Alhamdulillah
Ensm belas hari lagi genap dua tahun umur anak ibu ayah ni . InsyaAllah . Moga Allah terus panjangkan umur, dilimpahi rezeki berkat yang melimpah ruah dan sentiasa dikurniakan kesihatan badan yang baik selalu . Amin
Dikurniakan akal yang cerdik & cergas untuk kebaikan masyarakat, bangsa & negara . Tak lupa juga jadikan dia anak yang mendirikan solat .
Terus membesar bagaikan juara okay .
Taip pepanjang pun bukan ariiq pandai baca lagi, abc pun sebut ja c . . Tapi tunjuk r . |hahahha|
Tanggal 14 ogos 2021 jam 10.55 malam .
Tarikh ni aku dan suami tak mungkin akan lupa, tapi tu la aku memang nampak tak boleh kawal keadaan langsung, nasibla suami tak join jadi haru biru sekali .
Ketika ni, ariiq berumur setahun sebelas bulan ++ yelah sebab 31 ogos baru cukup umur dia setahun . Time ni, dia memang suka capai capai benda atas meja tau .
Tak sangka, malam tu dia boleh capai mug air teh yang baru dibancuh . Ya Allah, bila nampak tercurah air teh tu kat dada dia . . Berderau terus darah . Bawak terus masuk bili air sambil curah air paip kat badan dia . Dia punya menangis tak boleh stop .
Bukak baju dia, baru nampak kat lengan, dada dan perut melecur sampai kulit terkopek, tak ada yang mengelembung . Time tu dia pakai pampers dan balut dengan kain lampin je terus bawak ke klinik asia 24jam tu . Konon tak nak pergi hospital sebab time tu covid tengah tinggi lagi . Tapi doctor klinik kata kena refer hospital jugak sebab kesan melecur tu banyak . Klinik sapu krim je . . Tu pun kena sampai 70 hinggit ke 50 hinggit . Lupa dah .
Pergi hospital, malam tu memang tak ramai orang, tapi biasalah baby melecur . . Of course la kena tahan wad sebab nak pantau takut ada jangkitan kuman ke . Tanya jugak MA bertugas tu, harini kes covid macam mana? MA tu cakap, kes yang malam ni tak ada lagi . Syukur la sebab risau kat anak kecik memang lain macam sikit .
Kami berdua berkampung di hospital 3 hari juga . . Ingat hari kedua tu boleh balik tapi ariiq demam pulak, so doctor nak pantau takut demam sebab jangkitan kuman . Syukur esoknya dah ok dan boleh balik . Orang tanya, kenapa ariiq masuk hospital . . Cuma bagitahu demam sajalah sebab memang dia ada demam pun, balik rumah . . Nanti cerita lah benda sebaliknya kan
Balik rumah tu, selang sehari ada appointment hospital sebab nak dressing luka tu tapi itulah kulit baby kan, cepat je baik dan kering . Ariiq punya melecur ni tahap 2 . . Tak la sampai terkena isi . Tiga kali jumpa doctor untuk cek luka semua lepastu dah dismiss
Dan
Setahun sudah berlalu, bekas bekas luka pun hampir hilang . Aishhh . Saja cipta bekas tu ye . . Pahit betul pengalaman tu . Boleh dikatakan, lalai sangat ibu time tu . . Tapi sungguh, memang dah tolak jauh ke dalam dah mug tu . . Eh tak, dia boleh jugak nak capai . Capai punya capai mug tu terbalik . Nasib air tak penuh 1 mug sebab separuh dah tuang ke mug lain untuk ayah dia . Dan nasib baik tak tercurah ke muka .
“ budak nak kat setahun, ada la tu benda nak jadi macam macam . Biasa la tu ibu . “ puan nurse . Nurse tu taknak bagi ibu serba salah tuuuu |hahaha|
Sekarang ni nak masuk dua tahun, sibuk main lompat lompat . Pesan jugak kat ariiq, “ jangan macam macam ea . . Nak masuk dua tahun dah ni . “ bila anak masuk wad ni, rasa fobia . Dahla time tu ayah dia nak hantar barang pun melalui guard melainkan hari last tu kena angkut barang baru ayah dia naik wad.
Okay la, sedikit coretan anak sulung kami sepanjang dia nak membesar, moga dijadikan pengajaran buat kami suami isteri serta peringatan agar tak berlaku lagi pada si sulung atau adik adik yg lain . InsyaAllah .
Tips :
- Bila anak kecik terkena air panas/api/masakan panas sehingga boleh menyebabkan melecur, buka cepat cepat baju seluar pampers dia untuk elak kulit melekat pada pakaian tersebut .
- Jirus atau aliran air pada tempat melecur tersebut untuk elak jadi lebih teruk . Buatla 10-15 minit camtu
- Elakkan letak sebarang apa apa benda kononnya tak nak bagi mengelembung sebab tu kan kulit baby . Nanti kat hospital doctor akan tanya . Sebab benda tu semua boleh menyebabkan infection .
- Bawak baby terus ke hospital jangan berlengah lagi . Suami den siap google lagi apa apa yg boleh letak untuk elak mengelembung . Tapi mai haru biru isteri dia . . Tak dan dia nak cakap apa
Okay la, moga ariiq terus membesar bagaikan juara . Mohon doa aunty uncle semua moga ariiq jadi anak yang soleh . Aminnn ❤️