Sunday, 22 April 2012

cinta bila sahnya kami~



Hai. Hai. Nampaknya, kekuatan semangat memang dituntut kali ini. Sebagai seorang wanita yang lembut hatinya, aku cuba mesej and call si jantung hati tapi amarahnya belum lagi reda. Biarlah dulu. Dia mahukan percintaan selepas kahwin. Aku setuju. Aku tak fikir lama. InsyaAllah. Kalau ada jodoh tidak ke mana kan. Aku tak rasa apa yang dia mintak tue permintaan gila atau permintaan sengal. Sewel.


Hati di dalam memang kecewa. Aku call dia tak angkat. Parah. Aku tak tahu sama ada dia dah tidur ke. Sengaja. Lantak la. Malas kot nak fikir. Semoga dia baik-baik sahaja di sana. Semoga Allah tunjukkan jalan terbaik buat dia. Serius, aku tak boleh mesej dengan dia. Sekejap lagi, aku bagi mesej dia tak faham. So, melenting la cik abang. Comelkan. :] Aku tak comel tapi perangai dia yang comel.


Sekarang ni aku kena bersabar. Biarla dulu dia tenang setenangnya. Den malas nak kacau dia. Lagipun, dah nak test dan kuiz. Malas nak serabotkan kepala otak yang memang dah serabot tahap cipanzi ni. Kang lagi difikir, jadi giler. Siapa yang susah nak bela aku? Family jugakk. Aku pun doakan dia supaya jangan fikirkan aku sangat.


Sama-sama kita pandang ke hadapan, awak cari duit banyak-banyak. Cari harta banyak-banyak :] saya, belajar rajin-rajin. Ada jodoh, kita jumpa balik.Apa-apa pun kerana Allah. Kawan-kawan, aku bukan putus pun dengan dia tapi perasaan cinta itu simpan diam di dalam hati. Keputusan tue, aku yang buat. Kejamkah aku?! Aku hanya buat ikut suara hati dia. Salah akukah lagi?!


Kerana tak mahu tangan ni gatal mesej or call dia lagi,, aku dah simpan alat keluli aku tue. Orang tak sudi, buat apa kita nak terhegeh-hegeh kan? Saya, Anis Khalilah. Memang macam begini perangainya. Simpan kat mana? |hahaha| Ada la. Jauh dari pandangan mataku. Jauh. Lepas ni, aku just tengok sahaja kawan-kawan aku mesej pasangan-pasangan mereka. Aku? Apa lagi, lari laa. Tak payah tengok.


Hujung minggu ni aku ada pelan. Baik punya. InsyaAllah. Harap-harap menjadi la hendaknya. Semoga ia berjalan dengan selancar-lancarnya. Amin. Kuatkan semangat aku Ya Allah. Awak, jaga diri. Sekarang, no tension-tension lagi. Kawal marah. Semoga awak dan keluarga berada dalam rahmat Allah. Amin. Assalammualaikum.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)