Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Saturday, 18 March 2017

Ekspo Selangkah ke Uitm : Seri Iskandar, Perak

Dewan Seri Iskandar, Uitm Perak

Assalammualaikum dan hai hai semua ^^ Alhamdulillah, selesai sudah untuk Ekspo Selangkah ke Uitm harini. Esok ada lagi tau, kepada sesiapa yang tak pergi lagi tu.. Boleh la pergi esok untuk survey survey program yang ada di uitm. Harini, pengunjung memang ramai tapi bila makin petang, dia semakin berkurang la tapi alhamdulillah, setiap booth yang aku tengok, mesti ada orang melawat dan bertanya tentang program tersebut. Tapi kebanyakan yang ramai orang melawat tu of course la booth course architecture. Sebab apa? Kat booth dorang memang menarik dengan gambar lukisan, model dan macam macam lagi la. Aku pun boleh tertarik untuk ke booth tersebut ^^

Buat pengetahuan semua, booth course dari uitm Tapah juga menyertai kami di sini. So memang gamat la suasana kan. Dengan ramai orang dari kalangan ibu bapa, ahli keluarga dan pelajar lepasan spm. Tahniah buat mereka yang sudah menghadirkan diri ke sini, semoga ilmu yang dapat harini dijadikan satu ilmu untuk memilih program suatu hari kelak. Aku malas nak taip banyak banyak, jom tengok gambar yang aku ambil time dalam dewan tadi (^______^)










Sebenarnya, banyak booth tapi aku pun tak ingat apa nama booth tersebut |hahaha| Dua kali jugak aku masuk dewan sebab saja nak jalan dalam tu sambil sambil tengok tengok orang. Tapi bagi pendapat aku la kan, ada bagus jugakla uitm buat ekspo macam ni, sekurang kurangnya bakal mahasiswa tu tahu la kan serba sedikit tentang course yang mereka nak ambik. Tak ada la tertukar kefahaman antara course estate management dengan course plantation :p excuse me, lain kot estate management dengan plantation. Dalam bahasa melayunya, pengurusan hartanah vs perladangan. Baik baik sikit ye siapa yang cakap estate management sama dengan plantation. Haa.. Hakak marah ni sebab hakakk elegy sikit dengan sesiapa yang course plantation. Adoii kerana nila setitik habis susu sebelanga :|

Okay la, jom tengok gambar lagi. Sebenarnya tak tahu nak cerita apa lagi. So, model ni dijemput khas untuk blog antara aku dan kau tau |hahaha| Tak kan aku sendiri nak jadik model kan, so tarikla Ain ni jadi model tak berbayar. Dia pun dengan rela hati tersengih la time kiteee snap gambar dia |huhuhu| Jom kita layan gambaq :)









Actually, aku bukan sibuk kat booth pun tapi aku sibuk kat luar dewan dengan berniaga. Tapi kalau nak terang serba sedikit dekat orang tentang pengurusan hartanah, insyaAllah.. Boleh :) |hahaha| Confident beb :p Apa yang aku dan kawan kawan sekelas buat kat sini? Semalam aku dah bagitahu kan, kami niaga dibawah kelab myagrosis.. Disebabkan hasil agro kami iaitu cili in producing, so tak ada la produk cili untuk dijual.. Kami pun jual benda yang simple tapi mendapat permintaan yang tinggi. Contoh air, Sosej, kuih muih, keropok lekor, roti sosej, buah potong, dadih dan spegetti. Alhamdulillah, permulaan niaga memang amat membanggakan. InsyaAllah, moga ia membawa keuntungan la hendaknya. Kepada sesiapa yang nak datang untuk ekspo selangkah ke uitm esok, jom la support kami jugakkk (^___-)








Dahla kot untuk entry kali ni, nak upload gambar pun, line slow.. Stress giler |huhuhu| So terima kasih untuk semua yang terlibat. InsyaAllah kerjasama yang terjalin ini akan membawa satu hubungan yang lebih akrab untuk masa masa kan datang ni. Good job team! Alhamdulillah ^^ Esok satu group lagi akan bertugas untuk perniagaan kelas kami. Good luck untuk esok, insyaAllah.. Mudah mudahan makin bertambah pengunjung. Okayla, jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu. Jaga hubungan dengan orang sekeliling, insyaAllah.. Akan tenang hidup tu. Selamat malam. Assalammualaikum! ^^




Depan : Fyka, ridzuan
Belakang dari kiri : Sha, Anis, Gee, Ain, Aada, Aina, Balqis dan Faa
Belakang sekali : Rara dan Mas
Tidak dapat dikesan : Herry

2 comments:

  1. bila tengok gambar minuman tu..erhmm..terus haus tekak..hohoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengancam kan? Haha. Tarikan tu sis ^^

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png