Assalammualaikum kawan-kawan? Sihat? Harap semuanya sihat dan ceria-ceria hendaknya. Alhamdulillah. Segala dugaan dan cabaran itu datang daripadaNya. So, terimalah dengan hati yang terbuka. R to the E to the D to the H to the A. REDHA okeyy. Senyum itu penawarnya :]
Segala nasihat itu, sebenarnya aku peringat untuk diri aku juga. Manusia, semuanya lemah. Adanya kekuatan itu pun kerana Allah. Darinya Allah. So, jangan angkuh dan sombong sangat. Ingat tue. Hari demi hari, semoga Allah terus kuatkan hati aku untuk menjalani kehidupan dengan lebih bersemangat. Usah ungkit dan ingat lagi kisah lalu. Telah ku buang jauh. Jauh dari pandangan mataku. Mungkin jauh dari hatiku.
Novel ini yang buat ayatku lebih berbunga-bunga :] Buat pengetahuan semua, pembacaan novel itu makin hampir ke garisan penamat. Mana tak nye, mengadap novel itu saja,, almaklum la novel pinjam kan. Kena cepat-cepat la habiskan pembacaan tue. Diari Cintaku. Ayat dalam tue memang. Memang mengimbau kisah lama. Mengingatkan kembali sejarah itu. Sejarah yang buat aku fikir bukan sejenak tapi sejam. Dua jam. Tiga jam. >.< |melampau la tue| Baguskan, dah nak test still mengadap novel.
Bercinta boleh tapi jangan abaikan pelajaran tue, sudah acap kali aku cuba ingatkan pada diriku. Ya, tiap-tiap malam. |macam tipu je| Apa-apa pun pelajaran itu penting. Anis, ingat ye. Bercinta, berkasih, bersayang lama mana pun, ia bukan penentu kebahagiaan kita. Aku serik kot. Serik. Berapa kali aku nak ulang. Tapi tiada impak pun untuk aku bercinta atau menyayangi insan lain untuk kedua kalinya. Oleh itu, sifat berhati-hati itu masih kuat di lubuk hati ini. Serius. Bukan tak percaya tapi itu la,, takut dipermainkan lagi. InsyaAllah. Biarlah sekali dipermainkan untuk seumur hidup ini. Walau sekali dimainkan tetapi luka didalam hati mengambil masa bertahun-tahun untuk menyembuhkannya. Usah berani menyentuh hati seseorang jika tidak bersedia membahagiakannya.
Bukan aku menolak takdir untuk bercinta lagi. Bukan. Bukan. Tetapi sifat berhati-hati itu masih menguasai hati ini. Sekarang ni, apa yang aku buat.. Betulkah?! Mesej? No. No. No. Call? Lagila No Way. So, berdiam lagi baik daripada bercakap. Betulkan. Tapi. Jalan itukah yang terbaik? Aku buntu. Mintak la petunjuk daripadaNya. The best answer. Biarla. Biarla masa yang menentukan segala-galanya. Egokah kami? Ya, kami memang ego. Lumrah sebuah kehidupan. Lumrah sebuah percintaan. Acap kali, Maaf. Maaf. Maaf. Tapi sampai bila? Ya, harga sebuah kemaafan itu, apa la sangat. |aku la tue| Kadang-kadang, malas dah nak mintak maaf. Berputus asa kah aku? Hati ohh hati, kau saja ada jawapannya. Hati ohh hati kau saja yang boleh mentafsirkan segalanya.
" Kalau boleh, tolonglah jangan tambah masalah. Letihlah." Okey-okey. Tiada masalah lagi selepas ini. InsyaAllah. Biarlah terus menyepi. Itu lagi baik. Bukan merajuk habis. Bukan juga marah habis tetapi mungkin itu yang baik. Lagi baik. Lagi mudah. Lagi selesa. Tak serabut. Tak letih. Macam-macam lagila. Aku pun tahu letih beb.
Memiliki seladang cinta yang subur dan mekar. Selautan kasih yang airnya sentiasa membasahi danau agar tidak kegersangan. Itula cinta yang didambakan setiap insan tidak terkecuali aku. Aku. Aku. Aku. Lastly, maafkan aku.