Nasib baik tema tak pelik-pelik. So aku adalah baju kurung tu ha. Lantaklah baju biasa-biasa je. Aku dah malas nak fikir. Mana tak nya.. Satu minggu sampai dua dinner. Satu lagi dinner untuk kolej. Tema dia 'Rawang Ria Raya.' Balun je la pakai baju raya. Dinner malam tu hanya sentuhan solekan di wajah oleh dua orang roomates aku ni. Aku tengok muka kat cermin pun nampak janggal. Biasalah orang jarang make up. O.0
Untuk dinner malam ni, sentuhan pada wajah dan selendang. Kali ni lagi janggal aku tengok muka kat cermin. Dah lain bebenor dah. Ini aku tengok sendiri, cer orang lain tengok. Memang dorang akan terpegun sekejap la. Betul ke aniskhalilah ni? Dah macam opera cina dah aku tengok. Sentuhan kali ini dari tiga orang roomates aku iaitu ema, puteri dan saidatul. Habis dorang kerjakan aku kali ini (-.0)
Puas aku makan kali ini. Alhamdulillah. Makanan pun terlebih cukup. Seronok la jugak. Dahlah kot kali ini, aku kena tidur dulu sebab esok aku ada trip ke Melaka. Ya. Melaka Kota Bersejarah. Pergi sana dengan tiga buah bas. InsyaAllah. Doakan kami selamat pergi dan balik ke destinasi kami tujui ye? Amin. Okey lah awak-awak. Jaga diri. Jaga solat. Jaga akhalak. Rindunya kat ibu dan abah serta adik-adik :')
No comments:
Post a Comment