Tuesday 3 April 2012

.perancangan awal.

Assalammualaikum kawan-kawan :)
Aku dah tiga hari kat Inspen ni, Alhamdulillah. Seronok dapat jumpa kawan-kawan balik. Dapat tengok movie sama-sama. Best kan?! |huhuhu| Alhamdulillah jugak sebab dapar berroomate dengan kawan baik sendiri :) kawan-kawan baik yang lain pun duduk tingkat yang sama dengan aku iaitu tingkat empat. Junior?! |hahahaha| Dieorang okey.

Risaunya la dengan report latihan industri, Jumaat ni last kena hantar. Aku dah naik pening. Berbeza-beza kot isi kandungannya dengan kawan-kawan lain. Entahla, berserah je, lagipun aku dah buat, nak semak-semak lagi, malas kot. Banding pun dah settle kot.|huhuhu| Nampak sangat dah malas nak bukak-bukak. Tolongla kalau boleh aku tak nak mengadap report tue lagi. Rasa nak hantar je. Tengok la, memang aku dah nak hantar pun dalam masa yang terdekat ni +.+ Doakan aku okey.

Sudah dua hari sesi pembelajaran dijalankan. Aku sudah mengenali subjek account, town and country planning sedikit demi sedikit. Best :) Biarla, permulaan ni aku dengar je apa pensyarah membebel. Bukankah itu lagi baik? Harap bila sifu-sifu itu bagi soalan dan aku boleh menjawabnya walau sekadar mendengar sahaja time belajar :P Jangan berlagak pandai sudah, tak berkat ilmu -.-

Town and country planning, ia seakan-akan menarik minat aku. Land economics, ia berkaitan dengan gambar di bawah. Cantik.







Sekian.
 To peminat setia, kerja rajin-rajin ye. Apa yang dihadapi, tabah menempuhinya k :) Jaga diri elok-elok. Semoga sentiasa berada di bawah rahmat Allah. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)