Jom Join. KLIK SINI |
Assalammualaikum semua dah Haiii :) Petang ni Anis nak join Segmen : Mini Giveaway By Si Chubby pulak. Anis di tag oleh Fieyqa Adelova. Okey, thanks Fieyqa :) Sama sama kita join dan memeriahkan segmen yang dianjurkan oleh Si Chubby. Serius, soalan yang mencabar |hahaha| sebab rasa macam tak ada impian je. Kalau ada pun, rasa macam.. Macam.. Macam macam. Ni nak menaip pun, ambil masa dua hari untuk fikir apakah impian haku nih? Ke haku nih banyak sangat impian? |hohoho|
Apa impian korang yang sebenarnya? And apa usaha korang untuk mencapai impian tu? Kalau tidak tercapai, apa korang akan lakukan?
Impian sebenar aku adalah ingin menjadi seorang Register Valuer [Penilai Berdaftar] InsyaAllah. Aku rasa itula takdirnya sebab aku belajar tentang Hartanah ni sejak dari umur 18 tahun lagi di INSPEN [Institut Penilaian Negara] Time tu ambil sijil. Kenapa tak terus ambil diploma je? Sebab aku perasan dengan result spm aku tu, aku boleh dapat kos yang lebih baik dari hartanah |hahaha| So, sedihnya tak dapat pun sambung diploma. Inspen ni pun, encik abah yang mohonkan tau.. Time tu aku sambung form 6, sekarang dah dipanggil pra u. Lepas dapat penggilan Inspen ni, memang aku tak nak pergi sebab aku dah selesa dengan form 6 tapi disebabkan encik abah merajuk, so aku terpaksa la mendaftarkan diri di Inspen. Aku redha jika itu takdir aku. Belajar tentang penilaian hartanah, Alhamdulillah aku semakin minat dalam bidang ni hari demi hari. Oleh itu, aku tanamkan azam dan impian dalam diri aku yang aku nak jadi register valuer suatu hari nanti. Kalau dah register valuer, permulaan nama boleh letak Sr [Sr Anis Khalilah] InsyaAllah (^_______^)
Nak jadi register valuer ni mesti kena ada degree la kan, terutamanya dalam kos estate management dan kena daftar dengan BOVEA [Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia] Bila dah daftar, board akan bagi ujian, tiga ujian, tak silap aku la |hahahaha. Hancuss student estate management macam aku nih| Ujian dia tu, kena buat macam buku log, assignment and interview. Yang penting kena lulus semua tu, baru boleh jadi penilai berdaftar. Lecturer aku pesan, lepas habis degree better terus daftar dengan board untuk jadi penilai berdaftar, nanti tak rugi masa dan umur. InsyAllah, aku akan try ikut nasihat lecturer kesayangan tuh (^_______*)
Sekarang ni pun aku tengah berusaha untuk dapatkan title Sr tu, 29/1/2016 ni.. InsyaAllah, permohonan degree ke UiTM akan diumumkan, harap harap ada rezeki aku di situ untuk aku menggapai impian aku nih. Amin. Satu demi satu langkah aku akan mendaki kerana satu impian dan satu cita cita ini. InsyaAllah, aku akan terus melangkah demi satu impian ini. Di samping terus melangkah ke hadapan, pointer setiap semester perlu dijaga dengan rapi untuk mencapai impian ini juga (O_______O)
Andai tidak tercapai, apa yang aku akan lakukan? InsyaAllah, aku akan terus usaha untuk mencapai impian itu walaupun susah dan payah sekali pun. Andai tersilap langkah dan aku kecundang, aku akan mulakan langkah baru untuk capai impian aku yang satu nih! Cuba dan terus cuba. insyaAllah (*_______*)
*** Buat mereka mereka yang tak tahu penilai tu apa? Meh nak bagitahu, Penilai adalah satu kerjaya yang berkaitan dengan Hartanah. Kerjaya ini adalah penilai akan menilai sesebuah tanah atau rumah dengan harga yang mengikut nilai semasa. Penilai ni akan memberi harga mengikut pengalaman dan mengikut apa yang dia tahu. BTW peranan penilai didalam bidang pencukaian juga amat amat penting. I love valuer very much! Terima kasih.
Tag : numbla dan Asha Lya

Inshaa Allah.. Byk jgk ilmu awk dlm bidg ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah :) Ni nak gelak kuat kuat nih! :D
DeleteHye thanks joined segmen zie :) List contestants dah di update , jom blogwalking !
ReplyDeletehttp://sichubbyy.blogspot.my/2016/01/senarai-peserta-first-segmen-mini.html
Hai :) okey zie.. Terima kasih kembali ^^
ReplyDelete