Monday, 25 January 2016

SEGMEN : "JOM SOLAT"

KLIK SINI

Assalammualaikum dan haiii semua. Yes! Nak join pulak SEGMEN : "JOM SOLAT" by Cik Yanie. Kepada sesiapa yang berminat untuk join, boleh KLIK SINI yang kat atas tu. Hadiah pun lumayan dan best. Semoga rezeki Anis dan kawan kawan yang lain ada kat situ la ye. InsyaAllah :) 


Okey dalam segmen ni Cik Yanie ada suruh untuk senarai lima atau lebih solat solat sunat yang Anis tahu. Anis try :


1. Sunat Rawatib
Ini adalah solat sunat mengiring solat fardu. Ia terdapat dua jenis iaitu solat sunat Qabliyah dan solat sunat Ba'diyyah. Bagi solat sunat Qabliyah, ia dikerjakan dua rakaat sebelum solat subuh, dua rakaat sebelum solat zuhur, dua atau empat rakaat sebelum solat asar dan dua rakaat sebelum solat isya'. Manakala solat sunat ba'diyyah dikerjakan dua atau empat rakaat selepas solat zuhur, dua rakaat selepas solat maghrib dan dua rakaat selepas solat isya'


2. Sunat Dhuha
Dilakukan sekurang kurangnya dua rakaat dan sebanyak banyaknya dua belas rakaat (enam salam) Ia dikerjakan pada waktu pagi ketika matahari baru naik sekadar satu galah tingginya. Solat sunat ini adalah untuk menambahkan dan meluaskan rezeki daripada Allah.


3. Sunat Khusuf (Gerhana)
Solat dilakukan ketika terjadi gerhana matahari atau bulan. Ia mempunyai dua rakaat. Selalunya kalau gerhana bulan, orang lakukan selepas solat maghrib.


4. Sunat Mutlaq
Solat sunat tanpa sebab dan tidak ditentukan waktunya. Ia juga tidak membataskan jumlah rakaatnya.


5. Sunat Taubat
Ia dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah, kemudian menyesali atas perbuatan tersebut dan ingin kembali ke jalan Allah yakni bertaubat.


6. Sunat Musafir
Dilakukan sebelum seseorang keluar bermusafir. Mempunyai dua rakaat. Sunat keluar bermusafir pada hari Khamis dan membawa teman. 


*** Mengerjakan solat sunat, dapat meraih ganjaran pahala yang sangat besar disamping untuk kita tampung tampung pahala dari solat wajib. Rasulullah menganjurkan pelbagai jenis solat sunat kerana baginda juga mengamalkannya. Jom kita amalkan :D


Semoga bermanfaat!

dan

Selamat bersegmen!

8 comments:

  1. gudluck!



    JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
    https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

    JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

    ReplyDelete
  2. Singgah dari segmen yang sama :) Selamat bersegmen :)
    http://khairul-nisya.blogspot.my/2016/02/segmen-jom-solat.html

    ReplyDelete
  3. tahniah anda menang http://secondblogimpianacikyaanie.blogspot.my/2016/04/pemenang-segmen-jom-solat.html :) sila tuntut segera.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)