksi yang teksi dia rosak. Aku dah tak tahu dah nak buat apa.. Sekarang dah pukul9.10 pagi, kalau lambat. tak pasal-pasal kena tinggal dek bas. Alhamdulillah. Nasiblah ada classmates aku time tu, tengah tunggu teksi jugak tapi dia nak ke Batu Gajah. So aku mintak tolong diorang je la. Mintak nak tumpang ke station bus. |huhuhu| Sampai je kat station bas, beberapa minit kemudian bas ke utara sampai. |"Aikk! cepat pulak bas ni sampai. Selalunya tunggu sampai sejam."| Masalah. Aku tak boleh naik bas tu lagi sebab tiket aku kat ema, roomate aku. Roomate aku ni pun sama nasib dengan aku lah tadi.. Kan teksi kitaorang rosak. |Confius, bila masa pulak abah kitaorang belikan teksi.| Oleh itu, aku jumpa pemandu bas dan mintak dia tunggu ema dan kawan-kawan lain sampai. Tak lama lepastu, ema dan kawan-kawan pun sampai. Diorang mintak tolong abang kereta sewa hantarkan. |Skema betol karangan aku ni.| -.-"!

Dah habis dah cerita tentang semalam, lagipun bukan niat aku pun nak cerita tentang kisah hidup aku semalam. " Mengubah Destini Anak Bangsa " Korang tahu "destini" tu apa? sebelum ni pun aku tak tahu destini tu apa? Tapi berkat aku join program ni, bukan sekadar perkataan destini je aku tahu maksudnya tapi perkataan-perkataan yang lain pun aku tahu. |hahaha| Tipu je. Destini tu adalah nasib atau takdir. Melalui program ni jugak, aku dapat bukak minda untuk tolong orang melayu. Siapa lagi nak bangunkan orang melayu melainkan orang melayu sendiri.|semangatnya aku!| Tak tahu dah nak cakap apa. Kang nak tulis lebih-lebih. Tak boleh dekat sini. |hahaha| Biar ku pendam sahaja. [^_____^]

Aku dan lapan orang sukarelawan lagi ditempatkan di mukim Sungai Raya. Dalam mukim Sungai Raya tu ada lapan buah kampung contohnya kampung Serdang permai, Kampung Kepayang, Kampung Sengat, Kampung Ular dan kampung apa tah lagi.. Aku dah lupa. Kami semua ada sembilan orang, so tujuh buah kampung akan dapat seorang sukarelawan dan satu kampung dapat dua sukarelawan. Aku ditempatkan di Kampung Kepayang. Kalau korang nak tahu dekat mana, search sendiri (^___-)

Lupa pulak nak bagitahu, pegawai pengiring kitaorang adalah Dr Hasrol Hafiz merangkap pensyarah kitorang kat uitm. Bekerjasama dengan Dr memang best, Seorang yang merendah diri walaupun phd dalam tangan beliau. |macam pelik je ayat aku. huhuhu| Yang penting, pengalaman yang ada dalam dalam diri beliau akan aku pegang sampai bila-bila. Beliau seorang yang suka bercerita, macam-macam cerita diceritakan kepada anak kampung. Aku harap, anak-anak kampung akan buka mata dan minda untuk berjaya. Program MDAB ni adalah program untuk anak-anak kampung yang kurang berjaya dalam spm. Ia adalah program pra diploma, dimana ada dua pra dip.. Pra dip perdagangan dan Pra di sains. Sukarelawan masuk kampung-kampung untuk memperkenalkan program ni lah |kami sedia membantu!| Kami bawak borang MDAB untuk diberikan kepada anak-anak kampung. Kalau korang nak jugak borang ni bukak la laman web uitm, print je borang tu. Kemasukan dia bulan enam dan bulan sebelas. |tak salah kan try?| (*____*)

lupa dah nama tempat ni!
Hari jumaat malam sabtu tu mak ajak pergi amik angah, anak no dua mak. So ikut je la. Anak mak yang bongsu pun ikut sekali. Mak jugak bawak pergi.. Pergi.. Pergi. Tengok lah gambar kat atas ni. Esok paginya sampai tengah hari kena pergi kampung serdang permai sebab ada taklimat tentang program. Balik dari taklimat singgah masjid sebab ada kem motivasi untuk anak-anak kampung anjuran rukun tetangga. Best jugaklah join. Mana tak bestnya, lepas makan makan. Lepas tu makan lagi. Duduk rumah mak dan kampung tu asyik makan je. |lupa nak bagitahu, mak tu merujuk pada mak angkat aku.| Hari sabtu malam ahad tu, ada taklimat lagi tentang MDAB tapi dekat rumah mak je. Ada lah pelajar lepasan spm datang untuk dengar taklimat. Alhamdulillah berkat usaha aku dan ain round perumahan tersebut. Bukan senang kot nak cari pelajar-pelajar ni. Dahla tak kenal lagi kawasan situ. Balun aje lah. Habis taklimat dekat-dekat pukul12, Dr Hasrol pun balik. Memandang malam tersebut malam terakhir dekat rumah mak, aku dan ain amik kesempatanlah untuk tidur lewat. Ingatkan nak berborak, dah anak bongsu mak bagi kerja. Katanya nak buli akak-akak. |hahaha| Dia mintak aku tolong buat sijil untuk budak-budak kem motivasi tadi dan mintak ain buatkan borang soal selidik. So kitaorang ikutkan je la. Mungkin itulah kenangan kitaorang untuk kampung tersebut. Ada jugak kenangan. Kau ada? |hahaha| :D

kem motivasi

Settle sijil dan borang soal selidik hampir pukul3.30 pagi. Memang liat lah nak bangun pagi tu. Mak niat nak bawak kitaorang ke dusun.. Memang tak lah kan kitaorang nak terbangun. Mengantuk sangat-sangat. Maaf mak. |heee| Pagi tu angah tolong buatkan sarapan. Thanks angah.|adik kot.. Boleh pulak kitaorang buli.| Yang penting, family ni memang the best. Ramahnya la. Seronok. Nanti kitaorang datang lagi ye rumah mak. Dan lastly, maaflah menyusahkan mak sekeluarga :')

Alhamdulillah. Misi MDAB berjalan dengan selancarnya dan bagi aku ia berjaya! Yeahh! Okeylah, sampai sini je kot entry kali ini. Jaga Diri. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu abah dan jaga hubungan dengan orang sekeliling ye. Assalammualaikum.


kami bersama ayah nan dan family mak

" Rupanya benda yang kita tak suka tu lah yang membawa kita kebahagiaan. 
Terima kasih MDAB. Terima kasih uitm <3 "

Sunday, 22 December 2013

esok


Esok je la ye aku update tentang MDAB UiTM Perak selama 3hari 2malam tu. InsyaAllah. Tu pun kalu aku rajin. Tak janji tau. Assalammualaikum :)

Friday, 20 December 2013

360 darjah berubah.

gambar dalam cermin pun boleh jadi (:
Kenal tak? Kenal tak? Kenal tak? Kalau orang yang ikut perkembangan aku.. Cehh perkembangan. Tak boleh blah ayat. Dia kenal siapa orang yang dalam gambar ni. Tapi bagi yang tak kenal.. Cer tengok balik entry aku yang dulu. Dan korang akan tahu siapa dia dalam hidup aku (^____^)

Apa-apa pun didoakan yang terbaik untuk dia. InsyaAllah. Semoga menjadi hamba yang taat kepada Pencipta. Anak yang soleh. Abang yang bertanggungjawab. Amin.

A : Sampai bila awak akan sayang saya?
B : Sampai matahari jadi warna pink :)

B : Sampai bila awak akan bersama dengan saya?
A : Sampai seven eleven tutup :D

Fi Hifzillah encik tunang <3


Sunday, 1 December 2013

deep heart


To my deep heart :

Katakanlah ;
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan semesta alam 

Berubahlah sayang. Berubah.
Semoga kamu akan beroleh ketenangan. InsyaAllah.

Sayang,
Allah dah beri petunjuk
cuma
kamu mahu ikut atau tak.

Berubahlah.
Ada jodoh tak ke mana.
InsyaAllah.
Fikir positif.
Jangan takut.
Jangan runsing.

Kuatkan semangat.
Kuatkan kesabaran.
Terimalah.
InsyaAllah.
Kamu akan berjaya melawan nafsu.

Fikirkan kenapa dia boleh berubah sedangkan kamu tak boleh?
Kamu pasti boleh sayang.

From your's roh :
ia milik Allah.
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)