Monday, 4 January 2016

Dia hero abah dan ibu!

Assalammualaikum semua :) Selamat tahun baru, harap tak terlambat lagi nak wish. Alhamdulillah. Tahun baru, umur baru dan azam baru. Apa la kejutan untuk birthday kali ni kan? |hihihi| Tengah menghitung hari je ni. Rasanya macam dah dapat hidu kejutan je, Atau kejutan dah tak jadi kejutan. Btw tahun baru kali ini disambut dengan penuh  kesederhanaan. Alhamdulillah ^^


Walau tahun lepas ahli keluarga bertambah seorang [adik ipar] tapi 2 Januari 2015 Seorang pulak tinggalkan keluarga buat sementara waktu. Dua minggu sekali balik la tu rumah |hahaha| Mohamad Syauqi bin Abdul Rani. Ya. Satu satunya hero encik abah dan puan ibu. Encik abah dan puan ibu dah buat keputusan untuk hantarnya ke asrama. Sedih jugak bila dia duduk asrama, sunyi rumah. Dah tak ada bisingnya rumah dengan jeritan, bergaduh dengan zulaikha, menyanyi ntah lagu apa, bercakap dengan kucing dan dah tak boleh pow aiskrim lagi |hehehe|


Rindu. Tipu la kalau cakap tak rindu.


Dia hero encik abah dan puan ibu. Dia jugak hero kecik untuk aku. Kalau hero besar, dah orang lain ye |huuuu| Tak tipu, baru nak masuk tiga hari dia duduk asrama, rumah sunyi. Kucing kucing pun mesti pelik, mana syauqi pergi. Kalau tak, macam nak pecah rumah bila dia panggil kucing dengan suara bernada gergasi tu :D


Ingat lagi . . .


Aku ajak syauqi pergi makro sebab nak beli sampul buku dia. Sampai sana, aku mintak dia belanja aiskrim, sehinggit je pun harganya. Dia cakap dia tak ada duit. Aku pun tak apa la kan, letak balik aiskrim tu. Bukan apa, aku budget la, duit aku.. Aku nak beli cucur udang. |hahaha| Bijak tak? Pergi pow adik yang tak bersalah tu. Lepastu, macam mana tah dia fikir.. Dia ambil aiskrim tu dan bayar. Dalam hati aku memang berbunga keriangan la. Dapat jugakla makan aiskrim. Terima kasih adik. Bila khairil tanya, suka makan aiskrim ea? Cepat cepat aje aku cakap tak :D


Aku dengan adik yang bongsu ni, memang jarang bergaduh. Bertekak atau marah marah sebab aku dah penat marah orang. Dari marah marah, baik buat relax je. Tapi kalau dia melampau, kena jugak dengan haku ni. Mak dara naik angin, siapla |hahaha| Dia merajuk jugak kalau kena marah tapi sekejap je :)


Time hantar dia ke asrama, sedih jugak tapi buat relax sudah. Malas nak tunjuk kat dia. Kat sana, macam biasa tolong pasang cadar, sarung bantal dan semuala. Puan ibu tolong kemas baju baju dia. Alhamdulillah, tengok air muka dia macam okey cuma time salam nak balik, dia macam ada lari lari.. Dia bagitahu nak cari kawan dia. Tak tahula tu alasan ke apa. Padahal sedih. |huhuhu| ^^


" Syauqi kena belajar berdikari. Syauqi kan suka main sukan.. Padang sekolah besar, boleh la main sukan puas puas. Lagi satu belajarla jauh dari family, kata nak jadi tentera |kuikuikui| ~ suka suka hati aku je. Walau bagaimanapun, lelaki kena berdikari walaupun anak bongsu. Semoga dengan usaha encik abah dan puan ibu ni, syauqi dapat menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin. " ;)


rindu
rindu
rindu


kalau rindu, sebuat nama dia dalam setiap doa ~ encik khairil azmi



Dialah Hero encik abah & puan ibu 

2 comments:

  1. Jarang bergaduh mestilah rindu kan. Fiqa yg selalu gaduh dgn adik-adik pun bila jauh rindu sangat. Huhu. Biasalah nama pun adik beradik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe fiqa :) Tak apa la.. Lama lama biasa la kan. Hidup bila makin besar, macam ni laa ;)

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah blog antara aku dan kau. Jumpa lagi :)