Bakal zauj mesti dapat cari bakal zaujah dia walaupun keadaan gambar macam ni :P |
Assalammualaikum. Alhamdulillah. Bersua jugak kita pada malam ini. Sedikit ruang dan masa, mungkin bermanfaat untuk aku update something yang menyeronokkan dalam kehidupan seharian aku. Alhamdulillah. Syukur dengan segala nikmat yang Allah beri padaku. Syukur yang tak terhingga dengan kasih sayangNya. Kasih sayang ibu abah, adik-adik dan kasih sayang dari orang sekeliling. Alhamdulillah <3
Kehidupan aku di sini semakin hari semakin sibuk. Yes! Aku dah nak final exam. Semoga Allah permudahkan segalanya buat aku dan kawan-kawan. Amin. Aku naik tension dengan test, kadang nak makan pun dah tak ada selera. Baguskan? Boleh kurus! |hohoho| Yelah, bukan senang nak score markah tinggi. Yang penting, setelah usaha aku tawakal kepada Allah. Usaha dah. Biarlah Allah yang menentukan segalanya. Fullstop <3 <3
Akibat daripada kelas land survey (ukur tanah) kulit aku pun dah naik gelap. Ya Allah. Itu satu lagi hal. Ntahla, tak tahu dah nak buat macam mana. Cuba bayang, kat padang tu dari pukul 9 pagi hingga pukul 3 petang semata-mata nak ukur tanah yang empat penjuru tu. |hehehe| memang berbelang la kulit muka aku, kat tangan pun sama. Lepas ni, kelas land survey setiap hari selasa dari pukul 2 hingga pukul 5 petang. best giler kan. Apa-apa pun, aku kena jugak berkorban <3 <3 <3
Theodolite |
Aku guna theodolite ni la untuk mengukur.Salah bearing, memang salah la kan kiraan. Hampeh je. Ulang buat balik dari section 2. Aku student estate management memang tak sehandal student science goemetic la untuk bab-bab mengukur ni. Itu yang banyak je buat salah. Itu yang dari pagi hingga petang berjemur je kat tengah padang tapi ni semua adalah pengalaman. Sebenarnya ia sangat-sangat best. |hahaha| Kelas aku tak hanya dalam dewan atau bilik kuliah sahaja tetapi luar dewan atau bilik juga adalah kelas aku contohnya, padang tu la :D lagipun, aku ni bukan seorang yang suka memerap dalam bilik, so bila ada land survey, memang enjoy la. Rasa bebas. Bersuka ria kat tengah-tengah padang tu. Macam berkelah pulak rasanya <3 <3 <3 <3
Best pulak ada ramai adik-adik dalam kelas tu tak kira lelaki atau perempuan. Mereka semua adalah kegembiraan ku di sini. Biasala budak-budak, memang manja lebih sikit la. Aku pun jenis tak kesah. Layan aje la. Yang penting, ini semua adalah kenikmatan dan anugerah Allah yang tidak ternilai bagiku. Aku amat-amat mensyukurinya. Alhamdulillah <3 <3 <3 <3 <3
Rasa muda pulak :D |
Okey la. Cukupla ea? Dah terubat dah kan kerinduan. Nanti. InsyaAllah. Aku akan update lagi ye. Selamat malam. Jaga diri. Jaga solat. Jaga akhlak. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan ibu bapa dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. InsyaAllah. Pasti beroleh ketenangan. Assalammualaikum (^____^)
No comments:
Post a Comment