Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Thursday, 25 February 2016

February Diary




Assalammualaikum dan hai readers :) Alhamdulillah. Selesai jugak siapkan minit mesyuarat dan surat jemputan untuk mesyuarat kampung ni. Encik abah yang pegang jawatan setiausaha, aku yang kena buat kerja bagai. Nasib badan la nakkk! |hahaha| Eh. Bukan merungut, cuma cerita je. Btw dah biasa dah tolong encik abah dalam bab bab menaip ni. Cuma leceh sikit la sebab encik abah ni jenis cerewet jugak. kalau A, A sampai ke sudah walaupun aku bangkang B, C, D, E, F, G Eh, cukup. Sat g sampai Z aku taip |heee|


Tiga hari lagi nak balik Perak, ini bermakna semakin hampir tamat dah percutian honeymoon aku di home sweet home nih. Alaaaa :( Nih yang tak syok nih. Tak ada dah la masa nak membongkang, masa nak rehat rehat |hihihi| Tak apa, demi kejayaan.. Akan ku gagahi jua. Cewahhh! InsyaAllah. Kuat! Bersemangat! Semangat pun sebab nak jumpa roomates dan juniors. Tak sabarnya nak borak borak sampai lewat malam, makan makan sampai lewat malam. Tengok movie sama sama. Kau cerita kau. Aku cerita aku. |hahaha| Aku rasa ni bukan nak p belajar ni, tapi ni nak p sebab nak bersuka ria (^_____^)"! okey insaf. Ingat tujuan utama balik.


Semuanya tak sabar. InsyaAllah. Ahad nih sampai la kite kat perak tu ye. Untuk sesi penyerahan dokumen, masa aku adalah dari pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Haaa.. Ada jugak kena malam. Tak tahula memang betul masa tu atau pihak atasan salah tulis |huuu| Tapi macam mustahil la kan salah tulis. Btw good luck kepada sesiapa yang kena serah segala dokumen time malam |hahaha| Untuk ijazah ni, korang tahu aku tak dapat duduk kolej, stress makk fikir nak buat macam mana. Senior bagi cadangan buat rayuan, hantar surat semua la kan. so aku ikut je la. Alhamdulillah, Allah permudahkan ex classmates time diploma dulu ajak duduk sekali kat kolej, Sewa untuk kolej RM210 untuk satu semester. Roomates aku ada tiga orang. Roomates tu pun bakal classmates jugak. InsyaAllah. Alah, kawan time diploma dulu (*_______^)


Untuk kemasukkan universiti kali ini, banyak jugak aku kena urus sundiri sebab dah besar kan. Tak macam diploma dulu. Encik abah buat semua. Rasanya 100% |hihihi| Untuk kali ini, dokomen yang dikehendaki untuk cop pengesahan still encik abah yang buat, aku cuma sediakan dan encik abah jugak turut menyemak segala dokumen yang diperlukan sebab takut salah la tu, aku kan jenis buat kerja sambil berangan. Untung kan badan encik abah tolong? |heee| Alhamdulillah. Mana taknya, aku ni jenis sekali ketuk baru buat. Ketuk baru buat! |hahaha| :D


Medical checkup dah selesai minggu lepas, kena RM80. Hah! Pokai. Redha je laa. Boleh je nak buat kat hospital tapi ramai orang. Mesti kena tunggu lama. Kalau di hospital, bayaran yang dikenakan adalah RM25 sahaja tapi kesabaran untuk menunggu tu kena kuat. kalau tak nak tunggu lama, datang awal sikit hospital tu. Kadang tak jangka jugak, 7.30 pagi pun dah ramai tunggu tau. Ntahlaaa. No comment tentang hospital (*______*)


Bila dah settle bab dokumen semua, rasanya harini baru nak kemas kemas baju kot. Tu pun tengokla kalau ada mood. Kalau tak, aku sumbat sumbat je nanti |heee| Lepastu, niat di hati rasa macam nak buat biskut famos amos untuk bawak balik u nanti. Aishhh banyak plak plan aku. Bukan apa, teringin nak makan. Resepi tu pun aku amik dekat facebook je. Dulu ingat lagi time jalan jalan dengan encik tunang di Alamanda, Putrajaya terbau bau kot biskut famos amos bila lalu tepi kedai biskut. Tak rasa pun nak beli sebab dalam kepala dah cakap mesti mahal. So amik bau je la. Lalu dua tiga kali tepi kedai tu |hahaha| Tak senonoh perangai ^^


Doakan aku untuk kembali ke dunia seorang mahasiswi. Doakan aku cekal, tabah dan gigih mengharungi semuanya. Lepasni bermula kehidupan buat assignment last minutes. study last minutes. Aku harap, tak la perangai aku macam tu. Kalau nak jadi pelajar cemerlang, jangan buat perangai macam tu sebab ia akan makan diri sendiri jugak. Percayalah cakap aku. Kau akan stress! (@_____@)


Okeyla, Selamat maju jaya untuk semua! Jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu dan jaga hubungan dengan orang sekelililng. Haaa.. Pensyarah atau cikgu, hormati mereka sebab mereka yang bagi kita ilmu. Kalau duk melawan, macam mana ilmu nak berkat? Fikir fikirkan. Asslammualaikmu :)

6 comments:

  1. Semoga berjaya!
    Yang penting jangan tinggal solat & selalu berdoa utk parent & keluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. InsyaAllah . . Thanks atas nasihat ^^

      Delete
  2. Thanks fiqa.. Untuk fiqa jgk.. Slmt maju jaya! ^^

    ReplyDelete
  3. good luck.. semoga dipermudahkan..thanks singgah blog iman..^_^
    iman membalas kunjungan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. InsyaAllah :) Sama sama dan thanks balas kunjungan :)

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png