Sunday 30 October 2022

44days already !!!


Alhamdulillah . Ngam ngam 44 hari iolls hari nih . Syukur .  Untuk kelahiran baby kedua nih ❤️ Abang ngam ngam 2 tahun, lahir pulak adik buat teman bermain . MasyaAllah .

Allah sebaik baik perancang ❤️

So di sini, untuk dijadikan kenangan untuk masa hadapan bagi mengenang detik detik kelahiran baby kedua kami, aku coretkan di sini . . Nanti boleh baca balik . Sungguh, lain anak lain ragam nya tapi sakit bersalin tu tetap sama |hahaha|

Dan tak lupa juga . .

Sekali lagi, baby boy !!! Syukur ❤️

Ini dia . .  

Rentetan Kelahiran ‘Aathif  ~ nama diberi

14/9/2022

9.30am

Tanda darah turun time ni tapi sakit memang tak ada . So boleh tidur dulu . Lepastu bangun boleh kemas rumah, mop lantai, sapu lantai dan masak . Buat senaman sikit untuk cepatkan bukaan andai kata Allah takdir baby keluar harini . Time ni dah bagitahu husbnd kat tempat kerja dan Kak yati in case jap lagi ada rasa sakit sakit ke . Ohh ye, Sebelum subuh ada jugak tanda tapi tanda asyik membuang je laa. Today, im 39weeks 2days 😍

Kak yati dah mula resah gelisah sebab risau tetiba sakit nak teran je. Berapa kali ulang . . “ nis, anak tak samaa .. takut nanti jadi apa apa kee “ sebabnya aku degil taknak pergi hospital . kerananya risau cek bukaan sakit memamdangkan aku tak rasa sakit apa lagi .


5.30pm 

Petang ni siap berjalan lagi untuk cepatkan bukaan . Jauh jugak sambil tu ibu call . Memang tak rasa pun jauh jalan . Time ni dah rasa sikit sikit contraction . Decide lepas maghrib nak pegi hospital. Rasa sakit sikit sikit macam ni kot nanti hospital bagi balik. Rasanya laaa .


7.45pm

Settle solat gerak terus ke hospital, siap bawak ariiq . Yela mungkin tak ada apa apa kan sebab tak sakit sangat. Naik LR sendiri sebab taknak bagi ariiq ikut masuk hospital. 


9.30pm

Sakit makin lama makin kuat . 2-5min sekali . Rasa macam baby akan keluar 15hb nih . . Sambil tunggu nak swab dan doctor cek, sambil tu buat pernafasan jamumall ajar . Serius memang nampak baby makin turun. Sakit makin kuat tapi cool dulu, relax , layan . . Sebab  contraction ni kena layan, kalau tak, rasa lagi sakit .


11.30pm 

Doctor panggil untuk swab, tak lama tu panggil masuk pac untuk cek bukaan semua. Jantung baby semua okay .. bukaan 5/6cm . Time ni husbnd dah naik LR .. sebab sebelum ni pergi hantar ariiq balik .. bg ariiq minum susu then tidurkan baru pergi hospital semula . Time husband  sampai tu,  mintak air ... roti dan kurma untuk buat alas perut. Makan pun terhenti henti bila contraction datang . Makan asal sumbat saja 😜


Allah


15/9/2022


12.30am

Masuk bilik pac semula. Layan contraction . Pergi bilik air untuk ambil sample air kencing bila cangkung rasa macam ada benda nak keluar .. takut pulak . So tak jadi ambil pun sample air kencing . Nak naik katil macam dah tak boleh dah time tu sebab rasa nak teran jee. Dapat je naik katil, terasa nak teran tapi try teran slow je la sebabnya benda tu tak boleh control .


Popp . [dengar & rasa ye benda tu] HAHAHA. Air ketuban pecah . Kelam kabut doctor dengan nurse tolak katil masuk LR. Kelam kabut jugak depa prepare barang barang. Depa tak bagi teran lagi .. depa minta tahan kejap


3.41am 

Sekali teran . Alhamdulillah keluar baby soleh ni . Mudah . Keluar keluar terus menangis ... letak atas ibu berhenti menangis... nurse angkat.. dia menangis balik . Ada jahit ... Tak banyak dan tak sikit


6.00am

Nurse tolak masuk wad . Time ni husband tengah solat subuh . Alhamdulillah tunggu sampai selesai macam anak sulung jugak dulu . 12.30 tengah hari, hari yang sama dah boleh discharge .


Syukur 🥰


Maaf untuk shorrt form . Mula tulis dalam notes then paste kat draf blog, nak betul kan balik . Allah malas sungguh diri hinih |hahahah|


Untuk kelahiran baby kedua jugak, aku nak share sikit tips mudah bersalin . Lagi senang dari bersalin anak sulung . Tak tipu tapi cam biasa laa . . Rasa sakit tu tetap sama la kan . Sakit nak bersalin, sakit gila |hahahha| sebab tu jangan apa apa kan anak aku 🤣


Jom tips !!!


1. Kalau boleh, sila khatam al quran . . Sekali pun takpe

2. Sentiasa doa mudah mudahan Allah permudahkan segalanya . Cakap selalu jugak dengan baby, moga mudah dia keluar .

3. Time sakit nak bersalin tu, ada dua cara pernafasan time contraction slow dan time contraction kuat . Tarik nafas dalam dalam... lepaskan nafas melalui mulut panjang panjang nafasnya . Boleh praktis sejak 7bulan ke atas teknik pernafasan tengok DISINI

4. Banyakan berjalan . Start baby dah matang tu, 37weeks tu boleh dah buat senaman, banyakan buat kerja rumah . Dah aktif time ni . . Tak kan jadi baby lahir tak cukup bulan . 

5. Mintak maaf dengan semua orang & mintak jugak mereka doakan agar perjalanan bersalin tu mudah dan senang .


Akhir sekali, selamat mencuba dan good luck! ^^


Last but not least, didoakan juga buat ibu ibu ttc moga dipermudahkan juga urusan untuk menimang zuriat sendiri . Jangan putus asa . Teruskan usaha dan berdoa . Nak dapat sesuatu yang baik memang susah guys . Sebab Allah nak kita betul betul hargai apa yg Dia bagi kat kita tu . 



Tuesday 16 August 2022

31082022 Genap Dua tahun


Alhamdulillah


Ensm belas hari lagi genap dua tahun umur anak ibu ayah ni . InsyaAllah . Moga Allah terus panjangkan umur, dilimpahi rezeki berkat yang melimpah ruah dan sentiasa dikurniakan kesihatan badan yang baik selalu . Amin


Dikurniakan akal yang cerdik & cergas untuk kebaikan masyarakat, bangsa & negara . Tak lupa juga jadikan dia anak yang mendirikan solat .


Terus membesar bagaikan juara okay .


Taip pepanjang pun bukan ariiq pandai baca lagi, abc pun sebut ja c . . Tapi tunjuk r . |hahahha| 


Tanggal 14 ogos 2021 jam 10.55 malam .


Tarikh ni aku dan suami tak mungkin akan lupa, tapi tu la aku memang nampak tak boleh kawal keadaan langsung, nasibla suami tak join jadi haru biru sekali .


Ketika ni, ariiq berumur setahun sebelas bulan ++ yelah sebab 31 ogos baru cukup umur dia setahun . Time ni, dia memang suka capai capai benda atas meja tau . 


Tak sangka, malam tu dia boleh capai mug air teh yang baru dibancuh . Ya Allah, bila nampak tercurah air teh tu kat dada dia . . Berderau terus darah . Bawak terus masuk bili air sambil curah air paip kat badan dia . Dia punya menangis tak boleh stop . 


Bukak baju dia, baru nampak kat lengan, dada dan perut melecur sampai kulit terkopek, tak ada yang mengelembung . Time tu dia pakai pampers dan balut dengan kain lampin je terus bawak ke klinik asia 24jam tu . Konon tak nak pergi hospital sebab time tu covid tengah tinggi lagi . Tapi doctor klinik kata kena refer hospital jugak sebab kesan melecur tu banyak . Klinik sapu krim je . . Tu pun kena sampai 70 hinggit ke 50 hinggit . Lupa dah . 


Pergi hospital, malam tu memang tak ramai orang, tapi biasalah baby melecur . . Of course la kena tahan wad sebab nak pantau takut ada jangkitan kuman ke . Tanya jugak MA bertugas tu, harini kes covid macam mana? MA tu cakap, kes yang malam ni tak ada lagi . Syukur la sebab risau kat anak kecik memang lain macam sikit . 


Kami berdua berkampung di hospital 3 hari juga . . Ingat hari kedua tu boleh balik tapi ariiq demam pulak, so doctor nak pantau takut demam sebab jangkitan kuman . Syukur esoknya dah ok dan boleh balik . Orang tanya, kenapa ariiq masuk hospital . . Cuma bagitahu demam sajalah sebab memang dia ada demam pun, balik rumah . . Nanti cerita lah benda sebaliknya kan


Balik rumah tu, selang sehari ada appointment hospital sebab nak dressing luka tu tapi itulah kulit baby kan, cepat je baik dan kering . Ariiq punya melecur ni tahap 2 . . Tak la sampai terkena isi . Tiga kali jumpa doctor  untuk cek luka semua lepastu dah dismiss 


Dan


Setahun sudah berlalu, bekas bekas luka pun hampir hilang . Aishhh . Saja cipta bekas tu ye . . Pahit betul pengalaman tu . Boleh dikatakan, lalai sangat ibu time tu . . Tapi sungguh, memang dah tolak jauh ke dalam dah mug tu . . Eh tak, dia boleh jugak nak capai . Capai punya capai mug tu terbalik . Nasib air tak penuh 1 mug sebab separuh dah tuang ke mug lain untuk ayah dia . Dan nasib baik tak tercurah ke muka .


“ budak nak kat setahun, ada la tu benda nak jadi macam macam . Biasa la tu ibu . “ puan nurse . Nurse tu taknak bagi ibu serba salah tuuuu |hahaha|


Sekarang ni nak masuk dua tahun, sibuk main lompat lompat . Pesan jugak kat ariiq, “ jangan macam macam ea . . Nak masuk dua tahun dah ni . “ bila anak masuk wad ni, rasa fobia . Dahla time tu ayah dia nak hantar barang pun melalui guard melainkan hari last tu kena angkut barang baru ayah dia naik wad. 


Okay la, sedikit coretan anak sulung kami sepanjang dia nak membesar, moga dijadikan pengajaran buat kami suami isteri serta peringatan agar tak berlaku lagi pada si sulung atau adik adik yg lain . InsyaAllah . 


Tips :

  1. Bila anak kecik terkena air panas/api/masakan panas sehingga boleh menyebabkan melecur, buka cepat cepat baju seluar pampers dia untuk elak kulit melekat pada pakaian tersebut .
  2. Jirus atau aliran air pada tempat melecur tersebut untuk elak jadi lebih teruk . Buatla 10-15 minit camtu
  3. Elakkan letak sebarang apa apa benda kononnya tak nak bagi mengelembung sebab tu kan kulit baby . Nanti kat hospital doctor akan tanya . Sebab benda tu semua boleh menyebabkan infection . 
  4. Bawak baby terus ke hospital jangan berlengah lagi .  Suami den siap google lagi apa apa yg boleh letak untuk elak mengelembung . Tapi mai haru biru isteri dia . . Tak dan dia nak cakap apa


Okay la, moga ariiq terus membesar bagaikan juara . Mohon doa aunty uncle semua moga ariiq jadi anak yang soleh . Aminnn ❤️


 

Wednesday 26 January 2022

Covid Fighter 2022

 


Actually tak pernah terfikir pun boleh terjebak, sebab aku ada anak kecik, rasa waspada tu memang memang tebal gila dalam diri .

Tapi tu laa kan,

Takdir telah tertulis buat keluarga kecilku . Bila dah terjebak, bersama sama lah berdoa moga semuanya akan kembali baik baik saja . Di sini, aku coretkan sedikit kisah dan bingkasan untuk dijadikan ingatan bila covid 19 dah lenyap nanti . Mungkin? Aku sendiri tak tahu . 

9januari2022

Untuk keluarga kecilku, mula dijangkiti . . Husband .  Bermula dengan demam. Panas pun bukan biasa biasa,  bagi makan penadol. Okay lepastu panas balik, aku dah mula curiga . . Bagi lagi penadol. Kebah demam sekejap saja.  Sahih, memang kena buat rtk, test covid sendiri.

Anak memang tak bagi menempek sokmo kat si ayah . Sebab dah demam .  Bukan apa, jaga anak kecik bila sakit tak sama jaga orang dewasa. Budak kecik bila demam, memang mak mak bapak bapak kena alert . Tidur pun tak lena. 

10januari2022

Anak mula demam, terus on ubat demam. 8jam sekali. On penadol juga kat husband sebab memang confirm positif covid. Si anak, tak tahu result apa sebab tak beli rtk untuk dia tapi bila dah demam gitu, hati ni dah kata . . “Anak aku positif jugak nih” aku sakit tekak dan batuk kadang kadang . Ya, aku sendiri pun positif . Aku tak kesah diri aku cuma aku kesian kat anak, dia tak tahu apa apa tiba tiba terjebak juga. 

Boleh dikatakan, setiap hari . . Borak dengan husband, bagitahu yang aku jaga betul anak dari virus ni. Dari start mengandung guys tahun 2019 dan anak lahir 2020, balik mana mana je mesti mandi dulu, tak kisah balik malam pun. Kalau malam mandi air suam. Tup tup, ini takdirnya. 

16januari2022

Harini hari usiaku menginjak ke 30an. Alhamdulillah tapi tu la, harini hari pertama swab test dan keputusannya husband dan anak positif. Aku pulak negatif. Nampaknya Allah bagi sorang okay untuk menjaga dua orang yang tak okay. Tapi syukur anak demam 2 hari saja. Tu pun suhu 37.2 gitu la. Cuma husband la sampai 3 hari dan struggle jadi okay balik. 

Time tu, ibu abah kat madinah/mekah. Hanya kata kata semangat dari video call dan doa saja yang dikirimkan dari jauh.  Semua petua, makcik makcik sedara dan siapa siapa bagi, aku buat . 

Ubat ubat semestinya, air bunga cengkih, air badak, air kelapa, madu, lemon dan macam macam lagi lah sebab risau tetiba oksigen tak cukup ke tapi syukurlah cek oksigen 98% 99%

18januari2022

Bermula lah episod cek kesihatan anak dan suami dia cac atau covid assessment centre. Dua kali saja pergi cac, hari yang lain kkm akan call saja tanya tentang kesihatan. Ketika ni kesihatan anak dan husband semakin baik.

23januari2022

Aku kena swab untuk second time dan alhamdulilah masih negatif dan petang tu potong gelang. Syukur.

25januari2022

Ke cac untuk kali kedua. Alhamdulillah okay dah kedua duanya ayah dan anak. Dan potong gelang juga pada hari tersebut.

Syukur dengan dugaan ini sebab mengajar diri ini lebih redha dan yakin kepadaMu. Sabar dalam menempuhi ujian tu paling penting guys. Beberapa kali ibu di madinah/mekah titipkan kata kata moga redha dengan takdir. 

Kot ibu nampak haku tak redha mungkin. Kuikuikuikui

Ini pesanan untuk semua, bila rasa diri tu tak sihat . . Jangan gagah diri tu pergi tempat awam, berehatlah kat rumah dan buatlah ujian covid tu, biar la kita bersangka buruk kat diri kita . . Aku ni kena covid ke? Dari duk kata demam biasa biasa je ni sebab kat husband memang dalam hati duk kata covid nih. Dalam otak memng tak ada hat baik baik dahla nak fikir sebab kita sekarang hidup bersama virus tu. Benda tak nampak cuma kita kena lebih berhati hati.

Sebab bila terkena virus tu, macam aku sendiri . . Aku tak fikir pasal aku cumanya aku ikhtiar lah supaya tak jadi lagi teruk, dalam kepala ni, anak anak dan anak. Kat husband pun fikir cuma care kat anak lebih sikit . 

Sama sama kita menjadi rakyat yang bertanggungjawab.  Terkena kat diri kita takpe, kadang tak ada simptom pun tapi bila kena orang lain, mana tahu dia ada baby kecik baru lahir ke, ada mak ayah yang sakit kronik ke, dia ada isteri mengandung atau dalam pantang ke.

Naiyaaaa oiiii.

Sekian.


Wednesday 1 September 2021

Kelahiran Anak Merdeka 2020

 



Assalammualaikum semua. Hai. Hai. Hai!! Memang macam biskut la kejap update dan kejap tinggal. Tapi update kalini memang niat untuk diabadikan disini. Nanti ‘ariiq besar dah pandai baca, boleh cari disini. InsyaAllah. 

Alhamdulillah, aku sudah bergelar seorang ibu sejak setahun yang lalu. Ingat lepas bersalin haritu nak update blog rupa rupanya setahun kemudian baru update. HAHAHA

Lepas bersalin haritu, ada kawan kawan tanya tentang detik detik kelahiran ‘anak merdeka’ ni, so ibu dia dah siap karang kau.  ‘Ariiq lahir 53minit lagi nak habis tarikh 31/8.  Jom nak cerita sikit sebelum memori dihakis dek umur dan masa.


30/8/2020

Lunch haritu encik abah siap ajak makan mee sup tapi sayang kedai tutup, so perkena mee tulang + abc. Sodapppp. Balik rumah, nak solat ni .. tetiba tengok dah turun tanda lendir + darah time zohor tu tp tak rasa sakit lagi. Biarkan dulu... sebab tak rasa apa kan, mungkin ada rasa baby mengeras gitu tapi boleh relax lagi. Lepas isyak tu baru ke hospital. Time ni ada rasa sakit tapi tak kuat. Hospital cek bukaan baru 1cm. Ada dengar, doctor cakap . .  “Saya tolong bukakkan lagi ye” gitu la ke aku mimpi. HAHAHA

Balik dari hospital dah kat 11 lebih malam, ingat nak kena tahan wad dah... Rupanya belum. Balik tu perkena nasik goreng di kedai hijau kuning. Nikmat oiii walaupun contraction tu datang kejap kejap tapi boleh tahan lagi. 

Sampai rumah, tukar baju siap. Get ready nak tidur tapi tu la tak berapa nyenyak sangat tidur sebabnya sakit dah makin kerap. Bila dia datang, hang genggam tangan suami hang pun.. Dia yang dapat sakit. Rasa sakit dia sakit lagi dari senggugut. Sakit. Fullstop.


31/8/2020

Bangun pagi, darah dan lendir masih keluar sebab katanya mungkin cek bukaan malam tadi. Ha, Sakit semakin kuat bila dah pagi tapi boleh cool lagi, puan ibu dah minta ke hospital tapi cek gerakan baby masih ok, tunda dulu. Klinik kesihatan pun still pergi tau sebab tak bersalin lagi kan. Petang tu puan ibu buatkan burger sambal/malaysia, dapat jamah sebijik ke dua bijik yang lain tapau mana tahu nanti lapar sebab lepas asar tu ajak suami ke hospital, macam semakin sakit je. Sampai hospital, cek bukaan dh 4cm. Dan dan la kena get ready masuk labouroom.

Weh. Debar.

Dorang suruh tukar uniform polkadot pink tu la, siap pakaikan gelang. 

“Kasut dan hanfon bagi suami kat luar ye, nanti sebelum masuk labouroom sediakan pad dan sekeping pampers baby” ~nurse

Time jumpa suami bagi hanfon kasut semua,  lepastu pesan untuk amik pad dan pampers meleleh  jugak air mata sebab taktahu, mungkin sebab takut mati la tu. HAHAHAHA

Suami bila tengok isteri ber uniform polkadot tu nampak macam terkejut . . mungkin fikir, cepatnya.. ingat kena tahan wad dulu.  Aku sendiri pun terkejut.

Pukul 7.30 malam cucuk jarum untuk masuk air, pukul 8 masuk ubat untuk bukaan... get ready untuk pecahkan air ketuban. Pukul 9 malam nurse bagi ubat tahan sakit. Nurse minta untuk rehat dan tidur. Tapi tu la, ada alat atas perut tu, aku tak selesa terbaring. Kalau boleh mengiring mungkin tertidur juga. Sakit semakin kuat, menyerang bertalu talu. Dia bagi sampai kadang tak sempat nak bernafas. Punya nak kata bertalu talu. Tengok jam, pukul 10.20 malam dah tahan sakit... mintak nak teran je tapi nurse bagi gas suruh sedut. Mungkin sebab bukaan tak capai 10cm lagi. Bukaan tak penuh lagi. Tapi gas tu aku tak sedut pun. Actually sakit tu boleh tahan lagi cumaaaa aku dah rimas dengan sakit tu, nak bagi cepat je baby keluar untuk hilangkan sakit. HUHUHU

Hampir pukul 11 malam.. nurse get ready prepare barang untuk sambut baby. Sambil dia minta untuk aku teran saja. Aku ni, time contraction tak kuat pun aku still teran sebab dalam otak, keluar la cepat cepat. 

Banyak kali jugak teran nak keluarkan 2.76kg tu. HAHAHA. 2.76kg tu pun tak larat sampai 2/3 orang nurse tolong tolak baby kat perut. Tu camna nak bersalin sampai 3kg. Lagipun nurse ada bagitahu bukaan sempit walaupun dah capai 10cm. So kena gunting pun tak rasaaaaa . . 

Beberapa minit bertarung akhirnya, lahirlah anis&azmi ‘ s junior. Alhamdulillah. Tepat pukul 11.07 malam. 

“Tengok ni, awak dapat anak apa?”

“Lelaki”

“Sebut kuat kuat dapat anak apa?”

“Lelaki!”

Bersalin cepat tapi uri lambat keluar.  Kena godek godek jugakla cerita dia. Tang jahit pun lama jugak, nasib dapat milo suam. Syukur. Nurse rajin jugak berborak takut aku pengsan la tu. Ada jugak aku terlena. Lepas jahit, dia bagi rehat 2 jam sebelum naik wad. Dekat pukul 3 pagi jugak naik wad. Sebelum tu jumpa suami dulu sebab nurse serahkan uri dan borang aptah. Sempat jugak la si ayah snap gambar baby sekeping dua. Time tu dah lewat, ingatkan suami dah balik rupanya still tunggu. 

Naik wad, suami dapat teman sampai subuh. Untung jugak bersalin lewat lewat malam. Lagipun masuk wad, bilik tu sorang sorang kot. Tak ada geng lagi. Macam seram jugakla. Baby time tu syok tidur je.

Syukurlah, dihadirkan dengan orang sekeliling yang baik baik dari pregnancy journey sampai la time bersalin dan habis pantang. Memang banyak gila tips dipermudahkan perjalanan untuk bergelar seorang ibu. 

“Anis, kamu sebelum bersalin tu khatam al quran, insyAllah Allah akan permudahkan segalanya. “ kata kata ni memang aku pegang sampai bila bila, untuk ibu yang bakal melahirkan, ini tips paling best. Try k. 

Untuk 1st baby, aku memilih hospital sultan abdul halim, sg petani kedah. Btw semua best. Dari pertama jejak untuk cek bukaan sampai nak checkout wad kanak kanak sebab baby jaundice. Memang terbaik layanan dan service. 

Syukur untuk perjalanan sepanjang mengandung dan melahirkan. Terima kasih untuk semua yang sentiasa bersama melakar memori ini terutamanya suami terchinta. I love you.

Sekian.

31/8/2021

Tuesday 16 March 2021

Tips ikhtiar hamil by me


 

Assalammualaikum. Hi semua, macam biasa . . Lama gila tak menaip kat sini. Macam setahun sekali baru bersua |hahaha| Jangan risau, aku tak kan lupa cumanya nak mengadap ni sangat sangat limited masa. Tapi orang lain boleh je kan? Haaa . . Itu masalahnya :D

Btw, tak nak membebel panjang panjang sebab takut 'ariiq terjaga |hahaha| Malas dah nak simpan post di draft. Sebenarnya lama dah nak sharing pasal ni cuma kena ambil mood juga la nak menaip. Bukan senang kan nak menaip. Feeling tu penting.

Apa apa pun, tips ni tak la berapa tips sangat pun tapi sajalah nak share.. Mana tahu ada rezeki baby untuk korang pulak kan. Kita cuma ikhtiar dan yang bagi semua tu Allah. Dan think positive okay! Nak mengandung, jangan stress!!!

Dalam setahun mencuba ikhtiar itu ini dan Allah kirimkan satu berita gembira buat kami suami isteri sekaligus membuatkan di antara ahli keluarga dan sahabat handai menitiskan airmata kesyukuran. Setahun mencuba, dah terasa lama bagi kami. Tu belum yang dah cuba lebih bertahun tahun. Tabik la kat korang! Semoga terus kuat berusaha!

Okay, jom start. Tips ni ada 10 . . Antara tips yang aku cuba sebelum berjaya mengandung adalah ;

1. Amalkan Folic Acid

Ini aku ambil start bulan 1, Kawen dari bulan 11 lagi tapi tak terasa nak makan |hahaha| tapi buat bakal pengantin, better ambil 3 bulan sebelum kawen atau hamil. Bagus vitamin untuk pertumbuhan janin dan untuk mengelakkan dari kecacatan janin. aku dulu makan APPETON dan lepastu try pulak HOVID. Makan hovid sampai mengandung, dah mengndung pun makan lagi sampai dapat ubat dari klinik kesihatan.

2. Ovulation Predictor Kit (OPK)

Dalam bahasa melayu dia, cari waktu subur. Dia guna macam strip tau, lepastu celup dalam air kencing . . Naik double line tu bermakna hari tersebut subur la tu. OPK ni kena start test dari lepas haid lagi sampai jumpa. so kena la beli strip tu banyak banyak |hahaha| Nak cari hari subur setiap bulan kena sado. Lepastu dah jumpa hari subur lepastu tak mengandung pun kena sado sebab kadang kadang Allah tak la bagi sekali usaha terus dapat, kena berkali kali untuk hayati manisnya sabar :) strip Opk ni sis ada jual dan nak tahu cara buat opk, dm atau pm saja sis k.

3. Basal Body Temperature (BBT)

Ni kena rajin jugak macam buat opk, tiap tiap pagi sebelum bangun dari tidur ambil dulu suhu badan. Sebab melalui bbt ni kita kan dapat tahu yang kita mengandung. Kalau suhu dari hari ke hari selepas waktu subur tu makin naik, bermakna mengandung la tu. Sebab orang mengandung kan suhu dia sentiasa panas tapi bukan demam. Tapi nak ber bbt, kena ada termometer khas dia tau. Termometer ni untuk cek suhu badan @ kesuburan seseorang. Jangan tersilap beli pula.

4. Amalkan Minum Air Taugeh

Ini bukan beli taugeh, lepastu rendam tau. Tak. Ini tanam sendiri. Erti kata lain minum air pokok kacang hijau tu. Kalau nak tahu cara, boleh KLIK SINI Start minum dari hari pertama haid dan sehingga waktu subur. Taugeh ni bagus untuk mematangkan ovum. Insyallah, andai ikthiar ini Allah izinkan. Mengandung lah awakk. Rasa dia tak la tak sedap dan tak la sedap. biasa biasa je. Air rebusan taugeh ni sis minum sorang  je sebab rasanya encik husbaby sis tak lalu kot |huuu|

5. Mengurut

Paling penting sebab nak tahu ada urat tersimpul ke, angin banyak ke, peranakan ok ke tak kan. Lepas urut mesti fresh. Ala, sekali sekala melabur untuk diri sendiri, tak salah kan? Aku dulu dua kali mengurut, alhamdulillah .. Allah tiupkan roh kecil dalam rahim. Tapi mengurut tu sakit laa lepastu dah pergi berkali kali, makin okay. Jangan risau k. Pengalaman aku, first mengurut tu, lepastu ada dah tapi tak lama tu turun darah.. Tak ada rezeki orang cakap. Apa apa pun dengan izinNya.

6. Kacang Hitam

Sedap! aku selalu rebus lepastu buat kudapan makan sambil tengok tv takpun time layan movie. Rasa dia macam lemak lemak laa. Kacang dia besar macam kacang merah yang besar tu. Kacang tu pun untuk kesuburan. Erm, boleh la layan dengan encik suami ya! ^^

howtogetrid

7. Air Rebusan Buah Zuriat

Ini pun petua orang tua tua. Ikhtiar p laa. Kadang mahal nak dapat buah zuriat ni pun sebab buah ni dari tanah arab. Aku ikhtiar dua kali beli lepastu yang kali kedua tu tak habis pun minum tup tup lekat dah. Yang ni, minum air rebusan tu amal suami isteri ya! Niat baik baik. Tapi air rebusan buah zuriat ni pun banyak kebaikan dia terutamanya untuk penghidap darah tinggi. Ohh ya! buah zuriat ni pun sis ada jual. yang single ada.. Kembar pun ada. Pm atau dm saja sis ya!

8. Buah Avokado

Buah ni sempat makan dua biji saja, tu pun cari di Tesco. Avokado bagus juga untuk kesuburan tau. Rasa dia macam rasa rumput. |hahaha| Dia punya bagitahu rasa tu macam pernah makan rumput je kan. Tapi nak makan gitu je memang tak lalu, aku makan dengan susu. Gigit gigit terus telan, Tak menghayati langsung. Sesiapa rajin boleh buat jus. Khasiat dia superb! Try k!

9. Buah Delima

Last, cari kat pasar saja ni tak pun pasar malam banyak. Makan buah ni share dengan suami ya! Sebiji tu share sama sama. Ni petua sorang kakak tu, dia minta aku try buah delima. Buah delima kan bagus. Kalau yang manis tu, ralit betul makan cuma leceh biji dia je tapi yang penting sedap!


10. Doa

Last but not least, doa dari kita sendiri dan suami serta mintak doa orang sekeliling. Tak doa kita suami isteri makbul .. Doa dari orang lain yang makbul kan. Kalau sesiapa nak ke mekah, mintak untuk dia doakankan kita perolehi zuriat yang soleh solehah tapi kalau kita berkemampuan, kita saja yang pergi. aku dulu start encik abah puan ibu p umrah, lepastu kakak yang selalu aku order roti.. memang buatkan note untuk doakan tapi yang last mak ngah sebelah suami pergi buat umrah tapi beliau pergi dengan hati yang sedih sebab baru kehilangan anak yang disayangi, kalau tak dorang pergi buat umrah bersama sama tapi Allah lebih menyayangi anaknya tanpa sempat menziarahiNya. 

Serius, memang lupa untuk minta mak ngah doakan tapi tu laa.. hati seorang mak saudara ni tak pernah lupa. Balik tu, mak ngah bagitahu kami suami isteri, "mak ngah doakan semua orang yang mana tak ada rezeki baby lagi tapi mak ngah tak sebut la nama sorang sorang sebab mak ngah tengah macam ni." ujarnya Kami pun faham. Sebab tahu mak ngah masih sedih. Tapi tu la, alhamdulillah.. doa orang yang tengah diuji diangkat oleh Allah. Bulan depannya I’m  pregnant! syukur.

"Positif, Allah uji kau memperolehi zuriat sedikit lambat adalah untuk kau menjadi lebih kuat & sabar apabila menjadi parents suatu hari nanti " 

Jangan lupa try okay! Good luck! Semoga Allah mempemudahkan urusan semua yang masih berusaha untuk memperolehi anak. InsyAllah. Assalammualaikum. 


*** klik bold word untuk mengetahui info lebih lanjut

Tuesday 3 November 2020

Hi November!

 

Hi November! 

Kurang 2 bulan lagi 2020 akan meninggalkan kita semua . Rasa macam cepat sangat masa berlalu . Awal tahun 2020 memang tiap hari menghitung hari bila la nak bulan 8 . Dan sekarang, bulan 8 dah berlalu dan syukur sangat dengan kehadiran ahli keluarga baru .

Siapa ahli baru tu? Takpe, nanti sis story ye ^^

Memang banyak sangat nak share dalam ni tapi belum ada masa . Ahli baru pun baru cuba nak menyesuaikan diri dengan dunia baru .

Btw, bulan ni bulan paling istimewa buat aku dan suami . Tapi belum sampai tarikhnya lagi . Tak tahu nak surprise apa pulak . Masih berfikir . Any idea?

Tahun ni bakal masuk tahun ke 2 . Syukur la, tahun lepas sambut berdua dan tahun ni insyaAllah, sambut bertiga . . 

Terima kasih atas doa semua . 

Wednesday 21 October 2020

Kehamilan Kimia atau Chemical Pregnancy


 

Assalammualaikum dan haiii semua. ^ dia macam tak bersalah je sebab dah lama tak update! |huuu| Apa apa pun kena faham la sebab memang iolls busy! ^____^ Lepasni lagi lagi busy tau. Fuhhhh. Okay la, malas nak membebel panjang panjang, nak share something ni tapi sebenarnya nak share benda ni lama dah, dari tahun 2019 . . Lama kan? Tapi sekarang baru berkesempatan nak taip.

Actually, siapa tahu tentang kehamilan kimia atau chemical pregnancy? 1st tu, aku sendiri pun tak tahu tapi bila jadi kat diri sendiri . . Barulah keinginan nak mengkaji tu ada. Sebab nak tahu kan. Lagi satu 99% aku yakin yang tak pernah mengandung lagi, mestinya ada study kan. Yelah, kalau jenis senang mengandung, memang tak ada fikir tentang ni. Tup tup kawen tak lama tu mengandung. Rezeki la kan dapat mengandung awal.

Tapi yang tunggu bertahun tu . . ? Aku yang tunggu setahun ni pun .. Tipulah kalau kata tak sedih duk menunggu macam durian tak luruh luruh. Usaha usaha dah cuma Allah tak mau bagi lagi. Ada la tu kan sebab Dia.

Kita mulalah, asyik mukadimah tak habis habis |hahaha| Macam ni . . Kalau korang nak tahu, yang tak tahu la kan . . Kehamilan kimia ni dah mengandung tapi tak lama tu gugur. Process implantasi (melekat pada rahim) dah berlaku tapi lepas tu turun darah. Kehamilan ni 50% hingga 75% selalunya gugur la. Simptom yang bakal ibu rasa macam orang mengandung lain mual, letih, pening kepala (ada juga tak rasa apa apa) cumanya simptom tu tak lama. Kehamilan kimia ni dapat detect dengan kehadiran hcg dengan menggunakan upt. Kalau nak buat ultrasound memang tak nampak lagi.

Kadang simptom mengandung dan nak datang haid memang seakan akan sama cuma kalau betul betul mengandung tu bila seminggu atau dua minggu dah lewat haid. Ni bagi yang haid normal la kan, yang tak normal, susah jugak nak detect. Sebenarnya, kehamilan kimia ni akan berlaku keguguran sebelum haid yang akan datang. Tu kadang orang tak tahu rupanya dia chemical pregnancy. Sebab mula turun darah . . Lepastu bersambung dengan haid.

So macam mana aku tahu aku 'chemical pregnancy?'

Ramadhan 2019. Bulan tu memang rasa lain macam tapi belum terlepas lagi red light. Tak apa la kan puasa macam biasa. Hati tu memang tak keruan nak cek upt. Maka cek la upt, keluar double line tapi samar samar. Dalam hati, pregnant nih. Alhamdulillah. 

Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. 

Dua hari lepastu turun darah, tak ingat la warna koko atau fresh merah. Terus refer klinik. Doctor sahkan mengandung dan ikut kiraan 5-6 weeks dah cumanya dia kata 'saya tak nampak baby awak menyorok kat mana?' |kuikuikuikui| Dia takut mengandung luar rahim je. Dia amik darah untuk double confirm. Aku ni darah still turun, rasa macam tak ada harapan je. Lepas 3,4 hari macam tu la . . macam ada darah beku keluar tapi nampak cam darah haid beku biasa je, aku tak reti nak assume apa. Sorry. Then aku cek upt balik, yes! naik single line dah. 

Sedihnyeeeeee!

So aku mula meng google kes aku nih dan aku dapat jawapan, mungkin ia kehamilan kimia. Tak apa lah, tak ada rezeki. Ada la tu kan ntah bila Allah nak bagi lagi. Dapat rasa sekejap pun bersyukur sangat sebab . .

Ya! Aku boleh mengandung! ^^ alhamdulillah.

Dua minggu berpantang jugak tapi berpantang cara aku lah, mana yang teringat boleh atau tak boleh makan . . Lepastu raya pulak kan. Dan aku berurut juga ketika tu untuk bagi badan segar balik. Tak rasa effect sangat kegugura tu sebab masih kecil . . Dia rasa macam datang haid bulanan biasa je. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanNya. Next month, aku masih menghitung untuk dapat berita gembira lagi . . 

Ohh ye, kalau korang nak tahu . . Kehamilan kimia berlaku disebabkan kualiti sperma dan ovum yang rendah menjadikan ia tidak kuat. Kalau panjang umur pun, takut lahir ia tak sempurna. So better dia jatuh dari bertahan kan. Tak apa, ada la tu yang lebih baik kan. ^ pujuk diri sendiri. Dari sudut positif, siapa yang pernah rasai kehamilan macam ni . . happy la sebab uolls boleh mengandung dan uolls yang pernah gugur lebih mudah mengandung berbanding yang tak pernah mengandung langsung. Dan bila berlaku kehamilan kimia, tak bermakna uolls suami isteri tidak subur atau disebabkan penyakit keturunan mahupun genetik. Jangan risau ya bakal papa & mama!

Antara sebab lain boleh berlaku kehamilan kimia ni termasuklah hormon yang tidak normal, rahim yang tidak normal, implansi di luar rahim (macam doctor cakap kat aku tu) atau jangkitan klamidia @ sifilis. Yang aku ni, aku tak tahu sebab apa, sebabnya aku tak rujuk dah doctor lepastu sebab lepastu haid aku ngam ngam berhenti 7 hari macam biasa. Kalau lebih dan darah still turun banyak, memang ingat nak rujuk hospital je. Korang jangan tiru macam aku pulak, bukan apa sebab takut effect susah nak pregnant pulak dilain masa. Dan last, kalau lepas 6 bulan keguguran ni korang tak pregnant . . Digalakkan jumpa doctor semula ^^

Walaupun kehilangan dirinya hanya seketul darah . . Kami tetap ada nama untuk dirinya.

Umar . Berbahagialah di sana.

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)