Wednesday 1 September 2021

Kelahiran Anak Merdeka 2020

 



Assalammualaikum semua. Hai. Hai. Hai!! Memang macam biskut la kejap update dan kejap tinggal. Tapi update kalini memang niat untuk diabadikan disini. Nanti ‘ariiq besar dah pandai baca, boleh cari disini. InsyaAllah. 

Alhamdulillah, aku sudah bergelar seorang ibu sejak setahun yang lalu. Ingat lepas bersalin haritu nak update blog rupa rupanya setahun kemudian baru update. HAHAHA

Lepas bersalin haritu, ada kawan kawan tanya tentang detik detik kelahiran ‘anak merdeka’ ni, so ibu dia dah siap karang kau.  ‘Ariiq lahir 53minit lagi nak habis tarikh 31/8.  Jom nak cerita sikit sebelum memori dihakis dek umur dan masa.


30/8/2020

Lunch haritu encik abah siap ajak makan mee sup tapi sayang kedai tutup, so perkena mee tulang + abc. Sodapppp. Balik rumah, nak solat ni .. tetiba tengok dah turun tanda lendir + darah time zohor tu tp tak rasa sakit lagi. Biarkan dulu... sebab tak rasa apa kan, mungkin ada rasa baby mengeras gitu tapi boleh relax lagi. Lepas isyak tu baru ke hospital. Time ni ada rasa sakit tapi tak kuat. Hospital cek bukaan baru 1cm. Ada dengar, doctor cakap . .  “Saya tolong bukakkan lagi ye” gitu la ke aku mimpi. HAHAHA

Balik dari hospital dah kat 11 lebih malam, ingat nak kena tahan wad dah... Rupanya belum. Balik tu perkena nasik goreng di kedai hijau kuning. Nikmat oiii walaupun contraction tu datang kejap kejap tapi boleh tahan lagi. 

Sampai rumah, tukar baju siap. Get ready nak tidur tapi tu la tak berapa nyenyak sangat tidur sebabnya sakit dah makin kerap. Bila dia datang, hang genggam tangan suami hang pun.. Dia yang dapat sakit. Rasa sakit dia sakit lagi dari senggugut. Sakit. Fullstop.


31/8/2020

Bangun pagi, darah dan lendir masih keluar sebab katanya mungkin cek bukaan malam tadi. Ha, Sakit semakin kuat bila dah pagi tapi boleh cool lagi, puan ibu dah minta ke hospital tapi cek gerakan baby masih ok, tunda dulu. Klinik kesihatan pun still pergi tau sebab tak bersalin lagi kan. Petang tu puan ibu buatkan burger sambal/malaysia, dapat jamah sebijik ke dua bijik yang lain tapau mana tahu nanti lapar sebab lepas asar tu ajak suami ke hospital, macam semakin sakit je. Sampai hospital, cek bukaan dh 4cm. Dan dan la kena get ready masuk labouroom.

Weh. Debar.

Dorang suruh tukar uniform polkadot pink tu la, siap pakaikan gelang. 

“Kasut dan hanfon bagi suami kat luar ye, nanti sebelum masuk labouroom sediakan pad dan sekeping pampers baby” ~nurse

Time jumpa suami bagi hanfon kasut semua,  lepastu pesan untuk amik pad dan pampers meleleh  jugak air mata sebab taktahu, mungkin sebab takut mati la tu. HAHAHAHA

Suami bila tengok isteri ber uniform polkadot tu nampak macam terkejut . . mungkin fikir, cepatnya.. ingat kena tahan wad dulu.  Aku sendiri pun terkejut.

Pukul 7.30 malam cucuk jarum untuk masuk air, pukul 8 masuk ubat untuk bukaan... get ready untuk pecahkan air ketuban. Pukul 9 malam nurse bagi ubat tahan sakit. Nurse minta untuk rehat dan tidur. Tapi tu la, ada alat atas perut tu, aku tak selesa terbaring. Kalau boleh mengiring mungkin tertidur juga. Sakit semakin kuat, menyerang bertalu talu. Dia bagi sampai kadang tak sempat nak bernafas. Punya nak kata bertalu talu. Tengok jam, pukul 10.20 malam dah tahan sakit... mintak nak teran je tapi nurse bagi gas suruh sedut. Mungkin sebab bukaan tak capai 10cm lagi. Bukaan tak penuh lagi. Tapi gas tu aku tak sedut pun. Actually sakit tu boleh tahan lagi cumaaaa aku dah rimas dengan sakit tu, nak bagi cepat je baby keluar untuk hilangkan sakit. HUHUHU

Hampir pukul 11 malam.. nurse get ready prepare barang untuk sambut baby. Sambil dia minta untuk aku teran saja. Aku ni, time contraction tak kuat pun aku still teran sebab dalam otak, keluar la cepat cepat. 

Banyak kali jugak teran nak keluarkan 2.76kg tu. HAHAHA. 2.76kg tu pun tak larat sampai 2/3 orang nurse tolong tolak baby kat perut. Tu camna nak bersalin sampai 3kg. Lagipun nurse ada bagitahu bukaan sempit walaupun dah capai 10cm. So kena gunting pun tak rasaaaaa . . 

Beberapa minit bertarung akhirnya, lahirlah anis&azmi ‘ s junior. Alhamdulillah. Tepat pukul 11.07 malam. 

“Tengok ni, awak dapat anak apa?”

“Lelaki”

“Sebut kuat kuat dapat anak apa?”

“Lelaki!”

Bersalin cepat tapi uri lambat keluar.  Kena godek godek jugakla cerita dia. Tang jahit pun lama jugak, nasib dapat milo suam. Syukur. Nurse rajin jugak berborak takut aku pengsan la tu. Ada jugak aku terlena. Lepas jahit, dia bagi rehat 2 jam sebelum naik wad. Dekat pukul 3 pagi jugak naik wad. Sebelum tu jumpa suami dulu sebab nurse serahkan uri dan borang aptah. Sempat jugak la si ayah snap gambar baby sekeping dua. Time tu dah lewat, ingatkan suami dah balik rupanya still tunggu. 

Naik wad, suami dapat teman sampai subuh. Untung jugak bersalin lewat lewat malam. Lagipun masuk wad, bilik tu sorang sorang kot. Tak ada geng lagi. Macam seram jugakla. Baby time tu syok tidur je.

Syukurlah, dihadirkan dengan orang sekeliling yang baik baik dari pregnancy journey sampai la time bersalin dan habis pantang. Memang banyak gila tips dipermudahkan perjalanan untuk bergelar seorang ibu. 

“Anis, kamu sebelum bersalin tu khatam al quran, insyAllah Allah akan permudahkan segalanya. “ kata kata ni memang aku pegang sampai bila bila, untuk ibu yang bakal melahirkan, ini tips paling best. Try k. 

Untuk 1st baby, aku memilih hospital sultan abdul halim, sg petani kedah. Btw semua best. Dari pertama jejak untuk cek bukaan sampai nak checkout wad kanak kanak sebab baby jaundice. Memang terbaik layanan dan service. 

Syukur untuk perjalanan sepanjang mengandung dan melahirkan. Terima kasih untuk semua yang sentiasa bersama melakar memori ini terutamanya suami terchinta. I love you.

Sekian.

31/8/2021

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)