Credit to Mr Sharizal. Thank you Sir! |
Assalammualaikum dan haiii semua ^^ Harini nak cerita sikit tentang Inspen. Apa itu Inspen? Inspen adalah Institut Penilaian Negara. Kenapa tiba tiba nak cerita tentang Inspen? Okay, buat pengetahuan semua, Inspen ni ditubuhkan pada tahun 1985 dan merupakan pusat latihan dan penyelidikan di bawah Jabatan Pernilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan, Malaysia. Alhamdulillah. Tentang ni, aku tak nak tekankan sangat.. Cuma aku nak tekankan yang ni.. Inspen juga menyediakan pengajian peringat sijil.. Dan aku adalah salah seorang keluaran Inspen. Terbaikkk! ^^
Macam mana pulak teringat pulak kat Inspen ni? Actually tak pernah pun lupa T.T tapi bila tengok sekeping gambar ni, boleh mengingkap beribu ribu kenangan especially mestilah teringat siapa yang mengajar kita. Kawan kawan kita. Scandal scandal kita. Pakwe pakwe kita |hahaha| Yang belakang belakang tu aku dah mengarut. Aku baik okay :D
Time kat Inspen dulu, aku ambil Sijil Penilaian Harta Tanah.. Alhamdulillah, kos ni memang menjamin pekerjaan tetapi dengan izin Allah. Rasanya, batch dan kos aku.. 98% daripadanya dapat kerja Di JPPH sebagai pembantu penilaian dan sekarang dah up sikit, sebagai pembantu pegawai penilaian. I think. So kena fight dengan student diploma la kan? Gaji dorang pun ikut 9tahun pengalaman bekerja. Alahai, beruntung sungguh student Inspen ni kan. Disebabkan student Inspen ni kena fight dengan student diploma untuk dapatkan jawatan pembantu pegawai penilaian.. So aku teruskan satu lagi langkah dalam bidang pengajian ini. Allah dah plan cantik sangat dah dalam kehidupan aku ni cuma kadang aku terlupa. Allahhu :')
Actually Inspen ada tawarkan 3 kos, Satu sijil yang aku ambil tu.. Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT), kedua sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) dan ketiga Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) Tapi maaf seribu maaf sebab pengambilan pelajar untuk sesi 2016/2017 dah tutup 30 september 2016 haritu T.T Kalau tak, siapa yang lepasan spm haritu boleh je daftar. So boleh cuba tahun hadapan :)
Credit to Inspen |
Dulu time umur aku 18tahun, lepas spm aku sambung je form 6 sebab tak ada universiti sudi tawar aku kan. So aku ambil sastera time form 6 dulu.. Ada subjek bahasa melayu, geografi, ekonomi dan sebagainya. Alhamdulillah.. Aku boleh perform form 6 dengan sebaiknya tapi cerah tak sampai ke petang, encik abah suruh aku sambung belajar di Inspen.. Ambil sijil. Aku? Sijil? Apa abah nih. Keputusan spm aku, tak la teruk sangat |hahahha| Mungkin untuk 2nd intake uitm.. Aku boleh dapat kot. Fine.. Encik abah tetap dengan keputusan beliau dan aku akur. Selamat tinggal form 6 T.T
Bermulalah aku sebagai student Inspen. Ingat lagi time minggu orientasi.. Motivator tu bagi aku dan kawan kawn satu kertas kecik.. Beliau suruh tulis, Kenapa nak sambung belajar di Inspen ni? Dan aku tulis "abah suruh" dan motivator tersebut menyuruh tampal kertas kecik tersebut di hadapan. Lepastu beliau berkata lagi, tukar niat kerana Allah andai kamu semua menulis ibu atau ayah kamu yang suruh ke sini. Aku terdiam.. dan bermula saat itu.. Aku berazam bahawa walaupun aku kat mana mana pun, aku boleh berjaya. Dan Inspen inilah bermula satu langkah aku dan kini... Aku semakin hampir untuk mencapai cita cita yang pernah aku damba dulu. InsyaAllah.
Yes. Now, I'm in Uitm. Dapat jugak masuk kan? Walau dulu spm, Uitm tak nak pun aku.. Alah, setakat 5A.. Ke aku p mintak course farmasi atau yag hebat hebat.. Memang tak dapatla kan. Ntahlah, Dulu aku tak kenal pun apa itu pengurusan hartanah? Yes. I know estate management from Inspen |hahaha| Keputusan encik abah tak pernah mengecewakan puteri sulung abah ni ~ kesat air mata. Mula mula dulu tak nak pun pergi Inspen tapi tak sangka dekat sini juga la bermula semuanya..
"Be my fiancee."
"I think I wanna marry you."
Dan di sini jugak, aku kenal kawan kawan yang senang sama senang dan susah sama susah. Alhamdulillah. Umur Aku 20 tahun, aku selesai menamatkan Sijil Pengurusan Harta Tanah dengan jayanya, itu hadiah pertama buat encik abah dan puan ibu, Hari pertama jejak kaki di Inspen, aku berazam untuk dapatkan Sijil Anugerah Pengarah and I got it. Alhamdulillah. Dan seterusnya ditawarkan ke Uitm untuk kos Diploma Pengurusan Hartanah dan sekarang aku masih belajar juga di Uitm dalam kos yang sama di peringakat ijazah sarjana muda. Cantik dah aturan Allah (^______^)
Tak teringin ke nak kahwin dan ada anak? Selalu orang tanya aku macam tu. Of course la nak, lagi lagi tengok facebook.. Kawan kawan post gambar kahwin.. Gambar anak anak.. Tapi tu semua masih dalam rahsia Allah. Still waiting.. InsyaAllah, masa itu akan tiba. I'm still young, baru 24 |hahahah| Sekarang nak dapatkan degree buat encik abah dan puan ibu dulu. Yang kawan kawan dah ada suami dan anak anak, teruskanlaa.. Kebahagiaan tetap milik masing masing.
Aku akan tunggu, aku pasti masa itu akan tiba :)
Sesungguhnya kan, Allah kurniakan kat semua orang fair, kita je rasa.. Eh, orang ni dapat lebih.. Kenapa aku tak?
Allahhu.
Mari belajar bersyukur sayangku.
Beautiful story :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih ^^
Deletesinggah sini...
ReplyDeleteThanks sis ^^
DeleteBoleh terangkan tak sijil penilaian harta tanah ni pasal apa? kat inspen belajar apa? kemudian apa beza diploma dan sarjana muda course tu. and lastly, bila dah grad nanti peluang kerja tu macam mana? Menarik sangat sebab saya takpernah dengar and memang nak tau pasal benda ni. Good writing!
ReplyDeleteInsyaAllah.. Nanti saya cuba terangkan ye.. Soon. Thnaks sudi baca dan singgah ^^
Delete24? Incredibly young. Keep doing all your good work. Go beyond. Sis doa awk hepi sllu😊
ReplyDeleteThanks sis ~ kesat air mata. Amin ^^
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam, saya nk tnya sesuatu tntang course pengurusan hartanah. Ada fb atau apa2 tk utk saya tnya perkara berkenaan. Hope u reply. Tqq :)
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSaya nak tanya apa perbezaan antara Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) dan Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) ?
Course yang mana yang lebih susah?
Terima Kasih
Assalamualaikum, ambik degree EM ni brp tahun?
ReplyDeleteinspen terbaik
ReplyDelete