Sunday 25 September 2016

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com


3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS

Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal? 

3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...


"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."


Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.

3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari

Harga
RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90. 

Video Eksklusif Feeya Iskandar


Soalan yang kerap ditanya :
  1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell  Serum iniKesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik,  mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
  3. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  4. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom  yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  5. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  6. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  7. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  8. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my



Sila jawab soalan-soalan berikut :
  1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? (sendiri/suami/isteri/lain-lain : Sendiri)
  2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang (berjerawat/pigmentasi/jeragat/kulit tidak sekata/ berminyak/lain-lain : Berjerawat)
  3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana saya yakin dengan penggunaan 3D Gold Stemcell Serum, ia akan membawa satu perubahan kepada mereka yang mempunyai masalah kulit. InsyaAllah. Ini adalah kerana, produk ini mempunyai lulusan KKM dan bahan yang terkandung di dalam produk tersebut juga dari bahan semulajadi dan berkualiti tinggi. Saya juga berminat untuk cuba produk ini kerana bermacam macam produk telah saya gunakan untuk kulit wajah tetapi tidak memberi kepuasan yang saya mahukan. Saya juga ingin menjadi 1002 yang pernah mencuba 3D Gold Stemcell Serum. InsyaAllah. Jika diberi peluang untuk review produk ini, insyaAllah.. Saya akan buat sebaik mungkin. Akhir sekali, produk ini 100% buatan Malaysia. Siapa lagi mahu support buatan malaysia? Melain diri kita sendiri. Lagi lagi produk ini lelaki dan perempuan boleh mencubanya kan. TERBAIKKKK. (sila berikan jawapan anda)

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Journey 11 - New Semester Again



Assalammualaikum dan haiii semua :) Alhamdulillah.. Selamat berhujung minggu semua. Actually lama dah on lappy tapi asyik tangguh je nak update entry. Sebab apa? Sebab mood nak menaip tak sampai lagi. Itula, bukak facebook, twitter bagai.. Lepastu baru kembali pada niat yang asalnya untuk update entry. Tadi terbaca entry Tentang Sepet, tiba tiba sebak pulak bila teringat kucing kesayangan mati bulan Julai haritu. Bulan Julai, dua ekor kucing mati.. Bulan Ogos empat ekor pulak yang menyusul. Haishh. sado tak sado hatiku ini T.T Yang empat ekor ni anak anak kucing, aku rasa, virus penyakit Sepet ada lagi kat rumah tu dan virus tu menular pun time chik tengah bunting. Tu yang lahir je tiga ekor anak chik, tiga empat minggu, dorang pun mati. Sekor lagi tu, kucing angkat encik abah.. Kucing dari pasar. Serius comel dan gebu. Encik abah siap belikan botol susu untuk memudahkan dia minum susu tapi sayangnya, Allah bagi pinjam sekejap je. Sedihnya la sebab aku yang banyak bersama sama anak anak kucing tu. Siap cakap dengan dorang "jangan mati ea?" mata dorang pun dikelipkan bagaikan tahu apa yang dituturkan. Tapi panas tak selalunya sampai ke petang dan aku redha T.T


Okay la, cukupla tu cerita tentang kucing. harini kan cuti, kena happy la.. Tak nakla sedih sedih :D Tiga minggu lepas, aku dah start semester baru dah dan alhamdulillah berjalan dengan lancar walaupun ralat jugakla hati ni dengan berbagai bagai peristiwa yang berlaku time cuti semester haritu. First week selepas daftar course, kelas 98% lecturer memang masuk dan dah mula belajar. Aku memang dah jangka dah, lecturer tak akan bagi muka kat kita orang dengan kelas batal je. Lecturer untuk semester ni, alhamdulillah.. Sama sama la kita berganding bahu menuju kejayaan. InsyaAllah. Dari riak wajah mereka, tinggi menggunung harapan untuk tengok student pass dengan jayanya ~ kalau tak, tak adanya aku ditanya sampai boleh aku jawab.. Baru lecturer tu puas hati dan pergi. Puas jugakla beliau tepuk tampar lengan aku |hahaha| Terima kasih dR sebab tanya saya dan terima kasih jugak sebab push saya untuk jawab. Kalau tidak, tak adanya aku dan fikir dan ingat balik yang belajar semalam. Yes, baru belajar semalam, hari ni aku dah lupa +++ nervous punya pasal sebab tiba tiba kena tanya :D


So untuk seminggu lepas daftar tu, aku banyak berkurung kat kampus dan sekali je keluar ke Billion untuk beli barang.. Lepastu makan. Then, kelas untuk minggu tu just empat hari.. Hari Sabtu aku balik rumah dan bermula la cuti untuk Aidiladha.. Seminggu cuti, busy jugakla sebab encik abah buat korban dan ahad tu majlis perkahwinan encik sepupu. So kelam kabut jugak walaupun bukan aku yang kahwin |hahaha| Biasala majlis, kena ready awal. Petang ahad tu, terus gerak balik Perak. Alhamdulillah.. Sampai dengan selamatnya walaupun penat, Esok isnin.. Kelas macam biasa. Nasibla isnin kelas start pukul 9 pagi. Bolehla berjoget joget sikit |hihihi| Minggu kedua aku di sini, jumaat tu pergi Billion lagi, beli barang.. Hurmm rasanya barang makanan yang paling banyak. Actually, filem Volkswagen Kuning dah keluar di panggung, bolehla pergi tengok, support filem malayu. Lepastu makan lagi, hari jumaat tu.. Dua kali pergi makan tau. Alhamdulillah ^^


Hari sabtu dan ahad cuti, rasa macam bosan pulak duduk bilik.. Sampai tak tahu dah nak buat apa. Korang rasa aku buat apa lepas bosan sangat tu? |hahaha| Of course la aku tidur. Padahal boleh je aku update entry ke, join giveaway atau segmen kat blog ni kan? Itu la, bila seru tak sampai untuk update entry, memang tak la aku nak menaip. Sorry la awak awak semua sebab jarang update tapi jangan merajuk ye, harap sudila jenguk jugak blog kitee ni ;) Okay la kot untuk entry kali ni, insyaAllah.. Lain masa entry baru akan menyusul. Jaga solat. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan encik abah dan puan ibu dan jaga hubungan dengan orang sekeliling.. Hormat orang lain, pasti orang lain itu akan hormatkan kita kembali. Percayala. Assalammualaikum ^^


Hakak nak payung satu gambar ni. Ni la 4 sekawan, nak bergaduh ke.. nak mengutuk ke. Lantak.

Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita



Kalau nak join, klik je banner okay. Jom la ramai ramai join. Kita support Blog Seindahcerita ni. Tamat 29 September 2016. Good luck dan selamat bersegmen uolls ^^

Friday 9 September 2016

Giveaway Tunai By Ahmadhasif.my



Assalammualaikum dan haiii semua :) Sebenarnya tak ada idea langsung dalam otak ni tentang kemerdekaan di kala ini |hahaha| tapi anis cuba je la. guna je la apa idea yang datang sekejap lagi. Tanya jugak kat encik tunang, apa yang awak terfikir tentang kemerdekaan? Nak tahu dia jawab apa?


" Kemerdekaan bebas dari segi rohani dan jasmani daripada jajahan asing. " okay fine, dia bagi definion of kemerdekaan kat anis. Btw thanks encik tunang ^^


Okay, tak apa.. throwback je la tentang hari memerdekaan haritu. Macam biasa, pagi 31 ogos tu bangun pagi dan tengok tv. Sebenarnya best tengok siaran langsung hari kemerdekaan kat tv tu. Paling anis suka tengok unit beruniform la. Segala tentera ada [dah ini paling admire]. Udara, laut dan darat. Tetapi tentera udara tetap di hati. ehh. Silap, tentera darat la sebab my hero is army. Yes. My encik abah <3


Selain tengok unit beruniform dan segala pancaragam tu, anis suka tengok aset yang dimiliki oleh tentera udara, darat dan laut. Sebab time ni la kita dapat tengok aset dorang. Sebab sebelum ni, segala aset.. Kenderaan semua dorang simpan. Rahsia negara awak! ^^ Rahsia negara ni dengan isteri ke, dengan anak ke.. dengan sepupu ke, mana boleh share. Harap faham ye.


Oleh itu, bila tengok negara Malaysia ni aman tanpa bunyi bom dan tembakan peluru di sini dan sana, syukur sangat. Terima kasih wira wira negara.. Bapa kemerdekaan dan semua mereka yang bersungguh sungguh memperjuangkan tanah Malaysia ni. Kita ni, lahir.. Bukak je mata, Malaysia dah aman. Alhamdulillah. Tak payah nak menyorok atau sembunyi daripada musuh. Kan?


Syukur dilahirkan sebagai Anak Malaysia. Terima kasih Malaysia. Sebagai Anak Malaysia, kita kena jaga Malaysia sebaik mungkin. Dulu.. Susah Oooo nak bebaskan tanah malaysia aka tanah melayu ni daripada penjajah. So tak kan sekarang ni kita senang senang je nak bagi balik negara kita sendiri kat penjajah. Fikir fikirkan.



segmen: bloglist ayuinsyirah tahun 2016



Jom join dan good luck! ^^ Selamat bersegmen. Klik banner untuk join ye.

AUGUST ANNIVERSARY GIVEAWAY!




Haii awak awak semua, jom join giveaway gila best nih. Syarat syarat pun sangat mudah tau.Hadiah plus plus plus menarik! Giveaway ni akan tamat pada 30 sept 2016 ni okay. So jangan tunggu lama lama.. Nanti melepas pulak. Giveaway ini dianjurkan untuk meraikan hari istimewa penganjur. so kita support la kan. Good luck uolls ^^

SEGMEN : Hang Komen Hang Bertuah




Klik banner untuk join. Cepat cepat join sementara masih ada masa. Good luck! ^^

Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal

giveaway penghargaan rm100 anjuran kennymerligal

Giveaway penghargaan cash rm100 by kennymerligal | mencari 5 orang pemenang bertuah bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak rm20 untuk setiap seorang. Giveaway ini akan bermula pada 1 September 2016 dan berakhir pada 30 September 2016.

Cara untuk menyertai:

  1. Buat satu entry blog bertajuk "Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal".
  2. Copy dan paste banner diatas ke dalam blog post anda atau gunakan kod yang telah disediakan dalam ruangan textarea dibawah.
  3. Backlinkkan entry ke sini.
  4. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen artikel giveaway sahaja. 

Syarat syarat :

  1. Blogger Malaysia.
  2. Follow blog kennymerligal 
  3. Follow instagram
  4. Follow twitter
  5. Like facebook page 
(* syarat yang kedua adalah wajib manakala yang selebihnya terpulang kepada  anda )

Hadiah :

  1. Wang tunai RM20 x 5 orang pemenang bertuah.
Pemenang akan dipilih secara rawak oleh admin dan keputusan akan diumumkan selepas tamat giveaway. Semoga penganjuran giveaway ini dapat merapatkan lagi tali persahabatan di kalangan rakan rakan blogger. 

Giveaway Redmoon Clothpad



Klik banner untuk join. Giveaway berlangsung dari 1 sept 2016 sehingga 30 sept 2016. Penganjur mencari 5 orang pemenang. So good luck! ^^

MINI GIVEAWAY BY TRIPLE S



Berlangsung pada 2 sept 2016 sehingga 2 okt 2016 iaitu selama sebulan. So tunggu apa lagi? Jom la join, kita meramaikan.. Mana la tahu ada rezeki kan? Nak join? Klik je banner kat atas tu. Jangan malu malu |hehe| btw good luck okay ^^

Saya Nak Menang Set Skinfood Bernilai RM200



Assalammualaikum dan haiii semua :) Jom join "Saya Nak Menang Set Skinfood Bernilai RM200" Manalah tahu terselit rezeki kat sini. InsyaAllah. Kalau awak semua nak join, awak klik je banner okay.

Saya nak menang Set Skinfood kerana saya tak pernah cuba lagi set skinfood ini. Manalah tahu bila dah cuba skinfood ini kulit wajah saya boleh transform macam kulit girlfriend korea |hahaha| InsyaAllah. 

Tag : Satu . Dua . Tiga.

Good Luck! ^^

Preloved Hair Serum Giveaway



Jom ramai ramai join sebelum giveaway ni tamat pada 30 September 2016. Good luck kepada semua yang join. Untuk join, klik je banner okay ^^

Giveaway Fabulous Four Bersama YanieYusuf.com



Assalammualaikum dan haii semua. Macam biasa, nak join klik je banner tau. Giveaway ni akan berakhir pada 10 September 2016. Kalau rasa nak domino pizza free.. Boleh la join |haha| mana la tahu rezeki kan. Good luck uolls. Syarat untuk join sangat mudah tau.

Segmen Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/09/segmen-tonton-sudah-ku-tahu-versi-ucing.html

Lagu Sudah Ku Tahu adalah  Lagu daripada Projektor Band yang di minati Ramai.Banyak Peminat nya menyanyikan lagu ini sebagai Cover  melalui Social media Fb & Smule.Jadi Ucing pun tidak juga ketinggalan untuk menyanyikan lagu ini sebagai Cover melalui karaoke.

Sertai Segmen Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing Sebagai Supporters.Syarat-syarat nya adalah mudah:

1) Follow Blog Ucing Kadayan,Google + atau Facebook Ucing.
2) Buat Tajuk Post " Segmen Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing "
3) Copy semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url post Anda ke dalam ruangan Komen Disini

Tag Rakan Anda : Ayu

Tamat Segmen 9-9-2016.Kepada Blogger yang ikut Segmen ini akan di Senaraikan dalam Video Animasi Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing Sebagai Supporters.

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)