Sunday, 9 September 2012

~8,488 :)

Assalammualaikum. Selamat sejahtera.

Dah lama jugak aku tak update, nak buat macam mana. tak ade idea. |huhuhu| Lagipun tak ada cerita yang menarik untuk dikongsikan. Okey, jumaat minggu lepas, bergelar sudah gadis ini sebagai tunangan orang. Alhamdulillah. Orang cakap time bertunang ni la banyak dugaannya, almaklum la darah manis. Apa-apa pun semoga cepat-cepatla di ijab kalbulkan. Amin.








Okey, dua gambar. Cukupla kan? Serius, cantik bakal zaujah orang tue :) Semoga menjadi zaujah yang baik. Amin. Eh, terlebih lak. Belum lagi, belum jadi zaujah orang lagi tapi insyaAllah 1/12/2012 ni. InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah.


Sepupu aku ni memang simple orangnya, mekup pun tak nak pakai bila keluar. Boleh dikatakan dia ni malas la nak bertepek-tepek dengan bedak tue. So, bila berlangsungnya majlis ni, aku pulak terpegun dengan dia. |hahaha| Cantik. Hantaran dia lima dulang daripada pihak lelaki dan di balas sembilan dulang daripada pihak perempuan. |Fuyyo, banyaknya| Alah, pihak perempuan punya hantaran ada orang hadiahkan sebab tue lebih sampai tiga dulang. Patutnya balas dengan tujuh dulang sahaja. Tak sabarnya nak makan nasi minyak :p


Jaga peribadi. Jaga akhlak. Jaga diri. Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)