Amazin' Ramadan Special - Celebrate heriatge flavours with a modern & healthy twist!

Saturday, 28 April 2012

~Sharing is caring




Sampai-sampai je Kluang tadi, KA dah tunggu. Terkejut giler aku. Apa-apa pun thank you very much sebab sanggup buat semuanya. Sanggup korbankan apa yang penting dalam hidup awak, kira.. pentingla jugak kan. Kalau tak mesti hari ni awak dah berlepas ke JB. Tetapi kerana saya, sanggup awak tunggu kan. Terharu. |huhuhu|


Thanks jugak sebab belanja saya coolblog. Lama dah kot tak minum benda tue sejak-sejak pindah hari tue. Rindu pulakk. |hahaha| Tapi satu tak cukup okey untuk saya. |hahaha| Kena beli dua gelas. Baru cukup untuk saya.


Esok dinner bersama Family si dia |hahaha| macam kelakar pulak. Tak keruan dah ni. Untungla hidup kan. Dapat makan, orang belanja lagi. Mudah-mudahan majlis esok berjalan dengan selancarnya. Amin. Selamber je Anis Khalilah. Lagipun segala aktiviti telah diberitahu pada ibu dan abah. Alhamdulillah. Jadikan la aku anak yang solehah. Tidak menyusahkan ibu dan abah dan orang-orang sekeliling.


Aku dah shopping habis dah hari ni. Sale kot. Memang banyak barangla aku angkut. Dah la hari ni tak ada plastik. Poyo la. Apa-apa pun, sharing is caring. Separuh duit KA dan separuh lagi duit AK. Kan comel tue :) 
Tak sabar menanti hari esok. Akan ku ungkap kembali kenangan kita bersama.




Friday, 27 April 2012

Not in mood =.=




Apa pasal ni?! Aku jadi malas semacam je. Kenapa la pulakk. |Tension| Apa yang ingin diperkatakan, Aku tak ada mood. NOKTAH. |Kuat. Kuat. Kuat.| Bangun la Anis. Dari mimpi-mimpi ngeri semalam ^^ Harap bermulanya hari esok, semua perancangan yang telah dirancang berjalan dengan selancar-lancarnya. Amin. Ibu, call la Anis.Tetibe~ Rindu ibu. |hehehe| Rindu abah. Rindu adik-adik.


Esok nak balik Kluang. Tak gembirakah aku lagi? Hati sekadar menjawab. "entahla" Der, rindu Ooo rumah lama. Rindunya kat tempat membesar tue. Tapi, dah jauh aku melangkah meninggal kenangan itu semua. Nak suruh aku patah balik ke? Kepala menggeleng. Dah melangkah kan? Biar dia semakin ke hadapan. Pandangla matlamat yang berada di hadapan. Biarkan kenangan di belakang itu tertinggal jauh. Aku pasrah.





Tetibe QUT. Pelik tak? |huhuhu| Nak kabo ni, budak-budak QUT atau student dari Queensland University of Technology, Australia mai tempat aku belajar, Inspen. Datang melawat Inspen Kampus Dua. Memang giler habis la budak-budak ni bila tengok mat-mat dan  minah-minah saleh ni datang. Aku? Aku tengok je. Tak la teruja giler-giler. |Percaya tak aku macam tue?| |hahaha|Terpulang la kepada anda-anda untuk menilainya. Tapi aku pun bangga jugak orang luar negara datang Inspen. Mereka datang sebab menghadiri IRERS dan nak jalan-jalan kat bumi Malaysia ni. Lagi satu, kami student Inspen, kalau nak sambung belajar pun boleh kat QUT ni. Sambung terus buat DEGREE. Hebat kan?






|Rotate sendiri la :p|





Gambar yang lebih-lebih atau gambar yang tak manis untuk tatapan khalayak ramai tidak akan dimasukkan. Harap maklum :P |hahahaha| Lawak la. Lagi satu, aku dah tak sempat dah nak edit-edit gambar ni. Memang tak cantik. Ambik gambar pun pakai hanfon je kan. Low quality la jawabnya. Hiraukan apa yang tak cantik itu :)

Tuesday, 24 April 2012

6th International Real Estate Research Symposium IRERS 2012.



Assalammualaikum ya kawan-kawan. Tak kira di mana kamu-kamu berada :] Hari ini hari Selasa bertarikh 24 April 2012 telah berlangsungnya International Real Estate Research Symposium IRERS 2012 di Dewan Jubli Inspen Kampus Dua. Gempak dan gah giler majlis. Biasala peringkat international, memangla mereka-mereka berusaha sedaya upaya untuk buat majlis yang terbaik. Apa-apa pun, setinggi-tinggi tahniah. Yang seronoknya, kami para senior DITAJA. Untungla badan kan. Rezeki jangan ditolak :)


Apa itu IRERS? |hahaha| aku pun tak tahu. Yang penting, bila dah dengar-dengar mereka-mereka membebel buat pembentangan, serba sikit aku makin faham. Bertuahnya dapat join. Bukan senang tau. Hanya orang bertuah itu sahaja yang bertuah. |Apakah ayat itu?| |hoho| Ada akal kan? Cer fikir sendiri.






Apa yang diperlukan lagi? Apa yang diinginkan lagi? Tengok, apa yang kami dapat? Semua free tau. |hahahaha| Free la sangat, Inspen bayar kot. Suke-suke hati aku je. Dah ditaja, so sediakan telinga dan mata untuk dengar dan lihat segala pembentangan itu. Jangan. Jangan di tutup mata itu dengan sengaja atau tidak sengaja. Malu padahnya. Takut. Takut. Diam. Diam orang ambil gambar time tengah syok tidur. Mana tahu kan =.=


Bagi aku, setelah seharian join IRERS dan esok satu hari lagi. Terasa bosan bila tengok orang buat pembentangan. Kadang kala, aku sedikit tak faham apa yang diperkatakan oleh mat-mat saleh itu. Inggeris memang mantap. Banyak perkataan baru yang dapat dipelajari dalam Real Estate ini. Tak sangka. |hahaha|




Akibat terlalu bosan dan ini hasilnya. Tapi ni semua berkaitan dengan pembentangan itu okeyy, tak adanya aku nak merapu dan tulis atau lukis benda-benda yang mengarut macam korang :p Sungguh bahagianya apabila aku dapat menconteng sesedap rasa tanpa menghiraukan orang sekeliling.







Sila rotate kepala anda |hahaha| aku dah malas nak rotate. Mata menunggu masa untuk tidur sahaja ni. Penat dan mengantuk kot. |macam la kerja angkat batu bata| Okeyy la, sampai di sini sahaja kali ini, Nanti aku tulis-tulis lagi. Ehh bukan. Nanti aku taip-taip lagi. Untungla boleh makan strawberi yang masam-masam tue. Assalammualaikum. Selamat malam. Jangan lupa senyum okeyy :]

Monday, 23 April 2012

sabtu. ahad. isnin. selasa.



Sabtu. Ahad. Isnin. Selasa cuti. (Ikut perancangan awal la,tak tahu pulakk kalau kawan-kawan lain nak ubah) Aku nak buat apa sepanjang cuti tue kan? Takkan telentang je kat asrama? Gerenti bosan tahap gaban aku. Mati kebosanan kot. |hoho| Nak balik rumah. Aiiyooo jauh. Dulu duduk Kluang senang la, kejap-kejap hilang. Kejap-kejap hilang balik rumah.. Sekarang? Apa pun tak boleh. |hahaha|

Sunday, 22 April 2012

cukup. cukup sudah.

Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja

Daripada hati gelisah

Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja

Daripada batin terseksa

Lebih baik ku pergi saja

Telah berulangkali ku cuba mengalah

Ternyata sabarku tak bererti untukmu

Tegarnya kau menari diatas tangisanku

Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja

Daripada hati gelisah

Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja

Daripada batin terseksa

Lebih baik ku pergi saja


Sekali aku dengar. Sekali aku hayati lirik. Sekali aku ikut bait demi bait lirik. Ya. Aku jatuh cinta dengan lagu ini.


cinta bila sahnya kami~



Hai. Hai. Nampaknya, kekuatan semangat memang dituntut kali ini. Sebagai seorang wanita yang lembut hatinya, aku cuba mesej and call si jantung hati tapi amarahnya belum lagi reda. Biarlah dulu. Dia mahukan percintaan selepas kahwin. Aku setuju. Aku tak fikir lama. InsyaAllah. Kalau ada jodoh tidak ke mana kan. Aku tak rasa apa yang dia mintak tue permintaan gila atau permintaan sengal. Sewel.


Hati di dalam memang kecewa. Aku call dia tak angkat. Parah. Aku tak tahu sama ada dia dah tidur ke. Sengaja. Lantak la. Malas kot nak fikir. Semoga dia baik-baik sahaja di sana. Semoga Allah tunjukkan jalan terbaik buat dia. Serius, aku tak boleh mesej dengan dia. Sekejap lagi, aku bagi mesej dia tak faham. So, melenting la cik abang. Comelkan. :] Aku tak comel tapi perangai dia yang comel.


Sekarang ni aku kena bersabar. Biarla dulu dia tenang setenangnya. Den malas nak kacau dia. Lagipun, dah nak test dan kuiz. Malas nak serabotkan kepala otak yang memang dah serabot tahap cipanzi ni. Kang lagi difikir, jadi giler. Siapa yang susah nak bela aku? Family jugakk. Aku pun doakan dia supaya jangan fikirkan aku sangat.


Sama-sama kita pandang ke hadapan, awak cari duit banyak-banyak. Cari harta banyak-banyak :] saya, belajar rajin-rajin. Ada jodoh, kita jumpa balik.Apa-apa pun kerana Allah. Kawan-kawan, aku bukan putus pun dengan dia tapi perasaan cinta itu simpan diam di dalam hati. Keputusan tue, aku yang buat. Kejamkah aku?! Aku hanya buat ikut suara hati dia. Salah akukah lagi?!


Kerana tak mahu tangan ni gatal mesej or call dia lagi,, aku dah simpan alat keluli aku tue. Orang tak sudi, buat apa kita nak terhegeh-hegeh kan? Saya, Anis Khalilah. Memang macam begini perangainya. Simpan kat mana? |hahaha| Ada la. Jauh dari pandangan mataku. Jauh. Lepas ni, aku just tengok sahaja kawan-kawan aku mesej pasangan-pasangan mereka. Aku? Apa lagi, lari laa. Tak payah tengok.


Hujung minggu ni aku ada pelan. Baik punya. InsyaAllah. Harap-harap menjadi la hendaknya. Semoga ia berjalan dengan selancar-lancarnya. Amin. Kuatkan semangat aku Ya Allah. Awak, jaga diri. Sekarang, no tension-tension lagi. Kawal marah. Semoga awak dan keluarga berada dalam rahmat Allah. Amin. Assalammualaikum.



Saturday, 21 April 2012

I'm shy.




Jika hakikat pernikahan adalah kerna NAFSU,
Maka pasangan akan selalu bertengkar jika…
Servis di kamar tidur tidak memuaskan..

Jika hakikat pernikahan adalah kerna HARTA,
Maka pasangan bakal bubar jika bankrupt..

Jika hakikat pernikahan adalah kerna KECANTIKAN,
Pasangan bakal lari jika rambut mula beruban
dan muka kerepot atau badan jadi gendut..

Jika hakikat pernikahan adalah kerna ZURIAT,
Pasangan akan cari alasan utk pergi jika pasangan x dapat memberi anak..

Jika hakikat pernikahan adalah kerna KEPERIBADIAN,
Pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya..

Jika hakikat pernikahan adalah kerna CINTA,
Hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal2 yg lebih baik ..
Tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati..

Jika hakikat pernikahan adalah kerna IBADAH kpd ALLAH
Sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kpd makhlukNYA ..

⊹⊱✿♥Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorg ibu mencintai bayinya .
Maka tak ada alasan apapun didunia yg dapat meretakkan rumah tangga
Kecuali jika pasangan menderhakai ALLAH...♥


.laman mukabuku.

.Jika aku tahu.



Assalammualaikum kawan-kawan? Sihat? Harap semuanya sihat dan ceria-ceria hendaknya. Alhamdulillah. Segala dugaan dan cabaran itu datang daripadaNya. So, terimalah dengan hati yang terbuka. R to the E to the D to the H to the A. REDHA okeyy. Senyum itu penawarnya :]


Segala nasihat itu, sebenarnya aku peringat untuk diri aku juga. Manusia, semuanya lemah. Adanya kekuatan itu pun kerana Allah. Darinya Allah. So, jangan angkuh dan sombong sangat. Ingat tue. Hari demi hari, semoga Allah terus kuatkan hati aku untuk menjalani kehidupan dengan lebih bersemangat. Usah ungkit dan ingat lagi kisah lalu. Telah ku buang jauh. Jauh dari pandangan mataku. Mungkin jauh dari hatiku.





Novel ini yang buat ayatku lebih berbunga-bunga :] Buat pengetahuan semua, pembacaan novel itu makin hampir ke garisan penamat. Mana tak nye, mengadap novel itu saja,, almaklum la novel pinjam kan. Kena cepat-cepat la habiskan pembacaan tue. Diari Cintaku. Ayat dalam tue memang. Memang mengimbau kisah lama. Mengingatkan kembali sejarah itu. Sejarah yang buat aku fikir bukan sejenak tapi sejam. Dua jam. Tiga jam. >.< |melampau la tue| Baguskan, dah nak test still mengadap novel.


Bercinta boleh tapi jangan abaikan pelajaran tue, sudah acap kali aku cuba ingatkan pada diriku. Ya, tiap-tiap malam. |macam tipu je| Apa-apa pun pelajaran itu penting. Anis, ingat ye. Bercinta, berkasih, bersayang lama mana pun, ia bukan penentu kebahagiaan kita. Aku serik kot. Serik. Berapa kali aku nak ulang. Tapi tiada impak pun untuk aku bercinta atau menyayangi insan lain untuk kedua kalinya. Oleh itu, sifat berhati-hati itu masih kuat di lubuk hati ini. Serius. Bukan tak percaya tapi itu la,, takut dipermainkan lagi. InsyaAllah. Biarlah sekali dipermainkan untuk seumur hidup ini. Walau sekali dimainkan tetapi luka didalam hati mengambil masa bertahun-tahun untuk menyembuhkannya. Usah berani menyentuh hati seseorang jika tidak bersedia membahagiakannya.


Bukan aku menolak takdir untuk bercinta lagi. Bukan. Bukan. Tetapi sifat berhati-hati itu masih menguasai hati ini. Sekarang ni, apa yang aku buat.. Betulkah?! Mesej? No. No. No. Call? Lagila No Way. So, berdiam lagi baik daripada bercakap. Betulkan. Tapi. Jalan itukah yang terbaik? Aku buntu. Mintak la petunjuk daripadaNya. The best answer. Biarla. Biarla masa yang menentukan segala-galanya. Egokah kami? Ya, kami memang ego. Lumrah sebuah kehidupan. Lumrah sebuah percintaan. Acap kali, Maaf. Maaf. Maaf. Tapi sampai bila? Ya, harga sebuah kemaafan itu, apa la sangat. |aku la tue| Kadang-kadang, malas dah nak mintak maaf. Berputus asa kah aku? Hati ohh hati, kau saja ada jawapannya. Hati ohh hati kau saja yang boleh mentafsirkan segalanya.


" Kalau boleh, tolonglah jangan tambah masalah. Letihlah." Okey-okey. Tiada masalah lagi selepas ini. InsyaAllah. Biarlah terus menyepi. Itu lagi baik. Bukan merajuk habis. Bukan juga marah habis tetapi mungkin itu yang baik. Lagi baik. Lagi mudah. Lagi selesa. Tak serabut. Tak letih. Macam-macam lagila. Aku pun tahu letih beb.


Memiliki seladang cinta yang subur dan mekar. Selautan kasih yang airnya sentiasa membasahi danau agar tidak kegersangan. Itula cinta yang didambakan setiap insan tidak terkecuali aku. Aku. Aku. Aku. Lastly, maafkan aku.



Wednesday, 18 April 2012

talking to the moon.


Kejadian berlaku pada malam peperiksaan. Final exam la kiranya :] Kejadian ini juga berlaku selepas majlis hari lahir salah seorang rakan sekelas aku.




" Esok kau exam apa? " tanyaku
" Real Estate Agency. Kau? " Balasnya dan menanyakan soalan yang sama padaku.
" Prop Man." Jawabku :)


Moral of the story, Akhirnya aku tahu jugak apa itu Real Estate Agency. Subjek apakah itu? Apakah yang terkandung didalam subjek itu. Susahkah. Senangkah. |hahaha| Patutla senior aku tue relax je, siap nak jumpa aku lagi, mungkin bagi dia senang kot subjek tue.Senior ohh senior. InsyaAllah. Bakal suami pulakk lepas ni bukan senior lagi. |hehehe| Mudah-mudahan. Ohh ye, Prop Man tue singkatan kepada Property Management. subjek yang senang la bagi aku. Alhamdulillah. :)


Okeyla, sebenarnya, tak ada apa dah nak merapu ni. Belajar rajin-rajin ye, jangan malas-malas. Assalammualaikum.


Tiba-tiba kenangan itu kembali segar di ingatanku.Layar lakonan kita kembali hebat beraksi diruang mataku.

Monday, 16 April 2012

J.U.J.U.R P.A.D.A.K.U

  • Hari ni hari yang bagi aku pahit. Pahit sangat tapi akhirnya kemanisan itu muncul juga. Alhamdulillah. Terharu giler.
  • To my best friend, angah eha atau Siti Norfatihah. Maafkan aku kerana terkasar bahasa. Maaf sesangat ye sayang.
  • Aku serabot hari ni. Serabot sesangat. Antara mereka dan kau. Aku pening.
  • Maaf sesangat.
  • Semoga masalah ini akan terus berkurang dan berkurang.
  • Maafkan aku kawan-kawan.
  • Maafkan aku,, kau :]
  • Lastly, call lagi baik dari mesej, seriously.
  • Thanks maafkan saya.
  • Cukupla sampai disini, take care ye kawan-kawan.
  • Ambil yang jernih buang yang keruh.
  • Selamat malam.
  • Assalammualaikum.
Amaran keras. Jangan scroll sampai ke bawah bagi sesiapa yang tak gemar berjiwang-jiwang.





Awak, saya sangat-sangat sayangkan awak. Dan ia kerana Allah. Bukan suke-suke <3

Sunday, 15 April 2012

Malam Apresiasi Gemilang 2012 ^.^

Assalammualaikumm awek-awek dan pakwe-pakwe. |hehehe|

14 April 2012 menyimpan seribu kenangan buat kami senior batch 2010/2011 dan junior batch 2011/2012 termasuk la junior CEA. Tak kira la SPHT or SPGT. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan selancarnya :)
THE PHANTOM IN RED AND BLACK. Apa yang aku nak cakap sekarang, aku enjoy habis. Mungkin bukan aku sahaja tetapi kegembiraan ini juga kepada sesiapa yang bergelar SENIOR tak kira kos SPHT atau SPGT. Betul tak korang enjoy habis?? |hahahaha|


Tiket ni kalau tak bawak time malam dinner tue memang tak boleh masuk. Betulkah? |hahaha| Yang penting cabutan bertuah pada mereka-mereka yang daftar sahaja, insyaAllah ada rezeki dapat la cabutan bertuah. Tapi malam tue aku tak ada rezeki. So, cabutan sedikit tidak bertuah la bagi pihak aku :) T.A.P.I. ada tapinya tau, walau tak dapat cabutan bertuah,, ada benda yang buat aku lagi happy, korang nak tahu? =.=


Eh, eh, eh... Itu bukan persembahan kos aku tapi persembahan daripada junior -.-
Okey-okey aku sambung cerita tadi, apa yang buat aku lagi happy,, sebab/kerana kos aku dapat menjuarai persembahan terbaik. Alhamdulillah lagi sekali kepada Pencipta. Terima kasih kepada pihak di belakang tabir, watak utama dan aku sendiri |hahahaha| selaku watak tambahan tidak lupa juga pada watak tambahan yang lain-lain. Korang semua memang terbaik. Akhirnya, penat lelah kita semua berbaloi dan terbalas juga. Terima kasih kepada Tuan Director. Lu memang terbaik :) |kikikiki| Watak utama, korang memang the best sebab spontan je cakap. Skrip semua dah lupa bila dah ada atas stage. sorry, gambar time kitaorang buat persembahan aku tak sempat amik.






Empat sekawan. Itu la kami :) Hubungan kami seutuh..... Korang sambung la sendiri :p aku dah tak boleh fikir >.< Dan gambar terbalik tue, korang rotate la sendiri, tak pun, korang terbalik kan laptop korang :) Boleh kan buat, |hahahaha| Kalau tak, teleng kepala korang.







|hahahahaha| Korang rotate la sendiri gambar aku tue. Sorry sesangat :] Gambar di atas ni, aku sempat amik time kawan-kawan seperjuangan aku buat persembahan. Apa yang boleh dikatakan, Seronok dan lawak giler persembahan korang. Tak kering gusi dibuatnya. Apa-apa pun kemenangan itu milik kita. Alhamdulillah. Time sukaneka SPGT senior banyak giler bolot hamper, jeles ni :p |hoho|


Okey la sampai di sini sahaja warkah kali ini ^.^ Aku penat dah menaip |ecececeh| Malam ni nak tidur awl. Bakal zaujiku pun dah tidur. InsyaAllah. Bakal zauji ye :] Selamat malam. Take care k. Aku makin jarang update blog. Laptop aku dah rosak. |hahaha| Dengar dek abah aku, HABIS. To my zauji, jangan mengusik banyak sangat. Suke betul dia mengusik :)

Tuesday, 10 April 2012

status updated :]

Assalammualaikum.

Pejalanan hidup semakin mencabar. Ya, itu yang aku rasa sekarang ni. Walau macam mana pun, hidup mesti diteruskan. Bila dah balik Inspen, rasa macam nak kembalinya ke rumah. Apakah? Apakah perasaan ini? Nampak sangat aku tak bersyukur. Bila fikir balik, rasa macam nak balik rumah dan tak nak belajar lagi. |hahaha| macam tue pulak? Lepas tue, dah tak nak belajar nak buat apa? Kahwin? Abaikan soalan gila, Tak tercapai akal langsung.

Memang tidak dapat dinafikan belajar lagi best dari bekerja. Bekerja penat badan tapi belajar just penat otak je. So, aku lebih rela untuk mengambil risiko PENAT OTAK. Uhmmmm, bosan. Itu yang aku alami sekarang. Apahal tah. Aku malas nak merayap bilik orang lain sebab tue aku jadi bosan. Nak tidur, makin tembam la pipi ni, asalkan lepas makan, tidur. Asalkan tidur, lepas makan. BOSAN LA WEHHH.

Account. Sikit LEM sikit. Itu aku la kan. Biasa la basis dalam akaun zero. Macam ni la jadinya. Aku tak faham apa pensyarah tue ajar :( Usaha kena lebih sikit dalam subjek ni. InsyaAllah. Tak kan nak harapkan tenaga pengajar je, usaha sendiri pun kena sumbang jugakk. Dah la tadi aku bagi jawapan salah. Ntah apa-apa je tapi memang tadi aku tak tahu langsung jawapan numbor satu. Aku tanya Aloy, Aloy jawab conservatism, aku pun bagi la jawapan tue. Sekali salah. Jawapan sebenar matching. |hahaha|


GOING CONCERN.
MATERIALITY.
FULL DISCLOSURE.
HISTORICAL COST.
REVENUE RECOGNITION.


Aku bukan nak jadi accounting la wehhh. Tolong la aku. |huhuhu|


Saturday, 7 April 2012

.mesej la aku. mesej la aku. :]


Gila. Buang tabiat ka bagi tajuk macam tue. |hahaha| Tak de la wehh. aku saja bagi tajuk macam tue sebab aku tak tahu nak bagi tajuk apa :) So, ia tak de kena mengena pun dengan apa yang aku nak story ni.

Okey, seminggu aku kat Inspen, bila dibilang-bilang hujung minggu ramai jugak student-student balik rumah. Termasukla roomate aku sendiri. Sorang lagi kawan aku pun balik. Kesian kan kat aku malam tadi tidur sorang-sorang? |hahahaha| 1st time tidur sorang-sorang tau. Kalau diikutkan, seriously, aku memang seorang yang penakut. Itula hakikatnya. Alhamdulillah. Malam tadi aku tidur dengan nyenyak sekali. Padahal petang tue dah puas tidur. Nampak sangat kaki tidur kan. |huhu|

Report dan buku log siap dihantar pada pagi Jumaat, dengan lafaz bismillahhirahmanirahhim, saat pertukaran tangan antara aku dan staff HEP yang mengandungi report dan buku log. Harap-harap berjaya la. Ni nak cerita sikit, sepanjang tiga orang kawan aku bertungkus lumus menyiapkan report, aku just tengok je. Aku tak berani nak tukar isi kandungan yang setia ada dalam report aku. Aku pun tak tahu kenapa. KA pun ada pesan, tak payah tukar. Dah memang itu yang terbaik. InsyaAllah. Alhamdulillah. Aku merasakan Dia bersama aku ketika aku bertungkus lumus menyiapkan report sebulan yang lepas. Terima Kasih Allah.

Tidak lupa juga doaku buat tiga orang kawan baik aku sendiri agar mendapat result yang cemerlang. Amin. Bukan sahaja kami tapi semua pelajar sesi 2010/2011. Amin. Mudah-mudahan kami semua berjaya. 3.99 tak mau tapi 4.00 mau |hahaha|

Usaha ---- > Doa ---- > Tawakal


Ni semester satu punya cerita :] Semoga kami berempat akan terus berkekalan bersama untuk selama-lamanya. Amin.

Wednesday, 4 April 2012

kami satu pasukan =.=


SPHT = Nilai hartanah
CEA = Jual hartanah
SPGT = Urus hartanah

Ini adalah antara kos di Inspen.Seronok kami bersatu menaikkan nama Inspen untuk kesenangan generasi akan datang. Aku merupakan pelajar di dalam bidang penilaian hartanah dan kini aku hampir-hampir ke garisan penamat. Tapi kalau nak cepat kaya, try la CEA. Estate Agent, geranti beribu-ribu gaji korang. Aku lukis rumah sebab kan rumah pun hartanah. Cantik Tak? |hahahaaha|
Sekian.

Tuesday, 3 April 2012

.perancangan awal.

Assalammualaikum kawan-kawan :)
Aku dah tiga hari kat Inspen ni, Alhamdulillah. Seronok dapat jumpa kawan-kawan balik. Dapat tengok movie sama-sama. Best kan?! |huhuhu| Alhamdulillah jugak sebab dapar berroomate dengan kawan baik sendiri :) kawan-kawan baik yang lain pun duduk tingkat yang sama dengan aku iaitu tingkat empat. Junior?! |hahahaha| Dieorang okey.

Risaunya la dengan report latihan industri, Jumaat ni last kena hantar. Aku dah naik pening. Berbeza-beza kot isi kandungannya dengan kawan-kawan lain. Entahla, berserah je, lagipun aku dah buat, nak semak-semak lagi, malas kot. Banding pun dah settle kot.|huhuhu| Nampak sangat dah malas nak bukak-bukak. Tolongla kalau boleh aku tak nak mengadap report tue lagi. Rasa nak hantar je. Tengok la, memang aku dah nak hantar pun dalam masa yang terdekat ni +.+ Doakan aku okey.

Sudah dua hari sesi pembelajaran dijalankan. Aku sudah mengenali subjek account, town and country planning sedikit demi sedikit. Best :) Biarla, permulaan ni aku dengar je apa pensyarah membebel. Bukankah itu lagi baik? Harap bila sifu-sifu itu bagi soalan dan aku boleh menjawabnya walau sekadar mendengar sahaja time belajar :P Jangan berlagak pandai sudah, tak berkat ilmu -.-

Town and country planning, ia seakan-akan menarik minat aku. Land economics, ia berkaitan dengan gambar di bawah. Cantik.







Sekian.
 To peminat setia, kerja rajin-rajin ye. Apa yang dihadapi, tabah menempuhinya k :) Jaga diri elok-elok. Semoga sentiasa berada di bawah rahmat Allah. InsyaAllah.
Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)
 
 photo an15_zps6q1sivad.png