Tuesday, 24 April 2012

6th International Real Estate Research Symposium IRERS 2012.



Assalammualaikum ya kawan-kawan. Tak kira di mana kamu-kamu berada :] Hari ini hari Selasa bertarikh 24 April 2012 telah berlangsungnya International Real Estate Research Symposium IRERS 2012 di Dewan Jubli Inspen Kampus Dua. Gempak dan gah giler majlis. Biasala peringkat international, memangla mereka-mereka berusaha sedaya upaya untuk buat majlis yang terbaik. Apa-apa pun, setinggi-tinggi tahniah. Yang seronoknya, kami para senior DITAJA. Untungla badan kan. Rezeki jangan ditolak :)


Apa itu IRERS? |hahaha| aku pun tak tahu. Yang penting, bila dah dengar-dengar mereka-mereka membebel buat pembentangan, serba sikit aku makin faham. Bertuahnya dapat join. Bukan senang tau. Hanya orang bertuah itu sahaja yang bertuah. |Apakah ayat itu?| |hoho| Ada akal kan? Cer fikir sendiri.






Apa yang diperlukan lagi? Apa yang diinginkan lagi? Tengok, apa yang kami dapat? Semua free tau. |hahahaha| Free la sangat, Inspen bayar kot. Suke-suke hati aku je. Dah ditaja, so sediakan telinga dan mata untuk dengar dan lihat segala pembentangan itu. Jangan. Jangan di tutup mata itu dengan sengaja atau tidak sengaja. Malu padahnya. Takut. Takut. Diam. Diam orang ambil gambar time tengah syok tidur. Mana tahu kan =.=


Bagi aku, setelah seharian join IRERS dan esok satu hari lagi. Terasa bosan bila tengok orang buat pembentangan. Kadang kala, aku sedikit tak faham apa yang diperkatakan oleh mat-mat saleh itu. Inggeris memang mantap. Banyak perkataan baru yang dapat dipelajari dalam Real Estate ini. Tak sangka. |hahaha|




Akibat terlalu bosan dan ini hasilnya. Tapi ni semua berkaitan dengan pembentangan itu okeyy, tak adanya aku nak merapu dan tulis atau lukis benda-benda yang mengarut macam korang :p Sungguh bahagianya apabila aku dapat menconteng sesedap rasa tanpa menghiraukan orang sekeliling.







Sila rotate kepala anda |hahaha| aku dah malas nak rotate. Mata menunggu masa untuk tidur sahaja ni. Penat dan mengantuk kot. |macam la kerja angkat batu bata| Okeyy la, sampai di sini sahaja kali ini, Nanti aku tulis-tulis lagi. Ehh bukan. Nanti aku taip-taip lagi. Untungla boleh makan strawberi yang masam-masam tue. Assalammualaikum. Selamat malam. Jangan lupa senyum okeyy :]

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)