Monday, 18 January 2016

Turn to twenty four . . .


Assalammualaikum semua :) Alhamdulillah, harini dah 24 tahun dua hari dah usiaku. Syukur Allah beri peluang lagi untuk aku bernafas di atas bumi yang serba indah ini. Syukur lagi sekali. Untuk umur 23 tahun yang lepas, syukur kerana aku dapat kecapi dan capai apa yang aku mahu terutamanya di dalam bidang pembelajaran. Yang tak dapat capai tu, forward la pada umur 24 tahun ni, apa susah? |hahaha| Tahun lepas jugak, ramai dah kawan aku kahwin. Wow, beronok ronok la kan, tahun ni tahun mereka dapat anak pulak. InsyaAllah (^______^)


Tahun ni, birthday disambut dengan penuh kesederhanaan, maklumla dah besar.. Tua bangka dah pun. Tepat pukul 12 tengah malam tu, masturah aka adik aku bagi durian crepe dan wish "happy birthday!" Alololo.. sweetnye la adik aku ni. Durian crepe sebijik pun jadila sebab bulan 12 haritu dia dah buat surprise untuk birthday aku, ada la sebijik kek cheese leleh perasa vanilla.. Lepastu puan ibu masak mee bandung dan ada pemanis mulut sagu + gula merah. Sedap!! :D


Lepastu, malam birthday tu, family ajak makan nasi bersama ikan bakar di Tanjung Dawai. Memang seronokla kan. Kononya, ini adalah sambutan hari lahir untuk aku dan zulaikha. Buat untuk dua orang sekaligus. Alhamdulillah di kurnai family yang sangat mengambil berat dan sweet gitu. Ada kenangan bersama sama (^______*)


Okey, di sini aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengingati tarikh keramat dalam hidup aku. Tak kesah pun siapa wish awal dan siapa wish lambat. Janji wish |hohoho| Yang penting, doa kalian tu amat bermakna bagi aku. Tak ada hadiah pun tak apa dan tak ada kek pun aku tak kesah |huuu| Benda tu kalau aku nak dan kalau aku tersaa nak makan, aku boleh beli sendiri. Jadila "happy birthday to me and from me"  :D


Dah, cukup. Jaga hubungan dengan Allah, Jaga solat. Jaga hubungan dengan puan ibu dan encik abah. Jaga hubungan dengan orang sekeliling. InsyaAllah akan lurus kehidupan anda semua :)


Terima kasih daun keladi <3

* Family [encik abah & puan ibu, adik adik, sepupu sepapat]
* Family satu lagi
* Encik Tunang
* BFF
* Sahabat
* Kawan kawan


*** Lain orang lain cerita hidupnya, yang penting bersyukur apa yang kita ada. Kadang apa yang kita ada, orang lain tak ada. So bersyukurla!

14 comments:

  1. hai..happy birthday awak..samalah birthday kite...saya pun hari ni gak..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih awak dan happy birthday to you ;*

      Delete
  2. Happy Birthday. Semoga panjang umur dan happy selalu :)

    ReplyDelete
  3. Jom doakan insan yang bernama Anis Khalilah binti Abdul Rani bersama-sama..

    Ya Allah! Panjangkanlah umur Anis. Sihatkanlah jasadnya, terangilah hatinya, tetapkanlah iman dia Ya Rab, baikkanlah amalannya, luaskanlah rezeki dia, dekatkanlah dia dengan kebaikan dan jauhkanlah dia dari kejahatan, kabulkanlah segala keperluan dia dalam hal agama, dunia, dan akhirat. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Terima kasih banyak banyak di atas doa tersebut. Amin...

      Delete
  4. moga anis terus success ya...amin...

    ReplyDelete
  5. Happy birthday Kak Anis. Semoga dirahmati Allah selalu.. aamiin

    Jom join http://nurnbla.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-by-nurnbla-january.html :)

    ReplyDelete
  6. 7 hari selepas saya hehe. Happy belated birthday kak!

    ReplyDelete
  7. Maknanya 9hb? thanks dan happy belated birthday dear!^^

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)