Sunday 30 October 2022

44days already !!!


Alhamdulillah . Ngam ngam 44 hari iolls hari nih . Syukur .  Untuk kelahiran baby kedua nih ❤️ Abang ngam ngam 2 tahun, lahir pulak adik buat teman bermain . MasyaAllah .

Allah sebaik baik perancang ❤️

So di sini, untuk dijadikan kenangan untuk masa hadapan bagi mengenang detik detik kelahiran baby kedua kami, aku coretkan di sini . . Nanti boleh baca balik . Sungguh, lain anak lain ragam nya tapi sakit bersalin tu tetap sama |hahaha|

Dan tak lupa juga . .

Sekali lagi, baby boy !!! Syukur ❤️

Ini dia . .  

Rentetan Kelahiran ‘Aathif  ~ nama diberi

14/9/2022

9.30am

Tanda darah turun time ni tapi sakit memang tak ada . So boleh tidur dulu . Lepastu bangun boleh kemas rumah, mop lantai, sapu lantai dan masak . Buat senaman sikit untuk cepatkan bukaan andai kata Allah takdir baby keluar harini . Time ni dah bagitahu husbnd kat tempat kerja dan Kak yati in case jap lagi ada rasa sakit sakit ke . Ohh ye, Sebelum subuh ada jugak tanda tapi tanda asyik membuang je laa. Today, im 39weeks 2days 😍

Kak yati dah mula resah gelisah sebab risau tetiba sakit nak teran je. Berapa kali ulang . . “ nis, anak tak samaa .. takut nanti jadi apa apa kee “ sebabnya aku degil taknak pergi hospital . kerananya risau cek bukaan sakit memamdangkan aku tak rasa sakit apa lagi .


5.30pm 

Petang ni siap berjalan lagi untuk cepatkan bukaan . Jauh jugak sambil tu ibu call . Memang tak rasa pun jauh jalan . Time ni dah rasa sikit sikit contraction . Decide lepas maghrib nak pegi hospital. Rasa sakit sikit sikit macam ni kot nanti hospital bagi balik. Rasanya laaa .


7.45pm

Settle solat gerak terus ke hospital, siap bawak ariiq . Yela mungkin tak ada apa apa kan sebab tak sakit sangat. Naik LR sendiri sebab taknak bagi ariiq ikut masuk hospital. 


9.30pm

Sakit makin lama makin kuat . 2-5min sekali . Rasa macam baby akan keluar 15hb nih . . Sambil tunggu nak swab dan doctor cek, sambil tu buat pernafasan jamumall ajar . Serius memang nampak baby makin turun. Sakit makin kuat tapi cool dulu, relax , layan . . Sebab  contraction ni kena layan, kalau tak, rasa lagi sakit .


11.30pm 

Doctor panggil untuk swab, tak lama tu panggil masuk pac untuk cek bukaan semua. Jantung baby semua okay .. bukaan 5/6cm . Time ni husbnd dah naik LR .. sebab sebelum ni pergi hantar ariiq balik .. bg ariiq minum susu then tidurkan baru pergi hospital semula . Time husband  sampai tu,  mintak air ... roti dan kurma untuk buat alas perut. Makan pun terhenti henti bila contraction datang . Makan asal sumbat saja 😜


Allah


15/9/2022


12.30am

Masuk bilik pac semula. Layan contraction . Pergi bilik air untuk ambil sample air kencing bila cangkung rasa macam ada benda nak keluar .. takut pulak . So tak jadi ambil pun sample air kencing . Nak naik katil macam dah tak boleh dah time tu sebab rasa nak teran jee. Dapat je naik katil, terasa nak teran tapi try teran slow je la sebabnya benda tu tak boleh control .


Popp . [dengar & rasa ye benda tu] HAHAHA. Air ketuban pecah . Kelam kabut doctor dengan nurse tolak katil masuk LR. Kelam kabut jugak depa prepare barang barang. Depa tak bagi teran lagi .. depa minta tahan kejap


3.41am 

Sekali teran . Alhamdulillah keluar baby soleh ni . Mudah . Keluar keluar terus menangis ... letak atas ibu berhenti menangis... nurse angkat.. dia menangis balik . Ada jahit ... Tak banyak dan tak sikit


6.00am

Nurse tolak masuk wad . Time ni husband tengah solat subuh . Alhamdulillah tunggu sampai selesai macam anak sulung jugak dulu . 12.30 tengah hari, hari yang sama dah boleh discharge .


Syukur 🥰


Maaf untuk shorrt form . Mula tulis dalam notes then paste kat draf blog, nak betul kan balik . Allah malas sungguh diri hinih |hahahah|


Untuk kelahiran baby kedua jugak, aku nak share sikit tips mudah bersalin . Lagi senang dari bersalin anak sulung . Tak tipu tapi cam biasa laa . . Rasa sakit tu tetap sama la kan . Sakit nak bersalin, sakit gila |hahahha| sebab tu jangan apa apa kan anak aku 🤣


Jom tips !!!


1. Kalau boleh, sila khatam al quran . . Sekali pun takpe

2. Sentiasa doa mudah mudahan Allah permudahkan segalanya . Cakap selalu jugak dengan baby, moga mudah dia keluar .

3. Time sakit nak bersalin tu, ada dua cara pernafasan time contraction slow dan time contraction kuat . Tarik nafas dalam dalam... lepaskan nafas melalui mulut panjang panjang nafasnya . Boleh praktis sejak 7bulan ke atas teknik pernafasan tengok DISINI

4. Banyakan berjalan . Start baby dah matang tu, 37weeks tu boleh dah buat senaman, banyakan buat kerja rumah . Dah aktif time ni . . Tak kan jadi baby lahir tak cukup bulan . 

5. Mintak maaf dengan semua orang & mintak jugak mereka doakan agar perjalanan bersalin tu mudah dan senang .


Akhir sekali, selamat mencuba dan good luck! ^^


Last but not least, didoakan juga buat ibu ibu ttc moga dipermudahkan juga urusan untuk menimang zuriat sendiri . Jangan putus asa . Teruskan usaha dan berdoa . Nak dapat sesuatu yang baik memang susah guys . Sebab Allah nak kita betul betul hargai apa yg Dia bagi kat kita tu . 



Tuesday 16 August 2022

31082022 Genap Dua tahun


Alhamdulillah


Ensm belas hari lagi genap dua tahun umur anak ibu ayah ni . InsyaAllah . Moga Allah terus panjangkan umur, dilimpahi rezeki berkat yang melimpah ruah dan sentiasa dikurniakan kesihatan badan yang baik selalu . Amin


Dikurniakan akal yang cerdik & cergas untuk kebaikan masyarakat, bangsa & negara . Tak lupa juga jadikan dia anak yang mendirikan solat .


Terus membesar bagaikan juara okay .


Taip pepanjang pun bukan ariiq pandai baca lagi, abc pun sebut ja c . . Tapi tunjuk r . |hahahha| 


Tanggal 14 ogos 2021 jam 10.55 malam .


Tarikh ni aku dan suami tak mungkin akan lupa, tapi tu la aku memang nampak tak boleh kawal keadaan langsung, nasibla suami tak join jadi haru biru sekali .


Ketika ni, ariiq berumur setahun sebelas bulan ++ yelah sebab 31 ogos baru cukup umur dia setahun . Time ni, dia memang suka capai capai benda atas meja tau . 


Tak sangka, malam tu dia boleh capai mug air teh yang baru dibancuh . Ya Allah, bila nampak tercurah air teh tu kat dada dia . . Berderau terus darah . Bawak terus masuk bili air sambil curah air paip kat badan dia . Dia punya menangis tak boleh stop . 


Bukak baju dia, baru nampak kat lengan, dada dan perut melecur sampai kulit terkopek, tak ada yang mengelembung . Time tu dia pakai pampers dan balut dengan kain lampin je terus bawak ke klinik asia 24jam tu . Konon tak nak pergi hospital sebab time tu covid tengah tinggi lagi . Tapi doctor klinik kata kena refer hospital jugak sebab kesan melecur tu banyak . Klinik sapu krim je . . Tu pun kena sampai 70 hinggit ke 50 hinggit . Lupa dah . 


Pergi hospital, malam tu memang tak ramai orang, tapi biasalah baby melecur . . Of course la kena tahan wad sebab nak pantau takut ada jangkitan kuman ke . Tanya jugak MA bertugas tu, harini kes covid macam mana? MA tu cakap, kes yang malam ni tak ada lagi . Syukur la sebab risau kat anak kecik memang lain macam sikit . 


Kami berdua berkampung di hospital 3 hari juga . . Ingat hari kedua tu boleh balik tapi ariiq demam pulak, so doctor nak pantau takut demam sebab jangkitan kuman . Syukur esoknya dah ok dan boleh balik . Orang tanya, kenapa ariiq masuk hospital . . Cuma bagitahu demam sajalah sebab memang dia ada demam pun, balik rumah . . Nanti cerita lah benda sebaliknya kan


Balik rumah tu, selang sehari ada appointment hospital sebab nak dressing luka tu tapi itulah kulit baby kan, cepat je baik dan kering . Ariiq punya melecur ni tahap 2 . . Tak la sampai terkena isi . Tiga kali jumpa doctor  untuk cek luka semua lepastu dah dismiss 


Dan


Setahun sudah berlalu, bekas bekas luka pun hampir hilang . Aishhh . Saja cipta bekas tu ye . . Pahit betul pengalaman tu . Boleh dikatakan, lalai sangat ibu time tu . . Tapi sungguh, memang dah tolak jauh ke dalam dah mug tu . . Eh tak, dia boleh jugak nak capai . Capai punya capai mug tu terbalik . Nasib air tak penuh 1 mug sebab separuh dah tuang ke mug lain untuk ayah dia . Dan nasib baik tak tercurah ke muka .


“ budak nak kat setahun, ada la tu benda nak jadi macam macam . Biasa la tu ibu . “ puan nurse . Nurse tu taknak bagi ibu serba salah tuuuu |hahaha|


Sekarang ni nak masuk dua tahun, sibuk main lompat lompat . Pesan jugak kat ariiq, “ jangan macam macam ea . . Nak masuk dua tahun dah ni . “ bila anak masuk wad ni, rasa fobia . Dahla time tu ayah dia nak hantar barang pun melalui guard melainkan hari last tu kena angkut barang baru ayah dia naik wad. 


Okay la, sedikit coretan anak sulung kami sepanjang dia nak membesar, moga dijadikan pengajaran buat kami suami isteri serta peringatan agar tak berlaku lagi pada si sulung atau adik adik yg lain . InsyaAllah . 


Tips :

  1. Bila anak kecik terkena air panas/api/masakan panas sehingga boleh menyebabkan melecur, buka cepat cepat baju seluar pampers dia untuk elak kulit melekat pada pakaian tersebut .
  2. Jirus atau aliran air pada tempat melecur tersebut untuk elak jadi lebih teruk . Buatla 10-15 minit camtu
  3. Elakkan letak sebarang apa apa benda kononnya tak nak bagi mengelembung sebab tu kan kulit baby . Nanti kat hospital doctor akan tanya . Sebab benda tu semua boleh menyebabkan infection . 
  4. Bawak baby terus ke hospital jangan berlengah lagi .  Suami den siap google lagi apa apa yg boleh letak untuk elak mengelembung . Tapi mai haru biru isteri dia . . Tak dan dia nak cakap apa


Okay la, moga ariiq terus membesar bagaikan juara . Mohon doa aunty uncle semua moga ariiq jadi anak yang soleh . Aminnn ❤️


 

Wednesday 26 January 2022

Covid Fighter 2022

 


Actually tak pernah terfikir pun boleh terjebak, sebab aku ada anak kecik, rasa waspada tu memang memang tebal gila dalam diri .

Tapi tu laa kan,

Takdir telah tertulis buat keluarga kecilku . Bila dah terjebak, bersama sama lah berdoa moga semuanya akan kembali baik baik saja . Di sini, aku coretkan sedikit kisah dan bingkasan untuk dijadikan ingatan bila covid 19 dah lenyap nanti . Mungkin? Aku sendiri tak tahu . 

9januari2022

Untuk keluarga kecilku, mula dijangkiti . . Husband .  Bermula dengan demam. Panas pun bukan biasa biasa,  bagi makan penadol. Okay lepastu panas balik, aku dah mula curiga . . Bagi lagi penadol. Kebah demam sekejap saja.  Sahih, memang kena buat rtk, test covid sendiri.

Anak memang tak bagi menempek sokmo kat si ayah . Sebab dah demam .  Bukan apa, jaga anak kecik bila sakit tak sama jaga orang dewasa. Budak kecik bila demam, memang mak mak bapak bapak kena alert . Tidur pun tak lena. 

10januari2022

Anak mula demam, terus on ubat demam. 8jam sekali. On penadol juga kat husband sebab memang confirm positif covid. Si anak, tak tahu result apa sebab tak beli rtk untuk dia tapi bila dah demam gitu, hati ni dah kata . . “Anak aku positif jugak nih” aku sakit tekak dan batuk kadang kadang . Ya, aku sendiri pun positif . Aku tak kesah diri aku cuma aku kesian kat anak, dia tak tahu apa apa tiba tiba terjebak juga. 

Boleh dikatakan, setiap hari . . Borak dengan husband, bagitahu yang aku jaga betul anak dari virus ni. Dari start mengandung guys tahun 2019 dan anak lahir 2020, balik mana mana je mesti mandi dulu, tak kisah balik malam pun. Kalau malam mandi air suam. Tup tup, ini takdirnya. 

16januari2022

Harini hari usiaku menginjak ke 30an. Alhamdulillah tapi tu la, harini hari pertama swab test dan keputusannya husband dan anak positif. Aku pulak negatif. Nampaknya Allah bagi sorang okay untuk menjaga dua orang yang tak okay. Tapi syukur anak demam 2 hari saja. Tu pun suhu 37.2 gitu la. Cuma husband la sampai 3 hari dan struggle jadi okay balik. 

Time tu, ibu abah kat madinah/mekah. Hanya kata kata semangat dari video call dan doa saja yang dikirimkan dari jauh.  Semua petua, makcik makcik sedara dan siapa siapa bagi, aku buat . 

Ubat ubat semestinya, air bunga cengkih, air badak, air kelapa, madu, lemon dan macam macam lagi lah sebab risau tetiba oksigen tak cukup ke tapi syukurlah cek oksigen 98% 99%

18januari2022

Bermula lah episod cek kesihatan anak dan suami dia cac atau covid assessment centre. Dua kali saja pergi cac, hari yang lain kkm akan call saja tanya tentang kesihatan. Ketika ni kesihatan anak dan husband semakin baik.

23januari2022

Aku kena swab untuk second time dan alhamdulilah masih negatif dan petang tu potong gelang. Syukur.

25januari2022

Ke cac untuk kali kedua. Alhamdulillah okay dah kedua duanya ayah dan anak. Dan potong gelang juga pada hari tersebut.

Syukur dengan dugaan ini sebab mengajar diri ini lebih redha dan yakin kepadaMu. Sabar dalam menempuhi ujian tu paling penting guys. Beberapa kali ibu di madinah/mekah titipkan kata kata moga redha dengan takdir. 

Kot ibu nampak haku tak redha mungkin. Kuikuikuikui

Ini pesanan untuk semua, bila rasa diri tu tak sihat . . Jangan gagah diri tu pergi tempat awam, berehatlah kat rumah dan buatlah ujian covid tu, biar la kita bersangka buruk kat diri kita . . Aku ni kena covid ke? Dari duk kata demam biasa biasa je ni sebab kat husband memang dalam hati duk kata covid nih. Dalam otak memng tak ada hat baik baik dahla nak fikir sebab kita sekarang hidup bersama virus tu. Benda tak nampak cuma kita kena lebih berhati hati.

Sebab bila terkena virus tu, macam aku sendiri . . Aku tak fikir pasal aku cumanya aku ikhtiar lah supaya tak jadi lagi teruk, dalam kepala ni, anak anak dan anak. Kat husband pun fikir cuma care kat anak lebih sikit . 

Sama sama kita menjadi rakyat yang bertanggungjawab.  Terkena kat diri kita takpe, kadang tak ada simptom pun tapi bila kena orang lain, mana tahu dia ada baby kecik baru lahir ke, ada mak ayah yang sakit kronik ke, dia ada isteri mengandung atau dalam pantang ke.

Naiyaaaa oiiii.

Sekian.


Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)