Thursday 18 February 2016

OH CINDERELLA BY KMLIA HSHM

KLIK SINI UNTUK JOIN

Assalammualaikum semua dan haiii :) Ada sesiapa lagi yang tak join? Kalau ada, moh ler kite join segmen nih sebab 20 Februari 2016, tarikh segmen yang dianjurkan oleh blogger KMLIA HSHM bakal ditutup. Panjang kot masa  beliau extend untuk hangpa join. Kalau ada rezeki hadiah yang ditawarkan pun best gila! |weeeeee| ^_______^


Masa kecik kecik aku selalu berangan nak jadi CINDERELLA


Jom kita start. Anis tak rasa pun kecik kecik dulu ada berangan sampai nak jadi cinderella ke princess ke yang gugirl ni la sebab kecik kecik dulu Anis lasak. Tak main la barbie doll bagai, kite suruh abah kite beli patung power ranger yang jual kat Air Hitam, Kluang tuh |hahaha| Dan I pilih warna merah, Tapi tak tahu silap di mana, sekejap je power ranger tu okey, sihat walafiat.. Lepastu mesti rosak. Rasanya sebab anis bergusti dengan dia kot |hahaha|


Actually power ranger yang anis punya besar sikit dan badan dia lembut sebab dalam tu angin je ;)

Tapi sejak dah besar besar ni, memang dah tak main la patung power ranger tu, Kalau power ranger kat tv tu pun dah jarang tengok melainkan kalau adik yang bongsu tu balik dari asrama, so anis pun join sekaki la. Sekarang ni lebih minat kepada princess princess la macam cinderella tapi still tak berangan pun nak kahwin dengan anak raja sebab tak pernah terfikir, kite rakyat biase je |hahaha| Bab cinderella ni, anis selalu berangan nak pakai baju cantik cantik macam cinderella pakai. Haa.. Kembang gitu. So kalau pakai dress pun cun apa. Ala ala princess. Itula kalau nak barangan pun. Disebabkan minat tentang fairytale ni, ada jugakla anis mintak kawan downloadkan movie beraneka fairytale. Lepastu berangan sendri jadi princess |heee|


Movie Cinderella pun hado!

Disebabkan kecik kecik dulu anis tak suka pakai gaun bagai, so memang tak ada pengalaman la tentang cinderella tapi anis nak kongsi sikit cerita tentang seorang anak kecil yang comel nih. Of course la dia minat gila bab bab princess nih. Cinderella, semua dia tahu. Anak kecil ini berusia tiga tahun, nama diberi memang sedap dan maaf anis terlupa nama dia sebab duk panggil dia dengan nama puteri. Haa.. Tengok, mana la dia tak minat cinderella bagai, panggilan nama dia pun puteri. Petah betul berbicara tapi malangnya dia sebut nama dia sendiri putai. Haa.. Bab ni anis nak tergelak |hahaha| Putai tu puteri la maksud dia (^_______^)


Anis rajin perhatikan dia sebab dia bijak. Anak patung dibawa semua jenis patung barbie doll. Kalau tengok pemakaian dia pun bergaun sentiasa. Yela nak jadi princess macam cinderella kan, Tapi anis tak pasti yang dia ada berangan tak nak kahwin dengan anak raja |heee| Pernah tau anis tanya, " puteri, ni baju siapa?" Time tu majlis pertunangan makcik dia dan puteri ni pakai gaun kembang, memang cantikla. Nak tahu apa dia jawab? "Ni baju princess, mama beli. Putai nak jadi princess." Bijak tak? Anis nak tergelak pun ada bab dia sebut putai tu tapi seriously, memang betul betul budak nih nak jadi princess (^_______*)


putai nak jadi princess! - google


Disebabkan puteri nak sangat jadi princess macam cinderella, anis harap dan doa dia akan jadi sebaik akhlak cinderella yang sangat baik hati, tabah, cekal, gigih, dan pemaaf walaupun mak tiri dan kakak kakak tirinya suka betul membuli dia. Macam macam kerja rumah mereka suruh cinderella buat sampai cinderella nak menghadiri pesta yang dianjurkan oleh istana pun mereka tak bagi pergi dan sanggup memarahinya. Sadis betul kehidupan dari kisah dongeng cinderella pada mulanya dan pada pertengahan itu pari pari menolongnya untuk ke istana serta bekalkan kasut kaca yang cantik untuk dipakai ditambah pula dengan gaun yang sangat menarik. 

Pada akhirnya cinderella berkahwin dengan putera raja sebab dari malam pesta tari menari tu pun putera raja dah jatuh cinta dengan cinderella. Kasut kaca tu je yang menarikkan lagi kisah percintaan mereka. Fulamak aii. Bertuah badan pemilik kasut kaca tu kan? Dapat kahwin dengan anak raja. Uhmmm. Kalau diikutkan cerita cinderella ni pun lebih kurang cerita bawang putih bawang merah |hahaha| Sudah! Tapi dalam cerita bawang putih bawang merah, tak ada watak kakak tiri.. Kan? 


Cinderella dengan kasut kacanya.

Finally, tadaaaa :D


Okeyla. Terima kasih :D

2 comments:

  1. Hahahahaha Putai.. budak-budak kecil memang comel ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe. Bijak, bijak dah. Tang sebut nama, fail. Haha

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)