Sunday, 28 February 2016

Cookiess ^^



Assalammualaikum dan haiii :) Haritu memang niat di hati nak try buat famos amos nih. Jadi ke tak jadi aku buat, tengok dalam gambar |hahaha| Bau dah macam betul famos amos tapi bila makan, adoiii manisnya laa. Kalau buat biskut ni selalu, dapat kencing manis aku muda muda macam nih. Mana tak nya, satu cawan gula halus, satu cawan gula perang.. Lepastu coklat lagi. Kalau lepas nih nak buat lagi, kena kurangkan sukatan gula gula penyebab kencing manis tu. Takut nanti kat jamban banyak pulak semut (^_____^)!"


Bagi aku, jadi la tu famos amos aku tu. Rangup! aku harap, orang yang try biskut tu tak baling ke dinding la ye. Aku jamin dinding tu tak kan pecah atau retak kalau korang baling ke dinding pun. Lagipun maklang dah pesan jangan letak tepung bebanyak. So macam beringat ingat la jugak. First aku bakar, dia kembang, lepastu aku letak dekat dekat pulak tu biskut atas tudung periuk. Bila kembang, dia bercantum di antara satu sama lain dan sudahnya aku tengok macam lempeng je biskut aku ni. dan akhirnya aku baling kat ayam! ayam pun makan femes amos. Berebut rebut tau. ^^


Try bakar kali kedua |hahahaha| Suhu oven terlalu tinggi. Aku tak perasan suhu dia kat 200 darjah celcius. Makcik buat kerja, macam tu la. Jadinya rentung biskut aku. Sudahnya tong sampah jadi mangsa dan kali ketiga aku bakar, baru jadi. So aku nak kongsi la sikit resepi famos amos yang aku amik kat facebook nih. Senang je, kalau rajin, try buat. Sedap pun sedap. Apa yang diperlukan untuk buat biskut femes nih? . . .


Bahan bahannya :

1 cawan butter 
1 1/2 cwn tepung gandum 
1/2 cwn tepung jagung 
1 s/k soda bicarbonat 
1 cawan gula halus 
1 cawan gula perang 
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus) 
12 oz. chocolate chips (eryne gune brand Hershey)
1/2 s/k garam 
9 oz. chocolate Cadbury (parut) 
2 biji telur 
1 s/k baking powder 
1 1/2 cawan chopped nuts (eryne gune walnut, almond & hazel) 
1 s/k vanilla


Cara caranya

1. Pukul butter dan gula hingga gebu. (sampai ia jadi warna putih)
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat serta tepung jagung.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, serta gula perang sebatikan semua bahan dan gaul rata. 
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci. 
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius


Selamat mencubaaa. Bubyeee (^_______*)

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)