Sunday, 26 March 2017

Marching March Giveaway

MARCHING MARCH GIVEAWAY

MARCHING MARCH GIVEAWAY 10hb-30hb March 2017



JOIN MARCHING MARCH GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk MARCHING MARCH GIVEAWAY
2. Ikuti syarat lain seperti entry SINI.
3. Letakkan link entry korang di SINI.

Pencarian bloglist CikJaja bagi Apr dan May

Klik Sini

Syarat nak join pencarian ni senang jeee:

1. Ehem, mestilah kena follow blog cikja.

2. Follow instagram @smshandcraft (ada chance tinggi ni) 
  * kalau tade insta, mention ye dalam post!

3. Tag kawan blogger at least 4blogger sahaja! 

4. Tajuk entry mestilah "Pencarian bloglist CikJaja bagi Apr dan May"

5.  Link kan blog cikja pada banner and copy balik syarat-syarat ni, okay? 

Saturday, 25 March 2017

Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco

Klik Banner
Jom ramai ramai join Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco ^^ Jom kite support blogger Elsa dan perniagaan adik beliau. Jom laa :D Akan tamat pada 15 April 2017. Good luck! ^^

Ig : anis_khalilah
email : annyss_annyssa@yahoo.com

Blog Giveaway by RII

Klik Banner

Korang kena join blog giveaway ni.

Sebab apa?

Satu. Syarat sangat mudah

Dua. Boleh tambah follower

Tiga. Boleh berkenalan

Empat. Rapatkan silaturrahim

Lima . Hadiah memang best

So, tunggu apa lagi?? Jom ramai ramai join.

Tamat : 1 April 2017

Selamat maju jaya! ^^

Mystery Giveaway 2017 oleh Airah Syahirah

KLIK BANNER 

Assalammualaikum dan haiii semua ^^ Alhamdulillah. Berkesempatan jugak untuk join giveaway blogger Airah Syahirah nih. Kalau tidak disebabkan blogger kite ni tak lanjutkan tarikh tamat giveaway ni, mesti Anis tak berpeluang untuk join. Thanks sis Airah ^^

Syarat syarat untuk join adalah sangat mudah dan syarat no 3, blogger kite ni minta untuk memberitahu first impression apabila tengok blog beliau. |hahaha| Agak agak apa dalam otak Anis apabila kali pertama tengok blog sis Airah kite ni?

Serius, kali pertama tengok je blog blogger Airah Syahirah ni.. Anis dah lupa apa perasaan Anis sebab selalu jugak Anis singgah blog beliau. Cuma haritu, tengok giveaway ni tapi rasa macam tak sempat je nak join sebab kerja banyak, maklum la student |hihihi| So terpaksa ku relakan je la tak join giveaway menarik dari blog sis Airah T.T

Tapikan, 

Anis suka sangat susun atur apa yang ada dalam blog blogger Airah Syahirah. Sebab apa? Sebab nampak kemas. Tak la crowded sangat. Okay, warna pun memainkan peranan yang penting tau. Blog blogger Airah Syahirah menggunakan warna putih sebagai latar. Perfect! Sebab tu bila kunjungi blog beliau nampak macam tak serabut. Guna pun dua warna je kan? Yes. Memang nampak  simple (^____^)

Sebenarnya, Anis tak pandai sangat pun nak tengok dan nak bezakan yang mana blog yang cantik, kemas dan sebagainya. Tapi bila mata memandang tu dan sejuk je tengok, bermakna blog tu memang kena la dengan hati dan perasaan Anis. Cehhhh!! |hahaha| Btw sis Airah Syahirah, Anis memang suka blog sis sebab ia mendatangkan aura positif dan entry pun menarik :)

Kawan kawan yang lain, jom la kita support blogger Airah Syahirah ^^ Apa kata, korang pun share la first impression bila tengok blog penganjur. Tapi Anis yakin, uolls pun mesti setuju dengan first impression Anis ni. Cayaaa lahhh! Tamat pada 31 Mac 2017. Good luck! :D

Sunday, 19 March 2017

Giveaway : Link With Me

 Klik Banner
Klik Banner

Jom ramai ramai join. Tamat pada 24 Mac 2017. Good luck! ^^

Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita

Klik Banner

Jom ramai ramai join. Tamat pada 21 March 2017. Selamat bersegmen ^^

GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM

KLIK BANNER

Jom ramai ramai kita support blogger kita ni . Selain itu kita akan dapat mengerat hubungan silaturrahim antara satu sama lain . InsyaAllah. Hadiah yang menarik menanti anda . Syarat pun senang je untuk join. Jangan lepaskan peluang okay. Tamat pada 26 March 2017, pukul 11.59 malam. Good luck ^^

Uyul Rosli 1st Giveaway

Klik Banner

Jom ramai ramai join .

Syarat yang sangat mudah untuk join. .

Hadiah yang sangat menarik .

Dapat menambah follower .

Tamat pada 24 March 2017 . 11. 59 pm

Good luck! ^^

Saturday, 18 March 2017

Ekspo Selangkah ke Uitm : Seri Iskandar, Perak

Dewan Seri Iskandar, Uitm Perak

Assalammualaikum dan hai hai semua ^^ Alhamdulillah, selesai sudah untuk Ekspo Selangkah ke Uitm harini. Esok ada lagi tau, kepada sesiapa yang tak pergi lagi tu.. Boleh la pergi esok untuk survey survey program yang ada di uitm. Harini, pengunjung memang ramai tapi bila makin petang, dia semakin berkurang la tapi alhamdulillah, setiap booth yang aku tengok, mesti ada orang melawat dan bertanya tentang program tersebut. Tapi kebanyakan yang ramai orang melawat tu of course la booth course architecture. Sebab apa? Kat booth dorang memang menarik dengan gambar lukisan, model dan macam macam lagi la. Aku pun boleh tertarik untuk ke booth tersebut ^^

Buat pengetahuan semua, booth course dari uitm Tapah juga menyertai kami di sini. So memang gamat la suasana kan. Dengan ramai orang dari kalangan ibu bapa, ahli keluarga dan pelajar lepasan spm. Tahniah buat mereka yang sudah menghadirkan diri ke sini, semoga ilmu yang dapat harini dijadikan satu ilmu untuk memilih program suatu hari kelak. Aku malas nak taip banyak banyak, jom tengok gambar yang aku ambil time dalam dewan tadi (^______^)










Sebenarnya, banyak booth tapi aku pun tak ingat apa nama booth tersebut |hahaha| Dua kali jugak aku masuk dewan sebab saja nak jalan dalam tu sambil sambil tengok tengok orang. Tapi bagi pendapat aku la kan, ada bagus jugakla uitm buat ekspo macam ni, sekurang kurangnya bakal mahasiswa tu tahu la kan serba sedikit tentang course yang mereka nak ambik. Tak ada la tertukar kefahaman antara course estate management dengan course plantation :p excuse me, lain kot estate management dengan plantation. Dalam bahasa melayunya, pengurusan hartanah vs perladangan. Baik baik sikit ye siapa yang cakap estate management sama dengan plantation. Haa.. Hakak marah ni sebab hakakk elegy sikit dengan sesiapa yang course plantation. Adoii kerana nila setitik habis susu sebelanga :|

Okay la, jom tengok gambar lagi. Sebenarnya tak tahu nak cerita apa lagi. So, model ni dijemput khas untuk blog antara aku dan kau tau |hahaha| Tak kan aku sendiri nak jadik model kan, so tarikla Ain ni jadi model tak berbayar. Dia pun dengan rela hati tersengih la time kiteee snap gambar dia |huhuhu| Jom kita layan gambaq :)









Actually, aku bukan sibuk kat booth pun tapi aku sibuk kat luar dewan dengan berniaga. Tapi kalau nak terang serba sedikit dekat orang tentang pengurusan hartanah, insyaAllah.. Boleh :) |hahaha| Confident beb :p Apa yang aku dan kawan kawan sekelas buat kat sini? Semalam aku dah bagitahu kan, kami niaga dibawah kelab myagrosis.. Disebabkan hasil agro kami iaitu cili in producing, so tak ada la produk cili untuk dijual.. Kami pun jual benda yang simple tapi mendapat permintaan yang tinggi. Contoh air, Sosej, kuih muih, keropok lekor, roti sosej, buah potong, dadih dan spegetti. Alhamdulillah, permulaan niaga memang amat membanggakan. InsyaAllah, moga ia membawa keuntungan la hendaknya. Kepada sesiapa yang nak datang untuk ekspo selangkah ke uitm esok, jom la support kami jugakkk (^___-)








Dahla kot untuk entry kali ni, nak upload gambar pun, line slow.. Stress giler |huhuhu| So terima kasih untuk semua yang terlibat. InsyaAllah kerjasama yang terjalin ini akan membawa satu hubungan yang lebih akrab untuk masa masa kan datang ni. Good job team! Alhamdulillah ^^ Esok satu group lagi akan bertugas untuk perniagaan kelas kami. Good luck untuk esok, insyaAllah.. Mudah mudahan makin bertambah pengunjung. Okayla, jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu. Jaga hubungan dengan orang sekeliling, insyaAllah.. Akan tenang hidup tu. Selamat malam. Assalammualaikum! ^^




Depan : Fyka, ridzuan
Belakang dari kiri : Sha, Anis, Gee, Ain, Aada, Aina, Balqis dan Faa
Belakang sekali : Rara dan Mas
Tidak dapat dikesan : Herry

Friday, 17 March 2017

Ekspo Selangkah ke UiTM 2017


" Penganjuran ekspo akan membolehkan bakal mahasiswa mendapatkan maklumat terkini mengenai program yang ditawarkan oleh UiTM dengan lebih dekat. Secara tidak langsung, ini akan memberikan gambaran awal mengenai pengajian yang akan diikuti mereka seterusnya menrencanakan masa depan ke arah peluang kerjaya yang lebih cerah. Oleh itu kami mensasarkan kira kira 20,000 pengunjung khususnya dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan program matrikulasi untuk turut hadir, " menurut Naib Cancelor UiTM, Datuk Dr. Hassan Said.

Assalammualaikum dan hai hai semua ^^ Alhamdulillah, malam ni aku gagahkan diri jugak untuk update entry yang aku rasa penting jugak untuk maklumat orang ramai dan sebagai mahasiswa UiTM juga, aku rasa ada tanggungjawab jugak untuk promote UiTM kepada warga bumiputera. Seriously, first tu aku tak tahu pun tentang ekspo ni tapi disebabkan kelab myagrosis ada ambil bahagian time ekspo ni. So aku pun tahu la. Sedih kan? Apa yang berlaku dalam UiTM sendiri pun tak tahu T.T 

So untuk makluman semua, Ekspo Selangkah ke UiTM 2017 kali ini telah diambil bahagian oleh 24 fakulti daripada 13 cawangan serta turut disertai oleh kira kira 11 pusat akademik di bawah UiTM. Pehhhh. Mesti lagi meriah tahun ni. Ni rasa macam tak sabarnyeee |hahaha| Okay, pada tahun ini juga, UiTM turut menawarkan 5 program baru bagi diploma dan 9 program bagi pengajian peringkat sarjana muda. So kekosongan semakin bertambah!!! 32, 000 kekosongan bagi pelajar diploma dan asasi 2017 dan 19,000 bagi sarjana muda (^_______^)

Korang mesti nak tahu kan apa program terbaru yang ditambah tu? Bagi peringkat diploma adalah program diploma akuakultur, filem, penulisan skrip, teater dan pengurusan seni. Bagi peringkat sarjana muda pulak adalah sarjana muda sains teknologi pembinaan, sains pengajian tani, pengarah filem dan penulisan skrip. Berminat ke? Jangan lepaskan peluang anda okay. Selalunya, kalau kita minat program tersebut, insyaAllah boleh bawak sehingga ke akhirnya. Chaiyokkk! Betul, kiteee study di UiTM ni dah nak hampir 5 tahun dah. Alhamdulillah. Yang penting usaha, takwa, mulia :D

Sebelum pi Ekspo Selangkah ke UiTM 2017 ni, sila sila semak tarikh, mana tahu tersalah tarikh.. Nanti masuk UiTM senyap sunyi je. Yang aku tahu, macam UiTM Seri Iskandar, Pulau Pinang start 18 dan 19 March 2017. Yang Kampus Samarahan start dari 17, 18 dan 19 March 2017. Then UiTM Shah Alam 25 dan 26 March 2017. Gerenti punya kat Shah Alam nanti ramai orang datang. Lupa pulak, untuk warga kedah, 18 dan 19 March 2017 bolehla p terjah Star Parade, aras 4 okay. Jangan sesat pulak |hahaha|

Alor Setar, Kedah


Seri Iskandar, Perak

Kampus Samarahan, Sarawak


Shah Alam, Selangor


Sila rujuk untuk warga Shah Alam!

Result SPM baru keluar tadi, Tahniah buat semua adik adik yang berjaya dan yang kurang berjaya tu, jangan sedih rezeki ada di mana mana. Kadang kita tak tahu pun sebenarnya rezeki kita pada masa hadapan tu macam mana. Jangan risau, perjalanan anda semua baru bermula dan sebagai hakakk yang terlebih makan asam garam dalam hidup ni ingin mengucapakan selamat datang dan semoga berjaya menempuhi liku liku sebuah kehidupan. Zaman sekolah dan zaman kampus lain. Serius memang lain. Tapi tu kan, kena tempuhi jugak. Tadi tengok result student SPM, pehhhh.. Terbeliak jugak bijik mata, Staright's 10A, straight's 9A yang lain Bplus, 6A.. Ehhh, korang makan apa hah? Sampai bijak macam tu sekali. Btw Tahniah! Ringan ringankan kaki la ke ekspo yang UiTM anjur ni. Pergi la survey survey program, mana tahu terbekenan ke (^____-)

Yang dah ready untuk p ekspo tu, apa kata anda semak dulu keputusan peperiksaan SPM, STPM atau Matrikulasi di SINI untuk mengetahui kelayakan program anda semua sebelum memilih program yang sesuai okay, nanti tak ada la tersalah pilih macam aku dulu. Aku dulu memang la tak dapat masuk UiTM sebab tersalah pilih program. Tu la kan, ilmu tu penting. So kepada ibu bapa juga, jangan stress stress, jom kunjungi ekspo UiTM yang berdekatan, boleh dapatkan khidmat nasihat daripada pakar di sana. InsyaAllah, mereka boleh bagi khidmat nasihat yang terbaik buat anak anak anda :)

Kepada sang anak, please respect ibu dan ayah anda. Mereka mahukan anda berjaya. Kadang tengok, ibu ayah beriya iya nak anak masuk universiti tengok program itu dan ini tapi anak buat tak endah pun. mungkin dah tak nak belajar kot atau tak minat program yang ditawarkan. Ntahla. Tapi itu la, tak kenal maka tak cinta. Mana tahu terjebak dengan cinta kampus |hohoho| Dahla, malas nak melalut panjang panjang. Esok kelas pukul 8 pagi! Assalammualaikum dan selamat malam! ^^

JUMPA DI SANAAAAAAA!!!!!!

UiTM Seri Iskandar, Perak

18 dan 19 March 2017

Tuesday, 14 March 2017

Journey 12 - Selangkah lagi ke gerbang perkahwinan

Sumber - Google :)

Assalamualaikum dan haiiii semua ^^ Pertama sekali mintak maaf sangat sangat sebab tak rajin dah update. Biasa la kan, semester baru pun dah bermula dan dah start belajar pun T.T Tak boleh dahla nak berjimba jimba. So dah masuk dua minggu dah aku kat perak ni dan dah kelam kabut nak hantar chapter satu untuk projek tahun akhir. Apa apa pun semoga dipermudahkan segalanya. Amin ^^

So berkait balik dengan tajuk di atas.. Alhamdulillah, aku dah ada sijil kursus pra perkahwinan!! Yeayyy! Actually itu je yang nak ceritanya |hahaha| Memang niat di hati, semester ni nak pergi kursus pra perkahwinan dekat dekat dengan seri iskandar sebab semester lepas, tak jadi nak buat kursus ni. So search la google, cari kat facebook semua. Memang ada kursus pra perkahwinan tapi tarikh pulak tak link dengan kelapangan yang aku ada. lepastu malasla nak fikir sebab tak ada pun masa yang sesuai untuk masa terdekat T.T

Then malam tu, fyka.. Roomate aku tiba tiba ada bagitahu yang jabatan agama islam perak ada anjur kursus pra perkahwinan sabtu dan ahad ni [11 dan 12 mac 2017], aku pun excited la, sebab ingat memang tak jadi dah buat semester ni, redha je la first tu. Tup tup bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Terus aku suruh ain whatsapp orang yang berkenan untuk kursus ni. Bayaran kursus perkahwinan di negeri perak ni RM100 termasuk buku macam dalam gambar tu, notebook, pen, dan beg serta makanan untuk breakfast dan lunch. Termasuk jugak sijil la :D

Hari pertama tu ada enam modul dan hari kedua ada empat modul. Semua sekali ada sepuluh modul |hahaha| memang pack kepala otak. Hari pertama tu pukul 7.30 pagi memang dah gerak ke tempat kursus tu sebab nak daftar dan bayar lagi RM50. Sebab hari sebelumnya, aku just bayar RM50 untuk deposit sahaja. Okay, pukul8 settle dah semua. 8.30 pagi start dah modul yang dimulakan dengan aqidah seterusnya ibadat, then procedure perkahwinan .. sehingga habis modul ke enam. Pukul10 pagi ada breakfast dan pukul1 lunch dan solat. Start balik pukul2 sampai pukul6 petang. Hari pertama tu memang lewat habis. Kebas punggung kot ^^ 

Hari kedua, memang tough gila buat aku dan partner aku |hahaha| Tahu tak kenapa? Hari ahad tu teksi tak mula kerja lagi pagi pagi. Habis segala teksi partner aku call tapi semuanya bagi feedback yang mengecewakan. So keputusannya, jalan kaki je la pergi tempat kursus tu. Nasibla tempat kursus tu belakang uitm je. Tu pun berpeluh jugak ketiak, nasib tak masam je :p Kami gerak dari bilik pukul 8.05 pagi dan sampai tempat kursus tu dalam pukul 8.25 pagi.. Laju jugak tu berjalan. Actually start kursus pukul 8.30 pagi. So sampai sampai tu, terus start modul ke tujuh iaitu berkaitan kesihatan. Then breakfast.. Lepastu sambung modul pengurusan tekanan, kominikasi dan pembubaran pernikahan. lebih kurang macam tu la. Alhamdulillah, selesai satu hari lagi dan aku dan partner berjaya dapatkan sijil. Yuhuuuu!! :D

Hari kedua kursus tu balik awal dan tak rasa sangat penat. Sempat lagi p billion tau |huhuhu| Apa yang aku dapat dari kursus pra perkahwinan? Of course la ilmu tentang perkahwinan tapi kalau boleh, kena cepat cepat kawen, so tak la lupa apa yang dah belajar tu. Alhamdulillah. Moga moga ilmu tu berkat buat aku dan partner. InsyaAllah. Mesti korang tertanya tanya siapa partner aku kan? Aku pergi dengan kawan baik aku la, Ain. Kalau khairil tu dia dah ambik dah kursus pra perkahwinan tahun lepas kat kluang. Dia lebih pantas dari aku tau :p

So lepasni, kami kena lebih efficient dan lebih pantas la untuk ke procedure seterusnya. InsyaAllah. Lagipun, time kursus ada ustaz tu bagitahu procedure tentang borang apa yang diperlukan dan macam mana nak urus bila pasangan berlainan negeri. Harap khairil pun faham la procedure yang kena buat tu. Okay la kot entry kali ni tentang pengalaman kursus pra perkahwinan. Korang punya pengalaman macam mana pulak? Share share la. Mesti lagi menarik kan? :)

Sekian sahaja, jaga diri anda.. Jaga hubungan dengan Allah, Jaga solat.. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu.. Jaga hubungan dengan orang sekeliling.. InsyaAllah, Selamat hidup anda semua di dunia dan di akhirat. Assalammualaikum dan selamat malam. Daaaaa ^^

Friday, 3 March 2017

Suka Duka Februari 2017



Assalammualaikum dan haiii semua ^^ Alhamdulillah, curi masa sekejap untuk update blog, lepas ni tak tahu la bila pulak boleh update. Cepat betul masa berlalu. Januari, Februari.. Kejap je habis satu bulan dan satu bulan. Apa tah aku buat kat rumah. March, semester baru bakal menjelma.. Uhhh. Cepat betul masa berlalu. Aku kena balik semula ke gurun sahara tu. Walau rasa pahit, kaki ku tetap kena melangkah. InsyaAllah.. Hujung tahun ni, awal tahun 2018 sikit, habisla degree aku nih. Allah. Permudahkan segalanya urusan ku bersama kawan kawan ini. InsyaAllah :')


Februari? Apa yang istimewa Februari? Februari ini mengungkap segala galanya dalam hidup aku. Rupanya dalam Februari banyak jugakla coretan dan cebisan kenangan yang akan ku ingat sampai bila bila. Banyak yang berlaku dalam Februari ini cuma aku je la antara ingat atau tidak. Andai aku ingat tu, ia memberi kesan la tu dalam hidup aku. Korang pun pernah rasa kan? ^^


Antara aku paling ingat dalam Februari ni adalah, aku kehilangan seorang lagi sepupu dan sampai sekarang aku pun tak tahu ia still bermain main lagi dalam ingatan. Semoga roh beliau berada dalam kalangan orang yang beriman.. InsyaAllah. Bangun pagi tu, aku dapat berita tapi perasaan aku, aku tak tahu nak cerita macam mana. Mungkin aku masih terkejut. Memang aku akui, sebelum kejadian, aku mimpi pelik pelik tapi aku buat tak tahu je sebab malas nak fikir. Aku cuma cerita pada masturah je. Bila dah berlaku kejadian tersebut, masturah ingatkan aku kembali pada mimpi tersebut. Aku pun.. Mungkin itu petanda T.T


Februari jugak mengajar aku bersyukur. Sebab apa? Sebab selama ni aku tak pernah bersyukur sebab dapat contact khairil hari hari, bila Allah uji tak dapat contact, hambikk kau. Empat nak masuk lima hari jugak tak dapat contact. Kalau rumah kat sebelah, aku kelui ja nama dia. Ni sorang kat selatan, sorang kat utara. Macam mana? Doa je la banyak banyak. Moga moga selamat la hendaknya. Tapi aku ni suka betul fikir negatif lepastu melalut lalut la fikir. Bukan apa, risau. Padahal khairil dah besar panjang dah.. Pandai pandai la dia bawak diri. Keesokkan hari, serius tak boleh fikir dah nak buat macam mana memandangkan aku call dia, memang tak dapat.. Langkah terakhir, aku tetap kena bagitahu ibu dia. Hati ibu kan, semua jadi mudah. Khairil dapat dihubungi melalui handphone makciknya.. Kebetulan ketika ibu call makcik khairil, khairil ada bersama makciknya. Bila aku dapat tahu je.. Fuhhh, rasa diri ni ringan je. Segala serabut otak dan beban di bahu semua jatuh. Syukur sangat :)

Dalam bulan Februari jugak, result semester empat aku keluar. Syukur ^^ sebab Allah bantu untuk aku kecapi apa yang aku nak. Alhamdulillah. Usaha bukan setakat itu saja, kena lagi kuat untuk dapat yang lagi baik di samping doa. InsyaAllah. Alhamdulillah, sepanjang cuti semester, rezeki tak pernah putus walaupun hujung semester haritu duit dah paras paras hidung |hahaha| Time cuti biasa la, nak makan itu ini, topup lagi.. Duit kan tu kena keluar? Tapi alhamdulillah.. Aku berasa cukup apa yang aku ada. Terima kasih kepada semua. Syukur. menang contest, menang giveaway.. February boleh dikatakan murah betul rezeki. Mungkin kerana aku apply konsep rezeki semuanya bukan milik aku tetapi sebahagian rezeki adalah milik orang lain. Korang pun, boleh try konsep nih |hihihi| ;)

Proposal untuk fyp jugak banyak aku pulun dalam bulan Februari. First tu aku hantar tajuk lain, second aku hantar tajuk lain sebab tajuk pertama aku tak berapa faham sangat |hahaha| Alhamdulillah, tajuk kedua, tempat tu aku buat di tapak pembinaan. Mohon sado la hati ni ^^ Buat kerja mana ada senang, stress jugak memikir sebab berkali jugak hantar sebab salah.. Banyak betul sebabnya kan :D Tapi memang salah aku pun sebab aku tak faham konsep. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya akhirnya. Cuma kena rajin usaha dan berdoa je ^^

Harapan untuk bulan bulan akan datang, moga Allah permudahkan perjalanan hidup aku, andai aku jatuh.. Moga Allah kuatkan untuk aku bangun dan berjalan semula. Jauhkan aku dari berputus asa. InsyaAllah. Mohon doa kalian juga buat aku, semoga dipermudahkan semester baru aku ni. Terima kasih buat semua. Okay la, cukup dulu sampai di sini. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu serta jaga hubungan dengan orang sekeliling. Assalammualaikum dan selamat malam ^^


*** Boleh balik perak dengan senang hati dah kot sebab semua kemahuan hati encik abah dan puan ibu dah turutkan... Especially mee rebus tulang, famous sampai masuk facebook, dah banyak kali aku makan mee rebus ni tapi tak pernah puas. Sedap sangat. Terima kasih encik abah dan puan ibu. Alhmdulillah. Lepastu dah balik perak, nak lagi makan something.. Beginilah manusia bernama anis khalilah ni |hahaha|


lebih kurang macam ni la - sumber encik google ^^

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)