Thursday, 13 October 2016

Journey 10 - Bayview Hotel, Georgetown

Sumber : encik google

Bangun pagi, see :)


Assalammualaikum dan hai semua :) Apa khabar? Sihat ke? Moga moga sihatla hendaknya.. InsyaAllah. So hari ni, full day kelas tak ada.. Boleh la rehat rehat. Actually nak update entry lepas zohor tadi tapi, baca itu.. baca ini, Sekarang ni baru mula menaip |hahaha| Okay, hari ni aku nak share la sikit tentang pengalaman aku ke penang 5 dan 6 Oktober minggu lepas. Pengalaman yang menyeronokan bersama para pensyarah dan kawan kawan sekelas. Alhamdulillah, budget uitm dan 1/3 daripadanya, support duit sendiri. Terima kasih dR pensyarah dan arigato uitm kerana bagi peluang untuk kami berjalan jalan. Upsss. Actually pergi seminar la :D


Hari rabu minggu lepas, 5 oktober 2016.. Dalam pukul 2.30 petang tu.. Kami bertolak ke penang dan destinasi pertama adalah of course la tempat penginapan, kami memilih bayview hotel. Ehem ehem dekat jugak dengan padang kota... Boleh la p pekena pasembuq |hahaha| Mimpi je kot sebab aku tak p pun padang kota sebab malam tu hujan. Dalam 6.30 petang tu sampai la hotel, check in semua.. Boleh la solat dan mandi serta rehat. Hotel, memang memang best, lagi menggamatkan kedaan, aku tengok dalam bilik air dia ada bathtub, so jakun sekejap. Bukan apa, sebelum ni.. Tak pernah lagi menginap di hotel ada bathtub. T.T Sobs sobs


Pemandangan dari kiri - Sampai je terus capture


Pemandangan dari kanan - Ada padang, mungkin sebelah tu sekolah.

Gambar ni di ambil dari tingkat 15. Gayat tak |hohoho| Bila tengok lautan luas terbentang, Alhamdulillah. Allahuakhbar.. Betapa cantiknya ciptaan Allah walaupun ketika tu cuaca mendung dan nampak pemandangan macam kabur je tapi kecantikan itu still ada. Allahhu. Untuk bayview hotel, dR pensyarah tempah tujuh buah bilik. Dua buah bilik untuk pelajar lelaki dan lima buah bilik lagi untuk pelajar perempuan. Satu bilik, muat untuk empat orang. So pandai pandai la pilih dan decide partner masing masing. Kalau aku, aku pilih roomates aku sendiri je sebab itu lagi senang kan. Tentang harga sebuah bilik pulak.. Bilik yang kami menginap ini hanya rm180 untuk satu malam. So kami just paid rm45 per head. Bagi aku okay la tu.. Bukan senang nak menginap di hotel bertaraf empat bintang kan.. Siap ada bathtub bagai... Jakun tak habis habis lagi. Padahal, aku tak mandi dan tak berendam pun dalam bathtub tu |hahaha| O.O


Okay, malam tu dalam pukul 8.30 malam kami keluar cari makan dan kami memilih restoran sup hameed untuk dinner malam. Macam biasa, aku tak pilih pun nasi sebagai pelapik perut.. Sebab tu pagi keesokkan harinya perut aku kembung |huhuhu| Malam tu aku makan roti canai sardin (rm3.70) dan teh ais (rm2.10) not bad harga dia. Biasala penang. Ingatkan macam dalam uitm ke ;) Sebelum masuk kedai tu, aku terbau bau sup tapi tak terasa pun nak order sup. Kalau tak, boleh makan sup dengan nasi atau roti. Adoiii. Rugi. Sesiapa yang nak p penang tu, boleh la try sup kat restoran sup hammed ni, famous jugak tau. Okay, dalam pukul 10 malam.. Memang aku dan roomates dah dalam hotel, selfie.. wefie bagai. Ada jugak yang kawan kawan lain ambil peluang untuk ke padang kota dan sebagai. Aku dan kawan kawan terdekat ni, malas pulak nak keluar lagi memandang kat luar hujan. So rehat je la dalam hotel (^______^)


Selamat beradu semua !
  

Sebahagian dari lecturer yang bagi talk


KAMI! ~Terselit kat situ T.T

Keesokkan harinya bermula seminar yang ditunggu tunggu. Ia berkaitan dengan Pelaksaan Pemajuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia : Pelaksanaan Dan Cabaran. Actually, sebahagian pensyarah aku menjadi penceremah di sini. Untuk seminar ni, seorang peserta  perlu membayar rm160, lebih kurang macam tu la. So kami student dari uitm.. Uitm la bayar. Alhamdulillah. Apa yang aku dapat kat seminar ni? nowdays, development charge atau caj pemajuan ni akan dikenakan pada setiap pembangunan yang akan dibangunkan. Contohnya di selangor, caj ni memang dikenakan dah lama dah. Kedah dan Perak masih baru. How about johor? Seminar ini ada juga mengajar di mana caj kemajuan ini akan diletakkan untuk penggiraan cost cost yang akan dikeluarkan oleh developer.


Development charge akan diletakkan di dalam residual method. Method apakah? Kalau nak suruh terang, memang panjang laa ^^ So bila aku berada di dalam ruang seminar bersama peserta lain yang terdiri daripada valuer dan planning.. Aku dapat lihat, macam mana mereka bertanya dan menjawab soalan yang aku sendiri tak tahu apa jawapan dia. Btw development charge ini diperlukan oleh local authority sebab kewangan tersebut akan digunakan oleh local authority untuk membuat jalan.. Membesarkan jalan dan sebagainya yang developer tidak provide time dia buat pembangunan di kawasan tersebut. Di situ terbitla cabaran yang perlu dihadapi apabila development charge dikenakan.


Macam biasa, makan kat hotel memang mewah, asyik makan je. Tiga kali makan. Aku tak pernah miss pulak tu makan. Tapi sedihnya, kenapa makan berdiri? Time breakfast dan minum petang.. Aku tercari cari jugak kerusi tapi tak disediakan. Ada pun meja bulat dan tinggi. So memang meja tu digunakan dan memang makan n minum berdiri. Rasa bersalah jugak makan berdiri |huuuu| Tapi time minum petang tu, aku ajak ain makan kat dalam bilik seminar |hahahah| rasa puas sikit makan.


Pukul5.30 petang gerak balik perak. Yeayyy! Alhamdulillah.. Pengalaman yang tak akan dilupakan bersama pensyarah tersayang dan kawan kawan yang dikasihi. Syukur ^^ Sebelum terlupa, Seminar ni untuk subject development appraisal.. Dan dalam subject ni ada je tentang development charge. Sebab tu, dR pensyarah bawak kami ke sini di samping untuk makan angin walaupun sekejap |hhahaha| Okay la entry kali ini, nanti kita jumpa lagi deh. Assalammualaikum. Daaaa (^______^)


Ada ruang untuk berdating ^^

2 comments:

  1. salam singgah jumaat...
    wow!panjangnya entry... :)

    ReplyDelete
  2. http://madey09.blogspot.my/
    Salam kenal blog..dah lama follow

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)