|
Akan dihati sampai bila bila - MyAgrosis |
Assalammualaikum dan haiii semua :) Alhamdulillah.. Harini kita dah berada di minggu akhir bulan oktober. Cepat betul masa berlalu kan? Masa memang tak kan menunggu kita melainkan kita bijak menggunakan masa sebaiknya. Tadi. Yes tadi, aku dan kawan kawan sekelas dah selamat menjalani test 1 elc650.. Fuhhh! Berdebar makkk. Teech masuk memang terus sejuk tangan kaki semua. Siapa teech tu? Actually tu panggilan sweet kami kat lecturer subjek ni. Tapi aku bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada teech sendiri sebab sepanjang test tu, aku rasa relax. Alhamdulillah. Macam mana markah? Tanya teech |huuu|
Saja intro serba sedikit tentang harini. Actually aku nak cerita sikit tentang pengalaman aku dan kawan kawan time Karnival Halal Malaysia 2016 dan Program MyBestBuy di RTC Gopeng, Perak yang diadakan pada 21 oktober 2016 sehingga 23 oktober 2016. Kami sekelas semua ambil bahagian dalam penjualan di karnival ni. Kami mempunyai 27 orang dan dibahagikan kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan mewakili satu hari di sana. Aku bertugas hari Ahad. Memang penat sebab hari terakhir. Fuhhh. nasibla hari ahad tu big boss turun. So cucur jagung, cucur sayur dan cucur keledak, big boss settle. Aku dan kawan kawan yang lain tolong kat belakang tabir je, tolong promote.. Marketing semua. (^_____^)
Kalau tak ada big boss, rasanya kena jugak kot mengadap kuali dan minyak panas tu sebabnya sebelum niaga tu, big boss dah ajar dah cara buat cucur tu macam mana. Dapat la jugak kami sekelas kongsi resepi rahsia cucur tu.. Memang sedap. Tahu sebab apa? Sebabnya sebelum ni aku buat cucur, penyek dan leper je. sekarang aku dah tahu macam mana nak kembungkan cucur. Thanks sir! Alhamdulillah, satu ilmu dah dapat. Ilmu kedua, time meniaga tu.. marketing kena best. Pandai tarik pelanggan. Jangan malu. Jangan guna panggilan pakcik dan makcik.. Better panggil kakak atau abang tapi kalau dah tua sangat, aku hentam cikk je.. Niat di hati nak panggil makcikk :D
|
Our big boss merangkap lecturer aku time diploma dulu |
|
Marketing team. Chaiyokk! |
Apa yang kami jual? Jualan yang paling utama adalah cili. Yes cili sebab karnival ni adalah usahasama bersama FAMA jugak. Kami jual cili organik yang tanamannya tanpa racun serangga hokey. Sekilo RM15, memangla mahal sebab cili organik dan di tanam dibelakang kolej students perempuan. Cilinya memang besar.,. Dahla pedas gila. Nak tahu macam mana aku tahu pedas gila? Sebab hari tu big boss goreng mee dan letak paste cili organik tu.. Aku makan 3 sudu je. Pedassss macam makan ramen |hahahaha| Apa lagi kami dari uitm jual? kami jual cili sos dari cili organik, RM8 sebotol (yang penutup warna merah) Cili sos memang sedap, manis manis masam. Then, kami jual jugak cili paste cili hijau dan merah (penutup warna biru dan pink) RM4 dan cili jeruk ~ yang ni tak tahu harga sebab big boss buat hari tu jugak dan aku tak tahu harganya, mungkin aku tak alert |hahaha| ^^
Macam dah bagitahu tadi, kami juga ada jual cucur anak dara walaupun yang hari ahadnya tu, anak teruna yang buat. Yang tukang angkat semua anak teruna. Aku memang tak main la kat kuali tu sebab tak sampai.. CEO siap offer nak tolong angkat cucur tak? Memang tak la sebab kuali pun besar.. Mana sampai. Aku lebih rela tolong kikis butir jagung untuk buat cucur jagung. Tak kesah sakit tangan pun. Kalau letak bahan bahan untuk buat cucur, macam letak garam, gula, tepung, dan bahan bahan lain.. Aku boleh tolong tapi nak gaul tu, aku surrender sebab aku tak nak singsing/senteng aku punya lengan baju. Aku lebih rela suruh classmate lelaki aku tolong. Big boss cakap, orang lelaki lagi laju buat kerja berbanding orang perempuan and I agree that right now (^___-)
Hari ahad tu kan, kumpulan aku jugak bernasib baik sebab CEO dan pembantu CEO sudi turun tau. Syukur sangat sangat dan ada jugak ahli lain yang dah turun hari sabtu dan sanggup lagi turun hari ahad. Ingat tak penat ke.. Dahla hari sabtu hari kemuncak segalanya.. Tambah pulak hari ahad lagi. Lagi satu terima kasih jugak kepada ahli kumpulan aku sendiri sebab mereka sudi cari pengalaman hari sabtu. So ahad mereka datang, ilmu dah penuh di dada. Cewahhhh. Kiranya mereka tak kekok nak buat apa time hari ahad tu. Memang terbaikkk. Aku rasa, bila progam kita involve macam ni.. Jurang hubungan antara kawan kawan dapat dikurangkan. Perasaan malu berhadapan di hadapan orang ramai dapat dikurangkan. Tapi hari tu memang aku tabikk kat aina dan ain sebab mereka berani promote cucur tu, siap pegang tester. Wehhh. Mana malu korang? Hilang dah? Marketing memang terbaikkkk!
|
Belakang tabir |
|
Jualan - Marketing |
|
Classmates . Roomates |
|
Orang kuat nih ^^ |
|
Orang kuat yang menjayakan progam ni |
Aku rasa, cukupla kot sampai di sini dulu ye. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan jayanya walaupun ada je sikit sikit kekuranganya.. Biasala kan. Tak semua perfect. Aku bersyukur jugak Allah bukakan pintu hati untuk cuba dunia yang lain dari course yang aku ambil ni. Alhamdulillah. Sangat sangat seronok dan aku tak menyesal pun penat kerana program ini. Terima kasih untuk semuanya. Terima kasih ^^
|
Kami mencipta kenangan bersama ^^ |
sawit nye awk..nasib baik ada byk gmbr kittew
ReplyDeleteOfcourse la sawit. Hahaha. Tengok gambar je ke? Baca tak?
DeleteSinggah sini baca entry awok :))
ReplyDeletebertuahnya ceo turun sama
ReplyDelete